Terencat
akal
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman.
Sambutan
ambang kemerdekaan “janji demokrasi” bertukar menjadi “janji bahagia” di ibu
negara. Selain isu bendera baru yang bakal digantikan jika Pakatan Rakyat
memerintah terdapat salah satu babak yang amat menyedihkan berlaku.
Tunjuk
punggung.
Kalau kita
mentafsirkan budak ini menyokong Parti PAS, memang budak ini yang akan
mula-mula menerima hukum hudud. Paling-paling pun lapan kali sebatan tu atas
kesalahan menunjukan atau perlakuan tidak senonoh di kalayak ramai. (kalau
sula?)
Kalau budak
ini penyokong DAP plak, memang budak ini yang akan mula-mula akan menerima
hukuman demokrasi. Hal ini kerana, suara ramai (demokrasi) pasti mahu budak ini
berjalan di dataran merdeka dengan menunjukkan punggung. Kami rasa DAP tidak
mengajar penyokong mereka menunjukkan punggung.
Jika budak
ini penyokong PKR pula, memang budak ini akan menerima hukuman yang
seadil-adilnya seperti mana ketua mereka mengatakan keadilan adalah untuk semua
rakyat Malaysia. Harus diingat, ada tujuh orang yang mempunyai wajah seiras
dengan kita. Kalau lah gambar itu bukan gambar orang yang dimaksudkan mesti
orang itu marah dan saman budak itu dan mereka yang sama waktu dengannya.
Kalau pula
budak ini penyonkong BN, saya rasa budak ini tidak akan tergamak menunjukkan
buntutnya sedemikian rupa.
Itu belum
lagi hadirin yang sedang menyaksikan gelagat tunjuk buntut tu kan. Kalau ini
lah Bersih dan Kebebasan yang dijadikan contoh susahlah kami mahu undi Pakatan
Rakyat. Kalau Negara Malaysia ini U.S.A pun kalau penyokong tekar parti ada
contoh yang semacam ini confirm kami tidak akan keluar mengundi. Kalau pun
keluar kasi undi rosak je lah. Tidak perlu pangkah.
Tidak perlu
bah menonjolkan buntut, menunjukan isyarat tidak senonoh memuji-muji perkara,
perbuatan tidak senonoh sebegitu rupa. Buruk tu. Kita nak salahkan siapa? Ibu
bapa? Rakan sebaya? Ahli politik atau susu yang kita minum? Kerajaan
menggalakkan ibu-ibu untuk menyusukan bayi mereka. Kalau terlalu banyak minum
susu lembu ini lah akibatnya. Orang nasihat kasi susu badan kita pula bagi
anak-anak minum susu lembu. Tidak hairan lah anak-anak sekarang semacam lembu.
Lembu selalu menunjukkan punggung apabila lembu mengibas ekornya untuk
menghalau ungas.
Banyak lagi
cara kita untuk menunjukkan rasa tidak puas hati kepada pemimpin. Kita boleh
berhubung terus dengan pejabat ahli politik tersebut. Face to face lah kalau
betul-betul tidak puas hati. Ini tunjuk punggung. Kalau buntut ayam orang
panggang dah tu. Malu sangat nak jumpa ahli politik tu jumpa di facebook lah.
Hampir kesemua ahli politik ada facebook. Segan kat facebook yang ada muka
pakai burung biru tu. Tweet lah banyak mana pun anda suka. Tidak ada orang nak
marah. Masih juga tak puas hati report je polisbuat aduan kepada polis dan
polis akan buat siasatan. Kemudian semasa pilihanraya tunjukkan lah kepandaian
dan kebijaksanaa susu lembu di atas kertas undi. Ahli politik mana yang lebih
popular, dia akan menang banyak undi. Kalau tak popular walaupun kalah satu
undi pun tetap juga kalah.
Fikir-fikirkal
wahai generasi Y yang moden dan bertemadun. Jangan masih dijajah pemikiran
gara-gara minum susu lembu import yang terlebih sudah. Tepuk dada Tanya selera.
0 comments:
Post a Comment