Monday, January 7, 2013

Tribute to SP Temenggung Datuk Kanang Anak Langkau

Monday, January 7, 2013

SP Temenggung Datuk Kanang Anak Langkau
Damai serta selamat tahun baru kepada para pembaca sekalian.
                Pada awal tahun baru tanggal Januari 3, 2013 negara dikejutkan dengan berita kematian pahlawan terbilang negara SP Kanang Anak Langkau. Beliau meninggal di Hospital Umum Sarawak pada 01:45 pagi akibat serangan jantung. Jenazah pahlawan negara itu selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, Jalan Taman Budaya, Kuching pada January 06, 2013 dengan penuh adat istiadat ketenteraan sebagai penghargaan tertinggi oleh negara Malaysia kepada jasa dan pengorbanan mendiang.
                Mendiang bukan sahaja ikon kepada kemasyuran kepahlawan Iban tetapi Malaysia khasnya kerana semangant Agi Idup Agi Ngalaban tetap utuh bagi setiap jiwa seseorang yang benar-benar dilahirkan unruk menjadi pahlawan. Semangat itu subur di dalam diri seorang tentera yang berjuang demi sebuah negara yang bebas lagi bardaulat. Semangat Rentap nenek moyang kepahlawan Sarawak semasa penjajahan Orang Putih di Sarawak mekar dan harum mewangi diseluruh negeri Sarawak. Semangat itu dapat dirasa semasa Majlis Pengkebumian Panglima Gagah Berani yang menyelubungi kesedihan dan kebanggaan Negeri Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.
                Seri Pahlawan Gagah Perkasa itu yang pernah betugas menentang pengganas komunis bersama-sama dengan Angkatan Tentera Malaysia 1962-1983 adalah ikon kepada keperwiraan semua warga tentera. Mendiang pernah ditembah dan malah perutnya hampir terburai namun semangat juangnya yang tinggi beliau masih mampu untuk menentang pengganas komunis demi negara yang tercinta. Kepahlawanan, keperwiraan, keheroan S eri Pahlawan Negara ini tiada tolak bandingnya semasa zaman kegemilangannya. Mendiang bersama-sama rakannya yang berjuang semasa zaman darurat sehingga Malaysia mengkecapi keamana dan kedaulatan seperti yang dinikmati sekarang jarus menjadi anjakan paradigm yang lebih signifikan agar semangat cintakan negara menjadi pemangkin kepada kejayaan kita pada masa hadapan.
                Tidak banyak penghargaan yang mendiang nikmati semasa hidupnya sehinggalah kerajaan sekarang dibawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengorek jasa dan pengorbanan wira-wira negara yang masih hidup malah yang sudah untuk diberi penghargaan baik dari segi kewangan malah pingat kebesaran. Perdana Menteri juga dengan agresifnya terus memberi ucapan terima kasih kepadda mereka baik yang masih hidup mahupun yang telah meniggal dunia diberi pelbagai inisiatif bagi menunjukkan keperihatinan kerajaan kepada bekas-nbekas tentera dan semua anggota keselamatan negara.
                Bagi penulis, terlalu banyak jasa yang dicurahkan oleh para pahlawan negara. Adalah wajar generasi hari ini memperingati pengorbanan mereka-mereka yang telah terkorban dan menyanjungi mereka yang masih mampu bercerita kepada kita akan kesukaran hidup pada zaman hitam negara. Bagi SP Kanang Anak Langkau, mendiang buka sahaja layak untuk digelar SP, Temenggung, Datuk ataupun Tun tetapi bagi anak-anak negri Sarawak mendiang sebenarnya layak menjadi Tuan Yang Terutama. Semoga roh mendiang SP Temenggung Datuk Kanang Anak Langkau ditempatkan oleh Tuhan bersama-sama mereka yang soleh di Surga.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting