Monday, September 3, 2012

sama je eh

Monday, September 3, 2012

Bendera oh bendera.
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman sekalian.
Masih panas masih hangat daripada biasa. Sebelum ini ahli politik parti Pakatan Rakyat ada menyuarakan mahu menukar bendera Jalur Gemilang kepada bendera baru yang lebih nasional. Hal ini kerna menurut beliau, bendera Jalur Gemilang terlalu kepolitikan. Beliau merujuk kepada parti Perdana Menteri kerana Jalur Gemilang diumumkan sebagai bendera Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Bendera ini hasil ciptaan Encik Hamzah apabila beliau menang pertandingan mencipta bendera Persekutuan Tanah Melayu.
Jika kita amati bendera ciptaan pemuda PKR ini, Nampak sangat ke-Indonesia-an. Jika ditambah bintang dan bulan pula semacam bendera republic Singapura. Selain Indonesia dan Singapura, negara Poland juga menggunakan bendera dwi-warna ini iaitu merah dan putih.
 Jika kita lihat bendera ini secara domestic pula, bendera ini juga masih menggunakan warna kepolitikan Perdana Menteri Malaysia ke-enam. Bendera UMNO juga menggunakan dwi-warna merah dan putih. Bezanya UMNO mempunyai lambang UMNO di bendera mereka. Kalau di Sarawak, Parti Ketua Menteri Sarawak PBB juka menggunakan dua warna ini. Bezanya PBB meletakkan perisai kaum iban di bendera mereka.
Andaikata betul dan mereka menunaikan janji mereka untuk menukarkan bendera yang sedia ada kepada bendera baru, bukankah seperti memberi UMNO dan PBB kelebihan yang lebih besar daripada Pakatan Rakyat. Kedua-dua parti itu telah lama menggunakan warna merah putih sebagai warna utama di bendera mereka. Jika ahli politik pembangkang mengatakan bendera sekarang terlalu ke-UMNO-an, bendera baru ciptaan rakan pembangkang mereka pun lebih dan lebih dekat lagi ke-UMNO-an.
Kalau mereka mereka cipta bendera itu sebagai gabungan tiga parti itu ada ke persamaannya? PAS mengggunakan putih dan hijau. DAP putih dan merah dan terdapat roket di bendera mereka. PKR pula warna biru, putih dan merah. Manakala warna bendera baru itu langsung tidak menunjukkan kepakatan tiga parti itu. ehem ehem. Kalau negara Malaysia menggunakan bendera kebangsaan yang terlalu, teramat dan keterlaluan ke-POLITIK-an baik Malaysia tidak perlu ada bendera.
Negara lain bertukar ganti kerajaan memerintah tidak pula bertukar bendera. Tidak pula kita dengar orang Poland ketawa melihat bendera Indonesia dan Singapura yang hampir sama. Tidak pula negara Jepun tergelak melihat bendera Singapura yang ada bulan dan bintang manakala bendera Jepun dengan matahari merahnya.
Jika kita menyayangi negara kita tidak perlu mengubah sesuatu yang sudah dianggap lambang negara sejak turun-temurun. Musyidil PAS menganggap perkara menukar bendera ini tidak perlu kerana perkara untuk menukar bendera amat sukar dan memakan masa yang lama. Mana lagi masa untuk membela nasib rakyat jika banyak masa terpaksa ditumpukan kepada mengubah bendera. Bendera kita sudah diterima antarabangsa. Berkibar pada UN lagi. Berkumandang lagi kat olimpik tapi tanda-tanda itu sudah dekat. Nasib baik ahli politi itu belum mencipta lagu baru untuk bendera baru itu.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting