Isu TanaH NCR
Damai dan
salam sejahtera.
Isu Tanah
Adat Bumiputra (NCR) bukan lah isu baru di Sarawak. Ia telah lama dijadikan isu
politik setiap masa sepanjang tahun oleh pesaing kerajaan. Bukan juga berlaku
di Sarawak semata-mata tetapi di seluruh Malaysia dengan pelbagai corak dan
ragam.
Pada awal pagi minggu, penulis
berkunjung ke pasar tamu Mukah “marketing” membeli sayur-sayuran. Apa yang menarik perhatian penulis ialah
artikel “Penduduk Julau Marah Tanah Mereka Dirampas Taib” di letakan di atas
bangku mak cik yang menjual sayur. Mak cik tu berbangsa iban. Mungkin dari
Selangau yang berniaga di Mukah. Artikel yang dicetak dari internet itu
menunjukan bahawa isu tanah dan internet adalah medium utama maklumat pada masa
kini.
Perasan dengan tarikan penulis
kepada kertas itu, mak cik itu mengambil lampiran kertas itu dan melipat kertas
itu mungkin risau penulis seorang dari konco kerajaan.
Diberi, diusahakan, dibiarkan |
Sebenarnya, tindakan kerajaan
negeri mengambil tanah NCR bukan untuk kegunaan pribadi keluarga Mahmud. Jika
pun mereka mahukan tanah, mereka pastinya akan mencari tanah kubur kerana
setiap kita harus mencari tempat di mana kita akan menghabiskan seluruh hayat
kita di dalam tanah nanti. Keluarga Mahmud dilihat komited untuk membangunkan
mereka yang miskin kerana keluarga Mahmud berasal dari keluarga yang miskin
sebelum beliau menikmati kejayaan seperti yang ada sekarang. Atok mereka
mungkin seorang yang kaya kerana digelar “Orang Kaya Setia Raja”.
Jika kerajaan tidak mengambil
tanah itu untuk pembangunan, masyarakat setempat mungki akan hanya membiarkan
tanh itu ditumbuhi hutan sekunder setahu penulis tanah NCR ini amat luas. Jika
diusahakn secara kecil-kecilan ia tidak akan membantu mengembangkan ekonomi
tetapi jika diusahakan secara estet besar-besaran passtinya akan memberi banyak
keuntungan kepada pemilik tanah, pengusaha dan juga kerajaan.
0 comments:
Post a Comment