Friday, September 7, 2012

15 September

Friday, September 7, 2012

15 September, 2012
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman.
Surcaj bagi cukai perkhidmatan bagi pengguna pra-bayar sebanyak 6% akan ditanggung oleh pengguna yang akan dilaksanakan pada 15 September, 2012. Keputusan itu dibuat setelah penangguhan perlaksanaa hasrat tersebut pada pertengahan tahun ini.
Bagi pengguna pra-bayar yang merupakan penggunaan terbesar perkhidmatan mudah alih Malaysia, perlaksanaan 6% cukai perkhidmatan ini pasti akan menambah beban pengguna. Kebanyakkan yang menggunakan perkhidmatan ini adalah terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah, penduduk kampung yang jauh dari pusat Bandar dan sudah pastinya kanak-kanak dan pelajar yang menggunakan pra-bayar. Kononnya dahulu, telco menyerap cukai perkhidmatan ini bagi menarik minat pengguna untuk menggunakan perkhidmatan telefon mudah alih. Sebelum ini hanya mereka yang berduit sahaja yang bergaya dengan telefon mudah alih mereka. Sejajar dengan perkembangan gajet disamping harga new sim pack yang murah dan perkhidmatan pra-bayar tanpa cukai perkhidmatan menrancakkan lagi pertumbuhan jualan telefon bimbit, kenaikan kadar pengguna telefon bimbit, kenaikan kadar untung syarikat telco dan kesesakan trafik telefon.
Selain itu, tauke-tauke kedai telekomunikasi juga meraih untung yang besar hasil perlaksanaan pengalihan cukai perkhidmatan ini dari telco kepada pelanggan. Misalnya bagi RM1 yang kita beli untuk kredit RM1. Sebelum ini telco yang akan menanggung cukai perkhidmatan 6% atau RM0.06 daripada RM1. Tauke pula akan untung RM0.03-RM0.07 bagi setiap RM1.
Apabila telco tidak lagi menyerap 6% cukai perkhidmatan tersebut maka bagi setiap kredit RM1 yang kita beli, kita akan membayar sekurang-kurangnya RM0.06 untuk cukai perkhidmayan sahaja yang bersamaan dengan 12 sms (bagi pengguna Celcom SOX 8pax). Maka setiap RM10 yang kita beli akan membawa kos sebanyak RM0.60 bersamaan RM10.60. pernah dikawasan saya harga kredit RM10 kami perlu bayar sebanyak RM10.50-RM11. Alas an tauke-tauke masa itu ialah bekalan adalah terhad dan sebagai menyemimbangkan penawaran dan permintaan mereka “terpaksa” menaikan harga pre-paid.
Oleh yang demikian, selepas atau pada 15 September ini pasti tauke-tauke juga dengan “terpaksa” akan menaikan lagi nilai kupon pra-bayar dan merendahkan nilai kredit kita. Jika harga kos seke[ing pra-bayar RM10 ialah RM10.60 maka tauke-tauke tidak akan menjual kupon itu dengan harga RM10. Maka, setidak-tidaknya beliau akan menjual pada harga RM11 bagi setiap RM10 atau RM1 kredit yang kita beli kita akan membayar sebanyak RM1.06. untung tauke0tauke pula susut dari RM0.07 kepada hanya RM0.01 sahaja. Jadi sebagai menampung kerugian kos operasi tauke-tauke akan “terpaksa” menaikan margin keuntungan beliau. Jaid harga di kedai bagi RM1 kredit yang kita beli atau RM1.06 pada harga kos, tauke akan menambah RM0.07 bagi setiap RM1. Jadi harga yang kita bayar bagi setiap RM1 ialah RM1.13 atau RM10=Rm11.30. harga itu mungkin yang paling rendah. Jika kita teramat lah sangat memerlukan RM10 tauke akan menaikkan lagi harga pasaran dengan alasan kupon adalah terhad.
Sedangkan di kawasan lading kelapa sawit sekarang harga bagi RM10 adalah setinggi RM13. Habis juga dijual. Selepas ini akan kuranglah aktiviti sms dan voice call malah video call. Sekarang ada wi-fi percuma. Gmail ada video call juga. Kita lepak di hot-spot dan keep in touching. 

0 comments:

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting