Wednesday, August 29, 2012

Please, let's Sabah and Sarawak Free

Wednesday, August 29, 2012

Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia

Damai dan salam sejahtera kepadapara pembaca yang budiman sekalian.
Sejak akhir-akhir ini semakin kencang gerakan ideology sesetengah pihak mahu Sabah dan Sarawak keluar dari Persekutuan Malaysia dan menubuhkan negara sendiri. Mungkin bagi mereka penyertaan menyertai Malaysia adalh satu keputusan yang salah. Mungkin ya tetapi terdapat juga kemungkinan Sabah dan Sarawak mesti menyertai Malaysia pada 16 September 1963.
1.       Pengaruh Komunis
Komunisme merupakan musuh utama pihak barat. Jika penduduk menyokong idea komunisme sudah pastinya Sabah dan Sarawak tidak akan mencapai kemerdekaan. Barat mahu system demokrasi menjadi budaya seluruh dunia. Lebih-lebih lagi pada waktu itu negara Indonesia mahu membina Indonesia Raya di seluruh kepulauan Nusantara dengan ideology komunis.

2.       Tuntutan Filipina ke atas Sabah
Walaupun pada hari ini Filipina sudah memberhentikan tuntutan itu namun jika tidak kebijaksanaan kerajaan mungkin mereka akan terus menuntut Sabah kerana utara Sabah(timur laut Borneo) telah dihadiahkan kepada Sulatan Sulu oleh Sultan Brunei pada 1658. Kisah itu mungkin telah dan amat lama tatapi Filipina mahukan Sabah kerana factor-faktor yang kita tidak ketahui dengan tepat.

3.       Sabah dan Sarawak musnah pada perang dunia ke-2
Sejarah penjajahan di negeri Sabah dan Sarawak amat panjang. Penduduk tempatan hanya terlibat dengan system ekonomi sara diri. Penjajah pula mengaut kekayaan sumber alam kita dari dulu lagi. Misalnya di Sarawak, Rajah Brooke terpaksa membakar sumber-sumber kewangan Sarawak agar Jepun tidak dapat menggunakan sumber yang ada. Dengan jangka penjajahan yang singkat, Jepun tidak sempat membangunkan sumber tersebut. Brooke pula tidak dan mungkin kedejut mahu menggunakan wang sendiri bagi membangunkan semula Sarawak namun desakan British mahu Sarawak menjadi tanah jajahan mahkota mereka menyebabkan Brooke akur. 

Sebagai jalan keluar bagi mengatasi mesalah tersebut, kita terpaksa bergabung dengan Persekutan Malaysia kerana pada ketika itu Malaya sudah merdeka dan Singapura pula sebuah negara berpendapatan tinggi. Pergabungan dengan pembentukan Malaysia dapat membantu tiga perkara tadi diselesaikan.

Namun yang demikian kita juga dapat mencapai kemerdekaan sendiri tanpa pembentukan Malaysia dan membangunkan negara kita sendiri tetapi pasti amat perlahan dan amat lambat. Jadi jika Sabah dan Sarawak tidak menyertai Malaysia adakah kita Sabah dan Sarawak tidak akan maju?

1 comments:

Unknown

bek sabah n sarawak pisah dari malaysia kan..buat negara sendiri.. saya rasa kita akan lebih maju.

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting