Friday, March 8, 2013

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Friday, March 8, 2013

Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalia.
                                                                                 Stagis malah menggemparkan semua pihak apabila penceroboh yang mungkin pada awalnya kita rasakan hanya sebagai pelarian dari Kepulauan Sulu berubah menjadi penuntut kepada tanah kepada Kesultan Sulu yang telah dianggap oleh banyak pihak sebagai sudah tidak wujud lagi. Namun, mereka benar-benar mahukan wilayah Sabah yang pada Kurun awal dahulu hanya pantai Timur Sabah adalah di bawah Kesultanan Sulu manakala sebahagian lagi milik Kesultanan Brunei. Selebihnya, adalah milik Orang Sabah sendiri. Maka, setelah wilayah Sabah menerima gagasan Malaysia, Sabah mengisytiharkan diri mereka sebagai merdeka dan berdaulat di bawah naungan Duli Yang DiPertuan Agong Malaysia bermula dari 16 September 1963.
                                                                                 Atas sebab kemurahan hati pemimpin negara Malaysia dan atas dasar menghormati perjanjian antara Syarikat-Syarikat Inggeris bersendirian dan British sendiri, kerajaan Malaysia meneruskan pembayaran “sewa” ke atas Sabah. Bukan sekadar sewa tetapi hanya saguhati kepada waris kerajaan Kesultanan Sulu yang sah. Bukan juga sebagai tanda kita menyewa Sabah tetapi sebagai penghormatan kepada kesultanan Sulu yang sudah tidak berkerajaan lagi.
                                                                                 Lainlah Kesultanan Brunei,mereka masih berkerajaan.  Walaupun mereka pernah menuntut semula wilayah Limbang daripada Sarawak namun, pemimpin negara sangat bermurah hati memberikan dua blok minyak kepada KerajaanBrunei sabagai ganti kepada Wilayah Limbang. Jika mereka juga mahu menuntuk wilayah barat laut Sabah juga maka apakah ertinya perjanjian Malaysia 1963 itu?
                                                                                 Jika boleh dan dibenarkan kes tuntut mrnuntut wilayah, maka kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Melayu Johor mungkin Majapahit ataupun Srtivijaya juga boleh menuntut wilayah-wilayah yang pernah mereka duduki. Maka, penjajah-penjajah juga boleh datang menjajah kembali kerana mereka juga boleh menuntut semula wilayah kekuasaan mereka pada suatu ketika dahulu.

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting