Wealth of
Sarawak
Utusan Borneo Khamis 9 Ogos 2012 |
Salam
sejahtera kepada para pembaca yang budiman.
Sejak dua
tiga hari ini atau lebih tepat menjelang pilihanraya ini isu minyak Sarawak
mahupun negeri-negeri pengeluar minyak seperti Sabah, Kelantan serta Terengganu
bangkit mengutarakan royalty minyak masing-masing. Lebih jelas di Sabah dan
Sarawak. Dua pengeluar minyak terbesar
di Malaysia. Namun yang demikian, kedua-dua negeri ini muncul sebagai antara
negeri paling mundur di Malaysia. Pendapatan minyak meningkat namun macam tidak
dapat dinikmati oleh penduduk di wilayah Borneo ini.
Isu ini
lantang dibangkitkan oleh pembangkang pada pilihanraya PRU12 yang lepas. Mereka
menjanjikan royalty minyak setinggi 20% kepada Sabah dan Sarawak. Pada minggu
lepas, beberapa ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak juga membangkitkan isu
royalty minyak. Isu ini mungkin sering kali dibangkitan kemudian senyap bergitu
sahaja. Cepat dihangatkan dan cepat juga menjadi sejuk. Mungkin ini ialah
permaina politk. Umpama hangat-hangat tahi ayam. Jika royalty minyak
ditingkatkan, mungkin lebih banyak pembangunan dapt dilakukan oleh kedua-dua
wilayah Borneo ini. Kita berharap agar kita akan dapat memperolehi hak kita
sebagai rakyat wilayah Bornoe.
Namun yang
demikian, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pula mengatakan bahawa telaga
minyak terletak di nun jauh di perairan Malaysia. Perairan Malaysia adalah
milik kerajaan persekutuan. Royalty minyak wajar pada kadar yang telah
ditetapkan kerana minyak digali oleh syarikat milik kerajaan persekutuan.
Bagi saya,
Sarawak sepatutnya memiliki sebuah syarikat petroleum sendiri. Sudah sekian
lama shell dan petronas mengorek hasil bumi Sarawak. Pendapatan itu digunakan
sepenuhnya oleh persekutuan membangunkan wilayah Malaya. Pada suatu ketika
dahulu, harga minyak di Sabah dan Sarawak jauh lebih mahal daripada di Malaya.
Bertahun-tahun kita membayar harga yang lebih mahal sedangkan ketika itu kita
mempunyai pusat penapisan minyak terbesar di dunia milik LNG bintulu sebelum
kedudukan itu diambil oleh negara Arab. Alasan yang digunakan oleh kerajaa
persekutuan ketika itu ialah kita juga pengimport minyak untuk kegunaan kita.
Minyak import dicampur dengan minyak negara kita. Minyak negara kita mendapat
permintaan tinggi di dunia kerana kandungan sulfur yang rendah. Jadi harga
minyak kita diapungkan seperti mana harga minyak antarabangsa.
YB-YB Sarawak |
Minyak kita
dijual atau dieksport manakala kita mengunakan minyak yang diimport yang
mempunyai kadar sulfur yang agak tinggi. Adakah minyak yang kita ada tidak
mencukupi untuk kegunaan kita? Jika ya adalah wajar kita jual minyak kita dengan
harga yang tinggi dan kita membeli petroleum dari negara pengeluar minyak yang
lain dan ditapis di negara kita.
Jika, semua
petroleum yang dilombong di Sarawak, ditapis di Sarawak dan digunakan di Sarawak
bekalan adalah sudah mencukupi. Jika melebihi pun kita dapat mengeksport minyak
kita ke Malaya. Pendapatan itu pastinya sudah mencukupi untuk negeri Sarawak.
Tetapi yang kita ketahui, minyak kita memang dapat untuk menampung seluruh
Malaysia dan untuk dieksport. Pendapatan Petronas dari kerja-kerja cari gali di
seluruh dunia sangat berguna untuk pembangunan negara.
Kita mungkin tidak akan
dapat meminta pendapatan minyak Sarawak untuk Sarawak dan Sarawak membayar
royalty kepada kerajaan persekutuan tetapi cukuplah kalau royalty kita
ditingkatkan. Beri peluang kepada Sarawak yang kadar pengangurannya antara
terringgi di Malaysia. Tolonglah kami. Saya dahulukan dengan ucapan terima
kasih. Janji ditepati?
0 comments:
Post a Comment