Thursday, February 14, 2013

Kerajaan vs Pembangkang

Thursday, February 14, 2013 0

Kerajaan vs Pembangkang
Damai dam salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Semakin dekat dengan PRU13 semakin banyak pula tuntutan dan isu-isu yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak. Yang baik dan yang kurang baik. Terbaru, Ketua Pembangkang telah menaikkan royalty minyak kepada 30% kepada negeri-negeri pengeluar minyak. Wah, semakin terdesak juga mereka ini.
                Dalam masa yang sama, kerajaan juga terdesak dengan memberi jaminan BR1M 3.0, BR1M 4.0 dan seterusnya dengan kemungkinan nilai akan ditambah dengan syarat rakyat memberi mandate kepada kerajaan untuk menang dalam PRU13. Adakah ini ugutan?
                Kerajaan memperuntukan RM3bilion untuk BR1M 2.0 dan mungkin akan bertamnbah jika nilai bantuan itu ditambah. Tapi dengan syarat kerajaan yang sedia ada terus memerintah. Dengan peruntukan sebesar itu mampu membayar gaji kepada para penganggur.
                Manakala bagi pihak pembangkang pula mahu mengurangkan bilangan penjawat awam atas alasan mahu mengurangkan belanjawan jika mereka memerintah negara. 

BR1M vs Peluang pekerjaan


BR1M vs Peluang pekerjaan
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Kerajaan Malaysia dengan bermurah hati memberi bantuan kepada rakyat dengan pemberian wang tunai terus kepada rakyat. Dengan harapan dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat. Tetapi sejauh mana sebenarnya BR1M membantu meringankan beban rakyat.
                Memang tidak dinafikan bahawa pemberian RM500 sedikit sebanyak mengurangkan perbelanjaan rakyat yang berpendapatan rendah. Sekurang-sekurangnya isi rumah dapat berjimat sebanyak RM500 setahun. Mungkin juga isi rumah menggunakan wang itu untuk keperluan lain seperti untuk kelengkapan rumah, untuk persekolahan anak-anak dan sebagainya.
                Ia juga dapat menambah kecairan wang di dalam pasaran ekonomi. Semakin banyak wang cair dalam ekonomi semakin bagus untuk pasaran tempatan. Ia akan menambahkan dan merancakkan lagi aktiviti ekonomi domestic. Ini akan menambahkankan untung kepada para peniaga. Semakin untung para peniaga semakin kedekut juga mereka. Kerajaan juga boleh memungut cukai dari pendapatan para peniaga. Oleh yang demikian, pendapatan kerajaan juga meningkat hasil daripada pelaburan RM500 kepada rakyat.
                Sebenarnya, lebih baik kerajaan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat yang memerlukan. Ini kerana, kebanyakkan pengangguran di Malaysia terdiri daripada golongan keluarga yang kerajaan bagi duit RM500 itu. dengan peruntukkan mencecah RM3 billion adalah tidak menjadi masalah kepada kerajaan untuk membayar gaji kepada belia yang memerlukan pekerjaan daripada gembira menerima RM250 atau RM500 yang diberi setahun sekali itu.
                Adalah lebih baik kerajaan menyediakan pekerjaan kepada golongan pekerja kontrak yang telah tamat kontrak daripada memberi RM250 yang boleh habis dalam masa satu hari. Jika mereka mempunyai pekerjaan maka mereka akan ada wang untuk diberi kepada ibu bapa mereka. Disamping itu, ia dapat menjamin masa depan mereka daripada kerajaan memberi pemberian sekali setahun itu.

BR1M vs Duit Kebajikan


BR1M vs Duit Kebajikan
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
                Jabatan Kebajikkan Masyarakat juga memberi wang kepada warga emas, golongan Kelaianan Upaya dan juga fakir-fakir miskin. JKM juga memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Namun rasionalkah BR1M ini dalam membantu mereka?
                Bagi admin, BR1M tidak membantu secara menyeluruh. Ia hanya sebahagian sahaja. Hal ini kerana, banyak lagi pemohon yang memohon BR1M tergolong dari kalangan yang berkemampuan dan hanya mahu RM500 sebagai bonus kepada poket mereka. Misalnya, terdapat warga emas yang dijaga oleh anak-anak mereka yang berada juga memohon. Kerajaan memang akan bagi BR1M kerana status warga emas namun bagaimana kalau wang itu digunakan untuk menggaji para penganggur di luar sana?
                Golongan OKU dan juga fakir miskin sememnagnya amat memerlukan bantuan dari kerajaan namun kerajaan mengalihkan tumpuan kepada mereka yang berkemampuan. Mungkin demi satu undi. Hakikatnya, kerajaan membazirkan wang rakyat untuk meraih undi daripada membantu JKM melaksanakan tanggungjawab mereka. Akibat daripada kekurangan peruntukkan, JKM dikatakan terpaksa memotong malah membatalkan bantuan kepada penerima gara-gara peruntukan tidak mencukupi.
                Kerajaan harus sedar, peluang pekerjaan dan membantu golongan yang memerlukan adalah lebih baik. Hal ini kerana, kebanyakan mereka yang bependapat RM1500-RM3000 memiliki kereta. Ya, mereka juga perlu membayar ansuran kereta secara bulanan tetapi ramai diantara mereka mengubahsuai kereta mereka dengan kos h=yang hamoir sama dengan bayaran ansuran kereta mereka. Makanya, duit gaji tidak cukup. Nak bayar itu, bayar ini lagi.
                

Wednesday, February 6, 2013

kaul Mukah 2013

Wednesday, February 6, 2013 0
damai dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian..
kaul Mukah atau juga lebih dikenali sebagai Mukah Kaul Festival bagi tahun 2013 akan diadakan pada 24-28 April 2013

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting