P.213 Mukah: PBB-BN vs DAP vs Bebas
Damai dan
salam sejahtera
Pada PRU12,
penyandang ketika itu, Datuk Leo Micheal Toyad membenam cabaran calon Bebas
Encik Hai Merawin @ Bonaventure dengan majority 6298 undi.
![]() |
Utusan Borneo 21 April 2013 |
Pada PRU13
ini, penyandang Datuk Muhammad Leo Toyad @ Leo Micheal Toyad brhadapan cabaran
yang lebih gentir dengan popularity yang semakin merosot dan tiba-tiba konsesi
Dalat menghantar wakil mereka sebagai calon Bebas.
Dalat
mahukan wakil dari Dalat mewakili Parlimen Mukah pada kali ini kerana menurut
perjanjian pada suatu ketika dahulu jika, Ahli Dewan Undangan Negeri Dalat dan
Balingian adalah muslim maka ahli Parlimen pula haruslah seorang Kristian Liko.
Oleh kerana penyandang dari PBB-BN telah memeluk agama Islam maka ketiga-tiga
kerusi wakil rakyat telah dikuasai oleh Muslim dan janji pembahagian konsesi
kerusi mengikut agama sudah tidak ditepati.
Percubaan kali
kedua Encik Hai Merawin tidak mengejutkan banyak pihak kerana kebolehan beliau
memecah undid an menguasai undi-undi di kawasan Bandar Mukah menarik minat DAP
untuk menamakan beliau bagi dicalonkan untuk menentang PBB-BN. Tiada sebab lain
yang dapat kita fikirkan kerana popularity penyandang P.213 Mukah kian merosot
lebih-lebih lagi di kampung kelahiran beliau (Kampung Tellian). Secara pribadi Encik
Hai Merawin dan Encil Sylvester Ajah
tidak akan menentang calon tersebut secara pribadi tetapi kerana mereka sedar
penduduk Mukah mahukan seorang pemimpin baru bagi mewakili mereka. Selepas PRU12
kedua-dua calon tidak active selepas pilihanraya. Namun mereka kembali semula
selepas lima tahun.
Jika dilihat
dari pembanguanan di kawasan Dalat, Balingian dan Mukah kerajaan Negeri lebih active
membangunkan bahagian Mukah berbanding dari pihak Persekutuan. Masalah jalan
raya yang menyedihkan di bahagian Mukah terutamanya di dalat dan Balingian
bukan lah masalah baru.
Namun,
terpulang kepada perjumlahan undi yang bakal kita ketahui pada 5 Mei nanti. Adakah
PBB-Bn akan menang besar? Atau DAP akan menjadi Bos baru di Mukah atau Dalat
akan membuat kejutan?
0 comments:
Post a Comment