Thursday, August 18, 2016

BERSATU

Thursday, August 18, 2016 0

Damai,
Sejak era Tun Mahathir hingga ke ara DS Najib Razak hanya satu parti politik yang masih kekal hasil pemecatan Timbalan Perdana Menteri iaitu KEADILAN. kemudiannya menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen. Hari ini, satu lagi parti politik yang akan lahir hasil daripada pemecatan Timbalan Perdana Menteri iaitu Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).
Namun kedua-dua parti politik itu mempunyai agenda pembentukan yang berbeza. KEADILAN lahir bagi menegakkan keadilan keatas Timbalan Perdana Menteri yang dituduh atas kesalahan liwat. Selain itu, Perdana Menteri ketika itu menyesaki timbalan beliau mempunyai hubungan terlalu baik dengan musuh Perdana Menteri iaitu Amerika Syarikat. Pada ketika itu, Timbalan Perdana Menteri menyandang jawatan sebagai Menteri Kewangan. Dalam kemuncak krisis matawang serantau 1997/1998, Menteri Kewangan ketika itu yang merangkap Timbalan Perdana Menteri mahu mengunakan/meminjam wang dari International Money Foundation (IMF) yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Peluang ini sudah terbuka luas untuk Amerika Syarikat menguasai ekonomi negara seperti mana nasib negara-negara serantau yang telah meminjam dengan IMF. Menyedari akan bencana yang bakal melanda negara, Perdana Menteri mengambil keputusan dramatik dengan memecat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan sekali gus kesemua jawatan beliau di dalam parti dilucutan. Hasilnya, parti keADILan tertubuh bagi menegakan keadilan bagi pihak bekas Timbalan Perdana Menteri yang pernah memangku jawatan Perdana Menteri tersebut.
Pada tahun 2016, Perdana Menteri yang merangkap Menteri Kawangan memecat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan kerana tidak sependapat dengan Perdana Menteri dalam isu-isu yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri. Menyedari Timbalan Perdana Menteri tidak menyokong tindakan Perdana Menteri dalam isu 1MDB dan sama waktu dengannya. Oleh kerana, Timbalan Perdana Menteri mempersoalkan tindakan Menteri Kewangan memberi jaminan kerajan ke atas kewangan syarikat 1MDB  yang menurut beliau sudah mempunyai banyak hutang yang perlu ditanggung oleh kerajaan. Oleh kerana semua keputusan kabinet adalah secara kolektif, Timbalan Perdana Menteri yang merangkap Menteri Pendidikan menolak usul untuk kerajaan menjamin kewangan syarikat tersebut yang dibuat oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Perdana Menteri memerlukan timbalan yang menyokong beliau. Hasilnya, Perdana Menteri yang merangkap Menteri Kewangan memecat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan dari Kabinet Persekutuan. Namun, bukan bekas Timbalan Perdana Menteri yang menerima nasib yang sama, Ahli Parlimen Semporna merangkap Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar juga digugurkan dari senarai menteri kabinet kerana tidak menyokong Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Selain itu, Menteri Besar Kedah terpaksa meletakkan jawatan (tidak membubarkan Dewan Undangan) bagi memberi peluang kepada Timbalan Menteri Besar mengambil alih kerusi Menteri Besar Kedah. Antara sebab Menteri Besar terpaksa meletakkan jawatan ialah beliau tidak menyokong Presiden parti yang merangkap Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Ketiga-tiga mereka menerima tindakan disiplin oleh parti. Hasilnya, bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap bekas Menteri Pendidikan dan Bekas Menteri Besar Kedah dipecat dari parti manakala bekas Menteri  Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar digantung keahlian namun beliau mengambil keputusan untuk keluar sendiri dari parti tersebut. Akhirnya, kesemua menteri kabinet persekutuan menyokong kepimpinan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.
Bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap bekas Menteri Pendidikan menghantar borang pendaftaran sebuah parti baru mirip bekas parti beliau yang disokong oleh Bekas Perdana Menteri merangkap Bekas Menteri Kewangan.
Berbeza dengan pengasas parti KEADILAN yang akhirnya didakwa atas salah laku liwat dan rasuah, pengasas parti BERSATU tidak didakwa atas apa-apa kesalahan.

Saturday, May 2, 2015

Rakyat Sarawak Membantah Kemasukan Pekerja Dari Bangladesh

Saturday, May 2, 2015 0

Damai dan salam sejahtera,
Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan Persekutuan telah menandatangani memorendum untuk membawa masuk sejumlah besar warga bangladesh ke Sarawak sebagai memenuhi permintaan pekerjaan terutamanya di dalam sektor perladangan kelapa sawit. Namun, penduduk tempatan membantah keras kemasukkan mereka baik secara demontrasi aman, perbincangan dengan pihak yang berkenaan malah secara alam maya. Mereka membantah bukan kerana peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan tertutup malah implikasi sampingan lain yang akan di bawa masuk nanti.
kemasukkan warga asing ini akan membantu menambahkan bilangan pekerja asing dan pendatang luar ke negara ini. Penambahan ini akan meningkatkan permintaan kepada keperluaan asas yang utama seperti beras, tepung, gula, minyak masak malah bahan api serta prepaid kad. Kesemua barangan tersebut tidak dikenakan cukai kerana ia merupakan keperluan kepada rakyat berpendapatan rendah yang kebanyakkan rakyat Malaysia secara zahirnya adalah berpendapatan rendah.
Penjualan barangan keperluan tersebut pula tidak membezakan antara penduduk tempatan dan pendatang asing. Harga dijual pada harga yang sama. Maka timbulan maslanalah tentang zero rated kepada barangan keperluan yang lain termasuklah kad pra bayar. Kononnya kad pra bayar ini diperkenalkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah menikmati kemudahan telekomunikasi iaitu bayar dulu kemudian pakai berbanding dengan bayaran bulan iaitu pakai dulu kemudian bayar. Namun demikian, kerajaan mengenakan cukai ke atas prepaid dengan alasan kebanyakan pengguna prepaid adalah warga asing. Menurut statistik, pekerja asing d Malaysia berjumlah lebih kurang 2 juta orang. Oleh yang demikian, hanya lebih kurang 1 juta sahaja rakyat Malaysia yang menggunakan prepaid kerana pendapatan isi rumah rakyat telah mencapai rm5900 sebulan kata menteri yang berkenaan.
Jika kita lihat keperluan asas yang lain terutama beras, gula, tepung dan minyak masak juga di makan oleh pekerja asing yang zero rated tax. Berapa banyak kerajaan rugi jika barangan itu tidak dikenakan cukai? Kononnya subsidi gula dan tepung dirasionalisasi kerana turut dinikmati oleh warga asing persoalannya ialah mengapa kerajaan beria-ia membawa masuk lebih ramai warga asing ke Malaysia? Pengenalan BR1M kononnya membantu rakyat membeli keperluan asas namun ia tidak memadai kerana jumlah itu tidak mampu menampung keperluan sebuah keluarga. Melainkan keluarga itu hanya mempunya tiga beranak sahaja. Mungkin cukup untuk membeli beras, gula, tepung dan minyak masak dengan mengabaikan INSFLASI setahun.
Bagi penulis kerajaan sepatutnya mempunyai satu plan tindakan bagaimana pendatang dan pekerja asing ini memberi pulangan kepada rakyat bukan kepada kejayaan kerajaan semata-mata. Pekerja asing juga manusia seperti kita juga yang bekelana mencari sesuap nasi. Membantu dalam beberapa sektor yang berpendapatan kecil yang kurang diminati penduduk tempatan kerana kadar upah yang kecil berbanding keperluan yang besar.
Jangan abaikan rakyat hanya kerana mahu mengambil untung dari pekerja asing. Jangan guna pekerja asing untuk menindas rakyat. Sekarang kira boleh lihat impak pekerja asing kepada rakyat bukan kepada kerajaan yang dipilih  rakyat. Rakyat merana kerajaan mengaut untung berjuta sehari.
Inilah yang dikatakan RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Terima Kasih

Thursday, April 23, 2015

KWSP 55

Thursday, April 23, 2015 1

Damai dan salam sejahtera,
Tetiba sahaja pihak epf mencadangkan pengeluaran bagi caruman epf pencarum kepada 60 tahun. Kononnya kebanyakkan simpanan pencarum tidak mencapai rm50k pada hari persaraan. Menurut kajian mereka, jumlah itu tidak dapat menampung perbelanjaan hari tua apatah lagi pada hari ini tambahan tanggungan setiap orang rakyat malaysia sebanyak 6%.
Bagi penulis, selain cadangan 60 tahun, epf seharusny lebih bijak untuk MEMBANTU golongan pekerja yang berpendapatan rendah. Walaupun caruman pekerja mahupun majikkan dinaikkan ia masih tidak dapat membantu menambahkan simpanan hari tua. Hal ini kerana, nilai atau kuasa beli wang yang disimpan semakin rendah dan lemah setiap tahun. Kadar inflasi yang tinggi disampin cukai* dan bunga hasil daripada pinjaman pencarum menjadikan simpanan di kwsp sebagai simpanan untuk melangsaikan hutang. Apatah lagi dividen yang agak kecil diberikan juga memadamkan terus nilai simpan pencarum. (Dividen epf - cukai*-inflasi)
Epf harus membantu golongan berpendapatan rendah. pemberian dividen misalnya, golongan berpendapatan tinggi denan nilai caruman tahunan yang tinggi akan memdapat dividen yen tinggi. Manakala, golongan berpendapatan rendah pula akan menikmati dividen yang rendah. Di sini pihak epf berfikiran lebih kepada golongan sasar kerana pekerja yang bergaji rm1000 sebulan TIDAK MUNGKIN mencarum rm1000 sebulan.
Sebagai contoh, jika pekerja A  bergaji rm1000 mencarum sebulan rm110 sebulan manakala pekerja B bergaji rm10000 sebulan pula mencarum rm1100.
Setahun, pekerja A hanya mampu mencarum rm1320 manakal pekerja B pula sebanyak rm13200
(Tidak termasuk caruman majikan 13%)
Dividen setahun dengan andaian 8% dianugerahkan oleh epf kepada pencarum.
Dividen pekerja A rm1320 x 8%=rm105.60
Dividen pekerja B rm13200x8%=1056
Pekerja A harus mencarum sekurang-kurang 30 tahun untuk mencapai caruman rm50k dengan andaian beliau bekerja sejak berusia 25 tahun.
Selain itu, pihak kerajaan juga boleh menyumbang kepada caruman pencarum. Selain idea perlaksanaan BR1M kerajaan boleh menyumbang dalam membantu pekerja yang mengumbang kepada negara sesuatu kepada caruman pencarum. Misalnyan 20% daripada pendapatan atau gaji pekerja yang kurang rm2500 sebulan. Sekurang-kurangnya dapat menambah simpanan golongan berpendapatan rendah yang kebanyakkan agak susah untuk menyimpan kerana kekangan kewangan. Semakin kita simpan duit itu semakin kita perlu berbelanja untuk barangan keperluan.
Penulis berharap agar ada penambahbaikan kepada pencarum yang berpendapatan rendah. Kerajaan yang faham akan masalah rakyat akan faham kesusahan rakyat.
terima kasih

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting