Friday, August 10, 2012

how to work from home?

Friday, August 10, 2012

Bekerja dari rumah-era sebelum internet
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman lagi bijaksana. Pada hari ini istilah bekerja dari rumah bukanlah sejenis pekerjaan yang baru. Pekerjaan dari rumah suatu ketika dulu selalunya merujuk kepada pekerjaan suri rumah tangga yang semestinya didominasi oleh para ibu-ibu. Ya lah dah namanya suri rumah, kerja kat rumah lah para ibu ini. Selain itu beberapa pekerjaan traditional juga bermula dari rumah sebelum kedatangan internet lagi. Antaranya ialah:
1.       Membuat/menjual kuih-muih
Tidak memerlukan sangat teknologi canggih utuk membuat kuih-muih dari rumah. Hanya berapa peralatan memasak dan bahan-bahan membuat kuih diperlukan. Selalunya para ibu yang akan membuat kuih pada masa lapang mereka. Setelah selesai membuat kerja rutin sebagai suri rumah, para ibu mungkin kebosanan duduk sahaja di rumah. Jadi masa tersebut digunakan untuk melakukan sesuatu yang berfaedah. Kuih-muih para suri rumah biasanya dijual dari rumah ke rumah. Jadi masa lapang mereka dapatlah digunakan untuk berjumpa kawan-kawan mahupun jiran tetangga sambil menjual kuih. Setidak-tidak pun mereka meletakan kuih mereka di warung-warung kopi sekitar tempat tinggal mereka. Ada yang menghantar ke kantin-kantin sekolah mengikut kuantiti yang mereka buat. Dari rumah sahaja pada masa lapang dapat menjana pendapatan.
2.       Membuat keropok ikan/udang/ubi
Selalunya aktiviti ini melibatkan isteri nelayan dan petani. Mereka mendapat bekalan bahan mentah mungkin secara percuma dari suami mereka. Kadang-kadang ikan atau udang atau ubi ini lebihan dari jualan para suami yang dijadikan isteri sebagai keropok untuk dijual. Selalunya isteri para petani, penternak dan nelayan ni memang tidak pernah nak duduk diam. Ada sahaja aktiviti mereka. Ada yang menolong suami mereka di kebun dan yang lebih extreme ialah pergi ke laut bersama insan yang tersayang. Jualan dari keropok pastinya dapat menampung perbelanjaan harian.
3.       Membuat kek
Sedikit moen dan di luar tradisi. Selalunya pada musim-musim perayaan. Di Sarawak misalnya, aktiviti membuat kek lapis amat laris pada musim perayaan. Tak menang tangan para pembuat kek lapis ni. Sehingga ada suami yang bekerja terpaksa meminta cuti semata-mata membantu isteri memenuhi permintaan. Pada hari ini, ada pengusaha kek lapis telah menebusi pasaran global. Tahniah diucapkan kepada mereka.
4.       Membuat makanan ringan traditional
Antara makanan ringan ialah batang buruk, kerepek mahupun terbaloi. Sebenarnya banyak lagi makanan ringan traditional yang ada di negara kita. Dibuat untuk makanan petang keluarga mahupun dikongsi bersama jiran tetanga (untuk promosi). Setelah mendapat permintaan hasil daripada perkongsian tadi maka terdapat permintaan dari jiran-jiran. Ada permintaan maka ada penawaran. Ada kedua-duanya maka adalah income.
5.       Menjahit baju
Permintaan amat tinggi pada musim perayaan. Lebih-lebih lagi pada hari raya aidilfitri. Kadang-kadang baju tukang jahit sendiri tak terbuat dek kerana permintaan melebihi penawaran. Ada yang menawarkan upah lebih bagi menyiapkan baju raya mereka secepat yang mungkin. Akibatnya, tukang jahit terpaksa bekerja siang malam untuk menyiapkan tempahan. Ish ish ish. Rezeki lah katakan.
6.       Pengasuh
Sebagai aktiviti sampingan. Suri rumah yang tidak mengambil inisiatif seperti yang di atas selalunya mengambil usaha menjaga anak-anak jiran tetangga yang bekerja untuk beliau jaga di rumah. Ada sesetengah ibu bapa risau anak mereka dijaga di pusat-pusat asuhan. Jadi mereka mengambil inisiatif mengupah orang yang mereka kenali untuk menjaga anak mereka.
7.       Menyulam
Kemahiran menyulaman diperlukan bagi kerja ini. Ada sesetengah ibu menonton television sambil menyulam. Terdapat dua keadah menyulam. Secara tangan mahupun menggunakan sewing machine. Selalunya secara tangan lebih lama dan halus seninya. Menggunakan sewing machine pula lebih cepat. Bagi yang sudah mempunyai kemahiran yang tinggi hasil seninya lebih menyerlah lagi dengan menggunakan sewing machine.
8.       Kraftangan
Antaranya ialah seperti alat-alat kegunaan harian seperti tikar, topi traditional bakul dan sebagainya dapat dibuat dari rumah sahaja. Bahan-bahan selalunya dari hasil hutan mahupun plastic yang mudah utuk didapati. Ibu-ibu yang sudah berusia selalunya menjalankan aktiviti ini untuk hiasan mahupun sebagai kegunaan harian.
9.       Kedai runcit
Menggunakan sedikit ruang di rumah untuk digunakan tempat menjual keperluan harian. Selalunya para suri rumah akan membuat aiskrim, menjual gula-gula dan makanan ringan kepada anak-anak jiran yang pastinya akan ada banyak permintaan. Dapatlah untung sedikit.

1 comments:

Rizal Salim

Teringat kecik2 dulu pernah tolong mak jual kuih =)

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting