Tuesday, April 30, 2013

Wajib Baca

Tuesday, April 30, 2013 0
Wajib Baca... Anwar Ibrahim: Mengapa Saya Bersungguh-sungguh Mahu Merebut Putarajaya?

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca luahan hati saya agar rakyat faham mengapa saya bersungguh-sungguh dan beria sangat ingin merebut Putrajaya.

Jika saya katakan ia bukanlah perjuangan peribadi bagi membela ketidakadilan yang telah berlaku ke atas saya, pastilah ramai yang tidak akan percaya dengannya. Oleh itu, saya mengambil keputusan menulis beberapa fakta agar ia dapat meyakinkan rakyat bahwa saya ikhlas dan jujur memperjuangkan nasib kita semua.

Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan kesalahan ‘menyalahgunakan kuasa’. Saya akui saya tersilap mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya ketika itu.

Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku ’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’. Hanya itulah kesalahan yang mereka takrifkan sebagai ‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara. Bolehkah anda bayangkan perasaan saya dan keluarga ketika itu?

Sebaik keluar dari penjara, setelah 6 tahun menghabiskan sisa-sisa hidup dengan pelbagai amalan keagamaan di dalam sana, saya amat bersyukur akhirnya Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau memang sengaja mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya politik saya berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan pernah menonton video pengakuan Tun Mahathir ini. Anda juga boleh melihat pengakuan Tun Mahathir di link youtube ini: http://www.youtube.com/watch?v=aPKrsCqznS0

Apabila satu persatu tembelang BN terbongkar, mereka mulai berasa kurang selesa serta risau dan mereka mula mengatur sebuah lagi fitnah bagi ‘menyibukkan’ saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan. Tiba-tiba seorang pemuda mengaku diliwat oleh saya sehari selepas beliau bertemu Dato Seri Mohd Najib di pejabatnya. Saya yang berada 6 tahun dalam penjara seolah tidak pernah belajar bahwa ‘kebebasan’ itu adalah nikmat yang harus saya syukuri. Saya sekali lagi terpaksa berhadapan dengan kemelut yang amat memalukan saya dan keluarga.

Saya ingin bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah banduan yang telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk menjelaskan kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut dinafikan hak bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN. Saya tiada tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat jelata. Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di mahkamah, sedang merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya benar! Mahkamah kita masih belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya oleh ‘orang’ yang berkuasa.

Saya menolak untuk bersumpah kerana bukan saya yang sepatutnya bersumpah, tetapi orang yang mendakwa diliwatlah yang sepatutnya bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan biarlah Tuhan sahaja yang melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah bohong. Itu bukan lagi dalam kekuasaan saya. LA HAWLA WALA QUWATAILLAH BILLAH. Jangan lupa, beberapa individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang telah mati dengan tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh. Dan berhubung DNA pula, saya enggan diambil sekali lagi sample DNA kerana mereka telah punyai DNA saya dalam pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu. Saya bimbang seandainya mereka mempunyai muslihat jahat terhadap sample DNA terbaru itu nanti. Saya harus lebih berhati-hati.

Andaikata benarlah saya ini ‘kaki liwat’ sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek jika ianya saya lakukan di luar Negara. Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat, it’s a free country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya boleh melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di sana. Mengapa harus saya lakukan perbuatan jahat itu di Negara sendiri, di Negara yang mana saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan sahabat handai. Ia tidak masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat saya dan keluarga.

Justeru itu saya berazam untuk menyelamatkan Malaysia dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian itu. Saya rela mati kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan menguasai Putrajaya sahajalah segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar kepada umum. Masa itu, anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang turut menuduh dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda ‘jahil’ atau ‘tidak tahu’ ketika itu. Saya akan biarkan anda semua berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah saya, yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada membunuh satu jiwa mukmin.

Berhubung pemilikan harta, setakat ini belum ada bukti bahwa saya memiliki harta atau wang yang luar biasa banyaknya samada dalam mahupun di luar negara. 9 tahun lamanya sebagai Menteri Kewangan Malaysia serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ramai dari kalangan pemimpin BN yang berpendapat adalah amat bodoh saya tidak menggunakan kesempatan untuk 'membaham' khazanah negara ketika itu. Memang benar ketika itu saya boleh sahaja melakukannya jika mahu, ia adalah dalam bidang kuasa saya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, namun hukum Allah dan syariat Islamlah yang telah membendung saya dari melakukan perbuatan khianat seperti itu kepada rakyat Malaysia.

Kami, pemimpin Pakatan Rakyat berjuang dengan menggunakan hasil pendapatan masing-masing dan dari kemelut 'kekurangan dana' ini, akhirnya membawa kepada keluarnya beberapa pemimpin yang 'kononnya' ingin berjuang bersama tetapi rupanya mempunyai hasrat 'berbeza'. Pemimpin Pakatan Rakyat yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah kekayaan negara awal-awal lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya. Antara mereka adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut beberapa nama dari mereka. Syukur Alhamdulillah!

Baiklah, setakat itu sahaja yang dapat saya perjelaskan tentang apa yang telah berlaku kepada saya selama ini. Saya ingin bertanya, apakah anda sebagai rakyat Malaysia sanggup membiarkan orang yang paling bermotif membunuh, menjadi PM? Jika anda sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka, pemimpin-pemimpin BN terpaksa bersekongkol dengan perancang utama satu plot pembunuhan hanya kerana ‘survival’ politik mereka, cuba anda perhatikan fakta-fakta dan bukti-bukti di bawah ini:-

PEMBUNUHAN ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI?
Firman Allah surah An Nisaa' (105): Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak bersalah), kerana membela orang-orang yang khianat (lagi berdusta),

Fakta Individu-individu yang terbabit secara langsung @ tidak dalam kes Pembunuhan Altantuya:

Altantuya Sharibuu @ Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa Perancis bagi urusan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui 'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan Malaysia yang juga merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib.

Dato Seri Mohd Najib - Menteri Pertahanan Malaysia / Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Abdul Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia / pemilik 'Perimekar'.

Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK) yang berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom C4.

Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia / Menerima Kertas Siasatan dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP).

Khairy Jamaludin - Menantu Perdana Menteri Malaysia / Menyimpan Kertas Siasatan berkenaan bagi tujuan survival politiknya setelah ketiadaan Pak Lah nanti.

Rosmah Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib / Berada di tempat mayat diletupkan dengan C4.

Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong / Pembantu Khas Rosmah yang turut berada di tempat kejadian letupan bom C4.

Fakta-Fakta lain dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya:
Bom C4 milik Angkatan Tentera Malaysia.

Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan adalah body guard di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan sepupunya ke Malaysia di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan arahan orang-orang tertentu bagi menutup konspirasi ini.

Zahid Hamidi ketika mengambilalih tugas Menteri Pertahanan Malaysia akhirnya terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya Angkatan Tentera Malaysia tidak memiliki Bom jenis C4 dan itu adalah amat bercanggah dengan kenyataan sepanjang kes perbicaraan Pembunuhan Altantuya di mahkamah. Atas arahan siapakah beliau 'berbohong' dan untuk survival siapa?

Keterangan-keterangan ringkas dan jelas:

Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari Unit Tindakan Khas, yang juga merupakan ‘body guard’ Dato Seri Mohd Najib tidak pernah mengenali Altantuya sebelum kejadian 'bunuh' itu dan tidak langsung mempunyai 'motif' untuk membunuh model berkenaan tetapi mereka berdua mungkin telah diarah oleh sesorang 'yang berkuasa' untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dalam konspirasi pembunuhan ini. Mereka berdua akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh dengan niat dan dijatuhi hukuman mati oleh hakim mahkamah. Mereka ini jelas telah 'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu dalam usaha menutupi pekung 'pengarah sebenar konspirasi' pembunuhan Altantuya.

Abdul Razak Baginda memang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana beliau dilaporkan 'kononnya' adalah pasangan kekasih kepada model ini dan kedatangan Altantuya dengan sepupunya Burmaa Oyunchimeg adalah 'kononnya' untuk mengambil komisyen berjumlah US500 ribu yang dijanjikan kepadanya seandainya pembelian kapal selam itu terlaksana. Adalah difahamkan bahwa Syarikat milik Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion dari kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari kejayaan dalam urusan pembelian 3 buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan Tentera Laut Malaysia.

Anehnya Abdul Razak Baginda kemudiannya didapati tidak bersalah dan dia dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh kerana dilihat tiada mempunyai kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes, yakni Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk melakukan pembunuhan mangsa (Altantuya). Jadi siapakah yang mempunyai kuasa ketika itu? Jika diamati serta diperhalusi, 'orang yang tak berapa nak cerdik' pun boleh menilai fakta ini dengan baik. Cuba lihat rantaian fakta ini bagi mengaitkan siapa jua yang bermain di minda anda sebagai 'suspek sebenar' yang bertindak sebagai 'pengarah operasi' permbersihan nama baik seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan ini.

Siapakah PALING BERMOTIF untuk membunuh Altantuya selain Abdul Razak Baginda? Dan fakta yang paling penting untuk kita perhalusi adalah siapakah yang berkuasa atau mempunyai kuasa untuk mengarah dua orang UTK (Pengawal peribadi Dato Seri Mohd Najib - Hazilah dan Sirul) serta Pakar Bom C4 tentera (Kolonel Aziz Buyong)? Siapakah pula yang berkemungkinan mempunyai pengaruh dalam 'melenyapkan' rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia? Sudah tentulah ia melibatkan sesuatu yang AMAT BESAR sehingga perlu dihapuskan wanita 'berbahaya' ini. Siapakah pengarah sebenar dalam konspirasi pembunuhan ini? Apakah motif sebenar nya? Apa jua jawapan yang bermain di'minda fikiran' anda, simpan dahulu untuk telahan fakta berikutnya.

Dato Seri Mohd Najib kemudiannya bersumpah bahwa beliau tidak pernah mengenali dan tiada kaitan samada secara langsung atau tidak dengan Altantuya. Sedangkan umum akhirnya mengetahui bahwa Altantuya rupanya adalah 'Perterjemah Bahasa Perancis' yang diguna pakai ketika berlangsungnya urusan pembelian kapal selam berkenaan. Ini menyebabkan Dato Seri Mohd Najib 'terpaksa' juga mengenalinya walaupun dia ingin sangat agar rakyat tahu 'konon'nya dia tidak pernah mengenali Altantuya. Fakta ini bukan omong kosong. Ia turut dinyatakan di mahkamah dalam sebutan kes yang berlangsung di Paris, Perancis berhubung penipuan yang berlaku dalam skandal penjualan dan pembelian kapal selam itu.

Menambah buruk persepsi itu adalah apabila sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg mengemukakan bukti bergambar di mahkamah ketika diminta memberi keterangan. Bukti itu adalah gambar Abdul Razak Baginda, Dato Seri Najib dan Altantuya sedang menjamu selera di sebuah restoran eksklusif. Ya lah! Takan hanya kerana keluar makan bersama sahaja terus hendak dikaitkan beliau sebagai pembunuh, itu tidak adil dan zalim namanya. Cuma yang jelas di sini adalah Dato Seri Mohd Najib telah bersumpah 'bohong'. Dia sebenarnya memang mengenali Altantuya. Kenapa ia seakan hendak di’sembunyi’kan dari rakyat Malaysia? Pasti ada sebab BESAR disebalik semua itu.

Baiklah, sekarang amati pula dari sudut berbeza, Abdul Razak Baginda hanya perlu melunaskan US500 ribu atau hanya kira-kira RM1.6 Juta sahaja berupa komisyen kepada Altantuya. Dan jika mengambil kira jumlah komisyen yang dimilikinya iaitu RM4.7 billion (Ringgit Malaysia Empat Ribu Tujuh Ratus Juta), jumlah RM1.5 juta itu amatlah kecil dan boleh dilunaskannya pada bila-bila masa sahaja. Sekali lagi, Abdul Razak Baginda dilihat tiada sebab atau motif kukuh untuk membunuh 'kekasih gelap'nya itu (Altantuya), dan lebih meyakinkan adalah beliau juga dilaporkan tidak berupaya atau tidak mempunyai kuasa bagi mengarah suspek-suspek yang terdiri dari Ketua Inspektor Hazilah, Koperal Sirul dan Kolonel Aziz untuk melaksanakan tugas-tugas 'pembersihan' itu.

C4 adalah bom milik Angkatan Tentera Malaysia, dan harus diingat Dato Seri Mohd Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia yang berkuasa penuh terhadap apa jua aktiviti Angkatan Tentera Malaysia. Dari semua fakta ringkas di atas, anda pasti sudah boleh mengagak serta mengetahui siapakah KETUA sebenar dalam 'KONSPIRASI PEMBUNUHAN KEJAM' ini. Demi survival politik dan survival parti, 'orang yang zalim' ini terpaksa dilindungi oleh orang-orang besar parti yang lainnya.

Apakah anda mengandaikan semua barisan kepimpinan BN itu 'bodoh', 'buta' dan tidak mengetahui tentang hal sebenar ini? Tidak, mereka semua bukanlah orang-orang yang bodoh, malah mereka bijak berpolitik dan tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. Jika begitu, jika benar mereka semua tahu, mengapa pula mereka beria-ia menyembunyikan fakta sebenar dan sekaligus mempertahankan 'orang yang zalim' ini?

Nyatanya, semua ketumbukan kepimpinan BN sebenarnya amat sedar dan tahu akan kebenaran ini, namun mereka jauh menyedari serta tahu bahwa menyelamatkan 'orang zalim ini' adalah sama seperti menyelamatkan kedudukan mereka sendiri. Mereka sedar seandainya jatuh 'orang yang zalim' ini, maka hancur berkecailah keseluruhan empayar yang telah mereka bina selama ini. Justeru itu, mereka tiada pilihan lain kecuali berusaha mempertahankan juga 'orang yang zalim' ini sekalipun terpaksa 'membohongi' rakyat jelata. Tidak mungkin mereka mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai PUTRAJAYA hanya kerana kesilapan yang dilakukan oleh 'orang yang zalim' ini.

Mereka 'terpaksa' jua mengangkat 'orang yang zalim' ini sebagai pemimpin mereka, walaupun hati mereka jelas menolaknya. Sayang sekali mereka semua terlupa pada Tuhan. Mereka terlupa bahwa Tuhan Maha Mengetahui apa sahaja yang mereka nyatakan atau sembunyikan dalam hati mereka. Mereka lupa bahwa mereka kelak akan tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka berusaha dan cuba untuk melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia yang fana ini. Ada di antara mereka yang telah menerima 'hukum' Allah yakni mati, namun yang masih hidup terus leka dan lalai dengan segala macam imbuhan duniawi yang diterima mereka dari 'orang yang zalim' itu.

Kehidupan dunia ini adalah segalanya bagi mereka-mereka ini. Mereka tahu ada akhirat menanti tetapi mereka berasa 'yakin' kononnya mereka berada di pihak yang benar dan akan 'terselamat' dari api neraka. Mereka bersangka baik terhadap harapan palsu yang dijanjikan syaitan buat mereka dan penyokong-penyokong mereka. Sedang mereka dan penyokong mereka bersekongkol dengan 'orang yang zalim' itu, Allah juga mempunyai rancangan-Nya. Dan sudah tentulah perancangan Allah jauh lebih baik dari ciptaan-Nya.

Apa boleh buat saudara, kita terpaksa menunggu sehingga ke hari pembalasan, yakni akhirat, bagi melunaskan semua yang kita persangkakan. Takan kita semua mahu turut serta bersama mereka dalam menyokong 'orang yang zalim' itu. Mereka sendiri pun sebenarnya 'terpaksa' menyokongnya demi survival politik sempit mereka. Ayuh rakyat Malaysia, berfikir dan bertindaklah dalam Pilihanraya Umum nanti. Mari kita tegakkan kebenaran dan keadilan buat semua. Kita tunjukkan bahwa rakyatlah yang paling berkuasa, dan bukan mereka para pemimpin yang jahat itu.

Important link to the case: http://en.wikipedia.org/wiki/Murder_of_Shaariibuugiin_Altantuyaa

Harus diberi perhatian serius bahwa Allah dan Rasul-Nya telah acap kali mengingatkan dan memberi amaran kepada kita agar berwaspada terhadap suatu zaman di mana pemimpin yang dusta itulah yang akan 'dipercayai' dan diberi kuasa. Ia sedang berlaku sekarang dan kita 'yang diberi hidayah Allah' mudah membezakan antara penyokong yang melakukan kebaikan (amal makruf) dengan mereka yang melakukan kebathilan (Mungkar)

Firman Allah surah Al Maa-idah (51): Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (yakni orang yang suka berdusta) sebagai pemimpin-pemimpin (mu), sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Hadis Rasulullah Saw pula menegaskan bahwa: Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung/menyokong) tindakan mereka yang berbuat aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)”.- Hadis Riwayat Tirmizi, Nasae’i dan Hakim.

Sudah jelas bahwa Allah dan Rasul-Nya melaknati orang-orang yang berdusta dan berbuat aniaya. Malah penyokong-penyokong yang mendukung aspirasi pemimpin-pemimpin jahat itu juga nantinya akan turut sama terpelosok di kancah neraka jahannam. Pasti akan ada kelompok ini yang bertanya: "Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz dan ulama UMNO?. Apakah mereka ini turut bernasib malang dan terpaksa menghuni neraka jahannam?".

Jawapan saya 'itu semua, keputusan ke mana mereka akan dikembalikan kelak, kita serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla sahaja'. Bukan kita yang berhak menentukan ke mana kembalinya mereka nanti. Namun, di sebalik penyerahan tawakal kepada Allah, kita harus faham bahwa Rasulullah Saw diutus bagi menyempurnakan akhlak kita semua. Dalam sirah nabi banyak sekali dipaparkan kisah-kisah bagaimana Rasulullah Saw bukan sahaja bijak dalam ilmu agama, malah Baginda amat arif menilai akhlak orang-orang di sekelilingnya. Baginda mengajar semua khalifah dan umat ketika itu bagaimana dapat mereka mengenali samada orang itu berakhlak terpuji atau sebaliknya. Ini bermakna, mereka para ustaz dan ulama bukan sahaja perlu menilai pemimpin dari sudut agamanya sahaja, akhlak pemimpin itu turut menjadi faktor utama dalam penilaian mereka sebelum seseorang pemimpin itu wajar disokong.


Seharusnya itulah yang menjadi panduan ustaz-ustaz dan Ulama UMNO di dalam menentukan sokongan mereka. Menyokong membabi buta akan menyebabkan mereka terdedah untuk menerima nasib yang sama dengan kelompok ini kelak. Rasulullah Saw telah bersabda dalam banyak hadis yang saya rangkumkan peringatannya, antara lainnya untuk mengenali akhlak seseorang yang baik itu ada beberapa ciri utama:-

1. Pertama lihat suaminya samada dia bersolat fardhu di masjid atau tidak?
2. Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak?
3. Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat atau tidak?
4. Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah mereka boros atau tidak?

Walaupun banyak lagi ciri-ciri lain, solat fardhu umpamanya, boleh dilakonkan watak itu dikhalayak ramai oleh seorang munafik kerana kekerapan bersama dilihat menjadi faktor ia mudah dilakonkan. Jadi, memadai melihat 4 ciri di atas yang ditekankan Rasulullah saw, yang saya rasa amat sukar untuk dilakonkan kerana ia memerlukan seseorang itu istiqamah dalam perilakunya itu. Itulah yang harus dinilai terlebih dahulu agar kita dapat menetapkan kaedah menilai individu pemimpin berkenaan seterusnya.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita 'share' amanat ini di kalangan fb'ians' dan teman kita semua di luar sana, samada dengan mencetak dan mengedarkan amanat ini kepada keluarga serta semua sahabat handai atau mencetak dan mengedarkan ia di kampung-kampung, di mana maklumat ter'sekat' oleh pembangunan yang sengaja di'tahan' ke sana oleh pemimpin-pemimpin tertentu.

Jika bukan saya serta pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat yang bangkit memperjuangkan nasib kita semua, andalah yang terpaksa bangkit dan berjuang bersama demi kesejahteraan generasi anak-anak kita yang akan datang. Ayuh! Marilah kita semua 'Gegakkan Gempita' kerana semboyan telahpun berbunyi. Setiap dari kita rakyat Malaysia berkewajipan mencanang semboyan ini kepada sekurang-kurangnya ahli keluarga terdekat. Andaikata anda berkuasa melakukan lebih dari itu, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada PRU ke 13 nanti. Saya akan pastikan semua mereka yang boros membelanjakan wang rakyat termasuk Rosmah Mansor yang sanggup membeli sebutir cincin berlian berharga RM24juta di kala rakyatnya ada yang masih hidup dalam kemiskinan dan ahli keluarga kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang tergamak membelanja sampai RM250 juta wang dana Tabung Makanan kita dalam skandal NFC di bawa ke muka pengadilan.

Janganlah 'terpedaya' atau 'diperbodohkan' lagi hanya kerana 'sogokan' wang RM100, RM500 dan beberapa ratus lagi menjelang pilihanraya yang akan di'saji'kan oleh pemimpin-pemimpin BN. Lihat angka yang mereka 'baham'. angka yang diberikan kepada anda amatlah kecil berbanding jumlah yang mereka ambil tanpa restu anda semua. Nasihat saya, anda ambillah wang itu kerana wang itu memang milik rakyat dan bukan milik mereka, kemudian undilah Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti. Pakatan Rakyat akan pastikan mereka-mereka yang bertanggungjawab atas setiap kesalahan mereka itu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan kepada negara dan rakyat Malaysia.

Bangkitlah wahai rakyat Malaysia!!!


sumber:https://www.facebook.com/photo.php?fbid=479801882068183&set=a.467972793251092.95363.467972739917764&type=1

Kekayaan Negeri Sarawak Kekayaan Bersama?


Kekayaan Negeri Sarawak Kekayaan Bersama?
Damai dan salam sejahtera.
Umum maklum bahawa Sarawak adalah negeri pengeluar minyak terbesar negara disamping hasil hutan yang melimpah. Dengan sumber alam semula jadi yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui diekploitasi untuk pembangunan negara. Namun, kekayaan wilayah terbesar dalam Malaysia itu buka milik orang Sarawak tetapi orang Malaysia. Hasilnya, negeri-negeri yang mempunyai sumber yang terhad menikmati pembangunan yang jauh lebih selesa berbanding negeri lombong minyak itu sendiri.
                Dari segi infratruktur terutama jalan raya, penduduk Malaya yang berkunjung ke Kepulauan Borneo pastinya tergelak kerana keadaan jalan raya yang bertampal, berlubang dan berbandul di sini sana. Perdana Menteri sendiri pernah menaiki bas Rapid Kuantan pada tahun ini namun jika beliau menaiki bas dari Kuching ke Mukah pastinya beliau akan merasai nikmat duduk di dalam bas di Sarawak. Itu belum lagi menikmati sepenuhnya kenikmatan jalan raya Sarawak. Beliau harus menaiki kereta Perodua Kancil dari Sibu ke Mukah. Ntah berapa lama pinggang beliau mampu menahan azab jalan raya Sibu –Mukah.
                Sarawak jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan pengeluar minyak dunia yang lain, Sarawak adalah yang paling mundur. Negara-negara pengeluar minyak dunia kawasan-kawasan pengeluar mereka menikmati segala-galanya. Dari harga minyak yang murah ke frasarana yang mengkagumkan. Sarawak? Kita minikmati harga gas selinder RM31.50 (warna hijau) di Mukah. Gas selinder bersubsidi kerajaan adalah RM26.60.
                Tidak ada apa yang harus dibanggakan semasa 50 tahun Sarawak bebas dari Jajahan Mahkota British pada 22 Julai 1963 kemudian menyertai Malaya, Borneo Utara dan Singapura membentuk Malaysia pada 16 September 1963. Walaupun secara reality nya kita merdeka namun keputusan kita masih bergantung kepada keputusan kerajaan pusat. Jika kerajaan puat kata tidak ada maka kerajaan negeri juga akan mengatakan tidak ada. Jika kerajaan pusat kata tunggu maka kita juga akanmenunggu.

 

Anak Orang Mampu dan Anak Orang Kurang Mampu


Anak Orang Mampu dan Anak Orang Kurang Mampu
Damai dan salam sejahtera.
                Tahukah anda bahawa kebanyakan pelajar yang cemerlang adalah mereka yang berasal dari keluarga yang berada. Tidak kurang juga yang sanggut dek kerana status “selesa” mereka. Namun, jika beliau mempunya dua kredit dalam SPM mereka masih boleh menyambung pelajaran di kolej-kolej swasta dalam pelbagai bidang tanpa perlu memikirkan PTPTN atau mana-mana pinjaman wang berlesen yang lain. Berbanding denga anak dari golongan yang kurang mampu. Dari perjalanan ke kolej, makan minum, tempat tinggal dan yuran setiap semester akan menambahkan bebanan fikiran pelajar itu. (dengan andaian beliau juga mendapat dua kredit dalam SPM).
                Terdapat juga anak golongan kurang mampu yang betul-betul smart and intelligent. Hanya bermodalkan buku teks dan sesi pembelajaran di dalam kelas beliau mendapat keputusan yang Kaw-Kaw. Selalunya jika pelajar dari golongan sederhana dan kurang mampu ini mempunyai ramai adik-beradik. Ada yang ok ada yang kurang ok. Dalam banyak-banyak mereka pastinya ada yang bernilai. Andaikan beliau adalah anak ke-tiga dalam keluarga, kakak dan abang beliau juga bersekolah dan empat adik kecil masih bersekolah rendah dan ada seorang lagi yang masih menyusu pastinya beliau akan cuba sebaik mungkin untuk berjaya dan membela nasib ibu bapa dan adik beradik beliau.
                Dengan keputusan SPM yang kurang memberangsangkan si kakak dan si abang tidak dapat menyambung pelajaran ke peringkat tinggi walaupun sekotak besar surat tawaran dari kolej-kolej swasta datang bertandang ke rumah mereka hanya mampu bekerja di kedai cina sahaja. Sekarang hanya tinggal  yang number tiga sahaja sebagai harapan mereka. SPM beliau mendapat keputusan cemerlang. Cukup cemerlang bagi mereka namun, tidak semua A tegak. Beliau mendapat tawaran ke tingkatan enam di sekolah yang sama. Dalam tingkatan enam beliau mencuba sekali lagi untuk medapat keputusan 4.0 idaman semua orang dengan berbekalkan buku teks yang difotostat.
                Dengan izan Yang Maha Esa, beliau mendapat keputusan cemerlang. 4.0 dimakbulkan oleh-Nya. Kegembiraan dikongsi bersama dengan ibu bapa, adik-beradik, guru-guru dan rakan taulan. Namun si bapa berserabut di manakah aku mencari wang untuk menghantarnya ke Malaya? Makan minum tempat tinggal lagi? Ya, kebanyakan ini yang membantutkan anak-anak keluarga sederhana dan kurang mampu untuk membela nasib sendiri. Mahu tunggu pinjaman atau biasiswa paling cepat enam bulan. Anak-anak lain juga perlu diberi makan. Bagaimana?

Anak Orang Mampu dan Anak Orang Kurang Mampu: Wakil Rakyat


Anak Orang Mampu dan Anak Orang Kurang Mampu: Wakil Rakyat
Damai dan salam sejahtera.
Di sini adalah peranan utama wakil rakyat yang mendapat majority undi di sesuatu kawasan. Pembangunan modal insan harus dilihat dari kawasan mereka sebelum sibuk pasal hal-hal negara dan dunia. Mereka harus peka kepayahan hidup anak-anak buah mereka.           
                Wakil rakyat harus mempunyai satu tabung bantuan pelajaran kepada mereka yang amat memerlukan terutama kepada mereka yang benar-benar mahu belajar. Yang benar-banar mahu membela nasib bangsa, agama dan negara. Sekurang-kurangnya dengan sedkit suntikan kewangan dari wakil rakyat mereka tidak perlu berlapar dengan beralaskan mee segera bagi menahan lapar. Sesuatu harus dilihat dari sudut yang berbeza seca lebih holistic. Anjakan paradigm para wakil rakyat kerana agenda pembanguan yang menjadi modal semasa pilihanraya harus diseimbangkan dengan perkembangan sahsiah dan modal insan anak-anak buah beliau.
                

Anak Orang Mampu dan Anak Orang Kurang Mampu: Wang Saguhati


Anak Orang Mampu dan Anak Orang Kurang Mampu: Wang Saguhati
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Pada zaman hamba bersekolah dahulu, amat susah untuk mendapat penghargaan jika kita mencapai keputusan yang baik. Lebih-lebih lagi bapa hamba hanya bekeerja kampung. Berbanding bapa kawan hamba yang bekeerja kerajaan beliau mendapat RM10 untuk setiap A dalam UPSR, PMR dan SPM. Hamba? Hamba tidak mendapat apa-apa pun kecuali bapa hamba membuat sedikit kenduri kesyukuran semasa hamba mendapat keputusan yang sedikit cemerlang semasa PMR.
                Sekarang bukan setakat RM10 untuk satu A tetapi mencecah ratusan ringgit. Duit ini sekurang-kurangnya dapat menjadi modal untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Jika anak orang yang mampu, beliau mungkin akan mendapat lebih lagi. Mereka mungkin akan “bertaruh” berapa A mereka dapat dengan ahli-ahli keluarga yang lain. Andaikata beliau target 9A dalam SPM dan beliau mendapat janji RM100 untuk setiap A dari Ibu, Bapa, kakak, abang, pak cik, mak cik dan mungkin atuk dan nenek. Andai beliau mendapat 9 A dari Ibu sahaja sedah RM900. Kita darab dari bapa, kakak, abang, pak cik, mak cik. Atuk dan nenek pula. Beliau akan mendapat RM7200. Itu belum kawan-kawan kepada ibu dan bapa. Inisiatif lagi dari tempat ibu bapa mereka bekerja kepada anak-anak staf yang mendapat keputusan yang cemerlang. Dengan jumlah inisiatif selumayan bergitu, beliau boleh senang-senang belajar di United Kingdom.
                Berbanding dengan anak orang yang kurang mampu yang bekerja kampung. Beliau mungkin mendapat beberapa ratus sahaja. Mungkin cukup menampung kos perjalanan ke UNIMAS atau UITM atau UPM di Bintulu. Adakah pihak yang berwajib melihat hal ini? Jika pun bapa beliau pergi ke Pusat Khimat Wakil Rakyat kawasan mereka, adakah wakil rakyat tersebut berada di pejabat beliau. Tidak. Kerani di situ akan menjawap, “YB berada di Kuching. Nanti kami akan bagitahu beliau dan boleh minta nombor telefon encik?  Kalau ada apa-apa perkembangan kami akan infom encik.”
                Pergi ke pejabat MARA. Mereka akan minta salinan IC pemohon, salinan IC anak, salinan surat tawaran, salinan keputusan peperiksaan, salinan pendapatan, salinan sijil-sijil dan semua salinan perlu disahkan oleh pegawai-pegawai yang layak. Salinan itu, salinan ini, pengesahan sini pengesahan sana. Kadang-kadang anak-anak dari golongan yang kurang mampu terpaksa berlapar sehingga habis satu semesta dek kurang duit belanja. Jadi semasa cuti semesta mereka akan menggunakan masa cuti tersebut untuk mencari duit sendri, mencari kawan yang boleh dipercayai untuk menjadi “home mate” , bersedia mencari buku-buku rujukan untuk sem yang berikutnya. Dengan mengandaikan duit biasiswa dapat masuk akaun pada permulaan sem ke-dua nanti.

Thursday, April 25, 2013

Glamour dan Undi

Thursday, April 25, 2013 0

PRU: Artis dan Golongan Muda Dalam GE13
Damai dan salam sejahtera.
Selain calon bebas yang bebas dari mana-mana ideology politik, terdapat calon bebas dari kalangan artis dan golongan muda. Terdapat juga artis dan golongan muda yang  menyertai parti politik dan dicalonkan untuk beberapa kerusi. Sungguh meriah pilihanraya pada kali ini.
                Maka timbullah pelbagai khabar menyatakan golongan artis ini sebagai umpan memancing undi, menumpang popularity artis dan pelbagai lagi cemuhan kepada mereka. Tetapi bagi penulis, apabila golongan artis telah menyimpungkan diri mereka kedalam kancak politik adalah satu petanda aras bahawa golongan artis juga mempunyai bakat untuk mempimpin masyarakat. Status mereka sebagai pujaan atau idola masyarakat wajar dimanfaatkan oleh negara agar kepelbagaian karektor wujud dalam duni politik yang lazimnya dimonopoli oleh golongan ahli perniagaan dan professional yang lain.
                Golongan muda juga mendapat tempat dalam piliharaya kali ini. Apatah lagi parti-parti politik sedar akan pengaruh golongan ini kepada keputusan siapa yang akan menerajui kerajaan pada tempoh lima tahun akan datang. Jadi, mereka diburu oleh  parti-parti politik. Apatah lagi dengan pindaan AUKU yang memberi kelonggaran kepada mahasiswa-mahasiswi berpolitik membuka ruang dan peluang untuk kedua-dua pihak mempengaruhi dan dipengaruhi bagi menjamin kemenangan pada GE13. 

Bukan Pembelot


PRU: Menentang Kerajaan II
Damai dan salam sejahtera.
Semasa pilihanraya atau selepas pembubaran parlimen, tiada ahli parlimen dan selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri tiada kerajaan yang akan memerintah. Namun, secara tradisinya kerajaan penyandang akan mengambil alih pemerintahan untuk sementara waktu. oleh yang demikian, seorang Perdana Menteri atau Menteri Besar atau Ketua Menteri masih memakai gelaran tersebut walaupun selepas pembubaran. Ini menunjukkan doktrin pengasingan kuasa di Malaysia adalah digunapakai.
                Atas kelebihan ini, pengerusi-pengerusi Parti politik (selalunya pengerusi-pengerusi parti akan memegang jawatan PM, MB, CM) akan menggunakan kedudukan mereka sepenuhnya dalam badan eksekutif untuk mempengaruhi rakyat bagi memilih wakil dalam badan perundangan (ahli Dewan Rakyat dan Parlimen). Oleh yang demikian, jika terdapat calon yang bertanding yang bukan dari ahli Parti YAB PM, MB atau CM mereka akan digelar sebagai penentang atau pembangkang walaupun kita semua sedar selepas pembubaran parlimen rakyat yang akan menentukan parti politik mana yang akan membentuk kerajaan selepas pemilihan ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri.
                Jika seorang bekas kakitangan kerajaan bertanding dalam sesuatu pilihanraya, mereka akan dikenali sebagai tidak mengenang budi. Adakah mereka penentang juga? Tidak, mereka sebenarnya menyuburkan lagi amalan demokrasi kerana setiap rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai pemilih adalah layak untuk menjadi pemilih (pengundi) dan dipilih (calon) dalam pilihanraya.
                Para pemimpin tertinggi kerajaan selalunya mahukan akar umbi untuk setia kepada pucuk pimpinan. Tetapi, jika akar umbi memiliki calon sendiri yang akar umbi rasakan beliau mampu mewakili mereka pula pucuk pimpinan akan menganggap mereka tidak setia kepada perjuangan parti. Seperti yang perlaku di DUN Pelagus Kapit, Sarawak akar umbi (pengundi) di kawasan tersebut mahu penyandang mereka ketika itu Larry Sng mempertahankan kerusi tersebut namun, pihak BN mencalonkan calon lain. Akibatnya BN tewas kepada calon Bebas di kerusi itu walaupun pihak akar umbi berkali-kali mengugut akan menundi calon lian jika Larry tidak bertanding mewakili BN. Sebenarnya pihak BN negeri tidak mencalonkan semula Larry kerana beliau telah dipecat oleh parti yang disertai oleh Larry yang juga kompenan BN negeri. Namun, jika Larry bertanding sebagai calon bebas ketika itu pastinya beliau tidak diterima oleh CM Sarawak sebagai penasihat belia negeri sebelum meletak jawatan dan menjadi pengerusi Sarawak Worker Party (SWP).

PRU: Menentang Kerajaan


PRU: Menentang Kerajaan
Damai dan salam sejahtera.
Pada setiap kali pilihanraya baik pilihanraya umum, pilihanraya negeri malah pilihanraya kecil, pihak penyandang akan cuba mempertahankan kerusi mereka. Dalam masa yang sama pihak pencabar pastinya akn hadir memberi cabaran engan harapan untuk merampas kerusi tersebut daripada penyandang. Itulah yang disebut sebagai demokrasi. Pihak kerajaan harus ada pembangkang jika hanya kerajaan sahaja tanpa pembangkang samalah seperti satu perlawanan yang hanya ada satu pasukan sahaja.
                Jika diamati pada PRU13, pihak pembangkang bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Pihak kerajaan pula tidak menghantar calon di satu kerusi Parlimen di Kelantan atas alasan “tidak mahu memecah undi sifu”. Di dewan Undangan Negeri pula, pihak pembangkang di Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang bersungguh-sungguh untuk merampas semula negeri-negeri tersebut daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang menang besar semasa PRU12.  Di negeri-negeri dipimpin oleh kerajaan Barisan Nasional pula, pihak pembangkang berusaha untuk tidak menentang calon sesame sendiri. Namun, akibat kurang kesefahaman dan ketaksuban mereka mahu menang menyebabkan terdapat pertindihan calon antara mereka.
                Calon-calon Bebas pula yang terdiri daripada mereka yang benar-benar bebas daripada mana-mana ideology parti politik. Terdapat juga calon Bebas yang kecewa dengan pucuk pimpinan parti masing-masing yang tidak mencalonkan mereka semula untuk mempertahankan kerusi yang mereka menangi. Mereka secara dasarnya bukan menentang kerajaan atau menolak pembangkang tetapi sekadar mahu memenangi kerusi tersebut untuk tujuan “mewakili rakyat”.
                Jika semasa Pilihanraya tiada siapa yang bertanding menentang dan hanya seorang calon sahaja yang bertanding, calon itu mendapat kemenangan “tanpa bertanding”. Maka, tiada proses membuang undi akan dilakukan dikawasan itu. maka, rakyat di kawasan tersebut tidak dapat memilih siapa yang mereka mahu pilih secara demokrasi atau secara “suara ramai”.

Pesta Kaul Mukah 2013


Pesta Kaul Mukah 2013
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Kaul Mukah menyingkap 2013 pada 24 April dan akan berakhir pada 28 April 2013. Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi terus menarik pelancong dan pelawat disebalik musim pilihanraya ini. Antara yang ialah demontrasi pemprosesan lemantak dan sagu secara live kepada para pengunjung. Di samping itu, pelbagai aktiviti, gerai-gerai jualan malah gerai-gerai komuniti serta banyak lagi yang menarik. Jom ramai-ramai ke tapak pesta Kaul 2013 yang bakal dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 27 April 2013 Sabtu ini

Berpolitik Secara Sihat dan Bersih


Berpolitik Secara Sihat dan Bersih
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca.
Hampir seminggu kempen parti-parti politik menghiasi arena harian masyarakat Malaysia. Dengan pelbagai agenda yang lama dan baru dibangkitkan sepanjang kempen kali ini.
Antara yang menjadi bahan kempen ialah poster. Namun, ketaksuban para parti politik berperang poster terdapat juga segelintir pihak yang “bermain kotor” dengan merosakan bahan kempen parti lain. Ini adalah sesuatu yang tidak sihat bagi sebuah negara demokrasi yang matang seperti Malaysia. Di harap agar pihak-pihak yang terbabit sedar akan prinsip sebuah demokrasi yang sihat dan bersih.

Dewan Serba Guna Kampung Kuala Lama


Dewan Serba Guna Kampung Kuala Lama
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca.
Semalam Yang Berbahagia Dato Seri Muhammad Leo Toyad telah merasmikan pembinaan sebuah Dewan Serba Guna di Kampung Kuala Lama, Mukah. Dewan yang menelan belanja RM380000 di atas tanah seluas satu ekar di sini semalam.
                Leo yang mengambil kesempatan itu untuk memberi nasihat kepada penduduk kampung agar memberi  mandate kepada Perdana Menteri untuk terus membawa pembangunan kepada rakyat. Beliau juga berkeyakinan BN untuk menang dalam PRU13 kali ini.

Sunday, April 21, 2013

PRU13 kejayaan dan harapan

Sunday, April 21, 2013 0

PRU13
Damai dan salam sejahtera.
Pilihanraya Umum ke-13 dilabelkan paling panas dalam sejarah negara. Seperti juga di beberapa buah negara lain yang juga secara kebetulan mengadakan pilihanraya yang besar pada 2013 menjadikan Malaysia menjadi tumpuan dunia. Para pelabur juga mahukan sebuah kerajaan yang mendapat sokongan kuat dari rakyat.
Tiada kerusi yang dimenangi tanpa bertanding pada kali ini. Peningkatan calon wanita dan Bebas juga sesuatu yang menarik pada PRU13 kali ini. Misi Perdana Menteri untuk kekal memerintah dilihat 50-50. Hal ini kerana kedua-dua belah pihak hampir menghadapi masalah yang sama. Antaranya ialah, manifesto pelanduk dua serupa disamping penyandang-penyandang kerusi mereka yang tidak dicalonkan semula dan bertanding sebagai calon Bebas menampakan keseimbangkan kecelaruan kedua-dua pihak. Namun bagi BN tiada masalah dalam penentuan kerusi yang mahu ditandingi berbanding P
akatan Rakyat.

P.213 Mukah: PBB-BN vs DAP vs Bebas


P.213 Mukah: PBB-BN vs DAP vs Bebas
Damai dan salam sejahtera
Pada PRU12, penyandang ketika itu, Datuk Leo Micheal Toyad membenam cabaran calon Bebas Encik Hai Merawin @ Bonaventure dengan majority 6298 undi.
Utusan Borneo 21 April 2013
Pada PRU13 ini, penyandang Datuk Muhammad Leo Toyad @ Leo Micheal Toyad brhadapan cabaran yang lebih gentir dengan popularity yang semakin merosot dan tiba-tiba konsesi Dalat menghantar wakil mereka sebagai calon Bebas.
Dalat mahukan wakil dari Dalat mewakili Parlimen Mukah pada kali ini kerana menurut perjanjian pada suatu ketika dahulu jika, Ahli Dewan Undangan Negeri Dalat dan Balingian adalah muslim maka ahli Parlimen pula haruslah seorang Kristian Liko. Oleh kerana penyandang dari PBB-BN telah memeluk agama Islam maka ketiga-tiga kerusi wakil rakyat telah dikuasai oleh Muslim dan janji pembahagian konsesi kerusi mengikut agama sudah tidak ditepati.
Percubaan kali kedua Encik Hai Merawin tidak mengejutkan banyak pihak kerana kebolehan beliau memecah undid an menguasai undi-undi di kawasan Bandar Mukah menarik minat DAP untuk menamakan beliau bagi dicalonkan untuk menentang PBB-BN. Tiada sebab lain yang dapat kita fikirkan kerana popularity penyandang P.213 Mukah kian merosot lebih-lebih lagi di kampung kelahiran beliau (Kampung Tellian). Secara pribadi Encik Hai Merawin dan Encil  Sylvester Ajah tidak akan menentang calon tersebut secara pribadi tetapi kerana mereka sedar penduduk Mukah mahukan seorang pemimpin baru bagi mewakili mereka. Selepas PRU12 kedua-dua calon tidak active selepas pilihanraya. Namun mereka kembali semula selepas lima tahun.
Jika dilihat dari pembanguanan di kawasan Dalat, Balingian dan Mukah kerajaan Negeri lebih active membangunkan bahagian Mukah berbanding dari pihak Persekutuan. Masalah jalan raya yang menyedihkan di bahagian Mukah terutamanya di dalat dan Balingian bukan lah masalah baru.
Namun, terpulang kepada perjumlahan undi yang bakal kita ketahui pada 5 Mei nanti. Adakah PBB-Bn akan menang besar? Atau DAP akan menjadi Bos baru di Mukah atau Dalat akan membuat kejutan?

Friday, April 19, 2013

sekitar P. 213 Mukah 20 April 2013

Friday, April 19, 2013 0
BN menguasai Bandar Mukah 

Perkarangan Masjid Setia Raja Mukah

Jalan Haji Mohd Pauzi menuju ke Dewan Suarah Mesra Mukah

Tuesday, April 9, 2013

Tuesday, April 9, 2013 0
damai dan salam sejahtera.
kenderaan KBS tengah parking dalam area motosikal dan basikal. pemandu seronok memilih juadah di dalam restaurant. beliau dengan selamba memberi tunjuk ajar kepada warga Mukah cara-cara untuk memakir kenderaan di tempat yang dikhaskan untuk motosikal dan basikal.

adam hariz steambaot

relax-relax lok..makan-makan 

isu besar


damai dan salam sejahtera.
tanggungjawab kerajaan. kerajaan harus bererima kasih dan mengenang jasa rakyat yang memilih mereka . jadi jangan diungkit tentang tanggungjawab itu. rakyat tahu menilai keiklasan sesorang itu dalam memberikan bantuan.


banyak pihak mempersoalan harga kereta di malaysia yang super mahal.amat menguntungkan sesetebgah pihak dan membebankan rakyat.


intipati kedua-dua manifesto. sepatutnya pihak yang bertanggungjawab memberi lebih banyak kemudahan kepada rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah. mungkin subsidi kepada mereka. hal ini kerana, pihak yang kaya akan membeli rumah bukan untuk keperluan tetapi pelaburan. akibatnya mereka yang memerlukan rumah terpaksa membayar sewa yang tingi.

Manifesto BN dan PR


Manifesto BN dan PR
ntahlah
Damai dan salam sejahtera.
Penulis teruja dengan cara pembentangan kedua-dua pihak yang dilihat lebih merakyatkan ekonomi. Walaupun pdf dari BN hanya 32 muka surat berbanding PR dengan 38 muka surat,pdf adobe reader BN lebih padat dengan apa yang bakal mereka lakukan untuk rayat dalam masa lima tahun da yang telah mereka laksanakan.  Manakala, pdf adode reader dari PR pula banyak yang blank sahaja seolah-olah mereka mengejar masa untuk membuat manifesto tersebut.
                Apa yang penulis dapat rumuskan dari kedua-dua manifesto tersebut ialah kedua-dua pihak sebenarnya hanya meneruskan apa yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan yang sedang memerintah sekarang. Bagi penulis, nilai matawang kita juga harus dilihat sebagai punca banyak barang meningkat. Nilai kita jauh dari nilai Dolar Brunei dan Dolar Singapura. Sepatutnya selepas kita membatalkan perjanjian antara Dolar Malaysia, Brunei dan Singapura, Ringgit sepatutnya lebih bernilai dari Dolar Brunei dan Singapura. Apabila ringgit kukuh maka, kita tidak akan membayar lebih untuk mendapatykan barangan yang dijual dalam matawang dolar.
                Banyak perkara yang sama dalam kedua-dua manifesto ini. Namun BN dilihat menyediakan manifesto ini dengan lebih teliti dan menarik berbanding manifesto PR yang tergesa-gesa dan hanya mencedok perkara yang sedang kerajaan sedia ada laksanakan. 

Provo Melanau Iban


Provo Melanau Iban
Damai dan salam sejahtera.
pic ini yang dilekatkan di akaun fb tersebut
Kita ingat segelintir penduduk Malaya yang cuba memprovokasi penduduk di Sarawak tetapi lebih mengejutkan terdapat sebuah akaun facebook yanh memprovokasikan masyarakat Iban dan Melanau melalui gambar perkahwinan Pehin Sri.
                Tidak tahu dimana dan kenapa admin akaun facebook itu mahu memperlaga-lagakan kedua-dua kaum itu yang secara kebetulan juga pemerintah tertinggi kerajaan negeri Sarawak. Sarawak diketuai oleh Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan dibantu oleh Tan Sri Alfred Jabu. Barisan cabinet negeri juga mewakili hampir semua suku kaum di Sarawak. Sejak sekian lama kerjasama itu terjalin sebelum kelahiran facebook lagi namun sejak akhir-akhir ini ada juga yang mahu melihat kita berpenggal kepala. Mengapa ya?
                

Kepulauan Borneo dan PRU13


Kepulauan Borneo dan PRU13
Damai dan salam sejahtera.
kampung tanpa wayar
Ada sedikit perhatian dari kedua-dua pihak kepada negeri-negeri kepulauan Borneo pada manifesto mereka kali ini. Sesuatu yang ditunggu-tunggu ialal Lebuh Raya Pan Borneo. Jika BN membina Lebuh Raya ini mungkin ada tol tetapi PR mungkin tidak kerana mereka mahu menghapuskan tol Lebuh Raya di negara ini.
                Jalur lebar pula ada sedikit disentuh tetapi kebanyakkan kawasan di Sabah dan Sarawak amat sakit untuk menerima “signal” telekomunikasi. Pengenalan satelit internet berkelajuan tinggi seperti mana di Lembah Klang dapat membantu penduduk Sabah dan Sarawak kepada ekses internet secara percuma. Penulis hanya mencadang sahaja maklumlah kawasan rumah kampung penulis ini seperti di dalam gua. Dengan ekses internet terpaksa menggunakan broadband yang merugikan kerana “signal” telekomonikasi yang amat lemah. Untuk pasang steamyx pula pihak Telekom mengatakan kedudukan kawasan rumah kami terletak lebih lima kilometer dari ibu pusat Mukah walaupun penulis dapat melihat pencawang dari stesen minyak Petronas (terletak lebih kurang 200 meter dari rumah). Mungkin wayar yang berpusing-pusing manjadikan jarak ibu pusat Mukah dengan kediaman kami melebihi lima kilometer.
                

Semanis Madu


Semanis Madu
Damai dan salam sejahtera.
teh madu
Manifesto BN dan PR betul-betul manis untuk dinikmati oleh kita semua sebagai rakyat Malaysia. Kedua-dua menjadikan rakyat sebagai taruhan pada PRU13 kali ini. Betul-betul manis sehinggakan penulis betul-betul berfikir siapa yang harus penulis pangkah pada PRU kali ini.
                Sukar untuk membuat pilihan. Betul-betul sukar. Jadi hanya rekod sahaja yang dapat kita jadikan kayu ukur kepada kebolehan mereka menunaikan manifesto mereka. BN dilihat lebih cemerlang dari PR. PR menerusi Menteri Besar Selangor ada mengatakan bahawa manifesto pilihanraya bukan lah sesuatu yang semestinya ditunaikan. Mungkin ya kerana tempoh lima tahun tidak menccukupi untuk melaksanakan semua manifesto jika kerajaan memerintah sibuk berpolitik dan naik turun mahkamah.
                

serupa tetapi tidak sama


Damai dan salam sejahtera,

Berikut adalah komen papa hebat April 9, 2013 at 10:36 am di artikel bertajuk Manifesto Barisan Nasional (BN) VS Manifesto Pakatan Rakyat (PR). Siapa Ciplak Siapa? Yang Untung Siapa?


Harga kereta
Manifesto PR
Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.
Mewujudkan industri automotif negara yang benar-benar berdaya saing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.
Manifesto BN
Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.
Kerajaan telah mengumumkan Dasar Automatif Negara yang dikaji semula pada 2009 yang antara lain menyatakan: “Adalah menjadi keutamaan kepada MITI dalam mempromosikan perdagangan antarabangsa yang bebas dan menguntungkan negara. Di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), Malaysia komited untuk mengurang atau menghapuskan duti import semasa secara berperingkat.” Ini bermakna kerajaan sejak 2009 telah merancang pengurangan harga kereta secara berperingkat. Jika pengenalan Dasar Automatif Nasional 2006 dan 2009 yang diperkenal kerajaan diambil kira, maka jelas peniru sebenar ialah PR.
Dasar Perumahan
Manifesto PR
150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina pada penggal pertama pentadbiran PR.
Manifesto BN
Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sektor awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA
Kerajaan mempunyai Dasar Perumahan Negara mampu milik sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Pada tahun 2008, SPNB berjaya melancarkan 24 buah projek perumahan di seluruh negara dengan menawarkan sebanyak 21,891 unit rumah pelbagai jenis di bawah program Rumah Mampu Milik. Malah perdana menteri telah melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad yang ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinisikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00. Manifesto BN sebenarnya kesinambungan program kerajaan sedia ada.
Kereta api laju
Manifesto PR
Memulakan langkah ke arah membina sistem kereta api laju antara bandar yang pertama di rantau Asia Tenggara.
Manifesto BN
Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar
Pada 1995, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-5 telah mencadangkan pembinaan sebuah landasan kereta api yang bermula dari Singapura dan melintasi Malaysia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Kemboja hingga ke Kunming, ibu kota provinsi Yunnan China. Pemimpin pelbagai negara ASEAN dan China telah menyatakan persetujuan terhadap cadangan tersebut.
Lebuh raya Sabah dan Sarawak
Manifesto PR
Memulakan pembinaan lebuh raya merentasi Sabah dan Sarawak yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat.
Manifesto BN
Membina 2,300 km Lebuhraya Pan Borneo bermula dari Sematan, Sarawak hingga ke Serudung, Sabah.
Lebuh Raya Pan Borneo telah dirancang sejak 1970-an dan sebahagiannya telah disiapkan. Akibat kemelesetan ekonomi kerajaan menangguhkan sebahagiannya. Pada Februari 2012, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor memaklumkan Kerajaan Persekutuan akan mengaktifkan semula kerja menaik taraf Lebuhraya Pan Borneo yang menelan belanja RM423 juta yang diluluskan di bawah RMK-10.
Royalti Petroleum
Manifesto PR
Menaikkan royalti kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%.
Manifesto BN
Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Tidak ada janji PR untuk menaikkan royalti minyak dalam Manifesto PR (PR akui kesilapan royalti minyak tertinggal). Namun jika PR membawa masuk pun dalam manifesto mereka yang telah diubah, ia tidak menjejaskan apa-apa kerana BN sejak dahulu telah menegaskan bahawa sungguhpun bayaran royalti hanya 5% kepada negeri pengeluar minyak dan gas namun peruntukan yang mereka terima setiap tahun kadang-kadang boleh mencecah sehingga 20% daripada hasil keuntungan minyak negeri tersebut. Ini bermakna apa yang dijanji oleh BN dalam manifesto hanyalah memperkukuhkan apa yang dibuat sebelum ini secara aku janji.
Permit Teksi
Manifesto PR
Permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi.
Manifesto BN
Meningkatkan jumlah permit teksi individu.
Tiada sebarang peniruan dalam dakwaan ini kerana manifesto BN hanya menjanjikan untuk meningkatkan jumlah permit teksi individu bukannya menghapuskan permit teksi syarikat. Malahan dalam sidang Dewan Rakyat Oktober 2012, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan telah menyatakan bahawa kerajaan bercadang untuk memberi sejumlah permit teksi kepada individu yang layak dalam usaha membaiki sistem penyewaan teksi.
Hasilnya pada Mac 2013 yang lalu kerajaan telah meluluskan 1,000 permit teksi individu. Malahan mereka ini telah diberi geran RM5,000 bagi pembelian Proton Exora. Bagaimana sesuatu yang telah kerajaan janjikan sejak tahun lalu dan dilaksanakan tahun ini dianggap meniru manifesto PR yang baru dilancarkan tahun ini?
Pangkalan data
Manifesto PR
Mewujudkan sistem pangkalan data nasional bersepadu mengenai maklumat sosio ekonomi rakyat dengan menggabungkan semua maklumat sedia ada yang kini diuruskan secara berasingan oleh pelbagai agensi dan badan.
Manifesto BN
Memperhalusi dan menambah baik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu.
Pertamanya, manifesto BN bercakap soal manambaih baik sistem yang sedia ada, sebaliknya PR bercakap soal mewujudkan sistem pangkalan data nasional bersepadu mengenai sosioekonomi rakyat. Sebenarnya apa yang dicadangkan PR telah wujud melalui pangkalan data e-Kasih, dan juga Jabatan Statistik.
Hanya kerana PR melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya? Memang diakui bahawa manifesto PR lebih indah daripada manifesto BN. Justeru PR tidak perlu risau jika ada sebahagian idea dalam manifesto PR turut diambil kira oleh BN.
Namun apa yang perlu PR risaukan ialah apakah majoriti rakyat akan mempercayai manifesto yang ‘menjanjikan bulan dan bintang’ tersebut?
Ini kerana banyak manifesto PRU yang lalu tidak ditunaikan, manakala Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri mengatakan bahawa manifesto itu bukan janji yang perlu ditunaikan.
Jadi, untuk apa dipercayai?
Sumber: Manifesto Barisan Nasional VS Manifesto Pakatan Rakyat    Berita Semasa.htm

Monday, April 8, 2013

Bumiputra Melayu

Monday, April 8, 2013 0

Bumiputra Melayu
Damai dan salam sejahtera.
bukan kita
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang berlapis-lapis. Seperti juga dengan negara jiran yang lain Singapura, Semenanjung Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, cina dan india. Namun, populasi kaum cina adalah lebih besar daripada melayu menyebabkan Tunku Abdul Rahman memilih untuk membawa Brunei, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak menyertai Malaya serta Singapura bagi membentuk sebuah negara baru yang dikenali sebagai Malaysia. Selain mengekang cobaan Filipina dan Indonesia yang masing-masing mahu meluaskan wilayah di Asia Tenggara, Tunku mahu menyeimbangkan populasi kaum Melayu yang pastinya akan tergugat kerana kaum cina pada ketika itu adalah penopoli ekonomi Tanah Melayu.
                Setalah berjayanya Tunku membentuk Malaysia hasil persetujuan Singapura, Sabah dan Sarawak, kaum bumiputra diiktiraf sebagai kaum pribumi sama seperti kaum Melayu di Malaya. Maka, populasi kaum bumiputra-Melayu melebihi kaum cina dan india. Ini membolehkan parti UMNO terus memperolehi kerusi yang banyak setiap kali pilihanraya apabila mereka meluaskan sayap ke negeri Sabah. Hasilnya, parti UKNO terbubar dan digantikan dengan UMNO di Sabah.
                Pada hari ini, kesan utama yang diterima oleh kaum bumiputra pribumi Sabah dan Sarawak terjejas kerana mereka sering dianggap sebagai kaum “lain-lain” kerana mereka adalah bukan Melayu. Jadi kebanyakan kaum pribumi Sabah dan Sarawak mengalami kesulitan dalam beberapa urusan kecil kerana kaum “lain-lain” juga termasuk penduduk Malaysia yang berasal dari negara lain seperti dari Bangladesh, Pakistan, Indonesia dan banyak lagi pendatang.
                Penggunaan nama tengah seperti “bin” dan “binti” oleh bebapa suku kaum di Sabah dan Sarawak yang bukan beragama Islam juga menyebabkan pegawai dari Malaya keliru tentang status bangsa dan agama mereka. Hal ini kerana, penggunaan nama tengah “bin” dan “binti” terpakai kepada mereka yang beragama Kristian dan pagan serta yang beragama Islam.
                Sepatutunya awal-awal penbentukan Malaysia para pemimpin ulung negara berfikir tentang kesulitan anak cucu mereka dikemudian hari apabila mengabaikan status Bumiputra-Melayu sebagai kaum utama negara. Bagi merialisasikan konsep 1 Malaysia, semua warganegara Malaysia harus dikategorikan sebagai penduduk asal Malaysia sempena 50 tahun kelahiran Malaysia. Ini akan membantu mempercepatkan perkembangan ekonomi, mengukuhkan perpaduan kerana kita tidak lagi dibezakan dengan bangsa dan agama tetapi dikenali sebagai bangsa Malaysia yang berasal dari MALAYSIA.  

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting