Wednesday, January 30, 2013
Catatan para pengikut Yesus Kristus
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca.
Kesemua
12 pengikiut Yesus Kristus mencatat apa yang dilakukan dan sabda Yesus Kristus.
Ada diantara mereka hanya mengingati perkara itu dan menyampaikan semula kepada
para penganut yang lain kepada anak dan cucu-cicit mereka.
Pengikut
Yesus Kristus yang paling tua adalah Peter/Kefas(nama sebenanya Simon) manakala
pengikut paling muda ialah Thomas. Bagi Yesus Kristus, tiada pengikut yang
paling kanan atau yang paling kiri. Bagi Dia kesemua mereka adalah Sahabat.
Yesus Kristus memilih mereka bagi mewakili kesemua suku-suku bangsa Israel yang
berjumlah 12 suku itu. di dalam 12 suku itu hanya satu suku sahaja tidak di
beri Allah/Yahweh iaitu suku Levi. Mereka ditugaskan untuk menjadi Imam bangsa
Yahudi dan hanya mereka sahaja yang layak untuk mengadakan korban bakaran. Oleh
yang demikian, mereka tidak diberi tanah oleh Yahweh atau Alloh dalam sebutan
purba Yahudi. Namun pada hari ini, mereka menyerbu Palestine dan mahu tanah itu
menjadi milik mereka. Namun seperti yang telah tertulis di dalam perjanjian
antara Nabi dan umat Israel bahwa-mereka tidak akan mendapat tanah itu
selama-lamanya.
Setelah
Yudas Iskariot mengkhinati Yesus, para Sahabat yang lain mencari penganti kepada
kedudukan Yudas. Mereka memilih Barabas. Ada juga dalil yang mengatakan bahawa mereka
tidak mencari pengganti kepada Yudas Iskariot. Ada juga yang mengatakan Yudas
digantikan dengan Yudas yang lain lagi. Tetapi Yesus Kristus tidak menentapkan
mereka untuk mencari pengganti kerana Yesus Kristus ada bersabda bahwa
“tidaklah Aku yang memilih kamu tetapi Akulah yang memilih kamu”.
Ada
kajian yang mengatakan bahwa Yudas Iskariot adalah pengikut paling rapat dengan
Yesus Kristus kerana hanya Yudas Iskaroit sahaja yang tahu kemana Yesus Kristus
dan yang lain pergi semasa selepas The Last Supper. Seperti pengikut-pengikut
yang lain, Yudas Iskariot mesti menulis sesuatu tentang Yesus kristus kerana
Yudas paling banyak bercakap dengan Yesus Kristus. Juga mungkin mereka
mempunyai raut wajah yang sama.
Damai dan salam sejahtera.
Yesus
menjanjikan Penghibur (Yohanes 14:15-17)
15”Jikalau kamu mengasihi Aku, kamu akan menuruti segala perintah-Ku. 16 Aku akan meminta kepada Bapa, dan
Ia akan memberikan kepadamu seorang penolong yang lain, supaya Ia menyertai kamu selama-lamanya, 17 yaitu Roh Kebenaran. Dunia tidak
dapat menerima Dia, sebab dunia tidak melihat Dia dan tidak mengenal Dia.
Tetapi kamu mengenal Dia, sebab Ia menyertai kamu dan akan diam di dalam kamu.
Dikutip
dari ALKITAB Terjemahan Baru (TB)© LAI 1974
Dari teks terjemahan ini maka
kita dapat rumuskan bahawa Yesus Kristus menjanjikan SEORANG PENOLONG YANG LAIN
kepada para pengikutnya. Seorang tidak membawa erti ROH. Oleh kerana sebelum
kelahiran manusia ke dunia, semua kita adalah di dalam keadaan ROH di dalam
Syurga. Maka, seseorang yang dijanjikan itu masih belum dilahirkan dan masih
berada di dalam keadaan Roh.
Selepas Yudas Iskariot
disingkirkan dari gelaran Rasul, hanya tinggal 11 rasul yang dipilih oleh Yesus
Kristus. Maka, seorang yang lebih besar dari mereka akan dilahirkan. Dan teks
Yohanes 14:15-17 itu boleh menjadi rujukkan akan janji Yesus Kristus kepada
mereka akan kelahiran Roh Kebenaran yang akan menyelamatkan manusia.
Yesus Kristus bukan dilahirkan
untuk menjadi nabi tetapi Yesus Kristus adalah penggenap kapada semua
ramalan-ramalan nabi-nabi sebelum ini tentang kelahiran penebusan dunia. Yesus
kristus menggenapi kesemua ramalan para nabi agar manusia bertaubat dan percaya
kepada Allah yang Maha Kuasa.
Beza Injil
dan Bible
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Umum mengetahui bahawa Injil
adalah Bible. Injil di dalam bahasa Inggeris ialah Gospel manakala Bible pula
di dalam Bahasa Melayu Indonesia dikenali sebagai Al-Kitab. Injil atau dalam
bahasa Inggerisnya Gospel adalah cerita yang menceritakan perihal yang di
lakukan oleh Yesus Kristus dan sabda-sabda Kristus ditulis oleh para
pengikutnya. Ada edisi yang menyatakan bahawa Kitab Injil diberikan oleh
Malaikat Gabriel kepada Yesus Kristus di Taman Gethsemane untuk diajar kepada
orang-orang Yahudi. Manakal edisi yang satu lagi mengatakan bahawa Injil memang
sudah di berikan kepada Yesus Kristus dari Syurga.
Bible pula adalah himpunan
cerita dari Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru dan Surat-surat para Rasul. The
Holy Bible terdiri daripada tiga kitab utama iaitu Kitab Kejadian-Za’bur Nabi
Ibrahim, Kitab Taurat-Mazmur Nabi Musa dan Kitab Injil-Yesus Kristus. Ketiga-tiga
Kitab itu dihimpunkan selepas 500 tahun atau lebih selepas kenaikkan Yesus
Kristus ke syurga. Bagi melengkapkan The Holy Bible, gereja telah menyertakan
sekali surat-surat para Rasul di dalam The Holy Bible. Surat rasul paling
banyak di dalam The Holy Bible ialah Surat Rasul Paulus.
Menurut kepercayaan sesetengah
penganut agama Kristian, Yesus Kristus tidak membawa bersama Kitab Injil yang
diberikan oleh Malaikat Gabriel ke Syurga. Mereka percaya bahawa kitab itu
masih ada di bumi. Walaupun sudah berusia tetapi kitab itu tetap akan
berkeadaan baik kerana kitab itu datang dari Syurga. Dikhabarkan kitab itu
disimpan oleh sebuah kampung di dalam sebuah gereja yang terpencil dan
dirahsiaka. Tidak ada seorang pun yang dibenarkan memasuki gereja itu. para
penduduk kampung hanya menjaga kawasan sekitar gereja dan tidak di dalam gereja.
Kitab Injil itu juga dikenali sebagai The Lost Bible.
Monday, January 28, 2013
Kenegaraan-
Kepatuhan kepada undang-undang
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Peraturan diwujudkan supaya kita
tidak kira siapa kita demi kebaikkan bersama. Tidak mengira samaada peraturan
itu diwujudkan di koordinat mana pun di muka bumi ini ia adalah untuk kebaikkan
bersama. Namun, semakin banyak peraturan semakin banyak pula dikalangan kita
untuk melanggarnya. Bak seperti kata seorang bekas guru penulis, beliau
mengatakkan bahawa “peraturan memang sesuatu untuk dilanggar”.
Misalnya peraturan jalanraya
yang sememangnya kita mengetahuinya. Kerajaan dengan kerjasama pihak-pihak
terbabit giat menjalankan kempen kesedaran tentang kepentingan mematuhi
peraturan jalan raya. Antara peraturan kecil dan biasa kita langgar ialah
penggunaan tempat letak kereta. Selalunya pengguna motosikal akan menggunakan
tempat letak kereta sebagai tempat letak motosikal mereka dan sebaliknya.
Selalunya pengguna motosikal akan meletakan motosikal mereka di tempat letak
kereta kerana kurang dan tiada tempat letak motosikal. Hal ini kerana, pihak
berkuasa tempatan lebih banyak menyediakan tempat letak kereta berbanding
motosikal walaupun kita sedia maklum bahawa bilangan pengguna motosikal lebih
banyak daripada kereta.
Larangan penggunaan telefon
bimbit semasa memandu dan menunggang motosikal. Rasionalnya ialah jika kita
menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tumpuan kita kepada pemanduan akan
terarah kepada telefon bimbit. Lebih teruk jika ia melibatkan perasaan dan
emosi pemandu terganggu. Ini akan menyebabkan perasaan pemandu terganggu dan
menggannggu pemanduan beliau. Akibatnya mungkin beliau akan tertekan pedal
minyak secara mengejut dan menyebabkan perlanggaran. Tiada yang mustahil. Jika
encik menunggang motosikal dan bersms pastinya handle motosikal encik hanya
dikawal oleh sebelah tangan sahaja. Jika tiba-tiba roda motosikal encik
terjatuh kedalam lubang maka, encik akan terkejut dan kawalan kenderaan encik
juga terjejas dan boleh menyebabkan encik terjatuh.
Sebenarnya banyak lagi peraturan
yang commonly kita langgar. Misalnya kawasan larangan merokok. Walau sebesar
mana pun papan tanda Kawasan Larangan Merokok akan tetap ada mereka yang
merokok di situ. Jangan membuang sampah di merata-rata tetapi kita dengan
senang dan suka hatinya kita membuang sampah merata-rata.
Negara-negara maju dan kaya di
dunia dan mereka yang bertamadun adalah disebabkan budaya mereka yang mematuhi
peraturan dan undang-undang. Kejayaan Alexander Agong itu kerana para askarnya
yang mematuhi arahan beliau. Empayar beliau kukuh kerana rakyatnya mendukung
undang-undang demi kebaikan mereka bersama. Negara jiran seperti Singapura
terkenal di seluruh dunia kerana kebersihan. Tiada satu sampahpun dijalan-jalan
di Singapura. Tetapi di Malaysia, dimana-mana ada sampah walaupun di situ ada
tong sampah.
Lawatan PM
Malaysia ke Gaza- demi rakyat atau PRU13
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Baru-baru ini Perdana Menteri
Malaysia Dato’ Seri Muhd Najib bin Tun Hj Abdul Razak merakam sejarah
tersendiri apabila menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama yang melawat
Palestine. Beliau mengatakan bahawa gerak hati beliau yang membawa beliau untuk
melihat sendiri penderitaan rakyat Gaza yang dibedil oleh rejim Zionis.
Kepadatan penduduk Gaza adalah amat terancam kerana bila-bila masa pihal Zionis
boleh menyerang mereka. Seluruh dunia melihat lawatan PM sebagai satu langak
perpaduan kerana Malaysia terkenal dengan perpaduan yang menjadikan Malaysia
aman dan damai.
Namun yang demikian, lawatan PM
ke Gaza juga boleh dikaitkan dengan perlunya beliau menonjolkan diri sebagai
seorang individu yang berani seorang pemimpin yang memperjuangkan Islam dan hak
rakyat Palestine untuk menikmati kehidupan yang aman dan damai. Jika dilihat
kepada Parti Islam SeMalaysia, mereka mengatakan bahawa meeka adlah pejuang
Islam namun mereka tidak pula menunjukan kepada rakyat tentang perjuangan
mereka itu. mungkin mereka menggunakan cara lain atau mungkin mereka ada
membuat lawatan ke sana tetapi tidak diheboh-hebohkan kepada media perdana.
Lawatan ini bukan sahaja
menunjukkan PM mempertahankan Islam dengan melawat tanah para Nabi tetapi
menunjukan kepada masyarakat Islam bahawa kerajaan sekarang dapat
mempertahankan Islam di Malaysia. Ini akan menambah sokongan rakyat kepada
kepimpinan beliau terutama pengundi Islam. Jika bernasib baik lawatan beliau
boleh mencuri perhatian dari penyokong PAS yang memperjuangkan Islam.
Mungkin tiada pemimpin negara
lain yang berani melawat wilayah bergolak sejak berpuluh-puluh tahun ini
sehingga PM Malaysia memberanikan diri melawat Gaza. Atas factor keselamatan
dan politik pemimpin-pemimpin dunia yang pro-Amerika risau akan pengaruh mereka
kerana Israel adalah rakan karib Amerika. Seperti halnya lawatan PM, pihak
Hamas dan Fatah tidak senang hati kerana mengganggap Malaysia menyokong sebelah
pihak sahaja. Namun harus diingat bagi berjumpa Presiden Palestine kita harus
melalui wilayah Israel dan kita tidak mempunyai hubungan diplomatic dengan
Israel. Maka lain kali jika PM atau pemimpin dunia yang lain yang ingin membuat
lawatan ke Palestine perlu menasihatkan Presiden dan Perdana Menteri Palestine
menunggu di Gaza sahaja.
Apa yang penting ialah mesej
perpaduan yang disampaikan oleh PM. Hanya Perpaduan antara Fatah dan Hamas akan
menguatkan peluang mereka mengakhiri perang yang seakan-akan tidak berkesudahan
itu. dah lah berdepan denga rejim Zionis lagi hubungan sesame mereka juga tidak
berapa nak cun macam mana mahu melihat wilayah itu untuk menikmati keamanan?
Hari
Merdeka
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Antara inti pati utama Team SKKM
ialah tentang tarikh kemerdekaan di Negeri Sabah dan Sarawak. Seperti yang kita
ketahui negara menyambut Hari Kemerdekaan di seluruh negara pada 31 Ogos setiap
tahun. Menurut Team SKKM, Sarawak merdeka dari Tanah Jajahan Mahkota British
pada 22 Julai 1963 manakala Borneo Utara pula pada 31 Ogos 1963 dan terdapat
pula tarikh lain tentang kemerdekaan atau pemerintahan sendiri Borneo Utara
ialah pada 17 Julai 1963.
Namun, menurut Perlembagaan
Malaysia Perkara 160 taksiran (2) menyebut bahawa “ Hari Merdeka” etinya tiga
puluh satu hari bulan Ogos, tahun seribu Sembilan ratus lima puluh tujuh;
Oleh yang demikian, bahawasanya
“Hari Kemerdekaan” Persekutuan tidak diubah semasa Pembentukan Malaysia.
Mungkin delegasi dari Singapura, Sabah dan Sarawak tidak sedar atau mereka
tidak ingat akan tarikh kemerdekaan mereka sendiri kerana terlalu gembira untuk
melahirkan sebuah negara baru yang diberi nama Malaysia. Atau mungkin mereka
terkeliru kerana Persekutuan Malaysia sepatutnya lahir pada 31 Ogos 1963 tetapi
terlewat dua minggu. Atau mereka hanya sepakat bahawa Malaya hanya ditukar nama
kepada Malaysia dan bukasn sebuah negara baru dibentuk tetapi hanya nama Malaya
ditukar kepada Malaysia.
Bagi Team SKKM, mereka boleh
merayakan Hari Kemerdekaan Sabah dan Sarawak dari Tanah Jajahan British sebagai
kenangan pemerintahan sendiri kepada negeri-negeri Borneo dan merayakan 31 Ogos
sebagai kemuncak “Hari Kemerdekaan” dan 16 September sebagai harijadi Malaysia
yang wajar disambut semua negeri di Malaysia.
Bagi penulis adalah wajar
negeri-negeri di Malaysia merayakan hari kemerdekaan mereka sendiri kerana kita
sedia maklum bahawa negeri-negeri lain di Semenanjung juga adalah kerajaan yang
berasingan sebelum Malayan Union ditubuhkan. Hanya selepas British mengambil
keputusan untuk memusatkan kuasa di Malaya ketika itu maka sebuah negara baru
wujud di Semenanjung Tanah Melayu dengan
pusat pentadbiran di Kuala Lumpur. Tetapi kerajaan British memberikan
kemerdekaan serentak kepada negeri-negeri Tanah Melayu pada 31 Ogos 1963
termasuk negeri-negeri selat.
Walaupun Perdana Menteri
Malaysia mahu rakyat Malaysia supaya tidak mengambil kisah kepada tarikh-tarikh
tersebut (berdasarkan kepada ucapan beliau semasa Sambutan Hari Malaysia di
Bintulu 2012) maka tidak hairanlah sejarah negara akan banyak yang akan hilang.
Sejarah di kepulauan Borneo hanya diketahui oleh golongan-golongan tertentu dan
apabila mereka sudah tiada maka sejarah itu juga akan turut hilang bersama
mereka. Hanya sejarah yang dipolitikan demi kerjaya politik dan parti mereka
sahaja akan terus tercatat di dalam buku sejarah kita. Damai…
Hari
Kemerdekaan- hak dan kuasa autonomi
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Hak dan kuasa autoriti sesenuah
negeri di Malaysia secara dasarnya dipegang oleh Ketua Kerajaan sesebuah
negeri berdasarkan kepada Senarai
Negeri. Ketua Kerajaan Negeri atas perkenan Raja/ Sultan/ Yang Dipertuan Besar
Negeri/ Yang Dipertuan Negeri
masing-masing.
Secara sejarahnya, negeri-negeri di Malaysia
adalah berkerajaan sendiri dan meruoakan negeri-negeri yang berdaulat sebelum
kedatangan penjajah. Semasa zaman penjajahan pula, kuasa autonomi dan hak-hak
istimewa penduduk berkurangan. Kuasa sultan masih wujud tetapi hanya kepada
agama dan adat istiadat tempatan semata-mata. Kuasa autonomi Sultan kepada
cukai dan hubungan luar menjadi milik penjajah dan Sultan hanya sebagai symbol
kerajaan semata-mata.
Sebelum kemerdekaan, kerajaan-kerajaan
negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu pula bergabung untuk
mendapatkan kemerdekaan dari Tanah Jajahan British. Selepas pembuburan Malayan
Union Persekutuan Tanah Melayu dibentuk dan kuasa autonomi keatas beberapa
perkara diletakkan di bawah kuasa Persekutuan.
no
|
Senarai Pesekutuan
|
Senarai Negeri
|
Senarai Bersama
|
1
|
Hal-ehwal negara
|
Hukum syarak
|
Kebajikan Masyarakat
|
2
|
Pertahanan
|
Undang-undang diri
dan keluarga Islam
|
Biasiswa
|
3
|
Keselamatan dalam
negara
|
Tanah pertanian dan
perhutanan
|
Perlindungan binatang dan burung
liar
|
4
|
Undang-undang sivil
dan jenayah
|
Kerajaan Tempatan di
luar Wilayah Persekutuan
|
Taman Negara
|
5
|
Pentadbiran keadilan
|
Kerja air
|
Penternakan
|
6
|
Kewarganegaraan
|
Hari pelepasan
negeri
|
Perancangan Bandar dan kampung
|
7
|
Jentera kerajaan
|
Penyu dan
penangkapan ikan
|
Kutu rayau dan penjaja beredar
|
8
|
Kerja raya dan
bekalan kuasa
|
Undang-undang dan
adat istiadat Bumiputera
|
Kesihatan awam
|
9
|
Perdagangan dan
perusahaan
|
Perbadanan dan pihak
berkuasa Negeri
|
Kebersihan dan pencegahan penyakit
|
10
|
Perkapalan
|
Ukuran tanah
|
Perparitan dan pengairan
|
11
|
Perhubungan dan
pengangkutan
|
Perpustakaan
|
Pemulihan tanah lombong
|
12
|
Pelayaran dan
perikanan
|
Muzium
|
Perkahwinan
|
13
|
Siasatan dan
penyelidikan
|
|
Penjagaan
anak
|
14
|
Perubatan dan
kesihatan
|
|
Pemberian
nafkah*
|
15
|
Kebajikan orang asli
|
|
Pengambilan
anak angkat*
|
16
|
Pelajaran
|
|
Wasiat*
|
17
|
Hari pelepasan am
|
|
Pencemaran
makanan*
|
18
|
Perumahan
|
|
Perkapalan*
|
19
|
Akhbar, terbitan dan
penerbitan
|
|
Perikanan*
|
20
|
Pawagam dan tempat
hiburan
|
|
|
21
|
Perkhidmatan bomba
dan penyelamat
|
|
|
*Bagi kerajaan Sabah dan Sarawak sahaja
Monday, January 21, 2013
Tulisanku
Damai
sejahtera kepada para pembaca pembuka kata.
tuahmelanau.blogspot.com sudah
berusia lima tahun. Sebenarnya blog pertama saya adalah
lausdotgreennature.blogspot.com yang agak panas dengan pelbagai ragam dan garam
yang akhirnya di banned pleh pihak google inc. namun yang demikian saya tidak
berputus asa untuk terus menulis idea-idea yang keluar dari kepala otak saya
ini.
Sejak lima tahun ini, banyak
perkembangan di dalam dunia siber. Jika sebelum 2008, facebook belum lagi
terkenal kita hanya berkongsi fikiran melalui blogger.com namun hari ini
selepas wujudnya dan popularitinya melepasi tahap universal kita boleh
berkongsi idea dengan lebih mudah dan pantas.
Dalam masa yang sama,
perkembangan teknologi talah memecut laju dan menjadikan dunia lebih pelbagai
dan mendekatkan kita dengan dunia luar. Audients kita mungkin lebih global dan
mampu berkongsi dengan lebih ramai kawan.
Semoga dengan perkembangan
teknologi dan kebijaksanaan kita sebagai pengguna akan menjadikan dunia ini
tempat yang aman untuk didiami.
Teknologi
Damai dan salam sejahtera kepada
para pembaca sekalian.
Teknologi berkembang dengan
pantas. Cukup dan amat pantas pada hari ini. Dengan pelbagai gaya dalam semua
bidang, teknologi adalah kehidupan.
Sebagai fakta, teknologi banyak
bermula dari Amerika. Tugas mudah ialah apabila Alexander Graham Bell mencipta
telefon. Dari situ telah mengubah dunia teknologi. Dari hanya mendengar suara
kepada text messages kepada berkongsi gambar kini kita boleh membuat panggilan
video menatap wajah dan berbual mesra. Dari hanya satu panggilan suara dari
bilik disebelah kini kita boleh membuat panggilan ke seluruh dunia dengan kos
yang minima.
Bermula dari Bell juga,
perkembangan gelombang teknologi bermula. Dengan pengenalan Kod Mos kita
bertukar-tukar berita. Melalui gelombang radio kita dapat menyampaikan pesan,
bertukar berita malah melamar gadis pilihan kita melalui radio.
Dari saiz sebesar batu bata,
hari ini melalui inovasi tegar dan penuh creative kini telefon sudah tidak
memerlukan wayar malah senipis kertas seringan kapas. Malah kesemua benda boleh
dilakukan hanya dengan sebuah telefon bimbit. The smart phone. Segalanya ada di
dalam sebuah te;efon pintar. Kita boleh memindah wang, menerima wang malah
membeli kereta dan rumah boleh dilakukan dengan hanya sebuah telefon bimbit. Dasyat
ek.
Pelateu Vs
Pebayoh
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Pelateu adalah salah satu cara
masyarakat melanau liko atau pagan memuja ipok dalam satu-satu ritual. Ritual
ini boleh diadakan dimana-mana dan bila-bila masa sahaja. Tetapi selalunya
ritual ini hanya dilakukan selepas waktu isyak kerana mereka tidak mahu semasa
sedang melakukan ritual ini azan akan mengganggu ritual itu. kebanyakkan ritual
ini diadakan selepas tiga hari kematian seseorang. Konon-kononya acara pelateu
ini menghubungkan roh si mati dengan manusia yang masih hidup. Tukang pelateu
ini akan menyampaikan pesan dari ahli keluarga dan sanak saudara yang akan
mengirimkan barang-barang kepada mereka yang telah meninngal dunia. Selalunya
si pelateu ini akan bercakap sebaliknya atau berlawanan dari alam reality. Si
pelateu ini akan menutup mata sepanjang perjalanan ritual ini sehingga selesai.
Bagi kanak-kanak pula ritual pelateu ini amat melucukan kerana si pelateu ini
akan bercakap seorang-seorang dan meminta kita memahaminya dengan mentafsir
secara berlawanan. Misalnya, wangi betul
buah durian itu yang bermaksud busuk betul kentut orang itu.
Pebayoh pula satu ritual untuk
mengubati penyakit. Selalunya ritual ini dilakukan pada waktu malam selepas
isyak. Hal ini sama dengan pelateu itu tadi namun bezanya, si pebayoh ini
memohon ipok untuk menyembuhkan penyakit. Si pebayoh akan menyediakan
alatan-alatan perubatan beliau sendiri. Antara yang wajib ialah rebana dan
kemenyan. Limau nipis dan kadang-kadang daun-daun serta bunya kasturi. Ia
bergantung kepada jenis penyakit dan gangguan yang dialami oleh pesakit. Masa
ritual pebayoh ini bergantung kepada sakit si pesakit itu disamping ke”terer”an
si tukang pebayoh tersebuh menyembuhkan penyakit.
Negaraku
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman sekalian.
Kita bertuah kerana kita
dilahirkan di dalam sebuah negara yang aman dan damai. Pe,bagai cara dan
formula telah direncanakan oleh para pemimpin yang kita pilih bagi memupuk, menjalin
dan mempertahankan keharmonian negara kita. Sebagai penghargaan kepada mereka
perwira negara, kita harus mempertahankan keharmonian ini. Keharmonian ini
harus menjadi tali ikatan perpaduan kita berbilang bangsa dan agama.
Namun pada hari ini, penularan
budaya luar menjadi peluntur warna-warni perpaduan negara ini. Kita di sajikan
dengan demontrasi jalanan ala “arab spring” bagi menuntut sesuatu yang telah
ditentukan oleh majority rakyat melalui pilhanraya. Kerajaan tidak semestinya
majority tetapi bairkan mereka memerintah untuk tempoh mandate lima tahun itu.
kemudian, berperanglah dalam pilihanraya dan kita lihat siapa yang dapat
majority undi dari para pengundi.
Negara kita juga mempunyai
rakyat yang berfikiran matang dan bijak untuk menilai antara perkara yang baik
dan perkara yang tidak baik serta merugikan. Rakyat yang mengharga erti sebuah
keamanan. Rakyat yang bernaung dibawah panji Yang Dipertuan Agong. Semoga
keamanan ini di Negaraku kekal mekar sepanjang masa.
Kami Orang
Melanau- Kaul Petanak II
Damai dan salam sejahtera kepad
para pembaca sekalian.
Pada hari kaul diadakan, para
penduduk kampung akan berkumpul di muara sungai Petanak disebelah kiri tebing
(arah dari ulu sungai) manakala bagi Melanau Pagan pula mereka akan berkumpul
di sebelah kanan sungai ( arah dari ulu sungai) sementara menanti bapa Kaul
tiba dari ulu sungai.
Bapa Kaul akan berangkat ke ulu
Sungai Petanak seawall selepas subuh diiringi oleh anak-anak buahnya. Beliau
akan memacakkan seraheng di setiap kuala anak-anak sungai yang ada di Sungai
Petanak dan memanggil ipok-ipok hutan bagi barkaul di Kuala Sungai Petanak
bersama-sama ipok-ipok laut.
Selalunya Bapa Kaul akan sampai
di kuala sungai Petanak pada jam 8 pagi. Dahulunya Paderi Katolik yang akan
mengetuai sembahyang kaul dan selepas seraheng dipancak di tugek di kuala
Sungai Petanak ketua agama Islampula akan mengetuai doakan pemberkatan kaul dan
Bapa Kaul akan merenjis beras kuning kepada semua hadirin. Dengan itu maka
Pesta Kaul Petanak bermula. Penduduk
akan berkongsi juadah mereka dianta satu sama lain. Dahulunya pelbagai acara
akan diadakan selain makan-makan dan minum-minum. Antaranya ialah permainan
tradisiona seperti bermain tempurung kelapa, gasing, laying-layang dan sebagainya.
Kemuncak pada Pesta Kaul Petanak ialah Ratu Kaul yang akan dipilih sendiri oleh
Penghulu. Selalunya unsur-unsur kejutan dilakukan oleh Penghulu tanpa
memberitahu pertandingan ratu cantik diadakan.
Namun pada hari ini, penduduk
kampung Petanak tidak mengambil inisiatif untuk menjadikan kaul Petanak
semeriah dahulu. Sebilangan kecil sahaja penduduk yang menyertai Pesta Kaul
Petanak. Maka tidak hairanlah kaul Petanak tidak mempunyai tarikkan seperti
dahulunya amat meriah dan penuh warna warni. Diharap ada sesuatu pembaharuan
dilakukan agar Peta Kaul Petanak semeriah dahulu.
Kami orang
melanau
Damai dan salam sejahtera kepada
para pembaca sekalian.
Pasti ada diantara kita yang
masih belum kenal apa itu melanau? Melanau adalah salah satu kumpulan etnik di
negeri Sarawak. Melanau mendiami sepanjang persisiran pantai negeri Sarawak.
Tumpuan utama kaum Melanau ialah di Bahagian Muakah di tengah-tengah negeri
Sarawak.
Kaum Melanau pada tardisinya
percaya akan amalan ananisme atau pagan yang percaya akan kuasa ghaib sebelum
kedatangan pengaruh agama Islam dan Kristian ke kepulauan Borneo. Perayaan
utama bagi kaum Melanau ialah Kaul. Walaupun pada suatu ketika dahulu hanya
Melanau Liko atau Melanau Sungai sahaja yang merayakan perayaan kaul namun pada
hari ini kaul adalah perayaan kebudayaan utama Orang Mukah.
Kaum Melanau adalah petani dan
nelayan. Orang Melanau adalah pelaut yang hebat selain pahlawan yang berani.
Tanaman utama kaum Melanau ialah rumbia atau balau dalam dialek tempatan.
Makanan laut adalah trade mark Melanau terutamanya umai atau sushi bagi
sesetengah pihak.
Kaum Melanau seperti kaum Iban
juga dahulunya adalah pemanggal kepala musuh. Sama seperti bangsa Iban namun
kaum Melanau tidak memanggal kepala untuk menunjukkan kepahlawan mereka tetapi
hanya sebagai mereka berani dan tidak teragak-agak untuk bertindak jika kawasan
mereka dicerobohi musuh.
Itu sedikit sebanyak tentang
masyarakat melanau di Mukah. Jika bertandang ke Mukah jangan lupa untuk makan
umai yang ada dijual di market basah di tebingan sungai Mukah di Pasar Lama.
Jika anada makan umai hasil tangan orang Mukah maka anda pernah samapai ke
Mukah. Jika tidak anda belum lagi samapai ke Mukah. Jumpa anda di Mukah.
Kami orang
melanau
Damai dan salam sejahtera kepada
para pembaca sekalian.
Pasti ada diantara kita yang
masih belum kenal apa itu melanau? Melanau adalah salah satu kumpulan etnik di
negeri Sarawak. Melanau mendiami sepanjang persisiran pantai negeri Sarawak.
Tumpuan utama kaum Melanau ialah di Bahagian Muakah di tengah-tengah negeri
Sarawak.
Kaum Melanau pada tardisinya
percaya akan amalan ananisme atau pagan yang percaya akan kuasa ghaib sebelum
kedatangan pengaruh agama Islam dan Kristian ke kepulauan Borneo. Perayaan
utama bagi kaum Melanau ialah Kaul. Walaupun pada suatu ketika dahulu hanya
Melanau Liko atau Melanau Sungai sahaja yang merayakan perayaan kaul namun pada
hari ini kaul adalah perayaan kebudayaan utama Orang Mukah.
Kaum Melanau adalah petani dan
nelayan. Orang Melanau adalah pelaut yang hebat selain pahlawan yang berani.
Tanaman utama kaum Melanau ialah rumbia atau balau dalam dialek tempatan.
Makanan laut adalah trade mark Melanau terutamanya umai atau sushi bagi
sesetengah pihak.
Kaum Melanau seperti kaum Iban
juga dahulunya adalah pemanggal kepala musuh. Sama seperti bangsa Iban namun
kaum Melanau tidak memanggal kepala untuk menunjukkan kepahlawan mereka tetapi
hanya sebagai mereka berani dan tidak teragak-agak untuk bertindak jika kawasan
mereka dicerobohi musuh.
Itu sedikit sebanyak tentang
masyarakat melanau di Mukah. Jika bertandang ke Mukah jangan lupa untuk makan
umai yang ada dijual di market basah di tebingan sungai Mukah di Pasar Lama.
Jika anada makan umai hasil tangan orang Mukah maka anda pernah samapai ke
Mukah. Jika tidak anda belum lagi samapai ke Mukah. Jumpa anda di Mukah.
Kami Orang
Melanau- Kaul
Damai dan salam sejahtera.
Pasti banyak artikal tentang
kaul. Kaul adalah perayaan tahun baru bagi orang Melanau. Kaul dirayakan bagi
menandakanberakhinya musim tengkujuh.
Di dalam bahasa Iban kaul membawa maksud
berjumpa beramai-ramai. Pada perayaan Kaul masyarakat melanau baik yang muda
mahupun tua besar ataupun lkecil berkumpul di muara sungai untuk menanti
penghulu kaul sampai dari ulu sungai memanggil ipok-ipok untuk menjamu mereka.
Namun yang demikian, banyak
edisi tentang mengapa kaul diadakan. Yang paling popular ialah bagi menjamu
ipok data atau semangat laut bagi keselamatan dan hasil laut yang
melimpah. Umumnya semua orang Melanau
baik yang tinggal di kawasan Rajang, Igan, Dalat, Oya, Mukah, Bintulu-Miri
percaya kepada ipok.
Terdapat juga versi mengatakan
kaul dirayakan untuk menolak bala. Seseorang telah bermimpi agar suatu pemujaan
dilakukan bagi menolak bala. Selalunya orang yang bermimpi itu ialah seorang
ketua di dalam masyarakat. Padfa hari ini, sesetengah tempat kaul akan diadakan
jika penghulu bermimpi ipok mahu makan maka sang penghulu akan menyampaikan
kepada anak buahnya untuk mengadakan kaul.
Oleh kerana kaul dirayakan oleh
sebahagian besar Orang Melanau, maka kaul dianggap perayaan utama kaum Melanau.
Bagi menyeragamkan sambutan kaul, Pejabat Residen bahagian Mukah menetapkan
bahawa Festival Kaul Mukah di adakan setiap tahun pada minggu kedua pada bulan
keempat. Kaul Mukah adalah kemuncak kesemua kaul-kaul kecil yang diadakan
diseluruh bahagian Mukah.
Sunday, January 13, 2013
Isu Khalimah Allah
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Sebenarnya penulis tidak mahu menyentuh tentang isu ini di blog ini. Namun yang demikian, hal-hal adat istiadat Melayu dan agama Islam yang sepatutunya menjadi kerja-kerja Yang Teramat Mulai Raja-Raja Melayu telah diambil oleh ahli-ahli politik.
Isu yang sememangnya panas ini memang mampu menaikkan ranking jualan akhbar-akhbar, ranking berita tv malah portal-portal blog dan berita online. Nama-nama ahli politik yang menaikkan semula isu ini juga naik menjelang pilihanraya umum negara tidak lama lagi.
Sesuatu yang sensetif dibincangkan oleh ahli-ahli politik yang berkepentingan maka jadilah isu yang dah dikira selesai timbul kembali. Sekurang-kurangnya nama ahli politik tersebut naik dan dikenali.
Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan mefatwakan sesuatu fatwa namun, ahli-ahli fatwa negeri-negeri masih mempunyai hak untuk tidak menggunapakai fatwa tersebut. Hal ini kerana, hal-hal adat istiadat Melayu dan agama Islam adalah dibawah kuasa Raja, Sultan dan Yang diPertuan Besar negeri-negeri.
Jika kita tidak menjadi seperti yahudi yang menganggap mereka adalah “Umat Pilihan Tuhan” tang menganggap mereka sahaja yang boleh menyembah Tuhan yang Esa penulis merasakan kita akan lebih aman. Rasionalnya jika orang Kristian di Sarawak dari dahulu lagi telah menggunakan khalimah suci ini di setiap Misa Kudus Hari Minggu cahaya untuk mendekati Islam adalah tinggi. Hal ini kerana, di dalam injil di dalam Bible adalah intro kepada kedatangan Rasul atau penolong yang dijanjikan oleh Kristus Yesus. Kritus adalah penggenap kepada semua tulisan-tulisan nabi-nabi terdahulu dan kedatangan Kristus Yesus menyamapaikan berita gembira akan kedatangan Roh Kebenaran itu yang dinamakan Ahmad.
Isu Khalimah Allah
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Sebenarnya penulis tidak mahu menyentuh tentang isu ini di blog ini. Namun yang demikian, hal-hal adat istiadat Melayu dan agama Islam yang sepatutunya menjadi kerja-kerja Yang Teramat Mulai Raja-Raja Melayu telah diambil oleh ahli-ahli politik.
Isu yang sememangnya panas ini memang mampu menaikkan ranking jualan akhbar-akhbar, ranking berita tv malah portal-portal blog dan berita online. Nama-nama ahli politik yang menaikkan semula isu ini juga naik menjelang pilihanraya umum negara tidak lama lagi.
Sesuatu yang sensetif dibincangkan oleh ahli-ahli politik yang berkepentingan maka jadilah isu yang dah dikira selesai timbul kembali. Sekurang-kurangnya nama ahli politik tersebut naik dan dikenali.
Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan mefatwakan sesuatu fatwa namun, ahli-ahli fatwa negeri-negeri masih mempunyai hak untuk tidak menggunapakai fatwa tersebut. Hal ini kerana, hal-hal adat istiadat Melayu dan agama Islam adalah dibawah kuasa Raja, Sultan dan Yang diPertuan Besar negeri-negeri.
Jika kita tidak menjadi seperti yahudi yang menganggap mereka adalah “Umat Pilihan Tuhan” tang menganggap mereka sahaja yang boleh menyembah Tuhan yang Esa penulis merasakan kita akan lebih aman. Rasionalnya jika orang Kristian di Sarawak dari dahulu lagi telah menggunakan khalimah suci ini di setiap Misa Kudus Hari Minggu cahaya untuk mendekati Islam adalah tinggi. Hal ini kerana, di dalam injil di dalam Bible adalah intro kepada kedatangan Rasul atau penolong yang dijanjikan oleh Kristus Yesus. Kritus adalah penggenap kepada semua tulisan-tulisan nabi-nabi terdahulu dan kedatangan Kristus Yesus menyamapaikan berita gembira akan kedatangan Roh Kebenaran itu yang dinamakan Ahmad.
Friday, January 11, 2013
Chedet.com
– Muslihat DAP
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Politik negara tercalit arang
lagi dengan kesilapan mudah oleh sebuah parti politik di negara ini. DAP salah
sebuah parti paling glamour di Malaysia mengakui terdapat kesilapan kiraan undi
semasa pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) 15 Disember 2012 lalu.
Pihak pembangkang sering kali menyalahkan Suruhanjaya Pilihanraya kerana tidak
bersih dan adil tetapi DAP sendiri menunjukkan mereka juga tidak bersih dan
adil. Jika ya mereka adil mereka tidak akan menolak keputusan pemilihan
tersebut kerana mereka bersih dan adil. Tetapi tiba-tiba DAP mengatakan ada
kesilapan. Sah-sah lagi bahawa majority ahli DAP menolak Melayu di dalam parti
itu.
Merujuk kepada perkara yang
sama, Tun M mengatakan bahawa ia merupakan helah DAP bagi memancing undi
Melayu. Kesemua lapan calon Melayu kalah teruk semasa pemilihan tersebut.
“Itu
bukan silap (DAP). Cara (pemiliahn) itu betul tetapi apabila DAP mendapati
tiada langsung pemimpin Melayu dalam DAP, dia(DAP) kata dia silap.”
“Takkanlah begitu bodoh sekali
sehingga nak kira undi pun tak tahu. Kalau DAP tak tahu nak kira undi, tak
payah lah nak jadi kerajaan.”
“Itu satu political ploy(helah
politik). Ini semua mengarut. Sebenarnya, semua calon Melayu tidak terpilih
langsung,” kata beliau apabila diminta mengulas kesilapan keputusan pemilihan
CEC DAP baru-baru ini.
50 tahun
merdeka- Majukah Sarawak?
Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Pada 22 Julai 2013 tahun ini,
Sarawak genap 50 tahun merdeka dari Britain . Pada tahun ini juga Sarawak
bersama Sabah dan Malaya telah 50 tahunmenikmati hidup bersama dengan
terasasnya Malaysia pada 16 September 1963. Banyak cerita sepanjang 50 tahun
kita harungi bersama di dalam Malaysia.
Sepanjang 50 tahun itu juga,
kebencian Indonesia terhadap Malaysia tidak pernah pudar. Masih banyak lagi
golongan muda menaruh kebencian terhadap Malaysia dengan menggelar Malaysia
sebagai Malingsia (Maling bermaksud pencuri). Penulis pernah ber”chating”
dengan seorang remaja berumur 18 tahun warga Indonesia baru-baru ini. Budak ini
juga menganggap Malaysia sebagai Malingsia. Adakah budak itu memang tahu apa
yang dicuri Malaysia dari Indonesia? Sedangkan penulis sendiri tidak tahu apa
yang Malaysia telah curi dari Indonesia. Apa yang kita tahu, kita berkongsi
cerita yang sama kerana kita adalah serumpun. Jika dilihat sejarahnya,
Parameswara adalah pengasas kepada kerajaan-kerajaan Melayu di Tanah Melayu.
Baginda melarikan diri dari Palembang Indonesia ke Singapura sebelum ke Muar
dan membuka negeri di Melaka. Kemudian keturunan menjadi sultan-sultan di
kerajaan Melayu yamg lain. Malah kerajaan Johor adalah berketurunan Parameswara
yang masih bertahan sehingga kini.
Philippine pula masih mengangap
Sabah sebagai sebuah wilayah mereka. Tuntutan bekas Presiden Gloria Aroyo
Macapagal meneruskan tuntutan bapanya Bekas Presiden Macapagal ke atas Sabah
masih menghantui mereka.sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat tidak
ada sebahagian atau seinci tanah kita boleh dimiliki oleh orang asing.
Di Sarawak pula, kita menikmati
pembangunan secara menyeluruh walaupun agak lambat kerana factor lokaliti
Bandar-bandar dan penempatan penduduk di negeri ini. Tidak hairanlah jika kita
mendegar masih lagi kanak-kanak yang turun ke sekolah merentasi denai-denai,
mengharungi sungai berjam-jam lamanya sebelum sampai ke sekolah. Sekolah pula terpaksa
menikmati kemudahan asas seperti elektrik dan air bersih yang terhad kerana
utility masih belum tersedia lagi. Di Bandar-bandar pula jalan-jalan kita
berlubang-lubang, berbonggol-bonggol malah semakin hari semakin sempit dek
peningkatan kenderaan di atas jalan raya. Ekses kepada internet hanya dapat
dinikmati oleh mereka yang berada di Bandar-bandar besar. Manakala
Bandar-bandar kecil menikmati internet yang amat perlahan. Lebih menyedihkan ada kawasan Bandar yang
secara tidak sengaja berada di dalam “blind spot” yang menyukarkan mereka
menikmati rangkaian telefon yang pastinya menyulitkan keadaan.
Semoga selepas 50 tahun Sarawak
merdeka bersama penubuhanan Malaysia akan memberi lebih sinar kepada kita
orang-orang Sarawak.
WelcOmE
Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.