Melanau dan
Seni
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. Mungkin kita amat biasa dengan
hasil tangan masyarakat-masyarakat lain di Malaysia tetapi mungkin agak tidak
mengetahui keunikan kraftangan orang Melanau.
Sebenarnya, kaum melanau berkongsi
artifak seni dengan kaum serumpunnya di sekitar nunsantara. Selain, pengaruh
beberapa empayar pada suatu ketika dahulu seperti Srivijaya, Majapahit,
Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Melayu Johor-Riau serta Kesultanan Brunei
malah dari Tanah Besar Cina dan India.
Pengaruh luar sebenarnya telah
mencorakkan seni tangan masyarakat melanau. Kebanyakkan budaya dan tradisi
melanau diambil dari empayar Srivijaya dan Majapahit namun mereka tidak
mengamalka agama Hindu di dalam kehidupan seharian mereka. Tetapi mereka
meminjam seni dan kebudayaan empayar itu sahaja.
Keserasian seni dan kebudayaan
Islam dan Melayu mencorakan kebanyakan kepercayaan dan budaya masyarakat
melanau. Dari segi berpakaian serta pertuturan kebanyakan adalah dari pengaruh
empayar-empayar Melayu dan Brunei. Manakala pengunaan pangkat dan gelaran
melekat dikalangan masyarakat melanau hasil dari pemberian daripada kesultanan
Brunei.
Pengaruh Chaina dan India adalah
secara tidak langsung kerana adanyanya unsur perdagangan yang wujud pada ketika
itu. kepelbagaian pengaruh seni dan budaya telah melahirkan masyarakat
melanau yang multi-art dengan berasakan kepercayaan asal mereka
iaitu LIKO.
0 comments:
Post a Comment