Sunday, May 18, 2014

royalti hasil bumi kita

Sunday, May 18, 2014
 tiada apa yang mampu kita lakukan. tandatangan telah diturunkan. hasil pun dah semakin kurang lebih tepat dah nak habis tapi apa yang rakyat dapat???????
negeri negeri pengeluar minyak menduduki ranking termundur lebih tepat lagi termiskin di Malaysia. sedar atau tidak negeri kepulauan Borneo lebih parah dek kerakusan politik dan ketamakan mereka. tidak tahu di mana silap nya kita. keseramarataan memang tidak boleh diguna pakai dalam konteks 1 Malaysia.

 isu royalti minyak dan gas malaysia pastinya tidak akan berakhir macam tu sahaja. jika dibaca secara teliti perjanjian antara kerajaan Kelantan dan Petronas jelas menunjukkan negeri-negeri pengeluar minyak menyerahkan hak tersebut sepenuhnya kepada Petronas selama-lamanya. tidak juga dinyatakan berapa banyak hasil atau royalti atau apa apa yang seumpamanya. seolah olah seluruh hasil minyak dan gas adalah milik kepada Petronas.

jika dilihat peta minyak dan gas kepulauan borneo ini jelas kepulauan Borneo amat mewah dengan hasil minyak dan gas. namun , monopoli petronas secara mutlak melenyapkan impian rakyat kepulauan Borneo menikmati hasil emas hitam ini. apa yang kita dapat? cercaan dan penghinaan dari sebelah sana.


Jelas sekali negeri negeri pengeluar minyak dan gas diekplotasi demi membangunkan dan memajukan di sebelah sana.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting