Thursday, February 14, 2013

BR1M vs Peluang pekerjaan

Thursday, February 14, 2013

BR1M vs Peluang pekerjaan
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Kerajaan Malaysia dengan bermurah hati memberi bantuan kepada rakyat dengan pemberian wang tunai terus kepada rakyat. Dengan harapan dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat. Tetapi sejauh mana sebenarnya BR1M membantu meringankan beban rakyat.
                Memang tidak dinafikan bahawa pemberian RM500 sedikit sebanyak mengurangkan perbelanjaan rakyat yang berpendapatan rendah. Sekurang-sekurangnya isi rumah dapat berjimat sebanyak RM500 setahun. Mungkin juga isi rumah menggunakan wang itu untuk keperluan lain seperti untuk kelengkapan rumah, untuk persekolahan anak-anak dan sebagainya.
                Ia juga dapat menambah kecairan wang di dalam pasaran ekonomi. Semakin banyak wang cair dalam ekonomi semakin bagus untuk pasaran tempatan. Ia akan menambahkan dan merancakkan lagi aktiviti ekonomi domestic. Ini akan menambahkankan untung kepada para peniaga. Semakin untung para peniaga semakin kedekut juga mereka. Kerajaan juga boleh memungut cukai dari pendapatan para peniaga. Oleh yang demikian, pendapatan kerajaan juga meningkat hasil daripada pelaburan RM500 kepada rakyat.
                Sebenarnya, lebih baik kerajaan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat yang memerlukan. Ini kerana, kebanyakkan pengangguran di Malaysia terdiri daripada golongan keluarga yang kerajaan bagi duit RM500 itu. dengan peruntukkan mencecah RM3 billion adalah tidak menjadi masalah kepada kerajaan untuk membayar gaji kepada belia yang memerlukan pekerjaan daripada gembira menerima RM250 atau RM500 yang diberi setahun sekali itu.
                Adalah lebih baik kerajaan menyediakan pekerjaan kepada golongan pekerja kontrak yang telah tamat kontrak daripada memberi RM250 yang boleh habis dalam masa satu hari. Jika mereka mempunyai pekerjaan maka mereka akan ada wang untuk diberi kepada ibu bapa mereka. Disamping itu, ia dapat menjamin masa depan mereka daripada kerajaan memberi pemberian sekali setahun itu.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting