Janji
DiTepati 55th Malaya Merdeka
Damai dan
salam sejahtera kepada pembaca sekalian.
Selesailah
sudah sambutan dan perarakan hari kemerdekaan di datarana merdeka, Kuala Lumpur
yang seperti tahun-tahun yang lepas meriah dan penuh keceriaa. Dengan Duli Yang
Maha Mulia Yang DiPertuan AGong mencemar duli memeriahkan lagi sambutan hari
kemerdekaan Malaya yang ke 55th.
Seperti
kebiasaanya, kerajaan akan menggunakan sambutan kemerdekaan untuk menunjukkan
pencapaian mereka pada tahun-tahun pemerintahan mereka. Dalam masa yang sama
kerajaan akan menggunakan hari kemerdekaan untuk memberi promosi gagasan dan
dasar-dasar kerajaan dalam mebangunkan negara. Ia lebih untuk Malaya berbanding
di Kepulauan Borneo. Sepanjang hampir dua jam siaran langsung di TV1 perarakan
hari kemerdekaan unsur0unsur kemalayaan dan kepolitikan tebal dalam sambutan
kememerdekaan kali ini. Pada sambutan-sambutan kemerdekaan sebelum ini seperti
tema 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan tema ini belum
menampakan sangat unsur politik kerana 1 Malaysia dilekatkan dengan unsur
perpaduan.
Kemerdekaan
ini seakan-akan lebih kepada keMalayaan daripada Malaysia. Walaupun sejarah
kemerdekaan tanah jajahan British bermula di India apabila mereka mendapat
kemerdekaan pada 1947. Kemudian pejabat Jajahan British di Britaian juga sedar
era colonial Britain sudah berakhir. Lambat laun kesemua tanah jajahna British
pasti akan merdekaan. Tanpa pengaruh mana-mana pihak, kepulauan Borneo juga
akan dapa mencapai kemerdekaan. Sesungguhnya, saya memetik kenyataan Pehin Sri
Abdul Taib menyatakan bahawa, pembanguna insfratrutur di Sarawak ketinggalkan
20 tahun. Jika kita imbau tarikh kemerdekaan Malaya pada 1957 manakala Malaysia
ditubuhkan pada 1963 iaitu hanya lebih kurang enam tahun sahaja. Jika di bandingkan
dengan pembangunan di Malaya ketika itu dan di Sabah dan Sarawak lebih kurang
sama sahaja. Tetapi pada hari ini Sarawak ketinggalan 20 tahun pembanguna
insfratrukturnya. Jauh sangat tu. Kita beum bercakap tentang kepengaguran di
Sabah dan Sarawak.
Walaupun
kita telah bersamahampir 50 tahun, terdapat sesuatu yang ada silap dan
kepincangan dalam beberapa perkara terutamanya Perkara 20 pembentukan Malaysia.
Walaupun kita dilahirkan dan di besarkan selepas pembentukan Malaysia, kita
seharusnya diberitahu akan Perkara-perkara yang telah dipersetujui namun pada
hari ini dan menurut Tun Mahathir, terdapat sejarah kita yang tertinggal dan
tidak dicatatkan dalam buku sejarah. Kita fikir-fikirkan lah.
0 comments:
Post a Comment