Salam sejahtera kepada para pembaca budiman.
Kaul Tugek adalah pembuka tirai bagi setiap pesta kaul. Kaul ini boleh dikatakan sebelum para penduduk atau pengunjung menjamu selera dengan juadah masing-masing, ketua kaum akan mempersembahkan juadah di dalam seraheng kepada semangat ipok diiringi dengan doa atau yang biasa kita dengar seperti syair. Jika dahulunya, sesudah seraheng dipacak di "tugek" tempat di mana ipok menikmati juadah mereka seseorang akan menyanyikan nyanyian kepada para ipok. Penyanyi tadi akan menyanyikan syair di "tibow". Penyanyi tersebut selalunya adalah seorang wanita. Sesudah selesai, acara makan beradat mengambil tempat. Di sini, para tua-tua, muda-muda, serta kanak-kanak akan menikmati juadah istimewa bersama- sama warga kaul yang lain. Pesta kaul ini, mungkin berlanjutan sehingga ke petang jika terdapat acara-acara sampingan yang lain. Antara dulunya ialah;
- ratu cantik. Dulunya, ratu cantik hanya dipilih oleh orang tua-tua atau lebih tepat mereka yang memegang jawatan seperti penghulu dan ketua kaum. Peserta pula dari kalangan anak gadis yang menghadiri pesta tersebut sahaja. Kesemua yang hadir di pesta itu adakah peserta tanpa perlu mengisi borang penyertaan. Dulunya, setiap anak gadis tidak akan tahu siapa yang akan dipilih menjadi ratu cantik kerana dulunya, penghulu yang akan mengumumkan siapa teluwieh jinih bagi edisi tahun itu tahkala si gadis sedang menikmati makanan kesukaan beliau.
-pertandingan gasing. Dulunya, permainan ini seakan wajib di setiap pesta kaul. Selalunya pertandingan ini diadakan selepas selesainya pesta makan beradat.
Terdapat banyak lagi aktiviti-aktiviti kaul yang secara ttadisinya dimainkan oleh masyarakat melanau di Sarawak. Permainan tibow misalnya dimainkan sepanjang pesta diadakan. Permainan tempurung kelapa, malah tarik tali juga diadakan bagi memeriahkan pesta setahun sekali kaum melanau itu.
Namun kini, kita amat bertuah kerana selain Pesta Kaul Mukah, kita ada Pesta Kaul Petanak, Pesta Kaul Sg Kut Muara, Pesta Kaul Oya dan pesta kaul yang diadakan disetiap muara sungai sepanjang pantai di bahagian Mukah.
Saturday, April 18, 2015
Pesta Kaul Mukah-Dulunya
Saturday, April 18, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
WelcOmE
Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
0 comments:
Post a Comment