Monday, August 6, 2012

Dream

Monday, August 6, 2012
aksi Datuk Lee menentang Lin Dan

Sorakan Emas 1 Malaysia
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman.
Pada tanggal 5 Ogos 2012, penantian emas Malaysia pada temasya sukan terbesar dunia seakan-akan berakhir apabila Datuk Lee mendahului permainan pada set ke tiga dengan kelebihan dua mata. Namun segala-galanya berakhir ketika kesilapan agakan beliau menyebabkan mata mudah bagi Lin Dan untuk mendahului satu mata. Pada situasi mata emas olimpik, Lin Dan mahupun Datuk Lee bermain secara berhati-hati kerana satu mata boleh menjadikan perlawanan tamat mahupun diheret kemata penentuan. Sekali lagi, terlebih pukul menyebabkan bulutangkis terkeluar sedikit dari gelanggang Lin Dan dan memberi pingat emas olimpik kedua Lin Dan. Maka, Lin Dan telah mengukir namanya sebagai Lagenda Sukan Badminton dunia dengan memenangi dua pingat emas olimpik berturut-turut dengan menewaskan lawan yang sama.
Perlawanan akhir paling mendebarkan pernah saya tonton selain sukan bola sepak. Dengan setiap kali pemain itu menjarakan diri, mereka berkelebiha dua mata sahaja pada set ke tiga iaitu set penentuan. Lin Dan berada pada kedudukan yang tetap dan pada masa yang betul untuk mendahului Datuk Lee. Datuk lee pula mengejar dan menjarakan diri pada awal saingan. Momentum itu Berjaya diseimbangi oleh Lin Dan. Adagen kejar mengejar menarikan lagi perlawanan dan cukup mendebarkan sehingga pada satu ketika Wembley Arena  seakan-akan senyap dan hanya kedengaran kedua-dua pemain itu saling berbalas pukulan. Cukup mendebarkan dan amat tegang.
Emas bernilai RM1juta akhirnya gagal lagi kita dakap. Walaupun hanya Datuk Lee yang akan dapat emas dan duit RM1 juta itu, kita sebagai rakyat Malaysia pastinya akan rasa bangga kerana yang menang Emas itu adalah orang Malaysia. Foreigners’ akan cakap, “congratulation Malaysians, you are the champion of Olympic in Badminton.” Sekurang-kurangnya lah.  Satu pun jadilah. Macam taufik Hidayat, walaupun beliau menang emas pada Olimpik 2004, beliau tetap pemenang pingat emas pada temasya olimpik di Athens. Samapai bila-bila beliau akan digelar Champion of Badminton, Athens 2004.
Siapa Taufik Hidayat? Warganegara Indonesia. Orang mana Taufik Hidayat? Orang Indonesia? Asal mana taufik Hidayat? Asal Indonesia. Nampak, asal usul Taufik Hidayat adalah dari Indonesia. Semangat Indonesia ada. Tanah tumpah darahnya ada. Mungkin Taufik ada membawa sedikai tanah dari Indonesia untuk membakar semangat beliau. Walaupun zaman kegemilangan Taufik Hidayat mungkin sudah berlalu tetapi semangat ke Indonesiaan itu sangat tebal.
Datuk Lee? Beliau adalah pahlawan moden sejati Malaysia. Seluruh rakyat Malaysia mahu mendengar Lagu Negaraku berkumandang di Tanah bekas penjajah pada sukan Olympic. Semestinya saat itu adalah saat kita menjajah semula bekas penjajah kita pada satu masa dahulu.
Siapa Lin Dan? Warganegara China. Orang mana Lin Dan? Orang China. Asal mana Lin Dan? Asal China. Lin Dan adalah orang China sejati. Di mana-mana orang cina pasti ada. Kemana-mana sahaja mereka pergi semangat ke Chinaan itu tebal. Apatah lagi China mempunyai penyokong walau dimana sahaja mereka pergi. Kontijen mereka besar maka, tidak hairanlah mereka mempunyai penyokong yang besar di London. Walaupun terdapat penonton mengibarkan bendera Brunei Darussalam  itu hanya penyokong kecil di dalam Wembley Arena.
Satu kelemahan pada Datuk Lee. Hanya satu. Bukan tekanan untuk menang pingat emas pertama negara semata-mata tetapi Datuk Lee berasal dari negara China. Mungkin Datuk Lee generasi kedua tinggal di Negara ini. Semangat asal usul itu masih tebal bagi setiap orang cina di mana-mana sahaja di dunia ini. Tidak ada orang cina yang tinggal di Malaysia bercakap bahasa Melayu sesame mereka. Tidak ada orang cina tidak akan ingat dari mana atok nenek mereka datang. Saya berkongsi cerita saya bersama kawan saya kepada pembaca. Amoi saya ini berketurunan Hokkien. Atok dan nenek dia berasal dari tanah besar China. Baru generasi kedua di Malaysia. Pada sukan Olimpik di Beijing 2008, saya Tanya kepada dia, “ ah deng, kamu sokong Lee Chong Wei ka?” Lalu dia jawab,”buat apa sokong Malaysia. Mereka tu lemah, lembek. Tengok dan sokong China lah. Mereka selau menang.” “wah, kamu sekarang orang Malaysia. Patut kamu sokong Malaysia. Kalau kamu sokong China baik kamu balik China sahaja.” Walaupun pada masa tu kami couple, boleh lagi saya cakap macam tu kat dia. Satu je kelemahan orang China di negara kita. Kesetiaan mereka kepada tanah besar China asal usul atok nenek mereka. Orang cina ni sembah nenek moyang mereka. Kebanyakan orang cina di Malaysia masih berhubung dengan keluarga mereka di China. Maksudnya, walaupun mereka telah menjadi rakyat dan warga negara Malaysia, mereka tidak akan lupa di mana asal usul mereka.
Emas pertama negara pada sukan olimpik pastinya datang dari orang Malaysia sendiri. Maksud saya penduduk pribumi kita sendiri. Hanya kita sahaja dapat menjadikan negara kita cemerlang, gemilang dan terbilang. Walauun datuk Lee telah memberi sedaya upaya mempertabatkan Malaysia saya rasa dia ingin orang asal Malaysia yang mempunyai semangat Malaysia, ketuanan Malaysia sahaja yang dapat memperolehi pingat emsa pertama negara. Saya percaya, pingat emas itu akan datang dari seorang penduduk asal Malaysia. Satu-satunya pingat yang belum pernah dimiliki oleh ORANG MALAYSIA.
Terima kasih.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting