Kami sayau
Malaysia
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman.
.jpg)
Jika kita lihat peta dunia maka
kita akn dapat melihat seakan-akan negara Malaysia ini seperti sepasang tangan
yang sedang berdoa. Menadah tangan untuk keredaan Tuhan pencipta alam. Jadi
memang sudah dijodohkan Semenanjung Sabah dan Sarawak disatukan menjadi sebuah
negara yang berdaulat.
Kita amat berbilang kaum yang
dapat duduk semeja tidur sebantal. Perkahwinan campur sudah menjadi tradisi
semulajadi rakyat Malaysia. Tidak mengira bangsa dan agama bahasa dan budaya kita
tetap dapt menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain. Belum pernah lagi
saya dengar ada orang membunuh gara-gara tidak setuju dalam perkahwinan campur.
Adapun yang membunuh diri kerana cinta tidak direstui.
Namun yang demikian ada satu dua
perkara yang perlu dipebetulkan dalam system pemerintahan negara. Antranya
ialah pengagihan pekerjaan kepada bumiputra Sabah dan Sarawak. Bagi saya tidak
semua ibu bapa yang sanggup dan berkemampuan untuk menyekolahkan anak-anak
mereka ke peringkat yang lebih tinggi walaupun anak mereka mencapai keputusan
yang agak baik dan tidak terlalu baik untuk
menikmati biasiswa. Jika mahu menunggu pinjaman PTPTN mahupun MARA perlu
mengambil masa untuk keputusan pinjaman. Jadi ada ibu bapa yang terpaksa
menggadai tanah mahupun barang kemas untuk menyekolahkan anak-anak. Yang tidak
mempunyai tanah pula terpaksa berpuas hati melihat anak-anak mereka samapai
tingkatan enam sahaja. Selalunya sekolah menengah di kawasan pendalaman akan
menawarkan tingkatan enam dan tiada pusat pengajian tinggi. Maka sampai di situ
lah kisah persekolahan beliau. Untuk merebut peluang pekerjaan di sector
kerajaan susah kerana terpaksa bersaing dengan mereka di Bandar dan yang ada
“link” dalam jabatan.
Suara dari Sabah dan Sarawak
yang agak lemah dalam cabinet negara Malaysia. Mereka hanya memegang jawatan
yang agak ke kiri. Bagi saya jawatan menteri kewangan ataupun timbalan harus di
kongsi oleh tiga wilayah itu supaya pengagihan kekayaan negara dapat dijalankan
dengan adil dan saksama. Walaupun Sabah dan Sarawak penyumbang kepada “kerusi
Parlimen” namun kurang di dalam cabinet mencacatkan keputusan cemerlang mereka
di peringkat negeri. Ada sesuatu pengaruh diperlukan agar barisan cabinet kita lebih mencerminkan nilai 1 Malaysia yang
di war-warkan oleh kerajaan.
Mungkin banyak lagi yang perlu
diperbaiki. Daripada kita asyik mengkritik adalah lebih baik kita saling
bertukar-tukar pendapat. Terima kasih.
0 comments:
Post a Comment