colonialism
in Sarawak.
Damai dan
salam sejahtera kepada semua pembaca.
Sarawak bermula kisahnya semasa
di bawah pemerintahan berkurun-kurun lamanya oleh Kesultanan Brunei. Hasilnya
sehingga sekarang, kawasan yang dinaungi oleh Brunei masih mengamalkan amalan
lazim kesultanan Brunei. Mereka juga masih mengekalkan adat dan gelaran yang
dianugerahi oleh Sultan dan diwarisi kepada generasi ke generasi.
Kemudian, Sarawak beralih dari
naungan seBorneo kepada kerajaan yang lebih besar iaitu Britian. Bermula dari
penglibatan secara tidak sengaja oleh James Brooke yang memerdekakan Sarawak
dari Kesultanan Brunei tetapi meRajakan dirinya sendiri mengubah langskap
politik Sarawak. Dari kuasa yang diturunkan oleh Sutan brunei kepada pembesar
tempatan kepada kuasa dari Rajah kepada pegawai-pegawai Orang Putih menjadikan
pembesar tempatan memberontak. Hasilnya, Rajah Charles Brooke meluaskan empayar
Sarawak sehingga kepada keluasa negeri Sarawak yang ada sekarang. Perluasan
wilayah Sarawak itu dikekalkan oleh Rajah Charles Vyner Brooke, Kerajaan
British dan oleh kerajaan Sarawak yang ada sekarang.
Secara sejarahnya, Sarawak
dipimpin oleh seorang pemimpin untuk tempoh yang lama sejak zaman kesultanan
Brunei lagi. Di tambah 100 tahun pemerintahan Rajah Brooke dan sekarang
Kerajaan Sarawak pimpinan Pehin Sri. Kesemua pemimpin memerintah dengan tempoh
yang agak lama tanpa pemberontakan besar dari kalangan rakyat. Hasilnya, orang
Sarawak telah biasa dengan amalan colonialism.
0 comments:
Post a Comment