UMNO 2012
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. Umno mengadakan perjumpaan
agongnya yang ke66 di ibu negara. Perjumpaan terbesar dan terakhir sebelum
PRU13 yang bakal diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.
Perdana
Menteri pastinya mahukan semua jentera parti UMNO dan semua parti komponen BN
bersiap sedia menjelang PRU13. Secara undang-undangnya, kerajaan masih
mempunyai masa untuk melengkapkan semua janji semasa PRU12 yang lalu. Namun,
mungkin ada du atau tiga janji yang mungkin tidak dapat dilaksanakan atas
beberapa factor yang tidak dapat dielakkan.
Seperti
biasa, modal kempen Pilihanraya kerajaan adalah pembangunan ditambah sedikit
perasa berpendapatan tinggi menjelang Tahun 2020. Kita mungkin boleh
menjangkakan kerajaan akan dapat mempertahankan Putrajaya pada PRU13 dan PRU14
atas factor wawasan jangka panjang negara yang sedang menghampiri due date nya.
Dan selepas
itu, kita akan dapat melihat politik gaya baru apabila pemimpin veteran akan
bersara dan digantikan dengan yang baru dalam tempoh lima ke 10 tahun yang akan
datang. Pastinya gaya politik yang lebih terbuka akan disajikan oleh ahli-ahli
politik bagi pengaruh umum dan perniagaan mereka.
0 comments:
Post a Comment