Thursday, March 21, 2013

PRU13: Penyandang VS Pembangkang ii

Thursday, March 21, 2013 0

 PRU13: Penyandang VS Pembangkang ii
                Damai dan salam sejahera kepada para pembaca yang budiman sekalian. Terima kasih kerana sudi membaca sedikit buah fikiran saya yang tidak berpelajaran tinggi ini.
                Jika pembangkang mengambil alih pemerintahan negara , penulis merasakan tiada apa yang mereka akan ubah seperti mana yang mereka war-warkan. Hal ini kerana, kerajaan pembangkang di negeri-negeri diperintah mereka adalah lebih agresif berbanding dengan kerajaan pemerintah pusat. Namun kerajaan Islam di Kelantan mahu mengekalkan pembangunan mereka seperti mana pada awal tahun 1990-an sebagai kejayaan mereka.
                Akibatnya, kerajaan persekutuan menumpukan perhatian secara khusus kepada Wilayah Sabah dan Sarawak yang menyumbang kepada kejayaan kerajaan untuk terus memeritah negara. Apatah lagi hasil minyak yang rakus dilombong oleh Syarikat berkepentingan kerajaan yang hanya menguntungkan wilayah Semenanjung. Hasilnya, kerajaan negeri kedua-dua wilayah itu boleh menganggap bahawa tiada minyak dan gas yang pernah dijumpai di bumi Borneo yang mampu menyumbang kepada pembangunan negeri yang amat jauh ketinggalan daripada negri-negeri Malaya.
                Pembangkang pula membangkang semua kegiatan ekonomi yang dirancang dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan dengan pelbagai alasan. Antaranya ialah boleh menjejaskan kesihatan rakyat. Walaupun agak remeh bagi kerajaan tetapi bagi rakyat kesihatan adalah lebih penting daripada segala-galanya. jadi mereka mudah untuk mempengaruhi pemikiran rakyat.
                Namun adalah kerajaan dan pembangkang adalah sama atau mereka sebaliknya sepenuhnya?                                                                                                                                                                                                                                            








PRU13: Penyandang VS Pembangkang iii


PRU13: Penyandang VS Pembangkang iii
                Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. Bagi pengetahuan para pembaca sekalian, penulis tidak terlihat dengan mana-mana ahli politik, mana-mana parti politik malah buka penganalisis politik. Penulis hanya sebahagian daripada rakyat Malaysia yang menggunakan blooger.com untuk menulis apa yang tersirat di kepala batu kami.
                Namun adalah kerajaan dan pembangkang adalah sama atau mereka sebaliknya sepenuhnya?          
                Persoalan yang penulis bawa dari PRU13: Penyandang VS Pembangkang ii tentang perlaksanan manifesto yang  mereka war-warkan dalam kempen mereka. Sebenarnya baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang, mereka sebenarnya melakukan perkara yang sama sahaja. Jika di katakana projek=projek kerajaan boleh menjejaskan kesihatan rakyat, pembangkang juga akan melkakukan perkara yang sama kerana jika hasil kerajaan meningkat maka, kerajaaan mampu untuk menaikkan gaji para pegawai mereka dan d=untuk diri mereka sendiri juga.
                Andai benar pembangkang mahu melaksanakan pemerintah Islam sepenuhnya, mereka seharusnya senang-senang mempengaruhi pengundi dengan berdakwah tetapi mereka juga mengikut aktiviti berkempen yang juga sama dilakukan oleh kaum Yahudibagi meraih undi. Benda yang sama sahaja jika kerajaan sekarang ditukar dengan kerajaan pembangkang.

BR1M: Kerajaan vs Pembangkang edisi UMNO vs PAS


BR1M: Kerajaan vs Pembangkang edisi UMNO vs PAS
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman sekalian.
                Sejak akhir-akhir ini pemusuhan antara dua parti Melayu-Islam Malaysia ini semakin membuak-buak. Pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh pemimpin kedua-dua pihak tentang bantuan tunai kepada rakyat yang menggunakan jenama 1 Malaysia yang dipolopori oleh Perdana Menteri Malaysia merangkap President UMNO.
                Kenyataan Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat yang mengumpakan penerima BR1M seperti ayam yang diberi dedak. Manakala presiden PAS pusat Haji Abdul Hadi pula mengatakan bahawa ia sama seperti pada zaman Firaun yang memberi bantuan kepada rakyat seolah-olah menggalakkan rakyat bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata.
                Maka, jika Pakatan Rakayt memerintah negara:
1.        akan tiadalah subsidi juga kerana subsidi adalah bantuan kerajaan kepada rakyat, hal ini kerana, rakyat mengharapkan subsidi bagi mengurangkan harga sesuatu barangan dan perkhimatan.
2.       Akan tiadalah pendidikan percuma kerana kesemua beban kewangan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan yang memerintah. Hal ini kerana, rakyat juga menerima bantuan daripada kerajaan dan mengharapkan kerajaan dalam pendidikan mereka.
3.       Akan tiadalah kesihatan percuma kepada rakyat. Rakyat memerlukan bantuan kerajaan untuk menampung kos perubatan di hospital-hospital kerajaan.

Oleh yang demikian, pastinya syarikat-syarikat konsesi Lebuh Raya akan menaikkan kadar tol kerana kerajaan tidak akan membantu rakyat mengurangkan kadar tol. Sepatutnya Abdul Hadi berfikiran terbuka kerana ada tertulis di dalam KItab Suci, walaupun seseorang ayah itu jahat (pemungut cukai adalah seorang yang dianggap jahat oleh masyarakat Yahudi pada zaman Yesus al-masih), beliau juga memberikan hadiah kepada anak-anaknya. Tidak lah beliau akan memberi ular kepada anaknya jika anaknya meminta roti. Ayah yang baik juga berbuat demikian, akan memberi roti jika anaknya meminta roti. Kenapa perlu disamakan dengan Firaun yang juga manusia yang tahu untuk berbuat baik kepada rakyatnya. Firaun juga menyalurkan banyak wang untuk membangunkan monument-monumen yang menjadi kebanggaan kepada rakyatnya. Firaun juga memberi pekerjaan yang baik kepada rakyatnya dan mengulikan orang-orang Yahudi (kaum pendatang di Mesir ketika itu) untuk membina Piramid Agung untuk dirinya sendiri.
                Kerajaan DAP di Pulau Pinang juga memberi bantuan RM100 kepada warga emas dan ibu tunggal dengan syarat mereka harus mendaftar sebagai pemilih dan tidak perlu bagi penerima BR1M. Benda yang sama tetapi jumlah yang berbeza oleh kerajaan yang berbeza dengan syarat yang berbeza.
                Mengapa pula Nik Aziz menggangap kita penerima BR1M sebagai haiwan yang akan datang berpusu untuk mendapatkan benda yang kita mahukan. Tahukah Nik Aziz bahawa di kedai Ramalan Nombor orang datang beramai-ramai dengan kemahuan untuk meneka nombor dan mendapatkan sedikit wang kemenangan. Sama seperti ayam tadi akan mengkais-kais tanah mencari rezeki berpusu-pusu mengkais tanah untuk mendapatkan rezeki dari usaha yang sedikit itu. 

BR1M: Kerajaan vs Pembangkang edisi SUBSIDI


BR1M: Kerajaan vs Pembangkang edisi SUBSIDI
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Pemberian BR1M oleh kerajaan juga menarik parti-parti politik mempolitikkan pemberian wang tunai kepada rakyat. BR1M adalah salah satu makna DEMOKRASI kerana wang tunai yang disalurkan oleh kerajaan adalah dari rakyat kepada rakyat.
                Bantuan rakyat sebenarnya bukan dilakukan oleh kerajaan Malaysia sahaja malah negara jiran, Kerajaan Indonesia juga lebih awal memberikan bantuan wang tunai kepada rakyat selepas mereka memotong subsidi keatas bahan api. Kemudian kerajaan Malaysia melaksanakan program yang sama agar rakyat perbendapatan rendah menerima bantuan mencapai sacarannya.
                Rasioanalnya bantuan tunai ini ialah:
1.       Pengurangan subsidi dapat dilaksanakan
a.       Misalnya subsidi keatas gula sebanyak RM0.20 dihapuskan maka, dengan RM500 untuk sebuah keluarga mereka dapat menampung kewangan sebanyak (dengan andaian satu kg gula RM2.70 dengan isi rumah menggunakan 4kg sebulan) RM129.60 setahun.
2.       Subsidi terus kepada rakyat
b.           sama seperti Indonesia, kerajaan kedua-dua negara mensasarkan subsidi kepada mereka yang benar-banar memerlukan dan bukan untuk warga negara asing. Hal ini kerana, kerajaan tidak dapat memberi subsidi untuk semua kerana kita juga berkongsi keperluan harian dengan mereka yang bukan warga negara dan mereka yang kaya yang tidak memerlukan subsidi.
3.            Kecairan tunai dalam ekonomi/pasaran ditambah
c.            apabila kerajaan memberi tunai maka kecairan ringgit dalam ekonomi domestik ditingkatkan. Hal ini akan merancakkan aktiviti jual beli  terutama bagi sektor runcit kerana rakyat menggunaka wang tunai untuk membeli barangan keperluan.
4.            Meningkatkan aktivi ekonomi
                d.            maka, penawaran dan permintaan di dalam ekonomi akan lebih rakcak.

BR1M: Kerajaan vs Pembangkang edisi BR1M 1.0


BR1M: Kerajaan vs Pembangkang edisi BR1M 1.0
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Pemberian Bantuan Rakyat Satu Malaysia atau sinonimnya BR1M telah memasuki pemberian kali kedua sejak mula diperkenalkan pada bajet 2012 yang mengutamakan isi rumah perpendapatan RM3000 kebawah dengan beberapa syarat yang menarik. Antaranya ialah, jika satu isi rumah terdiri daripada ayah dan ibu serta anak-anak yagn belum berkhawin dan sudah berkahwin serta terdapat warga emas layak untuk memohon. Jika dilihat dari syarat itu, mungkin pendapatan isi rumah melebihi RM3000 kerana ibu atau bapa bekerja disamping anak-anak yang sudah berkahwin tinggal dalam satu rumah. Dalam masa yang sama warga emas juga mungkin berpendapatan tetapi tidak mencapai RM3000 juga layak. Maka secara teorinya mereka tidak layak memohon BR1M tetapi syarat sebenarnya ialah pendapatan KETUA KELUARGA yang kurang RM3000 adalah LAYAK MEMOHON.
                Misalannya, si Ayah dan si Ibu menanggung seorang anak yang belum berkahwin layak memohon untuk satu borang BR1M. Si anak yang sudah berkahwin pula layak untuk memohon BR1M walau dan jika beliau belum mempunyai anak. Manakala, si nenek atau si atuk layak juga mengisi satu lagi permohonan sebagai warga emas yang berumur 60 tahun dan keatas. Oleh yang demikian, satu isi rumah itu layak menerima BR1M dengan jumlah RM1500 dengan masing-masing RM500 setiap Ketua Keluarga.
                Namun yang demikian, bnayk keluarga yang gagal menerima BR1M dengan pelbagai alasan yang mengelirukan. Antaranya yang biasa ialah:
1.        Permohonan Pemohon Telah Wujud.
i.         Hal ini berlaku apabila si Pemphon memohon kali kedua. Mungkin si pemohon merasa ada kesilapa semasa mengisi borang yang pertama maka beliau cuba memohon baru edngan harapan permohonan pertama terbatal. Hal ini hanya akan merumitkan keadaan kerana selalunya ia akan menyebabkan permohonan pemohon diragui.
ii.       Hal ini juga berlaku apabila si anak (berkahwin atau belum) yang bekerja di tempat lain mengisi untuk ibu bapa mereka sebagai tanggungan mereka. Kebanyakkan pemohon berfikir semakin banyak tanggungan semakin senang untuk mendapatkan kelulusan bantuan tetapi sebenarnya akan menyebabkan permohonan-permohonan lain tersangkut.
2.       Tanggungan Permohon Telah Wujud.
iii.      Kes ini sama seperti di huraian  1.ii dan lebih merumitkan jika setiap anak-anak menggangkap ibu bapa mereka yang telah mencapai status warga emas. Akibat yang selalu berlaku ialah warga emas tidak mendapat apa-apa kerana nombor kad pengenalan seseorang hanya boleh digunakan untuk sekali sahaja di dalam system.
3.       Suami atau Isteri Pembayar Cukai atau Kad Pengenalan Suami atau Isteri Dikenakan Cukai
iv.     Hal ini berlaku kepada para pekerja swasta yang tiba-tiba pendapatan mereka dikenakan cukai walaupun hanya RM10. Maka mereka tidak layak pula menerima BR1M. tetapi mereka boleh mengemukan rayuan dengan mengisi borang rayuan dan mengepilkan bersama penyata dari LHDN.
4.       Tidak melepasi Had JPJ (Jabatan Pengakutan Jalan)
v.       Hal ini berlaku apabila kad pengenalan Suami atau Isteri mendaftar bagi kenderaan yang berkapasiti melebihi 1.6cc di JPJ. Ini banyak berlaku kepada masyarakat negeri Kepulauan Borneo kerana Kenderaan pancuan 4 roda 4x4 adalah keperluan di sana. Selalunya satu isi rumah memiliki kenderaan ini kerana factor jalan raya. Jika mereka membeli kereta Viva akan membantu mereka mempercepatkan kereta itu untuk rosak dan tersangkut di dalam lumpur.
5.       Tiada maklumat di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara)
vi.     Hal ini juga banyak berlaku kepada masyarakat pendalaman di ketiga-tiga wilayah. Hal ini kerana, kebanyakaan warga emas tidak mempunyai sijil kelahiran dan hanya memiliki kad pengenalan. Ada yang lebih parah menghantar salinan kad pengenalan semasa zaman koloni Inggeris.
vii.    Masalah juga mungkin timbul di JPN tentang beberapa perkara terutama tentang kebarangkalian kad pengenalan “terdouble”atau satu kad pengenalan dimiliki oleh dua orang yang sama. 
6.       Tiada tanggungan
viii.  Pada BR1M 1.0, kerajaan tidak membuka permohonan kepada mereka yang bujang, ibu /bapa tunggal yang tidak mempunyai tanggungan. Maka, mereka tidak layak untuk menerima BR1M.

BR1M: Kerajaan vs Pembangkang edisi UMNO vs PAS ii


BR1M: Kerajaan vs Pembangkang edisi UMNO vs PAS ii
Damai dan salam sejahtera kepada pembaca yang budiman.
                Kedua-dua parti itu adalah rakan lama yang mempunyai ideology yang berbeza. UMNO mahukan pemerintahan ala barat dengan berlandaskan Islam manakala PAS mahukan negara diperintah secara Islam sepenuhnya. Namun yang amat hairan ialah PAS juga menyertai proses pengudian yang sama seperti barat yang tiada dalam pemerintahan Islam
                Asasnya demokrasi barat ialah rakyat memilih pemimpin mereka dari kalangan mereka untuk menerajui kerajaan contohnya ialah Amerika Syarikat.. manakalan pemerintah islam diketuai oleh seorang Khalifah yang dipilih oleh satu Majlis yang selalunya dikenali sebagai Majlis Syura. Rakyat tidak boleh memilih kerana rakyat tidak semestinya mempunyai ilmu setanding Khalifah. Contohnya Negara-negara Arab Bersatu yang dipimpin oleh seorang Raja Islam yang akan mengikut segala hukum di dalam AL-Quran.
               

BR1M: Kerajaan vs Pembangkang edisi BR1M 2.0


BR1M: Kerajaan vs Pembangkang edisi BR1M 2.0
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Pada pembentangan bajet 2013, kerajaan sekali lagi meneruskan usaha membantu rakyat dengan melaksanakan BR1M 2.0. syarat-syarat sama seperti BR1M 1.0 tetapi pada edisi 2013 ia diperluaskan kepada mereka yang bujang yang berusia 21 tahun keatas dan bekerja atau tidak bekerja tetapi tidak bagi para pelajar yang sedang belajar yang berusia 21 tahun dan keatas.
                Pada edisi BR1M 2.0 semua permohonan pemohonan adalah layak dengan syarat bagi individu bujang dan ibu/ bapa tunggal yang sudah tiada tanggungan atau hidup sendirian berpendapatan kurang RM2000 layak menerima BR1m versi RM250. Hal ini kerana, pada BR1M 1.0, banyak individu bujang memohon atas alasan mereka juga menanggung/mengirim wang untuk ibu bapa, membayar ansuran rumah dan kereta menyebabkan mereka merasakan mereka juga layak menrima bantuan daripada kerajaan. Kebanyakan permohonan bagi BR1M RM250 adalah mereka yang bekerja dengan Jabatan-jabatan Kerajaan.
                Selain itu, bagi pekerja swasta dan persendirian pula bantuan ini dapat meringankan serba sedikit beban kewangan mereka terutama yang bekrja kilang dan kedai-kedai, di ladang-ladang di seluruh negara. Kebanyakkan mereka ini sebenarnya lebih memerlukan bantuan kerana pendapatan mereka jauh sangat rendah dari paras kemiskinan tegar.

Wednesday, March 20, 2013

Sex dan Remaja : IMAN

Wednesday, March 20, 2013 0

Sex dan Remaja : IMAN
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Sekali imbas artikel kali ini amat panas dan tidak sesuai untuk rujukkan para pelajar sekolah. Namun admin tidak membawa kea rah lembah yang tidak bermoral tetapi admin mahu para pembaca yang bijaksana berfikiran terbuka dan di luar kotak.
                Sex dan remaja tidak dapat dipisahkan. Selain perasaan ingin tahu tetapi pada zaman remajalah hormone testosterone dan estrogen yang merangsang dorongan untuk melakukan hubungan kelamin. Pada zaman akil baligh maka hormone akan merangsang lebih bagi pertumbuhbesaran namun akibat nipisnya iman para remaja kita maka, berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.     
                Namun, selain akibat “ledakkan” hormone secara biologi, keinginan lain para remaja para hari ini menjerumuskan mereka kepada gejala sex bebas. Antaranya pengaruh rakan sebaya. Melihat rakan-rakan lain seronok bercinta, maka rakan yang lain juga ingin merasa bagaimana nikmatnya dicintai dan menyintai daripada tidak pernah merasa.
                Selain itu, perkembangan pesat laman-laman social meluaskan pergaulan pata remaja kita. Dari hanya di alam maya ke alam reality. Dari dari berbalas mesej ke berbalas pelukan. Hanya dari berimaginasi ke perbutana sebenar. Malah boleh berurus niaga. Hanya dari internet.
                Malah, gaya hidup remaja pada hari ini menggalakkan mereka terlibat secara sengaja dan tidak sengaja kepada ketagihan sex. Mungkin kita pernah mendengar “call girl”, “reload girl”dan pelbagai lagi gelaran kepada anak-anak gadis kita yang memberi khidmat sex hanya untuk menambah wang poket mereka.
                Longgarnya kawalan dan perhatian dari ibu bapa juga memudahkan anak-anak remaja bebas bergaul dengan sesiapa sahaja tanpa perlu meminta izin daripada ibu bapa masing- masing. Mengapa?
Kerana nipisnya IMAN seorang MANUSIA.

Pasukan Keselamatan Negara iii


Pasukan Keselamatan Negara iii
Damai dan semoga roh-roh pejuang negara ditempatkan bersama mereka yang “death in Stephen”.
                Rakyat negara ini berterima kasih kepada pasukan keselamatan baik pasukan Polis mahupun tentera, mereka telah menunjukkan kepada semua bahwa pasukan Keselamatan Negara adalah bertaraf dunia dan harus digeruni oleh orang luar.
                Namun, bukan seorang dua rakyat Malaysia yang persoalkan pengorbanan pasukan keselamatan negara yang bersengkang mata bertugas 24/7 365 ¼ hari. Mereka malah berkata tidak perlu berterima kasih kepada mereka malah langsung tidak menghargai pengobanan mereka.
                Tidak terkecuali admin SKKM yang seolah-olah menganggap jika Sabah dan Sarawak berkerajaan sendiri, kedua-dua negara ini tidak memerlukan pasukan keselamatan. Apakah sebenarnya yang ada dalam pemikiran beliau? Adakah beliau mahu pasukan bersenjata asing dengan mudah memasuki wilayah Sabah dan Sarawak. Adakah beliau mahu membentuk sebuah angkatan keselamatan gabunganan negeri-negeri Borneo? Tetapi ia tetap melibatkan pasukan dari Sabah dan Sarawak. Jika beliau berjaya membawa Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia, dengan mudah pihak asing akan menawan semula Sabah dan Sarawak dan kita akan kembali dijajah.
                Oleh yang demikian, walau sejah manapun perbezaan ideology politik kita, fahaman agama malah tarikh kemerdekaan kita, kita harus bersatu mempertahankan kemerdekaan kita. Bersdatu kita teguh bercerai kita roboh saudara dan saudari sekalian. Semoga kita kekal hidup dalam suasana aman dan damai.

Pasukan Keselamatan Negara ii


Pasukan Keselamatan Negara ii
Damai dan salam perpaduan kepada para pembaca sekalian.
                Umum sedia maklum bahawa Amerika Syarikat mempunyai armanda Tentera yang paling kuat di dunia. Mereka membangunkan pasukan keselamatan dan tentera baik dari segi kekuatan malah teknologi perang mereka. Kerajaan USA memperuntukkan trillion dolar hanya untuk pasukan keselamatan. Sebagai sebuah negara paling berpengaruh di dunia, kekuatan ketenteraan akan mengecutka perut negara-negara pesaing yang lain.
                Di peringkat serantau, Singapura dan Indonesia adalah dua buah negara ASEAN paling kuat jumlah kekuatan tenteranya diikuti Thailand dan Malaysia. Singapura mempunyai hubungan ketenteraan dengan negara-negara luar terutama USA disamping kelengkapan teknologi pertahanan mereka up to date berbanding negara-negara jiran yang lain. Sebagai sebuah negara maju dan kaya, kerajaan Singapura mampu untuk mempertingkatkan kekuatan ketenteraan disebalik kekurangan kekuatan tenaga tenteranya berbanding Indonesia, Thailand, Malaysia dan negara-negara ASEAN yang lain.
                Di Malaysia, pasukan ketenteraan ditempatkan di sempadan-sempadan utama negara dan pintu-pintu masuk utama. Antaranya ialah sempada Malaysia-Thailand, Malaysia-Singapura, Malaysia-Indonesia, Malaysia Brunei dan Malaysia-Filipina. Namun, pasukan Tentera Malaysia lebih bersedia di Selatan Johor kerana secara tradisinya Ketegangan politik antara Malaysia-Singapura sejak bermulanya Malaysia berbanding Malaysia-Brunei yang lebih tenang dan damai.
                Namun, sempadan Malaysia-Filipina lolos dek sempadan perairan yang panjang dan luas menyebabkan sekumpulan pemberontak mendarat di Malaysia dan bertindak agresif menuntut kedaulatan Sabah sebagai hak Kesultanan Sulu

Pasukan Keselamatan Negara


Pasukan Keselamatan Negara
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Negara dikejutkan dengan pencerobohan pengganas dari selatan Filipina yang menggelarkan diri mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu. Lebih menggempar mereka bukan sahaja mahu merampas semula Sabah tetapi turut bertindak ganas membunuh pasukan keselamatan negara.
                Pasukan keselamatan di Malaysia di bahagikan kepada dua iaitu di bawah Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan. Secara umumhya Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri ialah Jabatan Polis manakala Jabatan Pertahanan di bawah Kemeterian Pertahanan.
                Pasukan Polis secara umumnya menjaga keselamatan di dalam Negeri atau di dalam negara. Mereka yang akan bertugas apabila serangan adalah bermula di dalam negara. Baik dilakukan oleh orang tempatan malah oleh orang asing secara bersenjata atau tidak.
                Manakala Pasukan Pertahanan pula terbahagi kepada tiga iaitu Jabatan Tentera Udara, Jabatan Tentera Darat dan Jabatan Tentera Laut. Ketiga-tiga pasukan ini mempunyai skop kawalan masing-masing mengikut jabatan mereka. Pasukan tentera adalah bertindak sebagai pasukan keselamatan “first layer” atau pertahanan pertama negara sebelum sesebuah pasukan tentera luar memasuki negara.
                Pasukan Polis juga mempunyai jabatan-jabatan lain seperti jabatan Polis Forensik, Jabatan Pasukan Gerakan Am, jabatan Polis Trafik, jabatan Siasatan jenayah, jabatan Polis Maritim dan banyak lagi jabatan-jabatan yang kita ketahui dan kita tidak ketahui (sulit atau rahsia).
                Begitu juga bagi Kementerian Pertahanan Negara.  Mereka juga mempunyai jabatan-jabatan yang kita ketahui secara umum dan secara tidak umum (sulit atau rahsia) yang ditubuhkan bagi keselamatan negara.
                Hal ini kerana, kekuatan pasukan keselamatan sesebuah negara tidak sahaja diukur oleh kekuatan tentera tetapi kuasa perang yang mereka miliki. Misalnya penggunaan senjata, jentera-jentera, jet-jet dan sebagainya.

Friday, March 15, 2013

Malaysia

Friday, March 15, 2013 0
damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman sekalian.
sering kali kita akan mendengar Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia. sebenarnya itu adalah satu penyataan yang salah. hal ini kerana, kedua-dua negeri tu sebenarnya menyertai Malaya dan Singapura untuk membentuk sebuah negara atau Persekutuan yang baru yang diberi nama MALAYSIA. MALAYSIA pada zahirnya lahir pada 16 September 1963 manakala Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1 Februari 1948. Persekutuan Tanah Melayu hanya mencapai kemerdekaan daripada penjajah British pada 31 Ogos 1957.
yang menjadi persoalan di Sabah dan Sarawak adalah hari Kemerdekaan di kedua-dua buah negeri. adalah dipercayai kemerdekaan adalah bermaksud bebas dari belenggu penjajahan ke arah pemerintahan sendiri. Sarawak merdeka 22 Julai 1963 manakala Sabah pada 31 Ogos 1963 sebelum Malaysia lahir pada 16 September 1963.

Thursday, March 14, 2013

cabaran

Thursday, March 14, 2013 0

Melanau di Kampung Halaman dan di Perantauan          : Cabaran

Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman sekalian.
                Akibat peredaran masa disamping perkembangan teknologi, masyarakat melanau turut menerima kesan secara langsung akan perubahan ini. Bahasa melanau misalnya, banyak bahasa melanau asli yang “pure” sudah terhakis. Kebanyakan kosa kata dalam bahasa melanau telah bercampur dengan bahasa melayu dan bahasa-bahasa dominan yang lain;
                Contoh ayat, “ Ineu bak sibet kaau bro lau Sabtu iteu?”
                B.M, “Apa yang awak nak buat pada hari Sabtu ini kawan?”
                Bahasa Melanau,” Ineu bak sibet kaau lau nem iteu sakai?”
Daripada bahasa melanau “kacukan” bro adalah singkatan bagi brother dalam bahasa Inggeris juga digunakan kepada kawan rapat. Manakala Sabtu adalah dari bahasa melayu.
                Namun, terdapat segelintir melanau terutama yang memeluk agama Islam merujuk diri mereka sebagai melayu-melanau juga dgunakan oleh Suruhanjaya Pillihanraya Malaysia kepada komuniti melanau yang hanya membentuk 7% daripad pecahan kaum di Sarawak.
                Bagi masyarakat melanau-kristian mereka juga dirujuk sebagai melanau-liko atau melanau-sungai yang sedikit sebanyak mengamalkan gaya hidup traditional. Namun yang demikian, baik melanau-Islam atau melanau –Kristian, kedua-dua melanau ini menggunakan “BIN” atau “BINTI” sebagai nama tengah mereka.

Melanau di Kampung Halaman dan di Perantauan


Melanau di Kampung Halaman dan di Perantauan
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Melanau sejak dari zaman dahulu lagi adalah perantau. Walau sejauh mana pun mereka merantau, mereka tetap akan pulang ke kampung halaman mereka. Sejauh mana pun mereka pergi, kampung tempat tumpah darah mereka tetaplah mereka akan kenang.
                Bagaimana keadaa melanau di “Land Of Melanau”? seperti mana yang kita sedia maklum, kampung halaman melanau adalah sepanjang pesisiran pantai negeri Sarawak. Pusat bagi masyarakat melanau ialah di Mukah yang secara tradisinya menyimpan banyak sejarah dan keasliannya yang tersendiri. Misalnya, Yang Amat Berhormat Pehin Seri, Ketua Menteri Sarawak yang dilahirkan di Miri, kemudiannya menyambung pelajaran diperingkat tertinggi di negara orang. Kemudian, beliau kembali ke Sarawak. Menceburi diri dalam bidang politik dan menabur jasa di bumi Samarahan (kerusi Parlimen di mana beliau menjadi wakil rakyat) dan Asajaya (kerusi DUN) sebelum penduduk Mukah meminta beliau kembali ke Mukah asal nenek moyangnya.
                Walaupun beliau fasih berbangsa Inggeris dan mungkin beberapa bahasa yang sering dituturkannya namun, bahasa melanau tidak pernah untuk beliau lupakan. Buktinya, beliau masih boleh berbahasa melanau semasa berucap di konsesi Balingian. Sebenarnya, kebanyakkan masyarakat melanau yang tinggal di luar Mukah masih menitik beratkan anak-anak mereka untuk bertutur dalam bahasa melanau. Menurut seorang nenek yang menetap di Kuching sejak berpuluh tahun dahulu, beliau tidak mahu identity bangsanya lenyap kerana tinggal di tempat orang. Hasilnya, kesemua anak-anak dan cucu beliau boleh berbahasa melanau dengan baik.
                 

Tarian Masyarakat Melanau


Tarian Masyarakat Melanau.
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Tarian masyarakat melanau amat berlainan dengan masyarakat lain di Malaysia. Kebanyakan tarian masyarakat melanau bersifat pemujaan. Mungkin diadaptasi dari tradisi “pebayoh” bagi memuja ipok untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Pada zaman dahulu, tarian ini hanya dilakukan pada masa-masa tertentu sahaja. Antaranya ialah semasa perayaan Kaul bagi meminta keberkatan dari ipok agar memurahkan rezeki mereka.
                Tarian masyarakat melanau juga berkait dengan tradisi bertani oleh masyarakat melanau. Antaranya bagi meminta keberkatan untuk menebang mulung atau rumbia yang menurut kepercayaan masyarakat melanau terdapat penunggu di kelopak dahan pokok palma ini. Jadi bagi memudahkan proses menebang terdapat satu tarian yang dilakukan bagi melembutkan hati makluk halus itu meninggalkan pohon itu dan memberi ruang kepada petani untuk menebang pokok rumbia itu.
                Sebenarnya banyak lagi tarian masyarakat melanau yang kita tidak ketahui. Mungkin sudah ditelah masa kerana kurangnya penari tradisional. Mungkin juga golongaan penari pada masa dahulu adalah golongan elit dan tidak berkongsi bakat mereka dengan orang lain. Atau mungking kita terpaksa mencodok tarian masyarat lain kerana kita adalah serumpun.

Melanau dan Seni


Melanau dan Seni
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. Mungkin kita amat biasa dengan hasil tangan masyarakat-masyarakat lain di Malaysia tetapi mungkin agak tidak mengetahui keunikan kraftangan orang Melanau.
                Sebenarnya, kaum melanau berkongsi artifak seni dengan kaum serumpunnya di sekitar nunsantara. Selain, pengaruh beberapa empayar pada suatu ketika dahulu seperti Srivijaya, Majapahit, Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Melayu Johor-Riau serta Kesultanan Brunei malah dari Tanah Besar Cina dan India.
                Pengaruh luar sebenarnya telah mencorakkan seni tangan masyarakat melanau. Kebanyakkan budaya dan tradisi melanau diambil dari empayar Srivijaya dan Majapahit namun mereka tidak mengamalka agama Hindu di dalam kehidupan seharian mereka. Tetapi mereka meminjam seni dan kebudayaan empayar itu sahaja.
                Keserasian seni dan kebudayaan Islam dan Melayu mencorakan kebanyakan kepercayaan dan budaya masyarakat melanau. Dari segi berpakaian serta pertuturan kebanyakan adalah dari pengaruh empayar-empayar Melayu dan Brunei. Manakala pengunaan pangkat dan gelaran melekat dikalangan masyarakat melanau hasil dari pemberian daripada kesultanan Brunei.
                Pengaruh Chaina dan India adalah secara tidak langsung kerana adanyanya unsur perdagangan yang wujud pada ketika itu. kepelbagaian pengaruh seni dan budaya telah melahirkan masyarakat melanau  yang multi-art  dengan berasakan kepercayaan asal mereka iaitu LIKO.

Monday, March 11, 2013

Kekurangan kebijaksanaan

Monday, March 11, 2013 0

PRU13: Penyandang VS Pembangkang
Damai dan salam sejahera kepada para pembaca yang budiman sekalian. Terima kasih kerana sudi membaca sedikit buah fikiran saya yang tidakberpelajaran tinggi ini.
                Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana kita boleh berpolitik sepanjang masa di mana-mana sahaja dengan menggunakan pelbagai medium. Walaupun kita hanya mempunyai 24 jam, tujuh hari per minggu 365 ¼ hari setahun tetapi politik di Malaysia lebih dari itu. Kita pada hari ini tidak lagi menggunakan medium traditional untuk berkempen yang sepatutnya dilakukan semasa masa berkempen ketika Pilihanraya sedang dalam proses dan diharamkan pada hari menggundi. Mungkin pada hari tersebut sahaja para ahli politik kita tidak berkempen tetapi terus berkempen di dalam media internet yang tanpa batasan.
                Jika dilihat dari 2008 hingga 2013, tidak banyak perubahan yang dilakukan oleh pihak kerajaan penyandang dan pembangkang. Namun dua tahun selepas PRU12, negara ditekan oleh kenaikkan kos hidup berikutan kenaikkan harga minyak dunia. Apatah lagi negara yang juga pengeluar dan pengeksport minyak menaikkan harga sebanyak empat kali sebelum kerajaan ketika itu menyerahkan dua blok minyak kepada kerajaan Brunei sebagai tukaran kepada wilayah Utara Sarawak. Akibatnya, Perdana Menteri ketika itu menggundur diri dan menyerahkan kepada anak bekas Perdana menteri Malaysia ke-dua.
                Sejak itu, kerajaan pemerintah terpaksa bertungkus lumus untuk meraih sokongan semula daripada rakyat. Namun, bolehkah mereka mengkembalikan blok minyak itu kepada Sarawak berbanding bermurah hati memberi kepada negara Brunei?
                Pihak pembangkang pula tiba-tiba hilang kuasa di negeri Perak apabila wakil rakyat mereka pepbaling tadah untuk menjadi ahli bebas dan memberikan kuasa semula kepada pihak kerajaan. Krisis kepercayaan pada 2010 juga gagal dimanfaatkan oleh pihak pembangkang. Pembebasan bekas Timbalan Perdana Menteri yang tersingkir juga gagal meraih sokongan rakyat yang pada dasarnya sudah mula mahu mengubah kerajaan dan mencuba memberi tekanan kepda mereka untuk menjadi lebih baik.
                Namun, selepas pembebasan Ketua Pembangkang dan pengambilalihan Ketua Kerajaan merancakan lagi scenario politik negara. Hasilnya kedua-dua pemimpin melayu itu mempekenalkan slogan masing-masing bagi meraih sokongan daripada pelbagai kaum terutama di Sabah dan Sarawak. Hal ini kerana, kedua-dua wilayah itu terpingkir dari pergelutan politik berbanding di wilayah Semenanjug yang sentias rancak dan menarik untuk diikuti.

Sarawak Tiada Kaitan Dengan kesultanan Sulu


Sarawak Tiada Kaitan Dengan kesultanan Sulu
                Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman lagi bijaksana.
                Berhubung dengan kenyataan penulis di dalam Group Likeu Mukah Teleu tentang statement tersebut, penulis sebenarnya merujuk kepada berita di muka depan akhbar Utusan Borneo: Khamis; 7 Mac 2013 bersamaan dengan 24 Rabiulakhir 1434H.
                Sebelum berita itu keluar di akhbar, seorang kawan penulis di Sabah memberitahu penulis bahawa Tentera Kesultanan Sulu mahu menyerang Sarawak tapi tidak tahu di bahagian mana yang akan mereka akan serang. Maka, dua berita besar itu penulis simpulkan bahawa “Sarawak tiada Kaitan Dengan Kesultanan Sulu” dan tiada kena mengena dengan 500 anggota, pegawai PGA Sarawak di hantar ke Sabah menurut muka depan akhbar Utusan Borneo; Rabu, 6 Mac 20133 bersamaan dengan 23 Rabiulakhir 1434H.          
                Mengapa penulis mengatakan “Sarawak Tiada Kaitan Dengan Kesultanan Sulu”?
Sejarah mengatakan bahawa Sarawak dari awal kurun lagi telah berada dibawah pemerintahan Srivijaya dan Majapahit seterusnya Kesultanan Brunei sejak dari kurun ke-19 lagi. Itupun hanya kawasan pinggiran pantai negeri Sarawak yang ada sekarang. Selebihnya addalah milik penuh para pembesar tempatan. Kemudian 1841 Sarawak bertukar tangan dari Sultan Brunei kepada Rajah Putih Brooke kerana Sultan Brunei ketika itu gagal dalam menepati perjanjian antara Sultan dengan Gabenor Sarawak.
                Rajah Putih ke-dua terus meluaskan wilayah Sarawak dari Sungai Sarawak ke Samarahan ke Simanggang, Sarikei, Kapit, Sibu, Mukah, Bintulu , Miri sehingga ke Lawas. Rajah Brooke juga menawarkan pemberian wang kepada Sultan Brunei ke atas tanah-tanah yang telah diambil oleh Brooke. Tradisi itu sebenarnya masih dilakukan sehingga sekarang.
                Begitu juga halnya denga Sabah, selain dibawah Kesultanan Sulu, Sabah juga dibawah Kesultana Brunei dan para pemimpin tempatan yang lain. Namun pada hakikatnya, wilayah pantai timur Sabah itu masih dibayar sewa oleh Kerajaan Malaysia sebanyak RM5300 setahun.
Tuntutan Filipina keatas Sabah
President Diosdado Macapagal ketika berada di atas kapal USS Oklahoma City pada tahun 1962
Pada 12 September, 1962, semasa pentadbiran Presiden Diosdado Macapagal, Wilayah Borneo Utara telah diserahkan oleh Sultan Sulu yang memerintah ketika itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I, kepada Republik Filipina.[7] Penyerahan ini telah memberikan kerajaan Filipina kuasa penuh untuk menuntut hak ke atas Sabah di Mahkamah Antarabangsa. Filipina telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas Sabah disatukan dengan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Perkara ini telah dibubarkan pada tahun 1989 kerana kerajaan Filipina yang baru telah menggugurkan tuntutan mereka demi untuk memperbaiki semula hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur yang terjejas.[8] Sehingga sekarang, Malaysia terus menolak ajakan Filipina untuk menyelesaikan masalah tuntutan Filipina keatas Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.[9] Lanjutan dari itu, Sabah melihat isu tuntutan ke atas Sabah untuk dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang dibuat oleh Pemimpin Moro Filipina iaitu Nur Maisuri sebagai bukan isu, maka tuntutan tersebut tidak diendahkan. [10]

PRU13 dan Tentera kesultanan Sulu


PRU13 dan Tentera kesultanan Sulu
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. Semakin dekat kita dengan Pilihanraya Umum Ke-13 yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia tiba-tiba tercetus pula accident pencerobohan oelh sepasukan tentera yang mengelarkan diri mereka sebagai “tentera Kesultanan Sulu”.
                Adakah ini mainan politik oleh kedua-dua belah pihak.? Di pihak kerajaan ia bukan satu konspirasi bagi melengah-lengahkan PRU13. Apatah lagi lapan nyawa anggoga keselamatan negara terkorban. Seorang remaja tempatan turut terbunuh. Dan juga mengorbankan banyak nyawa dari pihak penceroboh. Nyawa bukan taruhan untuk menang dan mengusai parlimen dan negara. Nyawa adalah segala-galanya.
                Di pihak pembangkang, mereka menggangap pencerobohan ini sebagai konspirasi kerajaan untuk melambat-lambatkan pilihanraya. Andaikata kerajaan tidak membubarkan parlimen, parlimen secara automatic akan  terbubar dengan sendirinya. Dan secara tradisinya, parti yang menang dalam PRU12 akan menjadi kerajaan sementara sehingga kerajaan baru dibentuk selepas keputusan pilhanraya diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM).
                Lebih mengeruhkan keadaan, pihak pembangkang mendakwa, ini adalah konspirasi UMNO dan kerajaan BN kerana mungkin ada pihak tentera kesultanan Sulu ini mempunyai kad pengenalan Malaysia. Hal ini menurut mereka, pemberian kad pengenalan Malaysia oleh kerajaan Malaysia semasa era Tun Dr Mahathir telah memberi kerakyatan kepada warga asing di Sabah bagi merampas semula Sabah dari pihak pemangkang pada ketika itu.
                Mungkin juga pencerobohan ini dalang pihak pembangkang kerana jika kerajaan membubarkan parlimen pada awal Februari maka, negeri-negeri yang diperintah pembangkang pastinya belum bersedia kerana banyak lagi isu-isu tertunggak yang masih belum mereka selesaikan. Akibat merasakan tarikh semakin hampir, mereka “menjemput” puhak luar mengacau bilaukan negara bagi melambatkan PRU13. Hal ini tidak mustahil kerana semasa pemberian kerakyatan di Sabah pada era Tun M, bekas timbalan beliau dan sekarang ketua Pembangkang terlibat dengan usaha merampas Sabah dari pihak pembangkang pada 1990-an.
                Apa-apa pun andaian yang kita buat, kedaulatan negara bukan untuk diperjudikan. Akibat kealfaan Kesultanan Sulu dulu lah yang menggadaikan tanah pemberian Sultan Brunei itu mereka kepada pihak Inggeris telah mengakibatkan mereka kehilangan pemberian itu selama-lamanya. Kerana, ada tertulis di atas perjanjian itu, Sabah(pantai timur) diserahkan kepada Inggeris dan perjanjian itu sah selagi adanya Bulan dan Matahari.

Negara Kita Tanggungjawab Kita


Negara Kita Tanggungjawab Kita
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman sekalian. Setiap negara yang wujud di muka bumi ini adalah diiktiraf kewujudannya oleh negara-negara anggota PBB. Namun, Malaysia tidak mengiktiraf sebuah negara yang dianggap “penceroboh kedaulatan” negara orang.
                Jika “Tentera Kesultanan Sulu” berjaya merampas dan membina negara sendiri yang merdeka di Sabah, negara-negara lain yang mempunyai hubungan diplomatic dengan Malaysia tidak akan mengiktiraf negara itu dan kerajaannya kerana menurut undang-undang antarabangsa, tidak boleh menceroh negara lain yang merdeka. Tiada lagi negara yang merdeka melalui pencerobohan seperti mana Israel yang direstui oleh United States of America.
                Kerajaan Kesultanan Sulu telah berjuang sejak dari zaman penjajahan Amerika Syarikat, Sepanyol dan kerajaan Filippina itu sendiri namun gagal membebaskan diri mereka. Sekarang mereka menentang kerajaan Malaysia bagi merealisasikan impian mereka untuk mewujudkan negara Kesultanan Sulu. Andaipun mereka berjaya, mereka tidak akan dapat mengecapai kejayaan yang dinikmati oleh rakyat negeri Sabah selama bersama Malaysia.
                Baik di mana pun kita berada di Bumi Malaysia, negara ini tetap tanggungjawab kita. Sebagaimana bencinya kita dengan pemimpin negara yang dipilih majority rakyat melalui pilihanraya Umum, Negara Kita Tanggungjawab Kita. Jangan jadi tali barut orang lain yang hanya mahu menghisap kekayaan bumu kita. Jangan jadi petualang negara demi mencapai cita-cita untuk menjadi kuasa terulung di dalam negara sedangkan orang lain tersenyum dek kebodohan kita sendiri.
                Kita mungkin tidak mampu untuk menjadi benteng si ikan todak namun, pasti ada batang pisang yang mampu untuk menjadi benteng pertahanan. Jika kita tidak kuat tidak segagah hang Tuah bersaudara, kita masih mampu untuk mempertahankan kedaulata negera andai kita benar-benar menyintai Ibu Pertiwi kita. Semoga roh-roh para pejuang Negara Malaysia ditempatkan Tuhan bersama-sama dengan mereka yang syahid/ death in Stephen in the peaceful Eden. 

Isu keselamatan Negara


Isu keselamatan Negara
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman sekalian. Sebagai penulis dan juga pembaca, kita harus bijak dan rasional dalam apa juah maklumat, pandangan yang kita utarakan dan kita terima.
                Isu keselamatan negara adalah isu yang paling sensitive kerana ia boleh juga secara tidak langsung menyentuh perkauman malah juga agama. Lihat saja kejadian di Lahad Datu dan Semporna Sabah. Selain kaum asal Kesultanan Sulu, kaum sulu juga sendiri sudah diiktiraf sebagai kaum pribumi di negeri Sabah. Lebih menyedihkan lagi, kaum Sulu baik di Sabah mahupun Selatan Filippina adalah beragama Islam. Adakah mereka seagama harus berbunuhan bagi menuntut hak keatas tanah yang dimiliki oleh Yang Maha Esa secara mutlak itu?
                Lain pula isu keselamatan seterusnya. Isu Keselamatan dipolitikan secara terus oleh ahli-ahli politik seluruh negara. Satu pihak mengatakan bahawa ia adalah satu konpirasi kerajaan bagi melengah-lengahkan pilihanraya umum ke-13. Satu pihak lagi mengatakan bahawa ketua pembangkang mempunyai kaitan dengan pencerobohan ini. Namun, adakah ia satu sendiwara jika banyak nyawa terkorban dan kita terpaksa membayar harga yang tinggi untuk edisi pencerobohan ini?
                Apa yang penting ialah, bukan kehilangan hak keatas tanah Sabah, tetapi nyawa yang melayang baik di pihak para pegawai keselamatan negara malah pihak penceroboh itu sendiri. Tetapi lebih menyedihkan lagi apabila ada penduduk tempatan yang tercedera malah terkorban kerana ketamakkan sesetengah pihak untuk mendapatkan kuasa.
                

Friday, March 8, 2013

Kesetiaan kepada Raja dan Negara ii

Friday, March 8, 2013 0

Kesetiaan kepada Raja dan Negara ii
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian yang pastinya amat mencintai Malaysia.
                                                                                 Keturunan atau bangsa Suluk yang menjadi warga negara Malaysia di Sabah menunjukkan taat setia kepada Raja dan Negara Malaysia harus menjadi semangat kepada semua rakyat Malaysia agar bersatu walau apapun yang akan berlaku. Bukan setakat tanggungjawab pihak keselamatan tetapi seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik. Kita seharusnya bersatu dan bukan mengutuk seseorang yang mungkin terlepas cakap kerana cetek ilmu.
                                                                                 Mungkin beliau bukan orang wilayah Borneo yang kaya dengan sumber alamnya yang menjadi rebutan itu tetapi beliau juga pemimpin parti yang mahu memimpin negara ini. Jika beliau menjadi Menteri Pertahanan mungkin beliau hanya tinggal berkurung sahaja di rumah kerana menganggap sesuatu kejadian seperti itu hanya sebuah penggambaran filem Hollywood.             
                                                                                

Kesetiaan kepada Raja dan Negara


Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalia.
                                                                                 Stagis malah menggemparkan semua pihak apabila penceroboh yang mungkin pada awalnya kita rasakan hanya sebagai pelarian dari Kepulauan Sulu berubah menjadi penuntut kepada tanah kepada Kesultan Sulu yang telah dianggap oleh banyak pihak sebagai sudah tidak wujud lagi. Namun, mereka benar-benar mahukan wilayah Sabah yang pada Kurun awal dahulu hanya pantai Timur Sabah adalah di bawah Kesultanan Sulu manakala sebahagian lagi milik Kesultanan Brunei. Selebihnya, adalah milik Orang Sabah sendiri. Maka, setelah wilayah Sabah menerima gagasan Malaysia, Sabah mengisytiharkan diri mereka sebagai merdeka dan berdaulat di bawah naungan Duli Yang DiPertuan Agong Malaysia bermula dari 16 September 1963.
                                                                                 Atas sebab kemurahan hati pemimpin negara Malaysia dan atas dasar menghormati perjanjian antara Syarikat-Syarikat Inggeris bersendirian dan British sendiri, kerajaan Malaysia meneruskan pembayaran “sewa” ke atas Sabah. Bukan sekadar sewa tetapi hanya saguhati kepada waris kerajaan Kesultanan Sulu yang sah. Bukan juga sebagai tanda kita menyewa Sabah tetapi sebagai penghormatan kepada kesultanan Sulu yang sudah tidak berkerajaan lagi.
                                                                                 Lainlah Kesultanan Brunei,mereka masih berkerajaan.  Walaupun mereka pernah menuntut semula wilayah Limbang daripada Sarawak namun, pemimpin negara sangat bermurah hati memberikan dua blok minyak kepada KerajaanBrunei sabagai ganti kepada Wilayah Limbang. Jika mereka juga mahu menuntuk wilayah barat laut Sabah juga maka apakah ertinya perjanjian Malaysia 1963 itu?
                                                                                 Jika boleh dan dibenarkan kes tuntut mrnuntut wilayah, maka kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Melayu Johor mungkin Majapahit ataupun Srtivijaya juga boleh menuntut wilayah-wilayah yang pernah mereka duduki. Maka, penjajah-penjajah juga boleh datang menjajah kembali kerana mereka juga boleh menuntut semula wilayah kekuasaan mereka pada suatu ketika dahulu.

PRU13: Penyandang VS Pembangkang


PRU13: Penyandang VS Pembangkang
Damai dan salam sejahera kepada para pembaca yang budiman sekalian. Terima kasih kerana sudi membaca sedikit buah fikiran saya yang tidakberpelajaran tinggi ini.
                Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana kita boleh berpolitik sepanjang masa di mana-mana sahaja dengan menggunakan pelbagai medium. Walaupun kita hanya mempunyai 24 jam, tujuh hari per minggu 365 ¼ hari setahun tetapi politik di Malaysia lebih dari itu. Kita pada hari ini tidak lagi menggunakan medium traditional untuk berkempen yang sepatutnya dilakukan semasa masa berkempen ketika Pilihanraya sedang dalam proses dan diharamkan pada hari menggundi. Mungkin pada hari tersebut sahaja para ahli politik kita tidak berkempen tetapi terus berkempen di dalam media internet yang tanpa batasan.
                Jika dilihat dari 2008 hingga 2013, tidak banyak perubahan yang dilakukan oleh pihak kerajaan penyandang dan pembangkang. Namun dua tahun selepas PRU12, negara ditekan oleh kenaikkan kos hidup berikutan kenaikkan harga minyak dunia. Apatah lagi negara yang juga pengeluar dan pengeksport minyak menaikkan harga sebanyak empat kali sebelum kerajaan ketika itu menyerahkan dua blok minyak kepada kerajaan Brunei sebagai tukaran kepada wilayah Utara Sarawak. Akibatnya, Perdana Menteri ketika itu menggundur diri dan menyerahkan kepada anak bekas Perdana menteri Malaysia ke-dua.
                Sejak itu, kerajaan pemerintah terpaksa bertungkus lumus untuk meraih sokongan semula daripada rakyat. Namun, bolehkah mereka mengkembalikan blok minyak itu kepada Sarawak berbanding bermurah hati memberi kepada negara Brunei?
                Pihak pembangkang pula tiba-tiba hilang kuasa di negeri Perak apabila wakil rakyat mereka pepbaling tadah untuk menjadi ahli bebas dan memberikan kuasa semula kepada pihak kerajaan. Krisis kepercayaan pada 2010 juga gagal dimanfaatkan oleh pihak pembangkang. Pembebasan bekas Timbalan Perdana Menteri yang tersingkir juga gagal meraih sokongan rakyat yang pada dasarnya sudah mula mahu mengubah kerajaan dan mencuba memberi tekanan kepda mereka untuk menjadi lebih baik.
                Namun, selepas pembebasan Ketua Pembangkang dan pengambilalihan Ketua Kerajaan merancakan lagi scenario politik negara. Hasilnya kedua-dua pemimpin melayu itu mempekenalkan slogan masing-masing bagi meraih sokongan daripada pelbagai kaum terutama di Sabah dan Sarawak. Hal ini kerana, kedua-dua wilayah itu terpingkir dari pergelutan politik berbanding di wilayah Semenanjug yang sentias rancak dan menarik untuk diikuti.

sama?

vPRU13: Penyandang VS Pembangkang iii
                Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. Bagi pengetahuan para pembaca sekalian, penulis tidak terlihat dengan mana-mana ahli politik, mana-mana parti politik malah buka penganalisis politik. Penulis hanya sebahagian daripada rakyat Malaysia yang menggunakan blooger.com untuk menulis apa yang tersirat di kepala batu kami.
                Namun adalah kerajaan dan pembangkang adalah sama atau mereka sebaliknya sepenuhnya?          
                Persoalan yang penulis bawa dari PRU13: Penyandang VS Pembangkang ii tentang perlaksanan manifesto yang  mereka war-warkan dalam kempen mereka. Sebenarnya baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang, mereka sebenarnya melakukan perkara yang sama sahaja. Jika di katakana projek=projek kerajaan boleh menjejaskan kesihatan rakyat, pembangkang juga akan melkakukan perkara yang sama kerana jika hasil kerajaan meningkat maka, kerajaaan mampu untuk menaikkan gaji para pegawai mereka dan d=untuk diri mereka sendiri juga.
                Andai benar pembangkang mahu melaksanakan pemerintah Islam sepenuhnya, mereka seharusnya senang-senang mempengaruhi pengundi dengan berdakwah tetapi mereka juga mengikut aktiviti berkempen yang juga sama dilakukan oleh kaum Yahudibagi meraih undi. Benda yang sama sahaja jika kerajaan sekarang ditukar dengan kerajaan pembangkang.

subsidi


BR1M: Kerajaan vs Pembangkang edisi SUBSIDI
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Pemberian BR1M oleh kerajaan juga menarik parti-parti politik mempolitikkan pemberian wang tunai kepada rakyat. BR1M adalah salah satu makna DEMOKRASI kerana wang tunai yang disalurkan oleh kerajaan adalah dari rakyat kepada rakyat.
                Bantuan rakyat sebenarnya bukan dilakukan oleh kerajaan Malaysia sahaja malah negara jiran, Kerajaan Indonesia juga lebih awal memberikan bantuan wang tunai kepada rakyat selepas mereka memotong subsidi keatas bahan api. Kemudian kerajaan Malaysia melaksanakan program yang sama agar rakyat perbendapatan rendah menerima bantuan mencapai sacarannya.
                Rasioanalnya bantuan tunai ini ialah:
1.       Pengurangan subsidi dapat dilaksanakan
a.       Misalnya subsidi keatas gula sebanyak RM0.20 dihapuskan maka, dengan RM500 untuk sebuah keluarga mereka dapat menampung kewangan sebanyak (dengan andaian satu kg gula RM2.70 dengan isi rumah menggunakan 4kg sebulan) RM129.60 setahun.
2.       Subsidi terus kepada rakyat
b.           sama seperti Indonesia, kerajaan kedua-dua negara mensasarkan subsidi kepada mereka yang benar-banar memerlukan dan bukan untuk warga negara asing. Hal ini kerana, kerajaan tidak dapat memberi subsidi untuk semua kerana kita juga berkongsi keperluan harian dengan mereka yang bukan warga negara dan mereka yang kaya yang tidak memerlukan subsidi.
3.            Kecairan tunai dalam ekonomi/pasaran ditambah
c.            apabila kerajaan memberi tunai maka kecairan ringgit dalam ekonomi domestik ditingkatkan. Hal ini akan merancakkan aktiviti jual beli  terutama bagi sektor runcit kerana rakyat menggunaka wang tunai untuk membeli barangan keperluan.
4.            Meningkatkan aktivi ekonomi
                d.            maka, penawaran dan permintaan di dalam ekonomi akan lebih rakcak.

BR1M: Kerajaan vs Pembangkang edisi BR1M 2.0


BR1M: Kerajaan vs Pembangkang edisi BR1M 2.0
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Pada pembentangan bajet 2013, kerajaan sekali lagi meneruskan usaha membantu rakyat dengan melaksanakan BR1M 2.0. syarat-syarat sama seperti BR1M 1.0 tetapi pada edisi 2013 ia diperluaskan kepada mereka yang bujang yang berusia 21 tahun keatas dan bekerja atau tidak bekerja tetapi tidak bagi para pelajar yang sedang belajar yang berusia 21 tahun dan keatas.
                Pada edisi BR1M 2.0 semua permohonan pemohonan adalah layak dengan syarat bagi individu bujang dan ibu/ bapa tunggal yang sudah tiada tanggungan atau hidup sendirian berpendapatan kurang RM2000 layak menerima BR1m versi RM250. Hal ini kerana, pada BR1M 1.0, banyak individu bujang memohon atas alasan mereka juga menanggung/mengirim wang untuk ibu bapa, membayar ansuran rumah dan kereta menyebabkan mereka merasakan mereka juga layak menrima bantuan daripada kerajaan. Kebanyakan permohonan bagi BR1M RM250 adalah mereka yang bekerja dengan Jabatan-jabatan Kerajaan.
                Selain itu, bagi pekerja swasta dan persendirian pula bantuan ini dapat meringankan serba sedikit beban kewangan mereka terutama yang bekrja kilang dan kedai-kedai, di ladang-ladang di seluruh negara. Kebanyakkan mereka ini sebenarnya lebih memerlukan bantuan kerana pendapatan mereka jauh sangat rendah dari paras kemiskinan tegar.

PRU13: Penyandang VS Pembangkang ii


 PRU13: Penyandang VS Pembangkang ii
                Damai dan salam sejahera kepada para pembaca yang budiman sekalian. Terima kasih kerana sudi membaca sedikit buah fikiran saya yang tidak berpelajaran tinggi ini.
                Jika pembangkang mengambil alih pemerintahan negara , penulis merasakan tiada apa yang mereka akan ubah seperti mana yang mereka war-warkan. Hal ini kerana, kerajaan pembangkang di negeri-negeri diperintah mereka adalah lebih agresif berbanding dengan kerajaan pemerintah pusat. Namun kerajaan Islam di Kelantan mahu mengekalkan pembangunan mereka seperti mana pada awal tahun 1990-an sebagai kejayaan mereka.
                Akibatnya, kerajaan persekutuan menumpukan perhatian secara khusus kepada Wilayah Sabah dan Sarawak yang menyumbang kepada kejayaan kerajaan untuk terus memeritah negara. Apatah lagi hasil minyak yang rakus dilombong oleh Syarikat berkepentingan kerajaan yang hanya menguntungkan wilayah Semenanjung. Hasilnya, kerajaan negeri kedua-dua wilayah itu boleh menganggap bahawa tiada minyak dan gas yang pernah dijumpai di bumi Borneo yang mampu menyumbang kepada pembangunan negeri yang amat jauh ketinggalan daripada negri-negeri Malaya.
                Pembangkang pula membangkang semua kegiatan ekonomi yang dirancang dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan dengan pelbagai alasan. Antaranya ialah boleh menjejaskan kesihatan rakyat. Walaupun agak remeh bagi kerajaan tetapi bagi rakyat kesihatan adalah lebih penting daripada segala-galanya. jadi mereka mudah untuk mempengaruhi pemikiran rakyat.
                Namun adalah kerajaan dan pembangkang adalah sama atau mereka sebaliknya sepenuhnya?                                                                                                                                                                                                                                            








WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting