Friday, October 26, 2012

kereta besar, cantik, berwarna-warni tapi tak ada signal light

Friday, October 26, 2012 0
damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
tahuk di atas dah banyak kali juga saya sibuk-sibuk kat fb saya malah kat blog ni..tahukah anda kebanykaan kereta besar yang mewah dan kereta produa yang kecil-kecil tu pun tidak dipasang signal oleh pembuat kereta..susah sangat ke nak pasang signal light tu? kereta besar, laju lagi bergaya tapi tak ada signal..mungkin mahal sangat nak bayar loan ptptn jadi tidak mampu nak beli lampu signal light nak pasang kat kereta.
kadang-kadang, sempat lagi pemandu ni nak sms..kemudian "termakan" lorong orang lain..jadi no wonder lah kalau selalu sangat kereta accident bertembung pasal pemandu sibuk nak sms..kelajuan kereta dekat-dekat nak memecahkan rekod kelajuan bunyi..sempat lagi minum-minum tu..ish..hairan lah tengok pemandu di Malaysia..jadi jangan marah kerajaan mahalkan harga kereta..tapi bila dah mahal mesti pemandu fikir mereka orang kaya,,orang lain naik motosikal roda dua jer..pastu modified kereta roda macam nak terkeluar..ya pun nak lawan kereta sabastian Vettel yang condong beberapa darjah tu jangan lah condong hampir 45' tu...bahaya dan boleh mempercepatka kehausan tayar..mungkin pemilik kereta viva tu kaya sangat jadi tidak hairan lah kalau beliau sanggup berbuat demikian kat kereta dia..nyawa dia kereta dia..tapi kalau terlanggar orang lain yang dah berhati-hati lagi berhemah siapa nak jawab??ubah sikap jangan eksen sangat dengan kereta yang banyak susut nilai tu..

tahukah anda

tahukah anda?
pegawai yang berada di dalam bilik kaca tu sabgat serius. tak tahulah beliau serius kat mak cik-mak cik dan golongan lelaki sahaja lah.
sebenarnya, semua pegawai kerajaan yang berjantina ni selalunya akan lebih mesra dengan pelanggan yang berlainan jantina. di mana-mana dan bila-bila masa. jika pegawai yang perempuan pula, mereka akan lebih berolah bila tiba masa-masa tertentu di dalam setiap bulan. lebih-lebih lagi kalau mengandung. saya pernah kena marah masa berurusan di Bank Simpanan Nasional gara-gara saya terlambat sedikit memberi apa yang diperlukan oleh beliau. masa tu beliau sedang mengandung. tetapi hari ini saya tengok beliau lebih mesra daripada masa beliau mengandung.

Wednesday, October 24, 2012

Signal light

Wednesday, October 24, 2012 0

Signal light
Damai dan slam sejahtera kepada para pembnaca sekalian.
Tahukah anda bahawa kebanyakkan pemandu dan penunggang motosikal di Malaysia TAKUT sangat untuk memberi isyarat?
Kebanyakkan dari mereka adalah “pegawai kerajaan” yang memiliki kenderaan yang canggih dan bergaya.  Selalunya mereka lah yang paling banyak melakukan kesalahan ketika berada di jalan raya. Selain gagal memberikan lampu isyarat ketika menukar lorong, mereka juga gemar melanggar lampu isyarat di simpang. Suka “makan” jalan orang lain malah menggunakan telefon bimbit ketika memandu. 

Harga kereta dan “signal light” 1


Harga kereta dan “signal light” 1
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman lagi bijaksana.
Harga kereta yang agak tinggi menjadi modal bagi pembangkang bagi meraih undi menjelang PRU yang akan datang. Antara factor harga kereta di negara ini mahal ialah “kualiti” kereta kita antara yang terbaik di dunia. Selain itu, kadar faedah yang agak “rendah” dari negara-negara jiran juga menyumbang kepada harga kereta di negara ini lebih stabile dari negara-negara jiran. Aktiviti-aktiviti pengambilan untung juga membantu harga kereta Malaysia menguntungkan pihak-pihak yang berkepentingan.
                Rasionalnya harga kereta Malaysia tinggi berbanding Taiwan ialah Jalan Raya di Malaysia antara yang “terbaik” didunia. Jadi kereta boleh dipandu sehingga 250m/h. harga kereta yang tinggi juga menunjukkan rakyat Malaysia “kaya” dan berkemampuan memiliki kereta. Apatah lagi “tabiat” pemilik kereta menghias kereta mereka denga lampu-lampu neon yang indah berwarna-warni mengukuhkan status rakyat Malaysia yang mewah ini. Selain itu, speaker-speaker atau pembesar suara yang berkuasa 6000mw juga membolehkan pemilik kereta mejadi “jurujual” cekera padat atau “radio bergerak” yang menghiburkan pemilik dan juga orang yang disekeliling.
                Harga kereta juga memberikan “faedah” yang tinggi kepada pemilik kereta. Beliau akan memperuntukkan wang gaji yang lebih untuk  “faedah” kereta beliau itu. beliau juga akan sanggup “membayar kemudian” kepada tauke-tauke assesori kereta demi mencantikkan lagi kereta beliau.
                Namun yang demikian, pemilik kereta akan leka denga kemewahan yang beliau bawa itu. misalnya, apabila menukar lorong, memasuki atau keluar simpang mereka akan melupakan diri sendiri untuk memberi isyarat. Mungkin beliau lupa dimana suis “signal light” atau terlalu asyik mendengar lagu yang mengasyikkan telinga menggegarkan jalan raya.

Tanpa Sabah dan Sarawak Petronas tidak akan wujud


Tanpa Sabah dan Sarawak Petronas tidak akan wujud
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Petronas yang ditubuhkan pada era Tun Abdul Razak yang juga pengasas BN yang menggantikan Parti Perikatan telah mengubah lanskap pembangunan negara. Alahyarham Tun telah meletakan industry minyak dan gas negara ke peringkat yang lebih tinggi dan mampu bersaing dengan pengeluar-pengeluar gas utama dunia.
                Tanpa Sabah dan Sarawak akta Petrolium negara tidak akan wujud. Kerajaan tidak akan melabur dalam industry yang mahal tetapi mampu memberi pulangan yang baik untuk negara jika tanpa mengetahui petroleum ada di perut bumi Sabah dan Sarawak. Sarawak misalnya telah diduduki SHELL sejak zaman Brooke lagi. Walaupun syarikay minyak itu kurang produktif pada era selepas perang dunia ke-dua, tetapi minyak masih menjadi eksport utama Sarawak selain balak. Mengetahui potensi Sabah dan Sarawak yang berjiran dengan negara Minyak Brunei, Alahyarham Tun mengusulkan akta Petroluem bagi menubuhakan Petronas. Akibatnya, hasil yang berkaitan dengan petroleum menjadi milik negara baik petroleum itu dijumpai di laut mahupun di atas daratan di negeri-negeri di Malaysia. Oleh yang demikian, negeri-negeri telah kurang hasil bumi kerana menurut pengasingan kuasa hasil dari tanah dan bumi negeri-negeri adalah milik dan hasil negeri. Melalui perkembangan teknologi dan persisir pantai negara yang panjang, Petronas giat mancari dan mengaki sumber-sumber petroleum di seluruh negara. Hasilnya, selepas Miri kini Bintulu merupakan pengeluar minyak terbesar di Malaysia. Namun, Bintulu masih seperti Bintulu yang dulu. Bagi admin, Bintulu sekarang sepatutnya boleh mengalahkan Bandar Sibu sama seperti yang dilakukan oleh Miri hasil dari Minyak dan Gas.
                Petronas kemudiannya mengumumkan pelaburan yang amat besar di Iskadar Malaysia di selatan Johor. Mungkin hasrat kerajaan adalah untuk bersaing dengan Singapura sebagai hub minyak dan gas di rantau ini. Alangkah baiknya jika Petronas melabur sahaja di Sarawak teutam di Bintulu dan Mukah yang merupakan pusat Petroluem negara. Suatu hari nanti, Petronas akan menemui medan minyak di pesisir pantai Mukah jiran terdekat Bintulu.

Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia


SSKM
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
SSKM atau Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia adalah sebuah gerakkan memperjuangkan hak dan kekayaan hasil bumi negeri-negeri Borneo. Mereka berpendapatan bahawa beberapa perkara di dalam Perjanjian Malaysia 1963 tidak dihiraukan seakan-akan terus terbenam di dalam Perlembagaan Malaysia.  Manakala hasil bumi negeri pula terus dihisap oleh Persekutuan Malaysia bagi membangunkan negeri-negeri bukan pengeluar minyak di Malaysia.
                Misalnya bangunan-bangunan mercu tanda negara seperti Menara berkembar Petronas, ia boleh melambangkan kekayaan negeri-negeri Borneo yang dihasilkan oleh Petronas. Tetapi dibina di ibu negera di Kuala Lumpur. Hanya satu sahaj projek mega negara yang dibina di Sarawak hasil pendapatan minyak yang menyumbang hampir separuh daripada KDNK negara iaitu Empangan Hidroelektrik Bakun yang pada awalnya bernilai RM13 Billion. Tetapi sekarang hanya bernilai separuh dari harga itu. itupun matlamat asalnya untuk membekalkan tenaga elektrik kepada Semenanjung Malaysia.
                Tidak banyak pembangunan hasil minyak dan gas yang dinikmati oleh Sabah dan Sarawak. Selama bertahun-tahun penduduk Sabah dan Sarawak membayar harga minyak di pam lebih mahal dari Semenanjung tetapi mereka masih mampu membeli minyak itu. sesetengah penduduk amat memerlukan minyak terutamanya penduduk di pendalaman. Umpamanya untuk menjana elektrik, enjin pam malahan enjin bot yang memerlukan bergelen-gelen minyak untuk berulang –alik dari rumah ke sekolah ke pasar dan Bandar-bandar yang berdekatan.
                SSKM juga merasakan Sabah dan Sarawak dijajah secara halus. Sama seperti Great Britain dahulu. Mereka menguasai hubungan luar dan hasil bumi di Sabah dan Sarawak.  Walaupun berbeza sedikit tapi pendekatan Persekutuan adalah sama dengan kerajaan Great Britain suatu ketika dahulu.
                Sejak pemimpin negara mengalami mimpi buruk pada 2008, mereka sedikit tersedar akan pentingnya Sabah dan Sarawak kepada KDNK Malaysia. Tanpa Sabah dan Sarawak impian untuk menjadi negara Maju menjelang tahun 2020 tidak akan terlaksana.
                

Wednesday, October 17, 2012

kisah sedih lagi seram

Wednesday, October 17, 2012 0

Kisah Benar Cerita Sedih Seorang Pencari Kerja

Damai, Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Semoga pembaca sentiasa sihat dan ceria. Pada email kali ini Admin ingin berkongsi satu kisah menarik berkenaan sesi temuduga. Salah seorang subcriber kami telah datang ke pejabat Admin dan meluahkan masalah berkaitan permohonan kerja beliau. Beliau mempunyai Ijazah dalam bidang Sumber Manusia dan telah beberapa kali dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga bagi jawatan Kerajaan dan Swasta. Namun sehingga hari ini beliau masih gagal mendapat sebarang pekerjaan. Saya pun bertanya kepada beliau apa persediaan beliau untuk  menghadapi sesi temuduga tersebut.

Dengan panjang lebarnya dan penuh semangat beliau bercerita bahawa setelah mendapat tawaran untuk sesi temuduga, beliau akan cari maklumat dan membaca info berkaitan organisasi tersebut, siapa CEOnya, siapa ahli Lembaga Pengarahnya, bila ditubuhkan, jenis perniagaan atau perkhidmatan Syarikat atau organisasi tersebut jalankan dan bermacam-macam lagi. Lepas tu saya tanya beliau, jadi setelah tuan membaca dan hafal info-info tersebut, adakah penemuduga tersebut tanya soalan-soalan tu?. Dia kata takde pun Encik... Penemuduga hanya suruh saya perkenalkan diri dan kemudian tanya saya apa yang saya sedang buat sekarang...Lepas tu dia cakap ok, terima kasih.

Apakah pengajaran yang anda dapat dari kisah tersebut?. Ramai di kalangan kita masih lagi bersikap seperti diatas. Ini bukan Pop Kuiz atau Money Drop Game di Astro. Pagi petang siang malam dok hafal perkara-perkara yang tidak memberi manfaat dalam sesi temuduga. Para penemuduga tidak akan bertanya anda siapa CEO syarikat sebab anda belum lagi menjadi pekerja di Syarikat tersebut. Untuk menarik minat para penemuduga, di bawah ini beberapa saranan Admin kepada anda untuk dijadikan panduan. 

1. Anda hafal latarbelakang diri anda (kalau boleh dalam Bahasa Inggeris) dalam masa 10 hingga 15 minit kerana ini biasanya merupakan soalan pertama dalam setiap sesi temuduga. Dan pada kebiasannya akan mempengaruhi sikap dan penilaian pertama penemuduga terhadap anda sama ada positif atau negatif. Siapa Anda, asal mana, kelulusan anda, Sekolah/Universiti mana anda belajar, hobi dan kegemaran anda, pengalaman kerja anda dan lain-lain berkaitan diri anda yang mana sesuai. Tapi cerita yang baik-baik sahaja la. Janganlah cerita perkara-perkara yang buruk tentang diri anda pula. Tu menempah maut namanya, hehehe.

2. Anda boleh bercerita/menerangkan kerja yang anda sedang lakukan sekarang dengan baik. Contohnya anda sekarang bekerja sebagai Pegawai Bank. Anda mesti dapat bercerita dan menerangkan dengan baik tentang tugas anda seharian, prosedur kerja anda, apa yang anda perlu buat sekiranya sistem bank tersebut mengalami masalah dan sebagainya. Dari situlah penemuduga akan menilai anda sejauh mana kebolehan anda dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Kalau anda nak cerita rutin kerja yang anda buat tiap-tiap hari pun tergagap-gagap, itu belum lagi kena soalan tambahan, bagaimana anda nak pikat penemuduga tersebut dan yakinkan beliau untuk ambil anda sebagai pekerja?. Alamatnya balik awal la...

Sumber: infojobs2u@gmail.com

Pergunakan IBU anda untuk dapat Kerja


Pergunakan IBU anda untuk dapat Kerja

Damai, Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Semoga anda sihat dan ceria hari ini. Pada perkongsian kali ini, Admin ingin mengajak saudara dan saudari berfikir sejenak siapakah insan yang bertaggungjawap membentuk diri kita pada hari ini sejak dari kita kecil hinggalah kita mengenal erti kehidupan. Yang menerima baik buruknya diri kita. Yang sentiasa mendoakan kejayaan kita siang malam tanpa kita sedari. Yang bersama kita ketika susah dan senang. Tak lain dan bukan adalah IBU BAPA kita. Apa kena mengenanya Ibu bapa dengan urusan kerjaya kita?. Apa yang boleh mereka lakukan?. Adakah anda tahu Ibu bapa anda lebih POWER dari refferee yang anda letak di dalam resume anda?. Adakah ada tahu bahawa seorang Usahawan yang terkenal di Malaysia sekarang ini tidak pernah masuk universiti pun tetapi sekarang menjadi salah seorang jutawan hasil doa dan restu Ibunya?. Tahukah kalian bahawa seorang siswazah yang mendapat Pangkat Kelas Ketiga telah berjaya menjawat jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik sekarang di salah sebuah agensi Pusat Kerajaan hasil doa Ibunya?.

Jadi bagaimanakah caranya untuk "pergunakan" ibu anda untuk anda berjaya mendapatkan pekerjaan idaman? Berikut adalah beberapa saranan daripada Admin yang boleh anda praktikkan:

1. Selalulah menjengok mereka di kampung paling kurang pun sebulan sekali. Jangan sakiti hati mereka dan sentiasalah menjaga hati mereka. Adakah anda tahu bahawa anda diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT hanya dengan melihat muka Ibu bapa anda.

2. Telefon mereka paling kurang seminggu sekali bertanya khabar. Bila anda selalu hubungi mereka, ingatan mereka terhadap anda semakin kuat. Bila dia ingatkan anda tentu dia akan selalu mendoakan kesejahteraan dan kejayaa anda.

3. Peruntukkan wang bulanan dari hasil gaji anda untuk mereka tidak kira la berapa yang anda mampu. Mungkin 100, 200, 300 atau hanya 50 pun tidak mengapa. Bukan jumlah yang menjadi isu tetapi keikhlasan anda memberi dan kegembiraan mereka menerima wang dari anak mereka sendiri itu yang lebih utama. Mungkin anda fikir, "ala..Ibu bapa saya senang ada pencen, ada kebun sawit, pendapatan mereka ribu-ribu sebulan. Dia tak perlukan duit saya pun. Saya ni lah yang susah, gaji baru RM1,500 nak makan pun tak cukup". Sebenarnya anda silap besar. Ibu bapa akan merasa bangga dan gembira kalau mereka dapat duit daripada anak-anaknya. Dengan memberi wang kepada ibu bapa kita sebagai tanda terima kasih kepada mereka akan memberikan keberkatan kepada kehidupan si anak. Anda akan rasa sentiasa cukup walaupun gaji anda kecil. Tetapi sebaliknya anda sentiasa tidak akan merasa cukup walaupun gaji anda RM10,000 sebulan kerana tiadanya keberkatan. Memang mereka tidak minta, tetapi andalah yang perlu mengambil inisiatif memberi.

4. Ini part yang paling best!. Setelah anda dah lakukan langkah 1 hingga 3 di atas. Anda sebenarnya dah ada KABEL yang paling besar untuk anda dapat kerja atau meningkatkan kerjaya anda ke tahap yang lebih baik. Sebelum anda memohon kerja atau pergi ujian bertulis atau lebih bagus lagi sebelum menghadiri mana-mana temuduga, anda hanya perlu dail talian kecemasan (no. telefon Ibu anda). Anda hanya perlu cakap "Mak, hari ni Along ada interview untuk jawatan XXX di Syarikat XXX, tolong doakan Along dapat ye mak..." Agak-agak anda berjaya tak dapat kerja tersebut?. Saya kata 99.9% anda akan berjaya!. Sebab?. Doa seorang Ibu untuk anaknya dengan penuh keikhlasan sama ada baik atau buruk akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Bagi mereka yang sudah tiada Ibu atau bapa janganlah pula berasa sedih. Anda masih boleh berbakti dengan selalu mendoakan keampunan untuk mereka. Semoga usaha anda itu akan menjadikan hidup anda bahagia dan berjaya.

Sumber: infojobs2u@gmail.com

mari megundi


Trend pengundi Malaysia
Damai dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman.
Bagaimana trend pengundi Malaysia? Mereka boleh dikategorikan kepada dua kelompok. Mereka ialah pengundi yang mengundi parti politik yang mereka sertai manakala golongan kedua pula adalah mereka yang tidak menyebelahi mana-mana parti. Golongan ini sebenarnya lebih cenderung untuk tidak keluar mengundi pada hari pengundian.
                Siapa yang akan keluar mengundi? Selalunya yang akan keluar adalah mereka yang aktif berpolitik. Mereka mahu parti yang mereka sokomg menang dalam setiap pilihanraya. Jadi kuasa menentukan kemenangan calon yang bertanding adalah terletak di tangan mereka.
                Pengundi di Malaysia masih di bawah pemikiran yang sama sejak awal pra-kemerdekaan lagi. Parti memerintah masih tidak pernah bertukar sejak sebelum merdeka hingga ke hari ini. Hal yang sama berlaku kepada hampir kesemua negara yang merdeka di bawah naungan Komanwel. Jadi trend pengundi adalah masih tidak berubah walaupun BERSIH 100 dilakukan. 

the independent of Scotland 2014?


Scotland mahu merdeka 2014
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
           Berita ini amat menggemparkan seluruh dunia kerana Parlimen Scotland mahu mengundi usul untuk keluar dari Kesatuan Great Britain yang dibimbing oleh England di London. Tidak diketahui adalah Scotland juga akan keluar dari United Kingdom sama seperti Republic of Ireland. Tahun 2014 dipilih sempena ulang tahun ke 700th kemenangan tentera Scotland ke atas England. Jika Scotland kelar dari Great Britain maka kerjasama selama 300 tahun akan berakhir. Maka gabungan bendera St. George dan St. Andrew serta St. Patrick akan berubah wajah setelah berabad lamanya bersama.

Semenanjung, Sabah dan Sarawak


PRU-13
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman.
Petang tadi, kawan saya dari semenanjung bertukar-tukar pendapat tentang PRU-13. Menurut beliau, sokongan kepada Pakatan Rakyat semakin memuncak terutama di selatan Semenanjung. Manakala, di Sabah pula peralihan politik semakin menjadi-jadi. Dalam masa yang sama, situasi politik di Sarawak adalah lebih tenang berbanding dua wilayah tersebut.
                Bagi pemerhati politik Sarawak, keyakinan terhadap BN pimpinan Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud masih kukuh lagi. Walaupun dikaitan dengan monopoli keluaraga dalam perniagaan di Sarawak namun semua itu seperti satu kebanggaan bagi penduduk negeri ini. Kebijaksanaan politik beliau menjamin kedudukan beliau di puncak pemerintahan negeri.
                Bagi PR pula, isu-isu NCR-tanah adat dimainkan oleh pembangkang selain monopoli oleh keluarga Pehin Sri dalam tender-tender kerajaan. Selain itu, PR juga memainkan isu Perjanjian Malaysia selain isu-isu lama yang lain bagi meraih undi. Manakala pihak kerajaan pula masih memainkan isu pembangunan asas sejak hampir 50 tahun lalu bagi meraih undi. Tiada satu parti politik pun yang mahu menambah baik keadaan di Sarawak yang masih mundur terutama dari pihak Kerajaan Persekutuan seperti pembinaan sekolah luar Bandar yang semakin uzur. Pejaba-pejabat kerajaan Persekutuan yang baru dibina namun kelihatan seperti banguanan patent lama kerajaan persekutuan.
                Sesetengah kawasan kampung berdekatan Bandar masih mempunyai masalah kemudahan asas yang masih belum memuaskan. Perkhidmatan talian mudah alih dan internet juga menjadi masalah sesetengah penduduk pinggir Bandar dan kampung.  
                Kemudahan jaringan pengakutan di Sarawak dan keseluruhan Kepulauan Borneo misalnya masih amat membimbangkan. Syarikat penyelenggara seperti Cahaya Mata Sarawak Road Maintenance Sdn Bhd pula seakan-akan amat selesa dengan kedudukan mereka. Jalan-jalan yang diselenggara seperti melepas batuk di tepi tangga. Jalan yang ditampal seperti kita mamandu di atas papan telur yang disusun di atas jalan raya. Keadaan jalan Pan-Bornoe pula semakin parah terutama jalan Sibu-Bintulu yang selayaknya mempunyai empat atau enam lorong itu. keadaan jalan raya yang teruk dan rosak boleh dan menyumbang kepada kemalangan maut terutama pada waktu malam.
                Penguatkuasaan adalah kurang dititik beratkan di Sabah dan Sarawak. Sepatutnya kerajaan menyediakan lebih kemudahan dan kesedaran kepada semua pihak bawaha pentingnya penguakuasaan undang-undang supaya lebih telus dan berintegriti.  

PETRONAS: Peranan terjejas Jika Bayaran Royalti Dinaikan


PETRONAS: Peranan terjejas Jika Bayaran Royalti Dinaikan
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Sekali lagi isu minyak disentuh dalam artikel saya padda kali ini. Sekali imbas tajuk yang di tulis dalam UTUSAN BORNEO, SABTU, 13 OKTOBER 2012, dalam muka surat A13 dalam ruangan EKONOMI.
Apabila kita fahami kenyataan Petronas itu jelas kepentingan syarikat diutamakan. Antaranya ialah:
1.       Petronas mahu menjadi penyumbang cukai terbesar kepada kerajaan sepanjang masa.
2.       Ketidakupayan untuk membayar dividen kepada pemegang saham. (adakah Petronas milik penuh negara atau orang-orang yang berkepentingan atau syarikat-syarikat adalah tidak jelas.)
3.       Keberuntungan dan daya maju ekonomi semua projek minyak dan gas lama dan baharu yang sedang dibangunkan.
4.       Petronas risau akan kejatuhan pengeluaran dari medan minyak domestic yang matang. (dalam masa yang sama Petronas telah menjumpai medan simpanan minyak dan gas yang besar di Sarawak yang diumuman beberapa bulan yang baru di Sarawak)
5.       Ia akan menjatuhkan pengeluaran minyak dan gas dan juga akan mengancam jaminan tenaga negara.
6.       Memberi kesan berganda kepada industry minyak dan gas domestic seperti perkhidmatan serta industry sampingan , mengakibatkan kekurangan peluang pekerjaan untuk penduduk negeri-negeri terbabit.-Bernama

Jelas sekali Petronas belum dan tidak akan bersedia untuk memberikan royalty minyak yang lebih tinggi kepada negeri-negeri pengeluar minyak negara. Selain 6 perkara tersebut, Petronas juga berkira-kira untuk terus menaja beberapa syarikat permotoran dunia seperti penyertaan mereka di dalam F1. Keuntungan Petronas tidak akan terjejas jika pelaburan Petronas di luar negara membuahkan hasil. Adakah Petronas hanya bergantung pendapatan mereka dengan hasil domestic semata-mata? Jika ya layaklah negeri-negeri pengeluar minyak menuntut lebih royalty kerana petroleum adalah hasil negeri yang dinikmati Sarawak misalnya sejak zaman Rajah Brooke lagi. Tetapi sejak pengenalan akta Petroluem hasil minyak bukan lagi hasil utama Sarawak tetapi terpaksa bergantung kepada inisiatif sendiri untuk maju.
                Penduduk di Sarawak misalnya tidak bekerja di pelantar minyak milik Petronas. Kebanyakkan orang Sarawak bekerja dengan SHELL Sarawak berbanding dengan Petronas yang mengambil pekerja dari peringkat “Persekutuan” kebanyakkannya. Adapun orang tempatan baik di Sarawak mahupun Sabah serta Terengganu dan Kelantan bekerja sebagai “pump Assistant” di Petrol Station milik Petronas. Sudah pastinya Tauke kedai minyak yang akan mengaut keuntungan. Saya pernah bekerja di Station Minyak Petronas di sebuah daerah di Sarawak dengan gaji sebanyak RM250 SEBULAN. Saya hanya mampu bertahan beberapa bulan apabila hasil “kantau” berkurangan akibat kenaikkan harga minyak mendadak ketika itu. hal itu menyebabkan beberapa syarikat pengakutan (rakan kantau pekerja Petronas) mengalami masalah kewangan. Tanpa “kantau” kebanyakkan pekerja di stasen minyak pastinya tidak akan bertahan lama. 

Peluang Pekerjaan


Peluang Pekerjaan
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Peluang Pekerjaan di Malaysia adalah terhad. Dengan sumber yang terhad dan tenaga kerja yang banyak menjadikan persaingan merebut kerja menjadi semakin sengit. Masing-masing mahu menonjolkan diri masing-masing untuk mendapat pekerjaan. Jika ada pekerjaan maka akan adalah pendapatan.
                Namun, di sesetengah tempat atau lebih tepat di Malaysia, amalan “cable” atau “link” atau boleh juga dikategorikan sebagai “connection” di dalam sesuatu pejabat, agensi atau lebih parah di kementerian senang untuk mendapat pekerjaan. Tanpa “orang dalam” mungkin akan mustahil untuk mendapatkan pekerjaan dalam situasi ekonomi yang tidak menentu. Akibatnya mereka yang tidak mempunyai “orang kuat” memang dan tidak akan dapat merebut pekerjaan dengan mereka yang mempunyai saudara-mara di dalam sesebuah organisasi.
                Sebagai contoh yang lebih kecil, kita mengambil contoh pembangunan yang pesat di bahagian Mukah. Pembangunan yang pesat adalah sihat bagi ekonomi. Namun yang demikian banyak yang penduduk tempatan terpaksa berkorban demi sebuah pembangunan. Antaranya ialah dua buah bangunan kerajaan negeri yang dibina oleh kerajaan negeri Sarawak yang tersergam indah menjadi kebanggaan masyarakat setempat. Tujuan kerajaan juga amat mulia dengan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat merebut peluang pekerjaan untuk berkhidmat dengan penduduk setempat yang pastinya mereka lebil kenal. Namun, lain pula cerita di sebalik “memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat”. Pada kebiasaannya istilah itu merujuk kepada pekerjaan kelas N1 semata-mata yang berstatus kontrak yang ditawarkan oleh para kontraktor hasil tender pemilik bangunan kerajaan tersebut. Seperti biasa pekerjaan itu meliputi tukang cuci dan pengawal keselamatan yang ditawarkan kepada penduduk tempatan. Manakala bahagian pengurusan pula dikuasai oleh mereka yang “berkelayakkan” yang dipilih secara “telus”.
                Bangunan Pusat Pentadbiran Baru Bahagian Mukah dan pejabat RECODA pula merupakan sasaran atau “target” penduduk tempatan untuk bekerja di dalam bidang pengurusan. Tetapi melalui sumber yang boleh dipercayai kesemua tempat di dalam bangunan tersebut “telah diisisi” oleh bakal pekerja dari luar terutama dari Kuching. Adapun nanti iklan Jawatan Kosong dan panggilan temuduga hanya sebagai “remix” untuk menunjukkan “ketulusan” mereka mencari calon yang sesuai untuk menjawat jawatan tersebut. Kes tersebut pernah berlaku samasa kami menghadiri temuduga di MRSM Mukah. Kebanyakkan calon yang datang temuduga memang berharap mereka akan mendapat pekerjaan tersebut. Setelah tempoh matang bagi menunggu keputusan temuduga tamat kami bertanya kepada pegawai di pejabat MARA Mukah. Jawapan mereka amat menggembirakan penduduk luar. Mereka memberitahu bahawa selepas seminggu temuduga di pejabat MARA Mukah bagi mengisi kekosongan di MRSM Mukah, pejabat pengurusan MARA Negeri telah menghantar “Orang-orang Mereka” untuk mengisi kekosongan di MRSM Mkah. Maka, tiada seorang pun di antara kami yang datang temuduga itu yang mendapat mengisi kekosongan tersebut. Hany “mereka” bernasib baik kerja jadi kerani.  Mungkin kami layak menjadi tukang cuci atau pengawal keselamatan sahaja agaknya. Itu adalah istilah “memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan”.
Anda boleh juga membaca post ini dalam bahasa melanau Mukah @ www.likeumukahteleu.blogspot.com

emas fiskal


Pelaburan Emas
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Pada petang semalam, sempat juga seorang kawan saya di hemodialysis Mukah bercakap tentang hobi barunya dalam pelaburan. Saya Tanya pelaburan apakah itu? lalu dijawapnya pelaburan emas. Saya Tanya lagi emas yang macam mana? Barangan Kemas jawapnya.
                Lalu saya memberi sedikit nasihat kepada beliau bahawa melabur emas adalah satu pelaburan yang amat bijak. Tetapi kurang bijak jika kita melabur dalam emas fiscal seperti  barangan kemas. Yang paling ideal ialah emas dalam bentuk jongkong atau syiling emas seperti syling kijang emas keluaran Bank Negara Malaysia.
                Beliau berhujah dengan saya tentang kenaikan harga barangan kemas berbanding beberpa tahun lalu berbanding sekarang dan tahun ini dengan tahun-tahun yang akan datang. Beliau memberi contoh tentang seutas rantai tahun 1960-an sekarang bernilai lebih RM4000.
                Saya membalas bahawa, barangan kemas mempunyai susut nilai. Susut nilai barangan kemas adalah tidak ketara. Antara susut nilai yang berlaku pada barangan kemas ialah:
1.       Corak pada barangan kemas yang akan berubah mengikut peredaran masa. Jika kita menjual semula barangan kemas itu, tauke akan memberi alasan bahawa patent itu telah ketinggalan zaman dan beliau pastinya akan mengurangkan margin keuntungan kita dan menaikkan margin keuntungan beliua kerana nilai emas itu lebih mahal dari corak yang ada pada barangan kemas itu.
2.       Proses mengilat semula barangan kemas juga akan menyusutkan harga barangan kemas itu sendiri. Tauke kedai akan mengambil sedikit sisa-sisa emas yang dicuci itu tanpa pengetahuan kita. Terdapat tauke yang mengabil kesempatan ini untuk meraih keuntungan. Maka nilai barangan kemas itu secara automatic telah tersusut nilai.
3.       Kos upah juga akan menyusutkan nilai barangan kemas itu sendiri. Peniaga akan mengecas beberapa ringgit dari hasil jualan barangan kemas itu selain harga kos lain-lain yang terpaksa ditanggung oleh barangan kemas itu.
Jika kita membeli jongkong emas ataupun syiling emas, kedua-duanya adalah emas fiscal dan kekal nilainya. Kita tidak perlu mengilat semula atau mencorak semula jongkong emas mahupun syiling emas itu. tettapi dengan syarat jangan mengusik atau menyentuh secara terus permukaan emas itu kerana dikuatiri akan menjejaskan permukaan syling atau jongkong emas. Namun jangan bimbang kerana harga emas itu tidak akan terjejas. Namun, jika kita menyimpan syiling emas, selain anda menyimpan emas anda juga menyimpan numismatic yang mungkin amat bernilai suatu hari nanti. 

dekat-dekat


Menjelang PRU-13
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Semakin rancak pihak Kerajaan BN dan Pembangkang PR berkempen. Belum lagi parlimen dibubarkan tetapi siri kempen telah awal-awal lagi dilancarkan di seluruh negara. Dengan kedua-dua pihak mencari sokongan dari akar umbi untuk meraih sokongann bagi menjamin kemenangan dan mandate dari rakyat pada PRU-13 nanti.
                BN mungkin masih akan dapat mengekalkan kekuasaan mereka sekurang-kurangnya sepenggal lagi bagi memberi masa kepada DSM Najib untuk melaksanakan Program Transformasi Kerajaan. PR pula akan terus cuba menggunakan istilah reformasi bagi menumbangkan kerajaan.
                Kedua-dua pihak dilihat lebih mementing kekuasaan mereka bagi mendapat tempat di Putrajaya semata-mata. Secara relatifnya, matlamat kedua-dua parti gabungan itu masih berpaksikan kepada keinginan untuk mandapatkan kuasa. Sebagai penduduk negeri Borneo, kedua-dua BN mahupun PR masih meminggirkan negeri Borneo dalam Kabinet masing-masing. Maka pembanguan masih akan ketinggalan berbanding dengan Semenanjung.
                Kempen sepanjang tahun yang dilakukan oleh parti-parti politik Malaysia menyebabkan sesetengah pihak tidak tahu adakah kita mengadakan pilihanraya sepanjang tahun walhal ia dilakukan setiap lima tahun sekali atau kurang bergantung kepada keputusan Perdana Menteri. Kempen sepanjang tahun ini menyebabkan rakyat terdedah kepada pelbagai informasi yang bersifatkan politik dan memperlahankan perkembangan ekonomi. Misalnya di negeri-negeri di perintah PR yang memainkan banyak isu remah menjadi isu politik. Manakala ahli akedemik pula berpendapatan campur tangan kerajaan dalam dasar-dasar pelajaran negara tidak disenangi mereka. Bagi mereka adalah lebih afdal jika system pelajaran negara ini ditakbir oleh mereka yang arif dalam akademik berbanding mereka yang terlibat dengan politik.
                

Mengapa negeri-negeri pengeluar minyak menuntut royalty yang lebih tinggi?


Mengapa negeri-negeri pengeluar minyak menuntut royalty yang lebih tinggi?
Damai dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian.
Negeri-negeri pengeluar minyak mahu royalty minyak dikaji semula agar dengan hasil royalty itu dapat mempercepatkan pembangunan negeri-negeri pengeluar yang kita sedia maklum adalah lebih mundur daripada negeri-negeri yang bukan pengeluar minyak di Malaysia. Di manakah kesalahannya? Di manakah silapnya? Sejak perkembangan teknologi dalam pengeluaran minyak dan gas negara berbanding era Brooke di Sarawak, pengeluaran dan hasil minyak adalh meningkat lebih-lebih lagi dengan peningkatan harga minyak di pasaran dunia.
                Sebagai negeri pengeluar minyak, adalah layak negeri-negeri tersebut menikmati pembanguan yang lebih berbanding dengan negeri yang bukan pengeluar minyak. Akibat hasil negeri yang berkurangan maka tidak hiaranlah negeri-negeri pengeluar minyak ini hanya menjadi penonton kepada kepesatan kemajuan negara. Seperti Sarawak, negeri ini terpaksa mencari inisiatif sendiri untuk membangunkan negeri ini. Antaranya ialah hasil balak. Walaupun banyak penyelewengan yang dilakukan oleh mereka yang berkepentingan, namun Sarawak mampu mengembangkan ekonominya dengan mampan dan berhemah daripada terus bergantung kepada peruntukan Persekutuan. Hasil Persekutuan adalah hampir separuh disumbangkan oleh Petronas. Andaikan hasil Petronas itu milik Sarawak, Sabah, Terengganu dan Kelantan mengikut pengeluaran masing-masing, sudah tentulah pendapatan KDNK Sabah dan Sarawak akan melebihi pendapatan Persekutuan. Tetapi Sabah dan Sarawak bermurah hati berkongsi kekayaan itu dengan Semenanjung maka pembangunan Persekutuan lebih kepada pusat pentadbiran negara berbanding engan negeri-negeri pengeluar minyak.

Memilih Pekerjaan


Memilih Pekerjaan
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman.
Seperti kebanyakan tempat di Malaysia, masalah kekurangan tenaga kerja telah menjadi isu yang lama. Dalam masa yang sama kadar pengangguran juga masih di tahap yang sama.
                Kekurangan pekerja hanya berlaku di dalam sector “bergaji rendah” menakala pengaguran berlaku di dalam sector “bergaji tinggi”. Di Malaysia, pelajar berpendidikan SPM sudah dianggap tinggi dan layak untuk mendapat pekerjaan bergred sekurang-kurangnya N17. Bekerja dari jam 8 pagi sehingga jam 5 petang. Kebanjiran graduan yang mencecah ratusan orang setahun menyempitkan lagi peluang pekerjaan kepada lepasan SPM dan STPM yang tersangkut. Mereka juga mahu meninkmati gaji yang lebih besar dan stabil dan suasana kerja yang kondusif dan berdaya saing.
                Bagi kes kekurangan tenaga kerja di dalam sector “bergaji rendah” pula berlaku kerana wujud pelbagai karenah dari majikka. Antaranya ialah waktu kerja yang terlalu ketat.  Selalunya mereka berniaga selama 12 jam sehingga ke 24 jam dalam sehari tujuh hari seminggu dengan gaji yang amat menyedihkan angkanya. Selain waktu kerja yang tidak masuk akal, bebanan kerja yang ditanggung oleh pekerja mengalahkan kerja pemilik kedai sendiri. Dengan status “tauke” taukenio” majikkan hanya mengarahkan pekerja melakukan kerja berbanding dengan mencari atau menambah tenaga kerja. Mereka dengan sedaya upaya memaksimumkan penggunaan tenaga buruh yang ada dengan kerja yang banyak dan gaji yang sedikit.
                Maka, adalah tidak hairan penduduk tempatan yang berkelayakkan untuk mendapatkan pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan dan gaji di tempat lain. Dengan yang demikian meninggalkan kampung halaman dan pekerjaan sedia ada kepada penduduk atau pekerja asing. Jika kita dijanjikan kerja yang stabil dan gaji yang tinggi sudah pastinya kita akan pergi ke tempat yang lebih baik. Tenaga kerja atau buruh ini adalah manusia yang mempunyai impian masing-masoing. Mereka juga mempunyai naluri. Pekerja asing tanpa izin pun mempunyai perasaan yang sama. Layanlah pekerja dengan sewajarnya mereka dilayan. Tepuk dada Tanya selera. Jangan selera hendak mengaut keuntungan semata-mata tetapi situasi menag-menang harus dititik beratkan.

pecahkan undi kai


Memecah Undi
Damai dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian.
Antara cara untuk memecahkan undi semasa pilihanraya ialah ialah memperbanyakkan calon yang bertanding. Namun, jika calon yang bertanding berada di bawah tahap “wakil Rakyat” adalah agak mustahil untuk memecahkan undi.
                Internet belum lagi dapat memecahkan undi namun media traditional seperti television dan cetak akan terus menjadi pemain penting dalam usaha memecahkan undi. Penyebaran risalah dilihat tidak praktikal tetapi jika melalui system pesanan ringkas (SMS) mungkin mampu mengantikan risalah yang akhinya hanya akan menjadi sampah.
                Isu-isu atau modal kempen seharusnya lebih baru dan ringkas supaya lebih mudah untuk difahami oleh golongan muda.
                Keterampilan seseorang calon juga harus dititik beratkan. Jika calon bertanding tidak mencerminkan rakyat di kawasan konsesi adalah lebih baik memilih calon yang sedia ada.
                Selain itu, calon hendaklah lebih bersedia menjawap soalan dalam setiap persoalan oleh para pengundi. Cara terbaik ialah mengadakan sesi debat berbanding dengan tradisi berkempen untuk menunjukkan kepada pengundi calon mana layak dipilih menjadi wakil rakyat.

semakin hampir tapi ic baru belum siap


Kehangatan PRU-13
Damai dan salam sejahtera kepada pembaca yang budiman.
Sejak tsunami politik 2008, PR lebih yakin untuk membuat kejutan dalam PRU-13 kali ini. Mereka akan mempertahankan negeri-negeri yang dikuasai mereka terutama Pulau Pinang dan Kelantan. Mereka mungkin akan kehilangan Kedah dan Selangor tetapi mereka hanya akan kalah dengan majority yang lebih kecil. Bergitu juga dengan negeri-negeri lain yang dikatakan kubu kuat BN.
                PR dilihat lebih agresif berkempen sepanjang tahun berbanding BN yang lebih menumpukan kepada perjalanan untuk menunaikan semua Janji Pilihanraya mereka yang masih banyak lagi belum dilaksanakan. PR pula mengambil kesempatan ini untuk meninjau masalah rakyat di negeri-negeri yang dikuasai oleh BN. Sikap lepas pandang BN juga boleh membawa padah kepada mereka pada PRU-13 nanti.
                Seperti kebiasaan sikap pemimpin politik, mereka akan bekerja dengan lebih bersemangat menjelang PRU baik BN mahupun PR. Projek-projek yang dijanjikan biasanya akan dilaksanakan menjelang PRU.
                Kempen sepanjanh tahun, 24 jam sehari 7 hari seminggu ini sebenarnya menyebabkan mereka yang digelar “pengundi atas pagar” tidak berminat untuk mengundi. Sepatutnya mereka tidak terlalu teruja untuk berkempen bagi meraih sokongan rakyat. Ucapan-ucapan pemimpn sering menyelitkan kempen berbanding tujuan utama majlis tersebut.

Jawatan Kosong


Jawatan Kosong
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca.
Berapa ramai diantara kita yang sedang mencari pekerjaan yang setimpan dengan “certificate” yang kita ada?
Seranccak mana pun pekembangan pembangunan negara patinya isu pengaguran akan terus menjadi duri dalam daging dalam kepesatan ekonomi negara.
Terbaru dan masih hanyat lagi ialah 8000 jururawat yang masih menganggur di Malaysia. Salah seorang antara mereka ialah kawan saya sendiri seorang India yang sudah tiga tahun menunggu peluang pekerjaan datang kepadanya. Sehingga pada suatu ketika beliau ada memberitahu saya untuk berhijrah ke Singapura untuk mencari pekerjaan di sana. Sempitnya Malaysia sehingga kita terpaksa berhijrah ke tempat orang yang sempit tetapi luas peluang pekerjaannya.
                Sesetengah orang yang berkelayakkan tidak mendapat pekerjaan yang sesuai adalah kerana masalah “orang dalam” di dalam sesebuah organisasi. Misalnya di sebuag agensi kerajaan di sebuah bahagian di wilayah tengah Sarawak. Seramai 88 orang yang datang untuk temuduga dengan empat kekosongan jawatan ditawarkan. Separuh daripadanya adalah mereka yang sedang dalam kontrak sebagai pekerja sambilan cuba untuk mengisi semula empat jawatan kosong yang juga berstatus sambilan. Akhirnya hanya dua diantara 88 orang yang datang temuduga. Seorang lagi anak kepada pekerja organisasi kerajaan sendiri yang tanpa perlu hadir ke sesi temuduga bersama-sama 88 orang tadi. Seorang lagi adalah anak buah kepada ketua jabatan yang hadir bersama 88 orang calon tadi. Seorang lagi tidak diketahui siapa dari mana asal usul beliau. Bukan mahu mempertikaikan rezeki seseorang tetapi biarlah secara lebih adil dan saksama. Jadi apakah pekerjaan yang sesuai untu anda? Mencari pak cik atau mak cik anda di dalam sesebuah organisasi untuk mendapatkan pekerjaan? Atau menceburi perniagaan yang serba mencabar? Atau layak sekadar menjadi petani dan nelayan?

gaji minimun sama engan gaji amah indonesia


Gaji Minimun
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Perlaksanaan gaji minimum bagi pekerja swasta di sambunt dingin oleh para peniaga dan pihak swasta. Menurut mereka perlaksanaan gaji minimum ini akan meningkatkan kos operasi perniagaan mereka. Kerajaan juga akan melaksanakan gaji minimum ni kerana bagi pekerja am yang bergaji di bawah paras kemiskinan juga pastinya akan meningkatkan kos pengurusan.
                Antara rasionalnya gaji minimum ini ialah pekerja akan mempunyai lebih tunai untuk berbelanja. Jika peniaga menaikkan harga maka kebolehgunaan wang akan merosot dengan teruk kerana berlakunya inflasi. Jadi jika peniaga menaikkan harga barangan, margin keuntungan mereka juga akan menurun. Jadi adalah lebih rasional jika peniaga merancakkan lagi aktiviti perniagaan untuk meraih lebih banyak lagi pelanggan.
                Apabila rakyat mempunyai banyak wang untuk belanja maka, secara tidak langsung akan merancakkan ekonomi. Seperti contoh, penjawat awam yang menikmati gaji yang tinggi pastinya akan lebih berbelanja daripada mereka yang berpendapatan rendah. Jika rakyat mempunyai lebih wang maka sector ekonomi terutamanya perniagaan runcit akan terus berkembang.
                Perlaksanaan gaji minimum ini yang dilaksanakan secara berperingkat dapat memperbanyakkan aliran tunai dalam ekonomi. Wang yang banyak dikaut oleh para peniaga yang hanya disimpan di dalam bank tidak banyak membantu dalam ekonomi. Jika wang keuntungan itu dijana oleh ekonomi adalah tidak mustahil ia dapat mengukir senyuman di wajah semua pihak.

Di mana asalnya bendera


Asal usul bendera.
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman lagi bijaksana.
Setiap bendera mempunyai asal usulnya sendiri. Cerita di sebalik bendera itu sendiri malah cerita di sebalik nama bendera itu sendiri. Sesetengah bendera berasal dari negara penaungan mereka sendiri terutama negara-negara yang dijajah oleh negara yang kuat dan besar. Pengaruh negara penjajah adalah kuat bagi negara-negara pro-barat seperti yang berlaku di Malaysia dan Indonesia. Misalnya di Malaysia, bendera Jalur Gemilang ini berasal dari bendera Syarikat Hindia Timur Inggeris yang juga dijadikan asas kepada bendera All Stars United States of America. Manakala di Indonesia pula, bendera Sang Saka Merah Putih pula berasal usul dengan empayar Majapahit dan Srivijaya yang berasal dan bertapak di Bumi Jawa, Indonesia. Selain dua empayar besar asia tenggara pada zaman dahulu, bendera Indonesia juga mempunyai mirip bendera Holland yang juga negara penaung bagi Indonesia. Boleh dikatakan warna biru di bawah bendera Belanda itu digugurkan untuk meninggalkan warna merah di atas dan warna putih dibawah. Maka jadilah sebuah bendera Indonesia yang bergelar Sang Saka Merah Putih itu.
                Walau dari mana asal atau cerita disebalik sesebuah bendera itu, bendera itu tetap dan harus menjadi sanjungan kepada setiap warga yang bernaung di bawah bendera itu. hal ini kerana, setiap bendera adalah maruah sesebuah bangsa yang merdeka.

Friday, October 12, 2012

pelaburan emas

Friday, October 12, 2012 0

Pelaburan Emas vs Dinar Iraq
Pelaburan emas
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca.
Heboh di Malaya apabila sebuah agensi pelaburan emas di sita oleh Bank Negara Malaysia kerana mengambil deposite secara tidak sah daripada orang ramai. Ramai terpaksa akur kerana wang mereka kemingkinan akan lesap bergitu sahaja.
                Setiap pelaburan yang menjanjikan pulangan yang besar dalam masa yang cepat. Siapa yang tidak mahu untuk untung yang banyak dalam masa yang singkat. Misalnya pelaburan emas yang pelbagai skim yang mengiurkan. Tetapi sebagai cara paling selamat untuk melabur emas ialah membeli emas fiscal dari pembekal-pembekal emas yang sah dari Bank Negara Malaysia misalnya Public Gold. Selain itu, terdapat bank yang juga menjual emas secara fiscal. Antaranyanya Kijang Emas dari Bank Negara Malaysia. Hal ini kerana, emas fiscal dapat disimpan dan kekal berbanding dengan pelaburan buku yang kita tidak Nampak emas itu seperti yang berlaku sekarang ini. Mereka dijanjikan dengan dividen yang tidak masuk akal. Kita boleh menjual semula emas-emas itu di bank-bank yang menjual emas atau di mana-man kedai emas yang lain.
                Kedua, pelaburan emas buku dari bank-bank perdaganan utama seperti Maybank dan Publick Bank yang menyediakan akaun emas. Ia lebih selamat kerana pastinya bank-bank akan menjaga reputasi mereka. Selain itu, pihak bank perdagangan telah menerima lessen daripada Bank Negara Malaysia untuk mengambil deposite dari orang ramai. Jadi lebih selamat kita melabur emas di tempat yang kita rasa dijamin simpanan emas kita. Sebagai contoh lain ialah al-rahnu dari Bank Rakyat. Sebagai contoh di Maybak, kita dapat menjual semula emas kita kepada pihak bank dan mendeposite wang kita terus ked lam akaun semasa kita.
                Anda harus bijak dan berhati-hati semasa membuat pelaburan. Sebagai nasihat, jangan membuat sebarang pinjaman untuk membuat pelaburan. Jika mahu membuat pinjaman pastikan pinjaman anda tidak lebih dari 30% daripada pendapatan boleh guna anda. Jika annda melebihi pastinya jika pelaburan anda gagal akan menjahanamkan ekonomi anda sendiri.

Dinar Iraq


Pelaburan Emas vs Dinar Iraq
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Seperti mana pelaburan emas, pelabiran matawang Dinar Iraq juga menjadi senjata kepada kebanyakkan penyangak skim cepat kaya untuk mengaut keuntungan. Berhati-hati dengan skim-skim yang mencurigakan anda. Misalnya Dinar Iraq, secara ekonominya Dinar Iraq tidak boleh digunakan sebagai alat pertukaraan antarabangsa kerana negara itu masih dibawah sekatan PBB. Sedangkan Iraq terpaksa menggunaka Dolar Amerika  untuk perdagangan antarabangsa dan membina semula negara mereka.
                Saya tidak pasti dealer-dealer yang menjual Dinar Iraq ini yang sah tetapi sebagai  keselamatan anda digalakkan untuk membeli Dinar Iraq ini di pengurup wang yang berlesen berhampiran anda. Ini penting supaya apabila nilai Dinar Iraq meningkat anda telah mempunyai pembeli yang bersedia untuk membeli Dinar Iraq anda. Selain itu, anda boleh membeli Dinar Iraq dari kawan anda yang anda boleh percayai. Buat perjanjian denga beliau yang anda akan menjual semula Dinar Iraq itu kepada kawan anda sendiri. Ini adalah langkah yang paling selamat. Jika anda mahu untung lebih anda boleh melabur sebanyak mana yang anda mahu kerana JIKA untung anda sendiri yang akan menikmati keuntungan itu. tetapi jika tidak berlaku seperti yang dijangkakan oleh speculator anda boleh simpan Dinar Iraq untuk anda pergi melancong ke Iraq nanti.
                Salah satu cara paling selamat ialah anda boleh pergi ke Iraq sendiri dan membuka akaun di sana. Ia lebih selamat kerana anda tidak perlu menyimpan wang secara fiscal tetapi sekadar di dalam akaun bank di sana. 

Tuesday, October 9, 2012

samizul.net

Tuesday, October 9, 2012 0

Jawapan untuk encik samizul.net
samizul.net:
04. Saya menyokong perjuangan mendaulatkan intipati 20 Perkara tersebut tetapi tidak bersetuju dengan idea membawa keluar Sabah dan Sarawak dari gabungan Persekutuan Malaysia seperti kelompok di fasal 3(a) yang saya sebutkan tadi.

05. Bagi saya, idea dan usaha membawa Sabah dan Sarawak keluar dari gabungan Persekutuan Malaysia pada masa sekarang adalah semacam suatu ugutan. Secara mudah, situasinya begini:-

a) "Bawa Sabah dan Sarawak keluar Malaysia, barulah 20 Perkara dapat didaulatkan!" (Jika telah keluar, wujudkah lagi 20 Perkara?);

b) "Jika 20 Perkara tidak didaulatkan, kita bawa Sabah dan Sarawak keluar Malaysia!".
Jawapan: 0.4. SKMM bukan sahaja mahu mendaulatkan Perkara 18/20 Perjanjian Malaysia kerana tetapi mahu perkara itu menjadi tumpuan kerana setelah perkara itu termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan ia seakan-akan dilupakan. Apatah lagi ia “mungkin tertimbus” atas pindaan-pindaan yang dibuat oleh parlimen.
Jawapan: 0.5 a) Perkara 18/20 adalah modal untuk keluar dari Malaysia. Jika sudah keluar maka Perkara 18/20 akan menjadi sama seperti Perkara 14 oleh Singapura.
                 0.5 b)  ia bukan setakat Perkara 18/20 maka kita akan keluar Malaysia tetapi banyak perkara lain yang harus diperbetulkan. Sama seperti kes Singapura sehingga sekarang pun masih menjadi isu di antara Malaysia-Singapura.
samizul.net :
Persoalan
06. Maka persoalan utama saya ialah, apakah hak dan peruntukan undang-undang mana yang membolehkan, yang mengizinkan dan memberikan justifikasi kukuh kepada sesiapapun di dalam Persekutuan Malaysia ini pada masa sekarang, untuk membawa Sabah dan Sarawak keluar dari gabungan Persekutuan Malaysia?
Description: C:\Users\Public\Recorded TV\Downloads\webpage\SOALAN UNTUK SABAH DAN SARAWAK KELUAR MALAYSIA ~ ! samizul.net !_files\point7-20points.JPG
[Enlarge]
Sumber : [
GoPetition]

07. Seterusnya, jika kita - termasuk SSKM - benar-benar memperjuangkan pendaulatan intipati 20 Perkara tersebut, maka bukankah Perkara 7 dalam 20 Perkara menyatakan:-

Point 7: Right of Secession.
There should be no right to secede from the Federation.

(Terjemahan bebas)
Perkara 7: Hak untuk Berpisah.
Tiada hak untuk berpisah dari Persekutuan.
Jawapan: Seperti yang kita sedia maklum, setiap perkara yang tercatat dan tertulis di dalam perlembagaan Malaysia boleh dipindah dengan persetujuan 2/3 majoriti ahli Parlimen dengan pekenan Majlis Raja-Raja. Menurut mereka yang pakar dan terlibat secara langsung dengan Pembentukkan Malaysia, Perkara 14/18/20 antara Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak adalah “Perjanjian Tidak Rasmi”. Mungkin, Perkara 7 itu tidak tertulis di dalam perlembagaan. Jadi, Tunku Abdul Rahman tidak memerlukan persetujuan 2/3 majoriti Parlimen apatah lagi perkenan Majlis Raja-Raja untuk memisahkan Singapura dari Malaysia.
samizul.net :
10. Singapura mungkin menjadi idola bagi misi membawa Sabah dan Sarawak keluar Malaysia ini. Dengan harapan, apabila Sabah dan Sarawak keluar Malaysia, maka Sabah dan Sarawak akan bertambah-tambah maju dan pesat membangun menikmati kemerdekaan sendiri sebagaimana yang dialami Singapura.
Jawapan: Singapura bukan lah idola bagi SSKM kerana Singapura mempunyai idealogi dan situasi yang berbeza dengan Sabah dan Sarawak. Brunei juga bukan contoh untuk Sabah dan Sarawak kerana kedua-dua negara itu tidak mempunyai senario seperti yang berlaku di Sabah dan Sarawak.
samizul.net :
 Pada pendapat saya, situasi tersebut bukanlah dijamin akan benar-benar berlaku kerana Sabah dan Sarawak mempunyai banyak isu dan permasalahan yang memberikan liabiliti kepada kemajuan dan kepesatan tadi. Sekadar memberikan dua contoh; isu dan permasalahan itu ialah mentaliti dan gerak kerja pemimpin dan mentaliti rakyat bagi Sabah dan Sarawak secara umumnya.
Jawapan: Secara amnya Sabah dan Sarawak amat terbuka di dalam semua bidang. Saya tidak tahu dimana sumber “liabiliti” yang  dimaksudkan oleh encik samizul.net kerana jika di lihat di Tanah Melayu masalah perkauman mencacatkan pembangunan negara. Kerajaan ketika itu terpaksa mengubal Dasar Ekonomi Baru bagi merapatkan jurang ekonomi di Tanah Melayu. Engan penduduk yang agak ramai pada awal kemerdekaan dengan sumber kewangan yang sedikit, maka dengan adanya Singapura, Sabah dan Sarawak, Kuala Lumpur akan mempunyai sumber ekonomi yang lebih luas bagi membangunkan “Malaysia”. Kerja dan gerakan oleh pemimpin dan mentaliti rakyat Sabah dan Sarawak sebagai penyumbang kepada “liabiliti” itu mungkin tidak tepat kerana Sarawak merupakan penyumbang KDNK ke-empat terbesar di Malaysia dengan pemimpinnya yang berjaya menjadikan Sarawak sebagai negeri paling berdaya saing di peringkat antarabangsa. Begitu juga di Sabah, sektor pelancongan merupakan pelaris kepada  kerajaan Sabah. Sebagai negeri tercantik di Malaysia dengan penduduknya yang ramah pasti bukan liabiliti kepada kepesatan ekonomi di kedua-dua buah negeri ini.



samizul.net:
Konteks Sabah 'Dijajah'
11. Kita imbas kembali fasal 6 di atas. Dari situ, seseorang mungkin akan memberikan hujah bahawa justifikasi yang mewajarkan atau membolehkan kita rakyat Sabah dan Sarawak keluar Malaysia adalah kerana Perjanjian Penubuhan Malaysia 1963 telah terbatal disebabkan Kerajaan Pusat bersama Kerajaan Negeri telah tidak mematuhi banyak kehendak dan tuntutan 20 Perkara. Semenjak Sabah (khususnya) bersama negara Sarawak dan negara Persekutuan Tanah Melayu membentuk (bukan menyertai) Persekutuan Malaysia, 20 Perkara telah acapkali diremehkan dan hasilnya sekarang, 20 Perkara bagaikan tidak wujud langsung lagi.

Saya sedikit bersetuju dengan hujah tersebut. Saya fikir, ianya adalah benar dan terpakai jika kita menilai berdasarkan justifikasi moral. Maksudnya, secara moral, 20 Perkara ini telah pupus. Jika kita menilai berdasarkan praktis undang-undang, maka soalan saya; apakah undang-undang yang membatalkan 20 Perkara? Apakah perisytiharan rasmi dari kerajaan - sama ada Pusat atau Negeri - yang 20 Perkara telah tidak diguna pakai lagi?

12. Pencabulan sebahagian besar isi kandungan perjanjian 20 Perkara ini telah menimbulkan sentimen "Malaya jajah Sabah". Saya bersetuju dan memang ada benarnya dalam banyak lapangan perkara. Hal ini dapat mudah difahami dengan membandingkan kehendak-kehendak dalam 20 Perkara dan situasi Sabah (khususnya) sejak bermulanya kemasukan United Malay National Organization ke Sabah pada awal 1990-an yang lalu.

13. Saya berpendapat, jika kerajaan Pusat benar-benar ikhlas menerima kandungan Perjanjian Penubuhan Malaysia 1963 atau 20 Perkara ini, maka sewajibnya kerajaan Pusat meminda atau menambah mana-mana fasal/klausa dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengambil kira kehendak 20 Perkara tersebut. Bukan sahaja pindaan ini berlaku ke atas Perlembagaan Persekutuan, malah mana-mana undang-undang, akta dan peraturan lainnya (peringkat Jabatan Kerajaan, Kementerian dsb) juga perlu diubahsuai supaya selaras dan memenuhi tuntutan 20 Perkara.

Tetapi, sejauh mana praktik hal di atas benar-benar berlaku?
Jawapan: secara dasarnya terdapat pembahagian kuasa antara kerajaan Persekutuan, kerajaan Negeri dan Kerajaan tempatan. Namun yang demikian, terdapat perkara yang amat besar telah diambil alih oleh kerajaan Persekutuan terutama akta Petroluem 1974 yang “merampas” sumber kewangan utama bagi kedua-dua negeri. Semasa Penjajahan Brooke ke atas Sarawak, kekayaan negeri Sarawak datangnya dari sumber minyak dan hasil hutan yang terus masuk ke dalam poket Brooke. Hanya sedikit sahaja wang itu digunakan untuk pembangunan terutama bagi kawasan luar bandar dan pendalaman. Keadaan yang hampir sama yang berlaku setelah hampir 50 tahun Sabah dan Sarawak berada di bawah bendera Malaysia. Sumber Petroluem merupakan menyumbang terbesar kepada KDNK negara. Namun, seperti yang kita lihat kemajuan di negeri-negeri pengeluar minyak di Malaysia amat mundur. Pehin Sri juga mengatakan bahawa pembangunan insfratructur di Sarawak ketinggalan 20 tahun dibelakang Semenanjung. Itu jika di bandingkan dengan Semenanjung jika di bandingkan dengan negara maju yang lain entah berapa tahun entah. Baru-baru ini, anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Mukriz Tun Mahathir melawat Sarawak untuk melihat sendiri keadaan di Sarawak . menurut beliau, beliau masih lagi mendengar bahawa terdpat anak-anak sekolah terpaksa meredah enai, meniti titi menaiki perahu untuk kesekolah setiap hari. Setelah Malaysia berusia 50 tahun masih terdapat rakyat Malaysia berhempas pulas untuk datang ke sekolah. Jika tenaga yang telah banyak di gunakan untuk datang ke sekolah,  maka tenaga untuk belajar semakin berkurangan. Lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak yang berusia kurang 12 tahun. Jadi tidak hairan lah terdapat dikalangan mereka yang berputus asa untuk ke sekolah terutama pada hari hujan. Akhirnya menamatkan persekolahan lebih awal.
Mungkin kita tidak mahu berpisah dengan Semenanjung kerana banyak sudah hasil kita bersama telah dikongsi untuk pembangunan di sebelah sana. Dengan KLCC yang terpacak megah menggunakan hasil “PETRONAS” adalah tidak sesuai untuk Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia. Ada cara lain yang lebih demokrasi dan diplomatik. Antaranya ialah suara kita di parlimen. Fikir-fikirkan lah. Jika kita kuat di parlimen kita juga akan menuntut suara yang lebih kuat di kabinet. Sepatutnya dasar pembahagian kerusi di parlimen harus dituntut dan bukan pilihanraya yang adil dan saksama semata-mata. Jika kerusi kita banyak di parlimen maka keputusan kita akan menjadi lebih menjadi tumpuan. 

Thursday, October 4, 2012

Bangunan Kerajaan Persekutuan

Thursday, October 4, 2012 0

Bangunan Kerajaan Persekutuan
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman.
                Petang tadi saya ke Jabatan Pendaftaran Negara di daerah Mukah. Untuk pengetahuan pembaca, daerah Mukah adalah daerah pentadbiran bagi Bahagian Mukah. Jadi sepatutnya semua kemudahan di sini adalah setaraf dengan statusnya sebagai pusat Pentadbiran Baru Koridor Pembangunan Wilayah Boleh Diperbaharui (SCORE).
                Namun apa yang menyedihkan ialah, perkhidmatan dari kerajaan Persekutuan di daerah ini seperti zaman dulu-dulu. Misalnya sebuah bangunan baru siap yang menempatankan jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imegresen Negara, Jabatan Pertahanan Awam dan juga RELA. Pada mula pembinaan bangunan ini, banyak pihak termasuk saya sendiri percaya bangunan ini adalah sebuah kuaters kerajaan. Hal ini kerana, di seberang bangunan ini menempatkan kuaters kerajaan negeri yang seperti perumahan bernilai RM500000 di semenanjung. Saya juga bertanya kepada kawan saya yang bekerja dengan Majlis Daerah Dalat dan Mukah dan jawapan beliau juga mengatakan bangunan itu adalah sebuah kuaters. Bangunan itu siap selepas beberapa bulan terbangkalai dari jadual asal.
                Setelah siap, bangunan itu si cat seperti warna Jabatan Kastam dan Imegresen Malaysia. Bagunan dua tingkat itu menempatkan agensi kerajaan yang saya nyatakan tadi. Namun demikian, sedikit renovation dilakukan iaitu laluan OKU di sediakan. Tetapi banguan ini masih tidak mesra OKU kerana jabatan-jabatan kerajaan ini terletak di tingkat dua. Tiada perkhidmatan lif disediakan. Manakal tingkat satu (GF) pula seperti tiada apa-apa agensi yang ada menyediakan perkhidmatan di situ. Tidak tahu sebab mengapa mereka meletakaan pejabat urusan mereka di tingkat kedua bangunan berbanding di tingkat satu (GF).
                

Bajet Kita 2013


Bajet Kita 2013
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman.
Setelah Pakatan Rakyat membentangkan Bajet mereka kemudian disusuli oleh pihak Kerajaan banyak komen dan pembandingan dilakukan oleh mereka yang pakar dalam bidang masing-masing. Sector swasta mungkin juga telah dan akan membentangkan bajet mereka. Selalunya bagi syarikat yang besar akan melakukannya. Bagaimana pula dengan syarikat –syarikat yang kecil? Mungkin ada tetapi mungkin hanya dibentangkan untuk lembaga pengarah sahaja. Bagaiman pula bagi syarikat milik persendirian yang pekerjanya tidak sampai pun lima orang? Kita tidak tahu bagaiman mereka merencanakan perniagaan mereka. Namun yang demikian, kedengaran juga keluhana dari pekerja syarikat swasta tentang company mereka yang agak “kedekut”. Tentang gaji dan juga pemberian bonus yang hek elej sahaja.   
                Kita ke skop yang lebih kecil. Adakah ibu bapa kita menyediakan satu bajet untuk tahun 2013 atau tahun-tahun sebelum ini? Sebenarnya tidak banyak di antara kita yang menyediakan bajet tahunan. Kebanyakkan daripada hanya berbelanja berdasarkan rutin sahaja. Misalnya, apabila terima gaji bulanan, (contohnya seorang guru) petang selepas sekolah akan bergegas ke bank untuk membayar pinjaman. Kemudian, pergi pula ke kedai runcit membeli barangan dapur. Esok di sekolah, cakap kepada rakan sekerja semua dah settele. Tunggu bulan depan lagi. Belum habis bulan dan habis gaji. Yang tinggal untuk tampung-tampung jelah. Tiba-tiba ada bonus, apa lagi kalau boleh mahu sahaj dihabiskan loan-loan tu untuk dapatkan loan yang baru pula. Tidak ada perancangan.
                Bagi yang bekerja mungkin boleh merancanakan bajet mereka. Bagi yang tidak bekerja juga perlu untuk mengira bajet mereka. Bagi para pengangur bermusim juga perlu untuk mempunyai bajet. Tidak kira berapa bajet anda supaya anda tidak terbeli benda yang tidak perlu. Kita harus bijak dalam memperuntukkan bajet kita agar kita dapat hidup dengan tenang dan tidak tersesak dengan masalah kewangan. Sama-samalah kita bersedia untuk masa-masa yang tidak diduga. Jangan marah bha..

Bajet kerajaan 2013


Bajet kerajaan 2013
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman lagi bijaksana.
Pada tarikh 28 September 2012, Perdana Menteri yang merangkap menteri kewangan akan membentangkan bajet 2013 yang di tunggu-tunggu oleh semua rakayat Malaysia. Pihak Pembangkang telah membentangkan bajet mereka semalam tiga hari lebih awal dari bajet kerajaan.
                Bajet perlu dirancang agar perbelanjaan kerajaan dapat diurusakan dengan baik. Ini bermakna kerajaan dapat meemperuntukkan wang dengan lebih berkhemah. Dengan perbelanjaan yang betul maka rakayat akan menerima impaknya secara tidak langsung.
                Sumber kewangan utama kerajaan ialah cukai. Semua kerajaan memerlukan cukai untuk menjana pendapatan. Tanpa cukai tidak ada kerajaan yang akan dapat membangunkan negara. Jadi tidak hairanlah jika kerajaan akan mempekenalkan cukai-cukai baru dan juga mungkin mengecualikan cukai kepada sesuatau keadaan. Adakah kerajaan akan mempekenalkan cukai baru atau menangguhkan perlaksanaannya atau di luar jangkaan kita.
                Selalunya, kerajaan akan memperuntukkan sejumlah wang kepada setiap kementerian. Itu addalah asas kepada Budget itu dibentengkan. Kementerian-kementerian itu pula akan membahagikan peruntukkan itu kepada jabatan-jabatan mereka sebelum samapai kepada badan perlakasanaan. Kadang-kadang peruntukkan itu akan diturunkan lagi kepada agensi-agensi kerajaan yang lain.
                Semua rakyat mungkin menerima faedah itu secara langsung dan mungkin tidak secara langsung. Misalnya BR1M 2012, semua ketua isi rumah yang berpendapatan di bawah RM3000 layak memohon pemberian RM500 itu. ini adalah inisiatif bajet secara langsung. Secara tidak langsung ialah pembinaan jalan raya dan juga subsidi-subsidi kerajaan. Kerajaan hanya akan menyediakan flatform manakala sector swasta pula harus memanfaatkan flatform itu untuk menjana ekonomi dan pendapatan negara.
                Semua orang akan menantikan khabar baik dari Perdana Menteri terutama kakitangan kerajaan. Mereka tergolong  sebagai golongan yang membantu kerajaan melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Jadi tidak hairanalah jika Kesatuan Pekerja Kerajaan akan sentiasa menuntut dan mengharapkan tuntutan itu dilaksanakan. Maka, orang kampung yang memerlukan bantuan itu mungkin akan terpaksa mencari jalan lain untuk menikmati maksud bantuan dari budget kerajaan itu. mungkin orang kampung tidak jelas dang mungkin orang Bandar tidak menikmatinya. Mungkin hanya mereka yang bernasib baik akan menikmati makna budget itu. jadi, jika ada kejutan maka ada senyuman di bibir kita sebagai rakyat Malaysia. Jangan marah bah..

Bajet kerajaan 2013


Bajet kerajaan 2013
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman lagi bijaksana.
Pada tarikh 28 September 2012, Perdana Menteri yang merangkap menteri kewangan akan membentangkan bajet 2013 yang di tunggu-tunggu oleh semua rakayat Malaysia. Pihak Pembangkang telah membentangkan bajet mereka semalam tiga hari lebih awal dari bajet kerajaan.
                Bajet perlu dirancang agar perbelanjaan kerajaan dapat diurusakan dengan baik. Ini bermakna kerajaan dapat meemperuntukkan wang dengan lebih berkhemah. Dengan perbelanjaan yang betul maka rakayat akan menerima impaknya secara tidak langsung.
                Sumber kewangan utama kerajaan ialah cukai. Semua kerajaan memerlukan cukai untuk menjana pendapatan. Tanpa cukai tidak ada kerajaan yang akan dapat membangunkan negara. Jadi tidak hairanlah jika kerajaan akan mempekenalkan cukai-cukai baru dan juga mungkin mengecualikan cukai kepada sesuatau keadaan. Adakah kerajaan akan mempekenalkan cukai baru atau menangguhkan perlaksanaannya atau di luar jangkaan kita.
                Selalunya, kerajaan akan memperuntukkan sejumlah wang kepada setiap kementerian. Itu addalah asas kepada Budget itu dibentengkan. Kementerian-kementerian itu pula akan membahagikan peruntukkan itu kepada jabatan-jabatan mereka sebelum samapai kepada badan perlakasanaan. Kadang-kadang peruntukkan itu akan diturunkan lagi kepada agensi-agensi kerajaan yang lain.
                Semua rakyat mungkin menerima faedah itu secara langsung dan mungkin tidak secara langsung. Misalnya BR1M 2012, semua ketua isi rumah yang berpendapatan di bawah RM3000 layak memohon pemberian RM500 itu. ini adalah inisiatif bajet secara langsung. Secara tidak langsung ialah pembinaan jalan raya dan juga subsidi-subsidi kerajaan. Kerajaan hanya akan menyediakan flatform manakala sector swasta pula harus memanfaatkan flatform itu untuk menjana ekonomi dan pendapatan negara.
                Semua orang akan menantikan khabar baik dari Perdana Menteri terutama kakitangan kerajaan. Mereka tergolong  sebagai golongan yang membantu kerajaan melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Jadi tidak hairanalah jika Kesatuan Pekerja Kerajaan akan sentiasa menuntut dan mengharapkan tuntutan itu dilaksanakan. Maka, orang kampung yang memerlukan bantuan itu mungkin akan terpaksa mencari jalan lain untuk menikmati maksud bantuan dari budget kerajaan itu. mungkin orang kampung tidak jelas dang mungkin orang Bandar tidak menikmatinya. Mungkin hanya mereka yang bernasib baik akan menikmati makna budget itu. jadi, jika ada kejutan maka ada senyuman di bibir kita sebagai rakyat Malaysia. Jangan marah bah..

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting