Isu Pilihanraya di Parlimen 213 Mukah
damai dan
salam sejahtera,
apakah isu yang akan dimainkan
oleh ahli-ahli politik kita nanti di Parlimen Mukah. Mukah adalah sebuah
bahagian yang paling rancak membangun berbanding bahagian-bahagian lain di
Sarawak. Pada ketika ini, kerajaan Persekutuan menumpukan kepada pembangunan
Pendidikan Tinggi di Mukah. Namun, dari segi pengakutan jauh ketinggalan dari
bahagian-bahagian utama negeri Sarawak.
![]() |
Wisma Persekutuan Mukah yang lambat siap dari jadual |
Janji BN antaranya yang masih
belum terlaksana ialah pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa di Mukah yang
dilihat bakal melonjakkan Mukah di Peta Dunia dan boleh mengalahkan Bahagian
Sibu jika pembinaannya tidak ditunda. Selain mempercepatkan dan merancakan
aktiviti ekonomi disamping peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, Lapangan
terbang pastinya akan menjadi pintu masuk kepada para pelancong dari dalam dan
luar negara untuk melancong ke negeri ini. Dengan kedudukan ditengah-tengah
negeri Sarawak sebuah Lapangan Terbang Antarabangsa akan memudahkan pergerakan
ekonomi ke kawasan di sekitarnya. Mungkin belum dilaksanakan kerana sumber
adalah terhad dan memerlukan kajian yang lebih mendalam bagi memaksimumkan
potensi wilayah tengah negeri Sarawak.
Selain itu, penduduk juga
menuntut talian telekomunikasi yang lebih baik di kawasan-kawasan Bandar dan
luar Bandar Bahagian Mukah. Coverage telekomunikasi adalah amat menyedihkan di
beberapa kawasan. Walaupun berdekatan dengan Bandar Mukah namun, penerimaan
isyarat telefon boleh mnyebabkan peparu mendidih.
Keadaan jalan yang berbahaya di
beberapa kawasan kerap kemalangan sekitar Mukah harus diberi perhatian.
Antaranya ialah di Jalan Oya Lama selekoh sebelum ke Stesen Minyak Petronas
yang pastinya pada suatu hari nanti akan mengorbankan nyawa. Lebih-lebih lagi
dengan sikap para pemandu kita yang suka suka hati memandu seperti mak bapak
depa yang punya jalan.
Prasarana sekolah-sekolah uzur
juga mungkin menjadi isu di Mukah. Para
penduduk mahukan sekolah baru bagi menggantikan sekolah lama dan uzur namun,
kerajaan hanya mampu untuk membaik pulih dan menaik taraf bangunan sekolah. Hal
ini kerana, kekangan sumber yang amat terhad di Pejabat Gabungan Pendudikan
Bahagian Mukah.projek-projek kecil dan sederhana dari kerajaan Persekutuan juga menunjukkan ada usaha yang dilakukan oleh YB MP Mukah namun keutamaan pengundi di sini ialah sesuatu yang mega dan grand.
Tuntutan dan isu pastinya tidak
akan habis kerana sifat manusia yang payah sangat untuk bersyukur. Namun jika
keadaan yang sedia ada amat menyedihkan mengapa tidak kita meminta apa yang
perlu bagi kebaikkan kita bersama.
0 comments:
Post a Comment