Kingdom of Sarawak
Hai..salam sejahtera kepada para
pembaca yang budiman.
1.
Pada
23 Julai 1963, Sarawak mencapai kemerdekaan daripada Colonial of British
setelah menjadi Tanah Jajahan Mahkota British selepas kependudukan Jepun di
Sarawak. Ini artikel yang saya baca kat page facebook kawan baik saya.(sumber SSKM) Sebenarnya, saya tak tahu pun Sarawak pernah merdeka sebelum Sarawak menyertai
Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Menurut pembacaan saya baik dari
buku teks mahupun rujukan lain tiada satu pun artikal yang mengatakan Sarawak
merdeka dari Penjajahan British. Setiap tahun pada 16 September, iklan-iklan
ucapan tahniah dari pelbagai badan kerajaan, cooperate, swasta mahupun orang
perseorangan pasti akan wish “Sarawak Merdeka Dalam Malaysia”, “Sarawak Merdeka
Melalui Malaysia” dan yang sama waktu dengannya. Sesungguhnya tidak ada plak
wish pada 23 Julai.
2.
Daripada pengetahuan saya, atok-atok,
nenek nenek kita orang Sarawak join Malaysia sebab mau kita cepat merdeka. Ini
kerana pada Januari 1941, Charles Vyner Brooke Rajah Putih ke-iii Sarawak telah
berjanji untuk memberikan Sarawak kepada Orang Sarawak yang memberi makna
Kemerdekaan kepada Sarawak. Impian itu seakan-akan semakin menjadi kenyataan
apabila Perlembagan 1941 diperkenalkan sempena perayaan 100 Tahun Pengambilan
Sarawak. Namun, impian itu pudar apabila pihak tentera Jepun Berjaya menawan
Sarawak. Setelah berakhirnya perang dunia ke-ii, Sarawak kembali kepada Rajah
Putih Brooke. Namun, dasar bumi hangus yang digunakan oleh Rajah pada perang
dunia ke-ii telah menyebabkan Rajah Putih Brooke tersebut kekurangan sumber
kewangan untuk membangunkan semula Sarawak. Rajah telah membakar telaga-telaga
minyak dan yang sama waktu dengannya dengan harapan agar pihak Jepun tidak
dapat menggunakan segala kemudahan yang ada di Sarawak pada ketika itu. Akibat
kekurangan dana untuk memulihkan Sarawak, Rajah Putih Brooke telah mengambil
keputusan untuk menyerahkan Sarawak kepada pihak British pada bulan December
1945. Pada 8 Februari 1946, Charles Vyner Brooke mengisytiharkan Sarawak telah
diserahkan kepada pihak British.
2.i Oleh
yang demikian, Sarawak menjadi tanah jajahan
Mahkota British dan Rajah Putih Brooke berhijrah ke luar Negara.
Keputusan itu menyebabkan impian Orang Sarawak untuk memerintah Negara Sendiri
tidak menjadi kenyataan. Pada masa yang sama, Negara Indonesia sedang
mengembangkan sayapnya keseluruh Asia Tenggara terutama negeri yang serumpun
dengannya. Di Tanah Melayu, gerakan memerdekaan Tanah Melayu daripada British
semakin memuncak dengan hampir tertubuhnya Malayan Union pada I April 1946.
Indonesia mencapai kemerdekaan pada tahun 1949 yang diiktiraf oleh pihak
penjajah Belanda. Namun yang demikian golongan nasionalis mengisytiharkan
kemerdekaan Indonesia lebih awal iaitu pada 17 Ogos 1945. Hal ini kerana, Parti
Komunis Indonesia cuba untuk membentuk Negara yang besar yang akan dikebali
sebagai Indonesia Raya yang meliputi seluruh Nusantara. Pada era itu fahaman
komunisme berkembang dengan pesat di seluruh dunia.
2.ii Mendengar khabar Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada 1957, President Indonesia ketika itu cuba memperluaskan tanah
takluknya ke kepulauan Borneo. Pihak British telah menyiapkan satu cadangan untuk
menyatukan Tanah Melayu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri Kepulauan Borneo kepada
satu system pemerintahan. semakin. Dengan sedikit harapan, Tunku Abdul Rahman
Ketua Menteri Tanah Melayu ketika itu mencadangkan agar Tanah Melayu,
Singapura, Sarawak, Brunei dan Borneo Utara(Sabah) di satukan membentuk sebuah
Negara Persekutan yang akan dikenali sebagai MALAYSIA. Pihak British bersetuju
dengan cadangan tersebut. Penubuhan MALAYSIA akan mempercepatkan proses
kemrdekaan bagi negeri-negeri yang belum merdeka”terutama negeri di Kepulauan
Borneo bagi membendung fahaman komunis. Respon dari pihak Republic Komunis
Indonesia dari pembentukan Malaysia ialah perang. Mereka menggelar serangan itu
sebagai “Ganyang Malaysia”. Sebenarnya, President Republic Indonesia ketika itu
berasa kecewa kerana tidak dijemput untuk berbincang tentang penubuhan Malaysia.
Ini kerana, President mahu menubuhkan Negara Indonesia Raya yang mengamalkan
pemerintahan Kapitalis berbanding Tuanku yang mahu system Demokrasi yang
disokong oleh British.
2.iii Demi
untuk mencapai kemerdekaan, pemimpin Sarawak ketika itu mahu menyertai
Malaysia. Tidak kurang juga yang mnenbantah. Sudah pasti ketika itu para
pemimpin kita mahukan kita keluar dari jajahan Orang Putih secepat yang
mungkin. Tarikh awal pembentukan Malaysia diputuskan pada 31 Ogos 1963. Namun,
pihak Indonesia masih tidak berpuas hati dengan kaji selidik yang dijalankan
terhadap penduduk Kepulauan Borneo, tuntutan Filipina keatas Borneo Utara (
Sabah) dan penarikan diri saat-saat akhir Sultan Brunei menyebabkan tarikh
kelahiran Malaysia ditangguhkan. Akhirnya dengan izin Tuhan yang Maha Esa,
Malaysia lahir pada 16 September 1963 dan kemerdekaan bagi, Singapura, Sarawak
dan Sabah dalam Malaysia. Namun, Singapura keluar dari Persekutuan pada 1965
manakala Brunei mencapai kemerdekaan pada 1984.
3.
Ini adalah skrip cerita tentang
bagaimana Sarawak mencapai kemerdekaan. Jadi jika Sarawak telah mencapai
kemedekaan pada 23 Julai 1961, mengapa pemimpin ketika itu mahu menyertai
Malaysia? Kita merujuk kepada Negara ekonomi terbesar dunia Amerika Syarikat.
U.S.A terbentuk dari 13 buah wilayah dan
menjadikan wilayah tersebut kepada 53 buah negeri dan mereka telah
menjadi kuasa ekonomi kerana Persekutan yang amat besar. Salah satu wilayah
dalam U.S.A ialah California. California jika menjadi sebuah Negara mereka akan
menjadi Negara kelapan terkaya di dunia namun memilih untuk bergabung dengan
Amerila Syarikat. Jika mereka tidak bergabung pun AS masih lagi kuat dan kaya
tetapi dengan kemasukan California maka ekonomi mereka menjadi semakin kuat dan
kukuh. Namun apa yang sedang berlaku sekarang? Beban hutang Amerika dan krisis
kewangan di Eropah. California salah sebuah wilayah yang paling terjejas dengan
krisis hutang Amerika sehingga beberapa Bandar mereka telah diistiharkan sebagai
muflis. Bagaimana halnya dengan Sarawak?
Kita kekurangan penduduk tetapi kaya dengan sumber asli. California kaya dengan
emasnya, Sarawak kaya dengan hasil buminya. Jika betul caranya, saya rasa cukup
hasil bumi kita untuk Sarawak. Namun, Kita lihat Negara yang mengamalkan
ekonomi sara diri seperti Republic Rakyat
Laos. Mereka dapat hidup namun ekonomi Negara mereka amat jauh ketinggalan.
Bagi saya, ada betulnya tindakan para pemimpin terdahulu setuju dengan
pembentukkan Malaysia namun ada satu dua perkara yang perlu di kaji semula agar
kita Orang Sarawak tidak kalah di Tanah Sendiri.
0 comments:
Post a Comment