Tuesday, May 20, 2014

Cik Dyana Sofya

Tuesday, May 20, 2014 1
UITM dan UMNO

dasyat juga falon DAP kali ini di PRK Parlimen Teluk Intan menentang Datuk Mah Siew Keong calon BN. Dyana Sofya binti Mohd Daud merupakan setiausaha Politik Lim Kit Siang seorang peguam lulusan Universiti Teknologi Mara (uitm).
isunya bukan Dyana;

1) Anak kepada ahli UMNO
2) Menentang Prisiden GERAKAN berusia 53 tahun
3) Islam dan tidak bertudung
4) Photo berbikini mirip beliau

TETAPI
UITM !!!!!!
kenapa dan mengapa intitusi pendidikan dikaitan dengan  politik. sudah menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah untuk menyediakan peluang pendidikan kepada rakyat.
sukahati dia lah nak join parti mana nak jadi calon parti mana

harus maklum kerajaan persekutuan bukan terdiri hanya parti UMNO tetapi barisan parti gabungan baik parti di Malaya tetapi juga di Sabah dan Sarawak yang membentuk kerajaan memerintah yang dikenali sebagai Barisan Nasional.
dikatakan bahawa UITM bukan semata-mata untuk Melayu tetapi Bumiputra Sabah dan Sarawak. jika bergitu semua murid serta pelajar yang belajar di institusi kerajaan sekarang WAJIB menyokong UMNO????????
jadi tidak perlulah mengadakan pilihanraya mansuh saja lah akta yang berkaitan dengan hak kebebasan bersuara.

jangan libatkan Institusi pendidikan dengan POLITIK...

Monday, May 19, 2014

otak pemikiran perniagaan cina

Monday, May 19, 2014 0
otak perniagaan cina

damai dan salam sejahtera.
di bandar Mukah berani admin menyatakan 95% kedai adalah milik masyarakat cina. selebihnya dimiliki oleh kaum bumiputra. satu-satunya kedai runcit milik sepenuhnya orang melanau adalah Noris Bundle yang terletak di Pasar Lama Mukah. Selebihnya milik masyarakat cina.
masyarakat melanau hanya aktive berniaga menjual kuih muih manakala kaum iban bertamu menjual hasil pertanian. boleh dikatakan kaum bumiputra hanya terlibat dengan aktiviti perniagaan berasakan pertanian dan perikanan. manakala kaum cina pula terlibat dengan aktiviti perniagaan yang lebih memberi pulangan yang lebih. pemikiran perniagaan cina sukar untuk ditandingi kaum bumiputra. lebih-lebih lagi kaum cina gemar merebut peluang walau apa pun jenis perniagaan. bagi masyarakat cina biar modal keluar banyak dengan harapan pulangan juga akan banyak.
dalam perniagaan kedai makan pula, jelas Bandar Mukah di monopoli oleh kedai makan. Adam Hariz Steambord mungkin kedai makan dimiliki penuh oleh oranh melanau Mukah. namun masih berdarah cina. Restaurant Anak Kampung milik penuh orang Melanau Igan. Mas Cafe mungkin milik sepenuhnya orang Melanau Mukah yang beroperasi di Bandar Mukah selain Shaff Cafe di Pasar Baru Mukah.

Sunday, May 18, 2014

royalti hasil bumi kita

Sunday, May 18, 2014 0
 tiada apa yang mampu kita lakukan. tandatangan telah diturunkan. hasil pun dah semakin kurang lebih tepat dah nak habis tapi apa yang rakyat dapat???????
negeri negeri pengeluar minyak menduduki ranking termundur lebih tepat lagi termiskin di Malaysia. sedar atau tidak negeri kepulauan Borneo lebih parah dek kerakusan politik dan ketamakan mereka. tidak tahu di mana silap nya kita. keseramarataan memang tidak boleh diguna pakai dalam konteks 1 Malaysia.

 isu royalti minyak dan gas malaysia pastinya tidak akan berakhir macam tu sahaja. jika dibaca secara teliti perjanjian antara kerajaan Kelantan dan Petronas jelas menunjukkan negeri-negeri pengeluar minyak menyerahkan hak tersebut sepenuhnya kepada Petronas selama-lamanya. tidak juga dinyatakan berapa banyak hasil atau royalti atau apa apa yang seumpamanya. seolah olah seluruh hasil minyak dan gas adalah milik kepada Petronas.

jika dilihat peta minyak dan gas kepulauan borneo ini jelas kepulauan Borneo amat mewah dengan hasil minyak dan gas. namun , monopoli petronas secara mutlak melenyapkan impian rakyat kepulauan Borneo menikmati hasil emas hitam ini. apa yang kita dapat? cercaan dan penghinaan dari sebelah sana.


Jelas sekali negeri negeri pengeluar minyak dan gas diekplotasi demi membangunkan dan memajukan di sebelah sana.

saiful fahmi panglima alang

Kamek Orang SARAWAK

tahniah dan syabas kepada encik saiful kerana berjaya mendapat publisiti murahan dengan statement berbau perkauman. Malaysia negara bebas bersuara namun tidak dalam isu-isu sensitif terutama bab perkauman. tidak tahu di mana silapnya kita orang Sarawak dimata encik saiful. awal minggu ini kita juga dikejutkan dengan kes seorang tenaga pekerja di kolej komuniti juga kes yang sama. alasan beliau akaun facebook nya di godam. perrrhhhhhhh ... siapa ntah yang nak menggodam akaun beliau tu ya. confirm lepas ni encik saiful juga akan mengatakan akaun fb beliau di hack oleh orang yang mahu melihat kerjaya beliau dan istri beliau musnah. ini boleh diumpamakan seperti membaling batu sembunyi tangan. pepatah orang melanau plak melim taei sesuai untuk encik saiful dan mereka yang balik balik mahu benar melihat satu organisasi wujud di Sarawak yang akan melihat Sarawak sebagai merdeka berdaulat tanpa perlu berkongsi apa apa dengan sesiapa. sesuatu harus dilakukan.


Perkahwinan Masyarakat Melanau Mukah

Majlis Perkahwinan Mr and Mrs Omar.
Adat dan istiadat perkahwinan melanau adalah hampir dan sama dengan masyarakat lain di Malaysia malah nusantara. Pengaruh melayu dan jawa jelas dalam adat dan perhiasan perkahwinan. Dalam era moden pengaruh agama Kristian dan Islam mempengaruhi adat dan istiadat melanau Mukah. Sebenarnya, pasangan pengatin melanau akan menghadapi tiga jenis perkahwinan yang lengkap dalam upacara perkahwinan mereka.

1) Perkahwinan Sivil.

Perkahwinan ini tertakluk kepada Akta 164 Membaharui Undang-Undang ( Perkahwinan dan Penceraian) 1976. Wajib pasangan melanau itu mendaftar di Jabatan Pendaftaran Negara  dan ia adalah bersifat monogami.

2) Perkahwinan Agama

Baik Kristian mahupun Islam, kedua-dua mempelai wajib dinikahi oleh Rev. Paderi atau Tok Kadi. Perkahwinan Katolik tertakluk kepada Hukum Gereja Tahun 1983 (kan. 1141)

3) Perkahwinan Adat.

Perkahwinan ini diketuai oleh seorang orang tua yang pada kebiasaanya dilakukan oleh Penghulu Kampung. Perkahwinan terakhir ini boleh dilakukan selepas dua Perkahwinan Sivil dan Perkahwinan Agama selesai dilakukan. Perkahwinan adat ini lebih kepada bermaksud memberitahu kepada seluruh kaum keluarga, sanak saudara dan orang kampung akan status pasangan mereka.

Kesimpulanya, sepasang pasangan pengantin melanau harus melalui ketiga-tiga proses perkahwinan sebelum mereka benar-benar sah berkahwin.


WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting