Monday, December 31, 2012

salam tahun 2013

Monday, December 31, 2012 0
damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. selamat tahun baru 2013 kepada anda semua. semoga dengan kedatangan tahun baru ini akan memberi lebih banyak kejayaan dari tahun yang sudah sudah.
banyak kejayaan yang ditempa oleh negar sepanjang tahun 2012. kita berharap banyak lagi yang akan menyusul pada tahun 2013. dengan pelbagai andaian yang telah dibuat sepanjang tahun 2012, dan 2013 pula akan menyajikan kita dengan cerita yang pastinya berbeza kepada kita. antara kejayaan yang tidak dijangka yang berlaku di seluruh dunai sepanjang 2012 ialah kejayaan gaya tarian Kuda atau Opha Gangnam Style dari PSY yang telah menguasai hampir seluruh dunia wajar dijadikan contoh terbaik kepada kita. dengan tag line beliau yang sentiasa melucukan itu menjadikan sesuatu yang pelik dan berinovasi menjadi pilihan manusia sejagat.
kejayaan Apple inc dan Samsung disamping persaingan sengit dua gergasi teknologi ini juga menarik sepanjang tahun 2012. pelbagai konflik dan cerita menghiasi tahun 2012 diiringi dengan gelagat peminat kedua-dua jenama besar itu.
dalam bidang sukan pula. Sepanyol menjadi negara pertama di dunia memenangi tiga kejuaraan besar dunia dengan mempertahankan mahkota eropah. dengan kegagalan pasukan Malaysia dalam piala AFF Suzuki 2012 menutup tirai kejayaan gemilang Malaysia dalam bidang sukan selepas Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela memenangi perak dan gangsa dalam sukan Olimpik di London.
banyak kejayaan-kejayaan yang telah mengukir senyum di wajah rakyat Malaysia yang juga dikongsi bersama dengan dunia. semoga banyak lagi kejayaan yang akan kita kongsi pada 2013.

Wednesday, December 12, 2012

Calendar kaum Mayan

Wednesday, December 12, 2012 0

Calendar kaum Mayan

salam damai dan salam sejahtera.

Mereka adalah salah satu kaum dan mempunyai tamadun gemilang pada zaman purba. Mendiami semenanjung negara Mexico sekarang adalah sebuah kaum yang amat misteri lagi menyeramkan.
                Mereka memilih tarikh 28 Disember 2012 sebagai tarik terakhir calendar mereka. Kebetulan tarikh itu jatuh pada hari Jumaat, hari segala hari. Namun, harus diingat, walaupun kaum Mayan mereka calendar yang hampir tepat kalender mereka berpusing hanya pada satu tarikh yang berterusan. Secara tiba-tiba calendar mereka tamat pada 28 Disember 2012. Jika kita melihat calendar Lunar dan Gregory pula, kedua-dua kelendar ini seakan-akan tiada berpenhujung.
                Sebagai kaum yang menghilang dan hanya meninggalkan hampir kesemua ketamadunanya kepada zaman moden untuk dikaji namun, ahli-ahli sains, arkeologi, ahli-ahli sejarah tidak menjumpai mayat atau tulang temulang kaum ini. Adakah mereka amat takut kerana calendar mereka ada penghujung. Atau 2012 yang ada dalam calendar mayan itu merujuk kepada tahun 2012 sebelum masihi atau mereka sahaja yang tahu?
                

22 Disember 2012

22 Disember 2012

damai dan salam sejahtera.

Tiada apa pun yang hebat pada tarikh ini. Namun para cerdik pandai yang meramalkan hari ini atau hari sebelum dan selepasnya bumi akan bergelap kerana bumi berada di tengah-tengah garisan cakerawala.
                Lebih mengujakan apabila masyarakat yang sinonim dengan angkasa ini tanpa mengetahui kesahihan terus percaya bulat-bulat. Pihak media massa pula dengan pantas menyebarkan berita bahawa bumi akan bergelap selama tiga hari berturut-turut.
                Jika diperhatikan secara asas sains, bumi kita terletak di kedudukan ke-tiga dari matahari. Kadang-kadang hanya bulan sahaja yang akan berada di satu garisan lurus diantara matahari dan bumi. Itupun hanya berlaku untuk beberapa ketika sahaja. Jika pun utarid dan zurah berada sama kedudukan dengan bumi, baying-bayang kedua-dua planet itu tidak akan melindungi cahaya matahari dari sampai ke bumi. Secara teknikalnya matahari tidak akan berganja dari kedudukkan sekarang untuk pergi jauh selama tiga hari dari tempat matahari sedang berada sekarang.
                Pelbagai cara akan dilakukan ileh media untuk melariskan jualan. Memperbesarkan cerita. Ditambah pula tabiat orang kita yang suka cepat melatah walaupun kita tidak melatah.

20 Disember 2012


20 Disember 2012

damai dan salam sejahtera.

Atau dengan kata angka ialan 20.12.2012. bagi saya angka ini lebih menarik kerana 2012 diulang dua kali. Juga bukan tarikh yang boleh dianggap hari kiamat kerana tiada diceritakan di mana-mana buku yang diturunkan dari langit tentang tarikh hari kiamat.
                Mungkin tiada yang merayakan hari 20 Disember sebagai hari yang istimewa, tetapi mungkin ada yang memilih tarikh ini kerana seperti mana tarikh-tarikh yang lain ia tetap berlaku sekali dalam satu kitaran hidup manusia.
                Tukang-tukang tilik pula lebih berminat dan cenderung meramalkan tarikh hari kiamat dengan hari-hari yang mereka anggap ganjil. Dalam masa yang sama mereka juga akan menikmati popularity yang akan melonjakkan mereka di mata masyarakat yang amat takut akan hari kiamat. Tiada manusia yang tidak akan takut akan hari kiamat tetapi jika kita ditakutkan denga cara yang sedemikian rupa tanpa mengajak untuk bertaubat sama seperti mengajak berlari tanpa mengetahui sebab mengapa harus berlari.
                Tiada ahli-ahli kitab yang berdebat akan tarikh hari kiamat tetapi hanya mereka yang taksub akan hari kiamat sahaja yang sibuk berentap mempengaruhi pengikut mereka yang percaya.

Tarikh 12 Disember 2012


Tarikh 12 Disember 2012

Damai dan salam sejahtera kepada para pembabaca yang budiman.
Singkatannya ialah 12.12.’12..angka yang mungkin menarik kerana kita akan menunggu 100 tahun lagi untuk berjumpa dengan singkatan tarikh tersebut. Tetapi bagi saya angka itu hanya angka sahaja yang tidak memberi sebarang makna. Tetapi bagi orang lain tarikh itu adalah keramat. Dan dengan kekeramatan itu pastinya banyak yang akan dikaitkan dengan tarikh itu.
                Bagi yang bercinta mungkin tarikh itu akan menjadi satu tarikh yang romantic. Ada yang mungkin melangsungkan hari berbahagia seperti tarikh pertunangan dan tarikh penikahan. Tidak kurang juga yang sanggup melahirkan bayi mereka pada tarikh ini dengan melakukan pembedahan. Angka itu mungkin akan menjadi tarikh yang penuh dengan makna.
                Disebalik keceriaan tarih itu, ada juga kisah duka yang dikaitkan dengan tarih itu. sesetengah peramal hari kiamat meramal kiamat akan berlaku pada 12 disember 2012. Namun, jika kita melihat akan tanda-tanda hari kiamat walaupun semakin banyak tetapi hari itu pastinya tidak akan berlaku pada tarikh 12 12 2012.
                Banyak yang dikaitakan dengan bulan ke-12 kalender Gregory ini. Harus diingat, calendar ini adalah ciptaan manusia. Tuhan tidak menggunakan calendar manusia untuk meletakan hari kiamat. Yang Maha Esa hanya menggunakan hari-hari yang Dia jadikan untuk manusia.

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting