
BR1m 2.0 diteruskan. mungkin ada peluang pekerjaan lagi selepas ini kerana selepas BR1M pertama banyak pekerja kontrak LHDN menganggur lagi. sekarang belia yang berumur 21 tahun keatas layak menerima BR1M. pastinya untuk meraih IM4U tu. sebab kebanyakkan belia yang berumur 21 tahun ke atas sudah mendaftar sebagai pemilih. jadi tidak hairanlah banyak ringgit yang diberikan kepada belia.
hanya harga rumah yang disenth oleh kerajaan berbanding harga kereta. bagus juga saya rasa. kalau harga kereta diturunkan, pastinya mereka yang berduit akan membeli banyak kereta. kemudian memandu kereta ikut suka hati mereka sahaja. jalan secara laju dan melulu tanpa memberi signal apabila masuk ke simpang dan sebagainya.
tiada apa yang menarik pada bajet ini secara keseluruhan. cukai ada yang dipotong dan ada yang ditambah. tiada beza. tapi mungkin memberi manfaat kepada sesetengah golongan.
pada anjuran 4.4% - 5.5% pertumbuhan, saya rasa ada banyak lagi pertumbuhan selepas ini. hal ini kerana, 5 koridor utama negara diberi perhatian pada bajet kali ini.
0 comments:
Post a Comment