Pilihanraya
Umum ke-13
Salam damai
dam salam tahun baru kepada para pembaca sekalian.
Sesudah teka-teki sepanjang
tahun 2012 tentang tarikh piliharaya tamat kini PRU-13 bakal diadakan pada
nila-bila masa dari sekarang sebelum tempoh 5 tahun mandate Parlimen tamat pada
April tahun ini.
Seperti biasa, parti-parti
politik bermain dengan tarikh piliharaya dan semakin rancak pada awal-awal
tahun ini lagi. Dengan isu-isu lama kembali segar semula seperti isu pemilihan
anggota tertinggi DAP yang menyebabkan pegawai yang menguruskan pemilihan DAP
hujung tahun lepas meletak jawatan gara-gara mungkin terdapat kesilapan semasa
proses pengudian. Kemudian disusul pula amanah haji Hadi 1980 an timbul semula.
Walaupun kebanyakan pengundi pada PRU-13 nanti adalah mereka yang lahir pada
era 1980-an, isu ini akan menyingkap semula modal-modal lama apabila tiada lagi
modal lain untuk dijadikan deposit dalam serangan pilihanraya.
Kedua-dua pihak saling tuduh
menuduh. Pihak kerajaan menuduh ini dan pihak pembangkang menuduh ini.
Kedua-dua pihak dilihat mempunyai peluang yang seimbang untuk memenangi PRU-13
kali ini. Golongan muda mahupun sesuatu yang baru dalam kerajaan manakala
penduduk Bandar pula mahu kehiidupan yang lebih baik dengan memilih kerajaan
yang baru adalah di dalam fikiran mereka. Manakala bagi penduduk luar Bandar,
perpendapatan sederhana dan rendah pula hanya mengharapkan kerajaan yang sedia
ada meneruskan usaha-usaha yang telah dilakukan sejak kemerdekaan Tanah Melayu
pada 1957.
Di dalam sejarah pentadbiran
kerajaan sesebuah negara bekas jajahan Great Britan, tidak pernah berlaku
sebarang pertukaran kerajaan berlaku sejak kemerdekaan. Di Malaysia misalnya,
parti pemerintah yang menag pada tahun 1957 masih kekal memerintah sehingga
pada hari ini. Sama seperti yang berlaku di India, Singapura dan negara-negara
bekas Jajahan British. Mungkin pada kali ini akan ada perubahan atau selepas
tahun 2020?
0 comments:
Post a Comment