Wednesday, August 15, 2012

bekerja dari rumah- era internet

Wednesday, August 15, 2012


Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca.
Sebelum ini kita berbicara tentang bekerja dari rumah pada era sebelum internet. Kebanyakan suri rumah tangga yang terlibat dengan aktiviti yang agak traditional itu. pada hari ini, internet telah mengubah lanskap. Tidak terhad kepada ibu-ibu yang tinggal seharian di rumah sahaja dapat terlibat dengan pekerjaan dari rumah malah, mereka yang mempunyai pekerjaan professional.

Arkitek/jurutera
Golongan ini tidak semestinya perlu ke pejabat ubtuk menyiapkan sesuatu projek. Tempat yang paling banyak idea adalah di rumah. Home sweet home. Untuk berinteraksi dengan rakan sepejabat, online je dengan skye mahupun yahoo messager!!!. Terdapat juga suri rumah yang tergolong dalam golongan ini. Mereka mempunyai masa untuk suami, anak-anak, rumah tangga malah kerjaya mereka.

Blogger.
Wartawan tidak rasmi. Mereka hanya perlu mencari idea untuk artikel yang mereka mahu berkongsi bersama rakan-rakan diinternet. Jika dahulu blog-blog banyak dimanfaatkan mereka sebagai diari tetapi sekarang lebih dari itu. kebanyak bloger mendapat bahan dari akhbar-akhbar dan mengulas semula cerita itu. manakala trend sekarang ini ialah mendapatkan bahan difacebook dan komen balik dengan blog.

Suri rumah
Zaman moden ini apa-apa pun boleh berlaku. Ibu-ibu boleh mempromosikan kuih-muih di internet. Mendapat tempahan kek dari internet. Tempahan baju. Tempahan menjaga anak dan sebagainya boleh digunakan melalui internet. Secara tidak langsung internet menjadi medium mempromosikan perkhidmatan dan barangan secara dari rumah sahaja.

Ejen hartanah
Ejen hartanah hanya memerlukan air liur sahaja untuk menjual rumah. Kalau ada panggilan dari klien, mereka boleh berjumpa di mana-mana sahaja. Ada yang terus ke rumah. Maka pejabat hanya menjadi tempat menyimpan barangan pejabat sahaja. Ada yang lebih kretif menggunakan ruang dalam rumah sebagai pejabat mereka. Maka masa kerja akan menjadi lebih fleksibel. Bagi mempromosikan perkhidmatan mereka, mereka boleh menggunaka medium internet dari rumah. Siap boleh video call dengan customer. Asalkan senarai bakal pelanggan tidak putus maka kerjaya ejen hartanah dari rumah memang selesa.

Ejen insurans
Kebanyak kerjaya seperti ejen bergantung kepada tahap kerajinan. Semakin rajin kia mencari prospek semakin banyak lah bakal pembeli kita. Jika pembeli polisi insurans kita banyak maka banyak jugalah income kita. Para ejen boleh menggunakan medium percuma seperti facebook untuk mendapatkan bakal pelanggan mereka. Jadi prospek mereka sangat banyak dan tidak terbatas.

Peguam
Sebenarnya banyak lagi golongan professional yang bekerja dari rumah pada hari ini. Mereka menjalankan aktiviti perniagaan dari rumah sahaja. Tidak perlu untuk membayar sewa ruangan pejabat. Mereka boleh berjumpa klien mereka hanya di rumah mahupun terus di makamah. Selalunya golongan ini menggunakan restaurant berjumpa klien mereka. Almaklumlah professional.

Pilih sahaja kerjaya mana yang anda mahu. Jadi cikgu pun boleh dari rumah aper. Kelas tuisyen di rumah sahaja. Semuanya boleh dilakukan dari rumah sahaja. Mahu atau tak mahu je lah. Kadang-kadang kerjaya di internet dapat membri kita banyak peluang yang besar sebenarnya. Saya akan kupas pada artikel yang akan datang.

Terima kasih semua.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting