Kepulauan Borneo
dan PRU13
Damai dan
salam sejahtera.
![]() |
kampung tanpa wayar |
Ada sedikit
perhatian dari kedua-dua pihak kepada negeri-negeri kepulauan Borneo pada
manifesto mereka kali ini. Sesuatu yang ditunggu-tunggu ialal Lebuh Raya Pan
Borneo. Jika BN membina Lebuh Raya ini mungkin ada tol tetapi PR mungkin tidak
kerana mereka mahu menghapuskan tol Lebuh Raya di negara ini.
Jalur lebar pula ada sedikit
disentuh tetapi kebanyakkan kawasan di Sabah dan Sarawak amat sakit untuk
menerima “signal” telekomunikasi. Pengenalan satelit internet berkelajuan
tinggi seperti mana di Lembah Klang dapat membantu penduduk Sabah dan Sarawak
kepada ekses internet secara percuma. Penulis hanya mencadang sahaja maklumlah
kawasan rumah kampung penulis ini seperti di dalam gua. Dengan ekses internet
terpaksa menggunakan broadband yang merugikan kerana “signal” telekomonikasi
yang amat lemah. Untuk pasang steamyx pula pihak Telekom mengatakan kedudukan
kawasan rumah kami terletak lebih lima kilometer dari ibu pusat Mukah walaupun
penulis dapat melihat pencawang dari stesen minyak Petronas (terletak lebih
kurang 200 meter dari rumah). Mungkin wayar yang berpusing-pusing manjadikan
jarak ibu pusat Mukah dengan kediaman kami melebihi lima kilometer.
0 comments:
Post a Comment