20 Disember
2012
damai dan salam sejahtera.
Atau dengan
kata angka ialan 20.12.2012. bagi saya angka ini lebih menarik kerana 2012
diulang dua kali. Juga bukan tarikh yang boleh dianggap hari kiamat kerana
tiada diceritakan di mana-mana buku yang diturunkan dari langit tentang tarikh
hari kiamat.
Mungkin tiada yang merayakan
hari 20 Disember sebagai hari yang istimewa, tetapi mungkin ada yang memilih
tarikh ini kerana seperti mana tarikh-tarikh yang lain ia tetap berlaku sekali
dalam satu kitaran hidup manusia.
Tukang-tukang tilik pula lebih
berminat dan cenderung meramalkan tarikh hari kiamat dengan hari-hari yang
mereka anggap ganjil. Dalam masa yang sama mereka juga akan menikmati
popularity yang akan melonjakkan mereka di mata masyarakat yang amat takut akan
hari kiamat. Tiada manusia yang tidak akan takut akan hari kiamat tetapi jika
kita ditakutkan denga cara yang sedemikian rupa tanpa mengajak untuk bertaubat
sama seperti mengajak berlari tanpa mengetahui sebab mengapa harus berlari.
Tiada ahli-ahli kitab yang
berdebat akan tarikh hari kiamat tetapi hanya mereka yang taksub akan hari
kiamat sahaja yang sibuk berentap mempengaruhi pengikut mereka yang percaya.
0 comments:
Post a Comment