Friday, September 28, 2012

Bajet 2013

Friday, September 28, 2012 0
damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman.

bajet 2013 dibentangkan oleh Perdana Menteri yangg merangkap Menteri Kewangan pada 28 September 2012 menggambarkan sebuah bajet dacing yang agak seimbang. hampir kesemua lapisan masyarakat akan menerima manfaat dari peruntukkan yang telah dirancanakan. kesemua kemeterian mendapat sejumlah besar peruntukkan. namun pada kali ini, kerajaan lebih memandang kepada keperluan di Sabah dan Sarawak. antara contohnya iala, harga gas memasak di Bakalalan Sarawak dijual pada harga lebih RM70 walaupun secara dasarnya minyak dan gas di lombong di Miri. selepas kerajaan menanggung subsidi, penduduk di sana akan menikmati harga kurang RM30.(harap-harap lah, harga kat kampung saya harga setong gas warna hijau tu pun dah RM30.50) harga itu belum lagi dijual di ladang-ladang. tapi nasib baik lah kat ladang tu kebanyakkan pekerja dari Indonesia.
BR1m 2.0 diteruskan. mungkin ada peluang pekerjaan lagi selepas ini kerana selepas BR1M pertama banyak pekerja kontrak LHDN menganggur lagi. sekarang belia yang berumur 21 tahun keatas layak menerima BR1M. pastinya untuk meraih IM4U tu. sebab kebanyakkan belia yang berumur 21 tahun ke atas sudah mendaftar sebagai pemilih. jadi tidak hairanlah banyak ringgit yang diberikan kepada belia.
hanya harga rumah yang disenth oleh kerajaan berbanding harga kereta. bagus juga saya rasa. kalau harga kereta diturunkan, pastinya mereka yang berduit akan membeli banyak kereta. kemudian memandu kereta ikut suka hati mereka sahaja. jalan secara laju dan melulu tanpa memberi signal apabila masuk ke simpang dan sebagainya.
tiada apa yang menarik pada bajet ini secara keseluruhan. cukai ada yang dipotong dan ada yang ditambah. tiada beza. tapi mungkin memberi manfaat kepada sesetengah golongan.
pada anjuran 4.4% - 5.5% pertumbuhan, saya rasa ada banyak lagi pertumbuhan selepas ini. hal ini kerana, 5 koridor utama negara diberi perhatian pada bajet kali ini.

Thursday, September 27, 2012

Bajet Kerajaan 2013- Subsidi dan Pembayar Cukai

Thursday, September 27, 2012 0

Bajaet 2013- subsidi

Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman lagi bijaksana.              

subsidi merupakan elemen yang selalu mencuri tumpuan rakyat terutama kepada mereka yang membayar cukai

di dalam pengiraan pendapatan negara, subsidi akan di tolak. Semakin besar subsidi maka semakin kuranglah pendapatan kerajaan. Pendapatan yang tinggi dapat diperuntukkan kepada pembangunan baik di Bandar mahupun di luar Bandar.

bajet kerajaan 2013- adakah orang Malaysia kaya-raya?



Bajet 2013-mungkin      
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman lagi bijaksana.                            
                Antara yang mungkin diberi tumpuan ialah harga rumah. Perumahan mampu milik pastinya menjadi tumpuan utama kerajaan. Hal ini kerana, pendesak-pendesak sering mendesak kerajaan agar campur tangan dalam mengawal harga rumah yang melambung di Bandar-bandar.
harga rumah yang meningkat bukan setakat kerana harga bahan mentah mahupun harga tanah, tetapi juga kadar cukai di sebalik komisen yang diperolehi oleh ejen hartanah
                Selain harga rumah, harga kereta juga menjadi isu. Pembangkang juga menjadikan isu ini di luar. Maka tidak hairanlah hal ini menjadi isu bagi kumpulan-kumpulan pendesak.

Isu cukai juga boleh di kaitkan dengan kereta. keadaan agak sama dengan hartanah. kedua-dua aset ini menikmati susut nilai.
 namun yang demikian, harga rumah mahupun kereta tinggi, tetap uga orang yang berkemampuan membeli dua tiga buah rumah dan kereta. boleh menjadi petunjukkan kepada kebolehupayaan penduduk kita untuk mempunyai aset. dalam masa yang sama juga menekan kita yang berpendapatan rendah untuk memiliki aset. daya penarwaran dan permintaan juga adalah sebab mengapa harga meningkat. selain itu, kita boleh berbangga kerana walaupun harga tinggi orang berduit mampu membeli kereta dan rumah yang mahal walhal harga tersebut jauh dari harga kos. jangan marah bah..

Wednesday, September 26, 2012

Bajet Kerajaan 2013

Wednesday, September 26, 2012 0

Bajet kerajaan 2013
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman lagi bijaksana.
Pada tarikh 28 September 2012, Perdana Menteri yang merangkap menteri kewangan akan membentangkan bajet 2013 yang di tunggu-tunggu oleh semua rakayat Malaysia. Pihak Pembangkang telah membentangkan bajet mereka semalam tiga hari lebih awal dari bajet kerajaan.
bekas menteri kewangan
                Bajet perlu dirancang agar perbelanjaan kerajaan dapat diurusakan dengan baik. Ini bermakna kerajaan dapat meemperuntukkan wang dengan lebih berkhemah. Dengan perbelanjaan yang betul maka rakayat akan menerima impaknya secara tidak langsung.
                Sumber kewangan utama kerajaan ialah cukai. Semua kerajaan memerlukan cukai untuk menjana pendapatan. Tanpa cukai tidak ada kerajaan yang akan dapat membangunkan negara. Jadi tidak hairanlah jika kerajaan akan mempekenalkan cukai-cukai baru dan juga mungkin mengecualikan cukai kepada sesuatau keadaan. Adakah kerajaan akan mempekenalkan cukai baru atau menangguhkan perlaksanaannya atau di luar jangkaan kita.
                Selalunya, kerajaan akan memperuntukkan sejumlah wang kepada setiap kementerian. Itu addalah asas kepada Budget itu dibentengkan. Kementerian-kementerian itu pula akan membahagikan peruntukkan itu kepada jabatan-jabatan mereka sebelum samapai kepada badan perlakasanaan. Kadang-kadang peruntukkan itu akan diturunkan lagi kepada agensi-agensi kerajaan yang lain.
                Semua rakyat mungkin menerima faedah itu secara langsung dan mungkin tidak secara langsung. Misalnya BR1M 2012, semua ketua isi rumah yang berpendapatan di bawah RM3000 layak memohon pemberian RM500 itu. ini adalah inisiatif bajet secara langsung. Secara tidak langsung ialah pembinaan jalan raya dan juga subsidi-subsidi kerajaan. Kerajaan hanya akan menyediakan flatform manakala sector swasta pula harus memanfaatkan flatform itu untuk menjana ekonomi dan pendapatan negara.
aku plan lah..
                Semua orang akan menantikan khabar baik dari Perdana Menteri terutama kakitangan kerajaan. Mereka tergolong  sebagai golongan yang membantu kerajaan melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Jadi tidak hairanalah jika Kesatuan Pekerja Kerajaan akan sentiasa menuntut dan mengharapkan tuntutan itu dilaksanakan. Maka, orang kampung yang memerlukan bantuan itu mungkin akan terpaksa mencari jalan lain untuk menikmati maksud bantuan dari budget kerajaan itu. mungkin orang kampung tidak jelas dang mungkin orang Bandar tidak menikmatinya. Mungkin hanya mereka yang bernasib baik akan menikmati makna budget itu. jadi, jika ada kejutan maka ada senyuman di bibir kita sebagai rakyat Malaysia. Jangan marah bah..

Tuesday, September 25, 2012

jawatan kosong kerajaan

Tuesday, September 25, 2012 0

Kerja di sector kerajaan.
Damai dan salam sejahtera  kepada para pembaca.
Setiap rakyat Malaysia mahu dan ingin bekerja di sector kerajaan. Selain gaji yang konsisten setiap bulan, sector kerajaan juga memberi banyak faedah yang lain. Anrtaranya ialah:
Pencen yang diberikan oleh kerajaan kepada pekerja mereka. Selain itu, pekerja kerajaan senang untuk mendapatkan pinjaman daripada sector kewangan baik untuk pinjaman peribadi, kenderaan mahupun rumah. Mind set penduduk kampung juga lebih kepada mereka yang bekerja di sector kerajaan berbanding dengan di sector lain.
Namun yang demikian, kerajaan kita pada hari ini seolah-olah kurang produktif untuk mengambil pekerja bekerja di dalam pelbagai jabatan kerajaan. Kerajaan lebih suka menawarkan pekerja ini dalam bentuk kontrak selama tiga bulan, enam bulan, dan kontrak sambungan setiap bulan. Hal ini bukan sahaja menyebabkan buruh terpaksa mencari lagi pekerjaan tetapi juga menimbulkan pengangguran geseran di dalam ekonomi. Pekerja terpaksa mengemukan permohonan baru, menghadiri temuduga dan menanti keputusan temuduga. Ini juga akan memerlukan kos yang terpaksa ditanggung oleh buruh yang mengangguran tersebut. Perkara ini amat merugikan buruh kerana tidak dapat untuk menyimpan duit kerana duit diperlukan untuk memohon baru dan menghadiri temuduga. Selain itu, pekerja terpaksa bersaing dengan mereka yang baru keluar dari university yang mempunyai jumlah yang besar saban tahun. Maka, peluang untuk buruh yang terpaksa mencari kerja selepas tamat tempoh kontrak semakin mengecil. Maka tidak hairanlah ada yang terdapat pengangguran memilih perkerjaan sesuai denga pengalaman kerja mereka.
Kerajaan harus lebih adil dan saksama dalam mengabil pekerja bekerja di dalam sector kerajaan. Terdapat agensi kerajaan yang hanya mengambil pekerja atas factor peribadi. Misalnya anak kepada pekerja mereka atau yang sama waktu dengannya. Maka, peluang untuk yang baru akan lebih kecil kerana tawaran hanya dipertimbangkan kepada ahli keluarga terdekat sahaja. Apatah lagi dasar kerajaan sekarang yang memberi inisiatif biasiswa kepada pekerja untuk melanjutkan pelajaran. Jika yang demikian, anak kepada pekerja di sector kerajaan itu mendapat pekerjaan dapat berpeluang menyimpan duit untuk masa depan. Jika prestasi baik dan sudah nasib yang baik maka kerajaaan akan memberi biasiswa kepada dia jadi tidak perlulah dia belajar tinggi untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Dengan bantuan ahli keluarga senang dan mudah untuk menikmati kehidupan yang baik. Lebih-lebih lagi mendapat pekerjaan di sector yang menawarkan gaji yang tinggi berbanding di jabatan yang lain.


Monday, September 24, 2012

Isu Bendera

Monday, September 24, 2012 0

isu bendera
damai dan salam sejahtera kepada paa pembaca sekalian
mungkin perkara atau isu ini tidak akan berakhir. Kadang-kadang lucu juga membaca komen-komen di setiap blog yang mengupas isu Sang Saka merah putih. Jika ya Sang Saka bendera nusantara pada zaman 1200-an maka bendera itu paling tua di Asia. Denmark tidak pernah menukar bendera mereka sejak abad ke-6 masihi.
Tahun 1200-an agam hindu adalah agama rasmi bagi kebanyakan empayar di Asia Tenggara. Jika Malaysia mahupun Indonesia mahukan ciri-ciri Sang Saka kala dalam bendera mereka jadi untuk menmertabatkan agama Islam hanya akan tinggal hajat. Warna merah dan putih Sang Saka langsung tidak adda ciri-ciri Islam. Bagi saya, bendera yang betul-betul Islam Ialah bendera Arab. Kenapa tidak mahu meniru sesuatu yang berunsurkan Islam? Kenapa mahukan yang seangkatan dengan negara bukan Islam?
            Saya bukan Islam tetapi saya sedih melihat penganut agama Islam di serata dunia bergolak. Tidak mahu hidup aman dan makmur seperti pada zaman pemerintahan para khalifah. Mengapa ini semua harus berlaku? Islam itu dikatakan indah tetapi penganutnya gagal mengindahkan agama yang Indah ini. Berbangga dengan unsur Hindu empayar Majapahit dan juga Srivijaya?
            Ada juga rakyat Malaysia malu kepada bendera sendiri. Jika anda berasa mahu bendera yang ada citarasa anda, anda boleh mencari bendera negara mana yang memenuhi citarasa anda. Kemudian tukar warganegara. Lebih selamat.
            Selepas isu bendera, lagu di ciplak,akan keluar isu duit diciplak. Rekabentuk diciplak lah, warna diciplak lah. Isu-isu ini bukan sahaja melambatkan pembangunan tetapi akan menjadi bahan lawak kepada dunia. Ini ialah liability sebenarnya. Ini mungkin yang dimaksudkan oleh samizul.net itu
kalau di Sabah dan Sarawak tidak ada pula masyarakat di negeri ini yang malu kepada bendera Malaysia. Isu itu mungkin amat remah bagi kami di sini kerana ada lagi isu yang lebih baik dibincangkan daripada isu bendera yang dijaga oleh empat pahlawan negara. Jika salah seorang pahlawan itu meninggalkan penjuru Jalur Gemilang, maka akan runtuhlah Persekutuan Malaysia. 

Saturday, September 22, 2012

Richest Malaysian?

Saturday, September 22, 2012 0
full of love
Pehin Sri wealth worth as USD15B? amazing amount of wealth. if this is a really Pehin Sri wealth, he is becomig the Melanau richest man in the world. also, the richest citizens of Malaysia. but, is there a prove that wrote that Pehin Sri is really rich?
Forbes, the world most famous magazine that ranked people all around the globe through their research. they are calculated the wealth of the people without prejudiced.but, they are not putting Pehin Sri in their list. why?
and if Pehin Sri wealth as shown, he is really a proud of melanau community. if we want to be rich like Pehin Sri we need to follow his steps. from zero to billionaire.

Friday, September 21, 2012

we fight

Friday, September 21, 2012 0
the innocence of Muslims

the Muslims all over the globe chosen togetherness to protests against the film. Innocence of Muslims is an anti-Islam video, thought to have been written and produced by Nakoula Basseley. He using the pseudonym of "Sam Bacile". Nakoula used the alias "Sam Bacile", and falsely claimed he was an Israeli-Jewish real estate developer; it was later reported that he is an Egyptian-born Coptic Christian and has used multiple aliases in the past.


big demonstrations or even mega demonstrations cannot over come the anti-Islam . we need to be stronger to protect the war from anti-Christ also known as Dajjal. this is one of the sign of the born of anti-Christ. believe my fellows, even we are catholic even you are a muslims, we are one in the name of One God also known as Allah the Almighty. 

Mari Oppa Gangnam Style

South Korean rapper PSY can add another notch to his belt this week as his viral sensation "Gangnam Style" has danced its way into the record books, Guinness style.
PSY's video has seen a global stamp of approval on YouTube, amassing 2,234,641 YouTube "likes" as of this writing and crushing the 1,575,979 tally of previous record holder, LMFAO's "Party Rock Anthem." That makes "Gangnam Style" the most "liked" video in YouTube history, a mere three months after the video's release.

cracked tooth



A 6,500 year old cracked tooth with beeswax filling, found by researchers, hints at ancient dentistry. They say this discovery could be the most ancient evidence of pre-historic dentistry in Europe. Pictured is a microphotograph of the tooth crown (the beeswax-covered surface is within the yellow dotted line).

from Forbes




Mitt Romney, The Forbes 400 And Student Debt
True, Romney built Bain Capital and a fortune Forbes estimates at $230 million (not counting the $100 million in a trust for his sons and grandkids) with hard work, smarts, backing from Bain Consulting-founder Bill Bain and investments from unrelated rich folks—not with money from his dad. But that doesn’t mean he didn’t start life with a family edge.



*wow-that is an amazing amount of money
 

wow

This example of rock cut architecture contains over 7,200 Buddhist sculptures and over 1,000 square meters of murals. Construction began in the Later Qin era (384-417 CE)..


china
Maijishan Caves, Tianshui, China.

Mengapa orang berebut untuk menjadi wakil rakyat


Mengapa orang berebut untuk menjadi wakil rakyat
Tahukah anda pendapatan seorang wakil rakyat mampu mencecah RM8000. Hampir sama dengan penjawat awam yang berkedudukan gred N52.           
Jika anda bertanding dan menang dalam pilihanraya, anda akan menikmati elaun sebagai wakil rakyat selain imbuhan-imbuhan yang lain. Jika anda seorang usahawan maka senanglah syarikat anda untuk menang dalam tender-tender kerajaan. Maka semakin majulah perniagaan anda. Jika anda menjadi wakil rakyat, maka senanglah anda untuk menjadi pengerusi tetap dalam jawatankuasa-jawatankuasa di dalam sesebuah koperasi dan sebagainya.        
                Lebih tersenyum jika anda sebagai orang tengah dalam sesuatu projek yang bernilai dan berimpak tinggi. Semakin tinggi nilai sesuatu projek maka semakin tinggi lah bonus anda. Jika anda mampu bertahan lama sebagai wakil rakyat, anda akan di katakan ada sui oleh masyarakat cina. Semakin lama anda di dalam dewan maka pence anda juga semakin meningkat.
                Jadi raihlah sokongan sekarang. Pilih untuk memilih

wang


Wang
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Apa itu wang? Wang adalah duit kertas yang digunakan dalam pasaran. Wang adalah satu nilai yang dicetak di atas sekeping kertas dan dianggap sah dan diterima masyarakat sebabagi alat pertukaran. Ia juga harus diiktiraf oleh Bank Pusat masing-masing.
                Penawaran wang harus terhad. Sukar untuk didapati dan nilainya harus stabil. Wang juga harus senang dibawa. Wang juga harus dikenali agar mudah untuk diterima oleh pasaran.
                

Malaysia and Singapore


Malaysia dan Singapura
Tahukah anda persamaan Malaysia dan Singapura dari segi kumpulan etniknya?
Kedua-dua negara ini didominasi oleh kaum cina walaupun terletak di kepulauan Melayu.
Jika di Malaya, populasi kaum cina adalah lebih banyak dari kaum Melayu dan ditambah lagi di negeri Sarawak dan Sabah maka kaum cina adalah kaum terbesar di Malaysia sama di Singapura.
Sabah paling kurang kaum cina kerana kaum cina yang berkahwin dengan warga tempatan akan merujuk diri mereka sebagai “sino” dan diiktiraf sebagai salah satu kaum pribumi di Sabah.
Jadi rangking kaum di Malaysia ialah;
1.       Cina
2.       Melayu                              
3.       India                    
4.       Bumiputra Sabah           
5.       Bumiputra Sarawak
Sebagai mengimbangi kedudukan itu, kerjaan meletakkan kaum bumiputra di Sabah, Sarawak dan Malaya sebagai Melayu-Bumiputra Malaysia.
Jadi rangking kaum di Malaysia:
1.       Melayu-Bumiputra Malaysia
2.       Cina
3.       India
4.       Lain-lain kaum 

Malaysia dan Indonesia



Tahukah Anda?
Damai dan salam sejahtera kepada pembaca yang budiman.
Adik dan abang. Itu mungkin rujukkan terbaik untuk dua negara jiran yang sering berbeza ideology tetapi berkongsi sejarah keturunan. Seorang cakap bergini seorang cakap bergitu.
Tahukah anda, walaupun Indonesia merupakan negara paling ramai penduduk Islam di dunia tidak meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi. Malaysia juga tidak meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi tetapi menulis di dalam Perlembagaan sebagai Islam agama rasmi Persekutuan.

Wednesday, September 19, 2012

kesedaran sejarah

Wednesday, September 19, 2012 0
damai dan salam sejahtera kepada para pembaca.
hari ini dan sebelumnya serta seterusnya, tarikh sejarah negara akan menjadi tajuk perbualan di mana-mana sahaja. ini menunjukkan walaupun kebanyakan kita tidak suka subjek sejarah masa sekolah sekarang sibuk nak tahu tentang sejarah.
ini adalah salah satu perkembangan byang amat baik. yang pasti bukan untuk mengukit kerana memang diketahui kta hidup dalam negara yang makmur. tetapi harus diingat bahaya sejarah juga membentuk sesebuah bangsa. jika rakyat Sabah dan Sarawak tidak tahu sejarah mereka dan hanya mengkaji sejarah yang sarat dengan penjajahan pastinya kita akan tidak tahu asal usul kita. misalnya seorang anak angkat, (selalu dalam cerita melayu) beliau tidak akan tahu sejarahnya jika ibu bapa angkat beliau tidak bercerita atau tercerita secara tidak sengaja. apabila anak anagkat itu mendengar bahawa beliau adalah anak angkat maka beliau akan mencari asal usul beliau. jadi salah kan kita cuba mencari sejarah kita yang dihilangkan?
Kuasa autonomi kita sepatutnya lebih dari satu kuasa. bagi saya, kuasa autonomi kita ke atas minyak dan gas harus kita miliki. jika Sabah mahupun Sarawak mempunyai kuasa autonomi penuh keatas hasil petroluem maka kita akan menjadi penyumbang besar kepada KDNK negara. jadi, rakyat Semenanjung yang terlupa akan keduduka kepulauan Borneo akan tahu nilai kekayaan kita yang dikongsi bersama. misalnya suatu ketika dahulu, pembekal kayu kayan dari Sarawak tidak menghantar bekalan kayu ke Semenanjung kerana tawaran dari Jepun lebih lumayan, pengusaha perabot di Semenanjung mengalami kerugiaan. atas dasar persekutuan, pembekal kayu kayan itu kembali membekalkan bahan mentah itu kepada Semenanjung.
jelaslah kepada kita pada hari ini, sejarah dan kuasa autonomi penuh kepada hak kita hasil kita dan status kita penduduk asal kepulauan Borneo harus dikembalikan. tiada lagi di borang Melayu, India, Cina atau lain-lain tetapoi ditulis sebagai Melayu/Bumiputra, India, Cina atau lain-lain.
hak kita adalah tanggungjawab kita untuk mempertahankan. kalau bukan kita nak suruh siapa?

Tuesday, September 18, 2012

manalah tau rezeki

Tuesday, September 18, 2012 0

Adakah kita berpolitik?
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang cendiakawan lagi bijak lagi bijaksana.
Adakah anda yang membaca artikel saya seorang berpolitik pro-kerajaan atau pro-pembangkang, seorang ahli sejarah atau pelajar yang mencari maklumat? Adakah anda berfikir saya orang politik pro-kerajaan atau pro-pembangkang atau saya seorang sejarawan atau yang sama waktu dengannya? Saya seorang yang biasa. Bekas guru sahaja. Juga pernah menjawat beberapa jawatan dalam kerajaan sebelum saya tamat kontrak. Saya bukan orang yang anda fikirkan. Bukan juga seperti lalang atau angin atau sebagainya. Saya hanya seorang yang saya fikirkan betul dan boleh dikongsi kepada pembaca yang sudi membaca artikel yang saya tulis. Jika ada apa-apa yang anda rasa kureng atau terlebih sudah itu adalah tanggungjawab saya sebagai ampunya laman blog ini. (tidak seperti sesetengah bloger yang tidak mahu bertanggungjawab ke atas apa yang ditulis oleh beliau dan komen-komen pembaca). Saya bukan orang kaya. Saya tiada kereta rumah pun tiada adapun bapak punya. Jadi tolong jangan saman saya. Jika ada salah dan silap tolong dah diperbetulkan. Tiada orang yang tidak melakukan kesalahan. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan pantai mana yang tidak dipukul ombak. Jangan marah bha..peace yoo..

innocence of Muslim

innocence of Muslim
 Damai dan salam sejahtera kepada  para pembaca yang budiman.
Hari ini perang psikologi antara dunia agama langit memuncak lagi. Di kata kan puak Yahudi Amerika menerbitkan sebuah filem antarabangsa yang menghina Agama Islam. Walaupun saya tidak menonton file mini saya rasa tidak perlu lah kerana nak buat apa nak tengol cerita yang menghina agama orang lain.
                Sebenarnya tidak perlulah kita menjadi ganas sehingga sangup membunuh sesame manusia. Ya , mereka menghina agama kita tetapi hukum menbunuh itu besar dosanya. Sedangkan Allah tidak mahu Nabi Musa membina Rumah-Nya kerana tangan Nabi Musa banyak membunuh dalam peperangan melainkan anaknyan Nabi Sulaiman yang dipilihnya. Di dalam Buku Kudus juga ada tertulis, tidak lah kamu yang memilih Aku tetapi Akulah yang memilih kamu.
                Setiap yang berlaku itu pastinya ada hikmah di sebaliknya. Jika kita bangkit mempertahankan agama kita adalah syahid atah Stephen dalam gelaran kristian. Kita menerima pahala syahid dalam mempertahankan agama kita. Namun, selain kita bertekak atau menjerit0jerit di jalanan da cara lain yang lebih baik kita lakukan. Sama seperti diceritakan, seorang itu selalu membuang najis di laluan Nabi Muhammad SAW tetapi Nabi tidak marah mahupun meneking orang itu tetapi Nabi melawat orang itu yang sakit kerana sifat Nabi yang baik hati. Baginda tidak pula memberi najis kepada orang itu tetapi mambalas orang itu dengan doa yang baik-baik. Bergitu juga dengan para Nabi kita. Mereka diseksa oleh Yahudi, Yahudi membunuh nabi mereka sendiri. Sehingga sanggup memanggal kepala Nabi Yahya Pembaptis itu. adakah Tuhan Allah membalas mereka dan menghancurkan mereka? Tidak. Allah juga memberi mereka watu untuk bertobat.
                Sedangkan Allah Tuhan kita mengampuunkan mereka yang bersalah kenapa tidak kita. Sedangkan Nabi mendoakan yang baik-baik kepada kita mengapa kita tidak? Kita harus bersatu hati berdoa dan bersolat hajat agar Tuhan Allah menujukkan kekuasaNya dengan menurunkan musibah kepada mereka yang menghina agamaNya. Itu lebih baik daripada kita membuang masa berteriak, berdemotrasi di jalanan. Bersatu kita di dalam doa agar kita sejahtera dan diberkati oleh Nya. Amen

kami sayau MALAYSIA


Kami sayau Malaysia
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman.
Genap 49 tahun usia sebuah negara yang bernama Malaysia pada 16 September, 2012 setelah pelbagai halangan ditempuhi sebelum akhirnya Berjaya mewujudkan negara yang aman dan progresif seperti yang ada sekarang.
                Jika kita lihat peta dunia maka kita akn dapat melihat seakan-akan negara Malaysia ini seperti sepasang tangan yang sedang berdoa. Menadah tangan untuk keredaan Tuhan pencipta alam. Jadi memang sudah dijodohkan Semenanjung Sabah dan Sarawak disatukan menjadi sebuah negara yang berdaulat.               
                Kita amat berbilang kaum yang dapat duduk semeja tidur sebantal. Perkahwinan campur sudah menjadi tradisi semulajadi rakyat Malaysia. Tidak mengira bangsa dan agama bahasa dan budaya kita tetap dapt menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain. Belum pernah lagi saya dengar ada orang membunuh gara-gara tidak setuju dalam perkahwinan campur. Adapun yang membunuh diri kerana cinta tidak direstui.
                Namun yang demikian ada satu dua perkara yang perlu dipebetulkan dalam system pemerintahan negara. Antranya ialah pengagihan pekerjaan kepada bumiputra Sabah dan Sarawak. Bagi saya tidak semua ibu bapa yang sanggup dan berkemampuan untuk menyekolahkan anak-anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi walaupun anak mereka mencapai keputusan yang agak baik dan tidak terlalu baik untuk  menikmati biasiswa. Jika mahu menunggu pinjaman PTPTN mahupun MARA perlu mengambil masa untuk keputusan pinjaman. Jadi ada ibu bapa yang terpaksa menggadai tanah mahupun barang kemas untuk menyekolahkan anak-anak. Yang tidak mempunyai tanah pula terpaksa berpuas hati melihat anak-anak mereka samapai tingkatan enam sahaja. Selalunya sekolah menengah di kawasan pendalaman akan menawarkan tingkatan enam dan tiada pusat pengajian tinggi. Maka sampai di situ lah kisah persekolahan beliau. Untuk merebut peluang pekerjaan di sector kerajaan susah kerana terpaksa bersaing dengan mereka di Bandar dan yang ada “link” dalam jabatan.
                Suara dari Sabah dan Sarawak yang agak lemah dalam cabinet negara Malaysia. Mereka hanya memegang jawatan yang agak ke kiri. Bagi saya jawatan menteri kewangan ataupun timbalan harus di kongsi oleh tiga wilayah itu supaya pengagihan kekayaan negara dapat dijalankan dengan adil dan saksama. Walaupun Sabah dan Sarawak penyumbang kepada “kerusi Parlimen” namun kurang di dalam cabinet mencacatkan keputusan cemerlang mereka di peringkat negeri. Ada sesuatu pengaruh diperlukan agar barisan cabinet  kita lebih mencerminkan nilai 1 Malaysia yang di war-warkan oleh kerajaan.
                Mungkin banyak lagi yang perlu diperbaiki. Daripada kita asyik mengkritik adalah lebih baik kita saling bertukar-tukar pendapat. Terima kasih.

Sarawak: apply jadi calon ADUN & MP lepas ni

Pehin Sri

GAJI - KM Sarawak, TKM Sarawak, Menteri Penuh, Menteri Muda, Speaker DUN, Timb. Speaker DUN serta Ahli Yang Berhormat DUN

Ahli-Ahli Yang Berhormat RM4,500 termasuk elaun tetap,
Elaun perjalanan RM2,500 sebulan,
Elaun telefon RM1,000 sebulan
Total semuah RM8,000.00 sebulan.

YB Menteri Muda RM7,000 + gaji serta elaun as ADUN RM8,000 = RM15,000.00

YB Menteri Penuh RM9,000 gaji serta elaun sbg ADUN RM8,000 = RM17,000,00

YB Timbalan Speaker DUN Sarawak RM4,000 + gaji serta elaun sbg ADUN RM8,000 = RM12,000.00 sebulan

YB Speaker DUN Sarawak RM9,000 +gaji serta elaun as ADUN RM8,000 = RM17,000 sebulan

YAB Timbalan Ketua Menteri RM11,000.00 + gaji serta elaun sbg ADUN RM8,000 = RM19,000.00 sebulan

YAB Ketua Menteri Sarawak RM13,000.00 + gaji serta elaun sbg ADUN RM8,000 = RM21,000.00 sebulan


Ini baru gaji dan elaun belum imbuhan pengerusi syarikat


GAJI serta elaun - PM, TPM, MP, Ahli Dewan Negara & Ketua Pembangkang DI BAWAH Rang Undang2 Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) tahun 2000 lian Mesyuarat ke-3 Penggal ke-2 Sidang Dewan ke-10 (KADAR BARU)

Ahli Dewan Negara (Ahli Senator yang dilantik parti) RM3,399 sebulan TIADA gaji asas :)

Ahli Dewan Rakyat (Ahli Parlimen yang dipilih rakyat) RM5,379 + elaun pemandu RM500 + elaun keraikan RM800 + elaun telefon RM400 + elaun perjalanan RM210 sebulan = semuah RM7,289

Ketua Pembangkang RM3,179 + gaji nyadin MP RM5,379 + elaun pemandu RM500 + elaun keraikan RM800 + elaun telefon RM400 + elaun RM210 sebulan = semuah RM10,468 dengak termasuk wak jeju kman George Soros, IMF, SUARAM and dot, dot, dot...

Menteri Penuh RM12, 320 sebulan plus gaji  MP...RM7,289 + RM12,320 total semuah RM19,609 sebulan HAMPIR sama gaji PM.

Timbalan Menteri RM8,965 sebulan JUGA cmpur gaji nyadin MP serta elaun RM7,289 + RM8, 965 total semuah RM16,254 nyarih sama gaji TPM

Timbalan Perdana Menteri RM15,015 + gaji  MP serta elaun RM7,289 total semuah RM22,304 sebulan...padanlah jgem tugas.

Perdana Menteri RM18,865 + gaji  MP serta elaun RM7,289 total semuah RM26,154


gaji para pemimpin MALAYSIA


Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen
Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005 ….
Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,
Perdana Menteri – RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri – RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet – RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet – RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen – RM7, 187.40
Ahli Dewan Negara – RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) – RM4,112.79
So, contohnya bila Pak Lah menjadi Perdana Menteri… dia adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, so monthly income dia ialah
= RM22,826.65 + (RM14,907.20 x 2) + RM4,112.79
= RM56,753.84.
Ini formula untuk calculate pencen bekas MP.
Pencen:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji
Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2, 056.40. Lagi lama jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat.
Gratuity:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)
-boyzonne-hijaurimba

Elaun untuk pembesar negara MALAYSIA


Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong
Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982).
Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing.
1. Privy Purse – RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun kerajaan – RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
3. Elaun diraja Istana Negara – RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)

maka , total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000 .
Elaun untuk Permaisuri Agong ialah
1. Privy Purse – RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun kerajaan – RM21,600 (RM1,800 sebulan).
Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.
Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja baginda. Breakdown nya adalah seperti berikut
1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu – RM52,259,100
2. Gaji kakitangan istana – RM1,004,880
Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong
Setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.
Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan , macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.
1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong – RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong – RM4,500 sebulan.
Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?
Pencen khas untuk balu Agong
Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu meninggal semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi Agong kan . Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).
Bekas permaisuri Siti Aishah dapat.
1. Pencen seumur hidup – RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.
Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)
Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga amount nya.
1. Elaun Sultan – RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480
So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080.
Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah
1. Elaun Sultanah – RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah – RM2,600 sebulan.
Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.
Elaun lain lain untuk kerabat ialah
Raja Muda – RM13,000
Raja Puan Muda – RM5,200
Tunku Bendahara – RM4,000
Bini Tunku Bendahara – RM1,250
Tunku Temenggung – RM3,500
Isteri Tunku Temenggung – RM900
Tunku Laksamana – RM3,000
Isteri Tunku Laksamana – RM600
Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.
Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan.


sumber kewangan utama kerajaan dalam pembiayaan gaji @ elaun para pembesar ialah dari KUMPULAN WANG YANG DISATUKAN  iaitu hasil dari SAMAN-SAMAN DAN KOMPOUN JPJ, POLIS DAN SEANGKATAN DENGANNYA.
sumber -boyzonne-hijaurimba
edited by tuahku

Peluang terbuka luas jika bebas merdeka


Peluang terbuka luas jika bebas merdeka
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang bijaksana.
Apabila kita membaca tajuk pada artikel pada kali ini seakan-akan kita benar-benar merdeka dengan menikmati kemakmuran itu tanpa dijajah oleh bangsa lain. Tajuk artikel ini ialah merujuk kepada artikel yang disiarkan dalam UTUSAN BORNEO AHAD, 16 SEPTEMBER, 2012 pada muka surat A4. Artikel itu seperti copy and paste dari artikel “TANPA 31 OGOS AKAN TIADA 16 SEPTEMBER” DARI MINGGUAN SARAWAK yang juga di copy and paste dari UTUSAN MALAYSIA.
                Kta kupas balik antara isi yang mungkin ada kesilapan teknikal atau kesilapan-kesilapan yang tidak dapat dielakaan dalam artikel tersebut.
                “MALAYSIA BERUSIA 55 TAHUN pada 31 OGOS lalu, satu usia yang agak ‘muda’ jika dibandingkan dengan beberapa negara lain di dunia yang telah mencapai kemerdekaan beberapa tahun lebih awal.”  
                Setahu kita pada 31 Ogos 55 tahun dahulu, Persekutuan Malaya yang mencapai kemerdekaan. Tiada nama negara Malaysia yang wujud pada 31 OGOS 1957. Jika tidak percaya carilah buku-buku atau dokumen-dokumen yang mencatat atau ditandatangani pada 31 OGOS 1957 itu sebagai tarikh kemerdekaan MALAYSIA. Pada hari tersebut hanya Malaya yang mengisytiharkan kemerdekaan dan bukannya MALAYSIA. Saya sayang Malaysia. Kami di Sabah dan Sarawak sayang MALAYSIA. MALAYSIA HANYA WUJUD PADA 16 SEPTEMBER, 1963.
                “CONTOH AS     Pada 31 Ogos setiap tahun semenjak 1957, negara merayakan kebebasan daripada penjajahan dan ini dikenali sebagai ‘Hari Merdeka’ manakala 16 September, ia merayakan ulang tahun pembentukkan Malaysia (melibatkan penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak) di mana hari ini dikenali sebagai ‘Hari Malaysia’. … Menurut para cendekiawan, golongan akedemik dan sejarahwan, contoh yang paling menonjol boleh diambil daripada Amerika Syarikat (AS) yang paling menonjol boleh diambil daripada Amerika Syarikat (AS) yang mengagungkan 4 Julai sebagai ‘Independence Day’.
                Apakah persamaan antara MALAYSIA dan AMERIKA SYARIKAT? Bendera yang seakan-akan sama? AS dan Malaysia adalah salah sebuah negara di dunia ini yang mengamalkan konsep PERSEKUTUAN iaitu memusatkan kuasa di satu tempat. Jika di AS di Washington DC manakala di Malaysia di KL.
AS dibentuk pada 4 Julai 1796 diantara negeri-negeri bekas tanah jajahan British dan menggelar negara itu sebagai UNITED STATES. Dalam hubungan antarabangsa mereka juga merujuk kepada nama UNITED STATES of NORTH AMERICA. Juga merujuk kepada  UNITED STATES of  AMERICA apabila negeri dan republic lain “ BERGABUNG” dengan PERSEKUTUAN UNITED STATES of AMERICA. Setiap negeri atau wilayah atau republic yang bergabung dengan AS merayakan “Independent Day’ pada 4 Julai setiap tahun KERANA mereka MENYERTAI PERSEKUTUAN AS.
                Berlainan pula di Malaysia. Pada 31 Ogos 1957 belum ada negara di dunia ini yang wujud pada tarikh tersebut. Hanya negeri-negeri MELAYU BERSEKUTU, NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU DAN DUA NEGERI SELAT bergabung untuk membentuk satu Persekutuan baru yang diberi nama PERSEKUTUAN TANAH MELAYU yang memusatkan kuasa di Kuala Lumpur.  Namun pada 16 September, 1963 satu GABUNGAN negara-negara bekas jajahan British membentuk sebuah negara baru yang diberi nama MALAYSIA.  Negara-negara itu ialah Persekutuan Tanah Melayu (31 Ogos 1957), Singapura (31 Ogos 1963), Borneo Utara (31 Ogos 1963) dan Sarawak (22 Julai 1963). Masing-masing telah bersetuju untuk MEMBENTUK PERSEKUTUAN MALAYSIA pada 31 Ogos 1963 namun kerana terdapat pihak yang masih belum berpuas hati maka tarikh itu ditunda ke 16 September 1963. Maka lahir lah sebuah negara baru yang menggunakan nama MALAYSIA.
                Ada persamaan dengan pembentukkan UNITED STATES of AMERIKA dengan MALAYSIA? Kita amat unik. Namun jika pada tarikh 16 September 1963 laporan dari PBB juga tidak dapat disiapkan maka TIDAK AKAN TERBENTUK MALAYSIA. Jadi tanpa 16 September tidak aka nada MALAYSIA yang ada pada hari ini. (dengan andaian Singapura, Sabah dan Sarawak membatalkan hajat itu sama seperti Brunei)    
                Sebenarnya artikel ini lebih pro-Semenanjung berbanding dengan Sabah dan Sarawak. Sejarah penjajahan Malaya bermula di Melaka apabila Portugis datang menjajah Melaka pada 1511. Sabah dan Sarawak juga dijajah dan pastinya setiap negeri itu juga menentang penjajah bukan di satu tempat sahaja tetapi disetiap tempat yang ada penjajah. Maka tidak perlukah kita mengenang tarikh kemerdekaan negeri-negeri tu dan mengambil satu tarikh sahaja? Misalnya jika dua orang berkahwin dengan tarikh lahir yang berbeza dan berkahwin pada tarikh yang berlainan pula adakah mereka hanya merayakan hari jadi si lelaki atau si perempuan atau tarikh perkahwinan mereka? Sudah pastinya mereka akan merayakan hari-hari tersebut bersama-sama. Fikir-fikirkanlah my fellows. .
                

Monday, September 17, 2012

Sabah Dan Sarawak Keluar Malaysia

Monday, September 17, 2012 0

Pada pendapat saya, situasi tersebut bukanlah dijamin akan benar-benar berlaku kerana Sabah dan Sarawak mempunyai banyak isu dan permasalahan yang memberikan liabiliti kepada kemajuan dan kepesatan tadi. Sekadar memberikan dua contoh; isu dan permasalahan itu ialah mentaliti dan gerak kerja pemimpin dan mentaliti rakyat bagi Sabah dan Sarawak secara umumnya.

SUMBER: SOALAN UNTUK SABAH DAN SARAWAK KELUAR MALAYSIA samizul.net


SSKM merupakan proposal yg berani, baik dan perlu dihayati sepenuhnya. Dari segi geografi, keluasan Sabah dan Sarawak hampir sama luas keseluruhan Tanah Malaya. Hasil kedua dua Negeri Sabah dan Sarawak, melebihi hasil Tanah Malaya. Adakah rakyat Sabah dan Sarawak tidak mampu untuk mentadbir jika Sabah dan Sarawak bergabung dan menjadi independent (memerintah sendiri). Apakah kita di Sabah dan Sarawak ketandusan idea dan tidak mampu, tidak berupaya mengurus hal ehwal sendiri? Kita orang SABAH dan SARAWAK apa kurangnya? Teruskan perjuagan ini, walau selama manapun, dan walau apa cara sekalipun. Saya yakin cita cita kita akan tercapai juga. Bila lagi

SUMBER: SOALAN UNTUK SABAH DAN SARAWAK KELUAR MALAYSIA samizul.net KOMEN OLEH: Poul Sarian

Join FB.."Sabah Sarawak".....NGO Sabah Sarawak menentang keras "Sabah Sarawak Keluar Malaysia"...wajar bagi rakyat memilih siapa memerintah sabah Sarawak secara adil dan bijaksana......

SUMBER: SOALAN UNTUK SABAH DAN SARAWAK KELUAR MALAYSIA samizul.net KOMEN OLEH: NGO SABAH SARAWAK

 

TAJUK: SOALAN

            Damai dan salam sejahtera kepada pembaca yang bijaksana lagi budiman.

            Kebangkitan pengetahuan sejarah di Malaysia seakan-akan baru bermula. Masa di sekolah susah betul untuk membaca buku sejarah. Tetapi sejarah 16 September, 1963 adalah amat penting di samping dengan perkara-perkara yang membantu Pembentukkan Malaysia.

                Semakin hangat topik perkara 20/18 diperdebatkan. Jika benar Sabah dan Sarawak memberi liabiliti kepada pembangunan dan kepesatan di manakah point itu? Saya rasa orang di Sabah dan Sarawak ikut sahaja apa yang dicakapkan oleh para pucuk pimpinan. Politik dan Sabah dan Sarawak amat stabil. Tiada perbalahan politik atau sintimen provakasi keatas polis seperti di Semenanjung. Misalnya pada Pilihanraya Negeri di Sarawak yang baru lalu, tiada langsung tercetusnya masalah kepada pihak polis sehingga Ketua Polis Negara mengatakan Sarawak amat aman walaupun sejumlah besar anggota polis dikerah untuk menjaga perjalanan pilihanraya. Kalau di Semenanjung memang anggota keselamatan tidak mencukupi untuk mengawal keadaan. Pilihanraya kecil di Sibu, markas parti yang bertanding hampir bersebelahan namun tiada pula pemasalahan yang wujud. Mungkin masalah yang menjadi beban seperti yang di maksudkan oleh encik samizul.net ialah geografi Sabah dan Sarawak. Kos yang tinggi di perlukan untuk membawa pembangunan.
            Berbanding di Semenanjung setiap kerajaan negeri mempunyai sumber kewangan sendiri. Di tambah lagi dengan peruntukan oleh kerajaan persekutuan maka tiada masalah kewangan untuk membina jaringan jalan raya antara negeri. Berbanding Sabah dan Sarawak tidak ada peruntukkan untuk membina jaringan jalan raya yang mencukupi untuk membina jalan raya. Kerajaan negeri Sabah dan Sarawak diberi peruntukkan dan membahagikan peruntukkan itu dengan bahagian-bahagian yang seluas sebuah negeri di Semenanjung. Setiap bahagian ini hanya mendapat sumber kewangan dari peruntukan dari kerajaan negeri. Adapun sumber kewangan adalahcukup-cukup membayar gaji pekerja sahaja. Selain membantutkan pembangunan juga mengurangkan keupayaan untuk menggaji pekerja. Jadi wujudlah mereka yang berkelayakan menganggur dan terpaksa bekerja di kedai-kedai.
            Saya tidak nampak pun Sabah dan Sarawak menjadi liabiliti kepada pembangunan. Kebanyakan orang di sini bersyukur atas apa yang ada tidak seperti yang di sana. Di beri betis nak paha. Sarawak konon-kononnya negeri ke-empat terkaya di Malaysia dan bakal menjadi penyumbang ke-empat kepada KDNK negara menjelang tahun 2020. Namun apa yang orang Sarawak betul-betul dapat? Tiada keupayaan untuk memerintah sendiri? Keupayaan Pehin Sri sudah mampu untuk memimpin Sarawak ke arah pemerintahan sendiri. Berapa jauhnya pembangunan yang ada di Sarawak berbanding di Kelantan yang dipimpin oleh otai politik? Jika dilihat dari sejarah pembangunan lembah Kelang memang lah dari zaman British lagi sudah berkembang. Di Sarawak hanya di Kota Minyak dan Kota DI Rajah di Kuching yang menjadi tumpuan Rajah. Di tempat-tempat lain hanya digunakan untuk pengaruh sahaja. Tiada pemberontakan pada masa itu sehingga lah Rajah ke-tiga menjanjikan pemerintahan sendiri pada Januari 1941 dan kemudiannya memberi pemerintahan itu kepada British.
            Jika digabungkan keluasan Sabah dan Sarawak, keluasanya adalh hampir dua kali ganda Semenanjung Malaysia. Sedangkan Brunei dapat hidup berdikari dengan keluasan yang sebesar lebih dan kurang bahagian Kuching/Semarahan dan Sultan Hasanannah Bolkiah pernah mengecapi title orang paling kaya di dunia pada 1997 oleh Forbes. Jadi tidak mampukah sabah dan Sarawak makan hasil kekayaannya sendiri? Sekarang lapangan minyak Sarawak sedang menuruni dari bahagian Miri ke Bahagian Bintulu. Semakin dekat dengan Bahagian Mukah. Jika minyak itu ditemu di keseluruhan pesisir pantai Sarawak maka tidaka hairanlah ada orang yang akan bergembira. Jangan marah bah..

Friday, September 14, 2012

16 September 1963

Friday, September 14, 2012 0

16 September 1963
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman lagi bijaksana.
                Bicara Rakyat antara program bicara antara paling matang yang saya tonton daripada Bicara Kampus yang lita boleh Nampak beza pengetahuan dan pengalaman mereka. Pada September 14, 2012 jam 2100 program Bicara Rakyat menemukan tiga ahli panel dari tiga wilayah dari tiga bidang yang berbeza di negeri yang sekarang sedang bangkit semangat politiknya. Walaupun saya hanya sempat menonton 15 minit tetapi kita boleh tontong lagi di Youtube.com.
                Walaupun hanya 15 minit saya rasa saya berada pada tempay yang betul dan pada masa yang betul, salah seorang ahli panel merupakan wakil parlimen dari Sabah menjawab soalan tentang isu paling panas di Sabah ketika ini. Perkara 20. Kedudukan Sabah sebagai negara semasa pembentukkan Malaysia. Seperti yang beliau ramal soalan itu akan “naik” beliau telah menyediakan teks untuk jawapan  itu. salah satu yang berhormat sebut ialah “salah satu dari 14 negeri” menurut suruhanjaya Cobbold. Menurut beliau Sabah dan Sarawak bergabung dengan sebelas negeri di Malaya bersama Singapura. Perkara itu juga diucapkan oleh Tun Fuad Stephen semasa Malaysia diisytiharkan pada 16 September, 1963.
                Jawapan Yb itu amat meyakinkan saya tentang suruhanjaya bebas itu dan diterima oleh majority penduduk di Sabah dan Sarawak. Bagi perkara 20 terutama Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa rasmi. Maka giliran Profesor menjawap bahawa konsep wilayah Sabah yang terletak dalam kalangan wilayah nusantara tidak memungkinkan menaikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Bagi saya uga bahasa inggeris sukarr untuk dijadikan bahasa rasmi kerana kalau saya cakap bahasa inggeris mungkin tidak ada yang nak naca blog saya. Macam blog saya yang sat utu. Sedikit sahaja orang Malaysia yang baca. Jadi baik saya update yang bahasa melayu sahaja. Satu lagi perkara yang orang Sabah tidak bising. Hak imegresen mereka. Tidak seperti di Sarawak, pelawat di Semenanjung tetap akan menggunakan passport untuk masuk ke Sarawak.
                Bagi wakil SarawaK Tuan Doktor anak antara anak Sarawak paling bijak mengatur langkah dan bicara. Ayat-ayat doctor itu betul-betul penawar kepada pelbalahan rakyat Malaysia. Walaupun kita berbeda pendapat, ideology dan sebagainya kita hanya bertikam lidah. Kita masih lagi rasional untuk berfikir. Kita masih boleh makan semeja walaupun sebelum ini kita bertekak dalam satu-satu perkara.      
                Ini sebenarnya akan mematangkan lagi pemikiran rakyat Malaysia. Kerajaan masih dapat mengawal keadaan dan hak-hak semua rakyat Malaysia dengan baik. Namun yang demikian, kerajaan perlu lebih adil dan saksama dalam memenuhi hak-hak setiap penduduk di Malaysia. Walaupun parti politik kita masih berunsurkan perkauman namun sedikit sebanyak diperbaiki dengan kekuatan parti berbilang kaum di Malaysia. Apa yang sama mahu tekankan di sini ialah jangan kerana mahu kekal berkuasa satu dua perkara penting kita sembunyikan. Kerana mahu terus memerintah kaum dia sahaja di belanya. Kami berharap orang pulau Borneo lebih perhatian. Tambahkan yang kurang tingkatkan kemajuan. Peace yoo

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting