Monday, March 11, 2013

Kekurangan kebijaksanaan

Monday, March 11, 2013

PRU13: Penyandang VS Pembangkang
Damai dan salam sejahera kepada para pembaca yang budiman sekalian. Terima kasih kerana sudi membaca sedikit buah fikiran saya yang tidakberpelajaran tinggi ini.
                Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana kita boleh berpolitik sepanjang masa di mana-mana sahaja dengan menggunakan pelbagai medium. Walaupun kita hanya mempunyai 24 jam, tujuh hari per minggu 365 ¼ hari setahun tetapi politik di Malaysia lebih dari itu. Kita pada hari ini tidak lagi menggunakan medium traditional untuk berkempen yang sepatutnya dilakukan semasa masa berkempen ketika Pilihanraya sedang dalam proses dan diharamkan pada hari menggundi. Mungkin pada hari tersebut sahaja para ahli politik kita tidak berkempen tetapi terus berkempen di dalam media internet yang tanpa batasan.
                Jika dilihat dari 2008 hingga 2013, tidak banyak perubahan yang dilakukan oleh pihak kerajaan penyandang dan pembangkang. Namun dua tahun selepas PRU12, negara ditekan oleh kenaikkan kos hidup berikutan kenaikkan harga minyak dunia. Apatah lagi negara yang juga pengeluar dan pengeksport minyak menaikkan harga sebanyak empat kali sebelum kerajaan ketika itu menyerahkan dua blok minyak kepada kerajaan Brunei sebagai tukaran kepada wilayah Utara Sarawak. Akibatnya, Perdana Menteri ketika itu menggundur diri dan menyerahkan kepada anak bekas Perdana menteri Malaysia ke-dua.
                Sejak itu, kerajaan pemerintah terpaksa bertungkus lumus untuk meraih sokongan semula daripada rakyat. Namun, bolehkah mereka mengkembalikan blok minyak itu kepada Sarawak berbanding bermurah hati memberi kepada negara Brunei?
                Pihak pembangkang pula tiba-tiba hilang kuasa di negeri Perak apabila wakil rakyat mereka pepbaling tadah untuk menjadi ahli bebas dan memberikan kuasa semula kepada pihak kerajaan. Krisis kepercayaan pada 2010 juga gagal dimanfaatkan oleh pihak pembangkang. Pembebasan bekas Timbalan Perdana Menteri yang tersingkir juga gagal meraih sokongan rakyat yang pada dasarnya sudah mula mahu mengubah kerajaan dan mencuba memberi tekanan kepda mereka untuk menjadi lebih baik.
                Namun, selepas pembebasan Ketua Pembangkang dan pengambilalihan Ketua Kerajaan merancakan lagi scenario politik negara. Hasilnya kedua-dua pemimpin melayu itu mempekenalkan slogan masing-masing bagi meraih sokongan daripada pelbagai kaum terutama di Sabah dan Sarawak. Hal ini kerana, kedua-dua wilayah itu terpingkir dari pergelutan politik berbanding di wilayah Semenanjug yang sentias rancak dan menarik untuk diikuti.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting