Friday, August 31, 2012

tak sengaja

Friday, August 31, 2012 0
Tak sengaja.
Salam dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman.
Bagaimana rasanya apabila tengah-tengah kita sedang mengulangkaji pelajaran adik kita, abag atau kakau dan mungkin juga ibu kita merakam gambar kita? Seronok? Almaklumlah Nampak rajun kan dalam foto itu. tetapi jika secara tidak sengaja terrakam wajah yang tidak di duga?wajah putih lagi melepak tak tahu pakai cat ke kapur.?


Janji DiTepati 55th Malaya Merdeka


Janji DiTepati 55th Malaya Merdeka

Damai dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian.
Selesailah sudah sambutan dan perarakan hari kemerdekaan di datarana merdeka, Kuala Lumpur yang seperti tahun-tahun yang lepas meriah dan penuh keceriaa. Dengan Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan AGong mencemar duli memeriahkan lagi sambutan hari kemerdekaan Malaya yang ke 55th.
Seperti kebiasaanya, kerajaan akan menggunakan sambutan kemerdekaan untuk menunjukkan pencapaian mereka pada tahun-tahun pemerintahan mereka. Dalam masa yang sama kerajaan akan menggunakan hari kemerdekaan untuk memberi promosi gagasan dan dasar-dasar kerajaan dalam mebangunkan negara. Ia lebih untuk Malaya berbanding di Kepulauan Borneo. Sepanjang hampir dua jam siaran langsung di TV1 perarakan hari kemerdekaan unsur0unsur kemalayaan dan kepolitikan tebal dalam sambutan kememerdekaan kali ini. Pada sambutan-sambutan kemerdekaan sebelum ini seperti tema 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan tema ini belum menampakan sangat unsur politik kerana 1 Malaysia dilekatkan dengan unsur perpaduan.
Kemerdekaan ini seakan-akan lebih kepada keMalayaan daripada Malaysia. Walaupun sejarah kemerdekaan tanah jajahan British bermula di India apabila mereka mendapat kemerdekaan pada 1947. Kemudian pejabat Jajahan British di Britaian juga sedar era colonial Britain sudah berakhir. Lambat laun kesemua tanah jajahna British pasti akan merdekaan. Tanpa pengaruh mana-mana pihak, kepulauan Borneo juga akan dapa mencapai kemerdekaan. Sesungguhnya, saya memetik kenyataan Pehin Sri Abdul Taib menyatakan bahawa, pembanguna insfratrutur di Sarawak ketinggalkan 20 tahun. Jika kita imbau tarikh kemerdekaan Malaya pada 1957 manakala Malaysia ditubuhkan pada 1963 iaitu hanya lebih kurang enam tahun sahaja. Jika di bandingkan dengan pembangunan di Malaya ketika itu dan di Sabah dan Sarawak lebih kurang sama sahaja. Tetapi pada hari ini Sarawak ketinggalan 20 tahun pembanguna insfratrukturnya. Jauh sangat tu. Kita beum bercakap tentang kepengaguran di Sabah dan Sarawak.
Walaupun kita telah bersamahampir 50 tahun, terdapat sesuatu yang ada silap dan kepincangan dalam beberapa perkara terutamanya Perkara 20 pembentukan Malaysia. Walaupun kita dilahirkan dan di besarkan selepas pembentukan Malaysia, kita seharusnya diberitahu akan Perkara-perkara yang telah dipersetujui namun pada hari ini dan menurut Tun Mahathir, terdapat sejarah kita yang tertinggal dan tidak dicatatkan dalam buku sejarah. Kita fikir-fikirkan lah.

Wednesday, August 29, 2012

mari berfikir

Wednesday, August 29, 2012 0

Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman,
Topic saya pada kali ini ialah tentang BERFIKIR. Berapa ramai di antara kita yang berfikir dahulu sebelum membuat keputusan? Salah satu buku yang menarik untuk kit abaca ialah Pengajaran Kemahiran Berfikir-Teori dan amalan karangan John Arul Phillips (Utusan Publications & Distributor SDN BHD 1997. Buku ini sesuai untuk para guru dan ibu bapa untuk meningkatkan pengetahuan dalam memberikan panduan dan cara untuk ibu-bapa dan guru mengajar anak-anak untuk berfikir. Dalam bab 7-Penilaian Kemaharian Berfikir halaman 155, penulis mengemukan satu contoh soalan berfikir kepada pembaca sebai conto. Soalan beliau adalah seperti berikiu;
Manakah di antara berikut mungkin terjadi jika hutan ditebang tanpa kawalan kecuali
A             banjir   
B             hakisan tanih    
C             kenaikan aras laut
D             tanah runtuh

Jadi, pada pendapat pembaca sekalian yang pandai lagi bijaksana, apakah jawapan yang sesuai bagi soalan ini.?

Please, let's Sabah and Sarawak Free


Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia

Damai dan salam sejahtera kepadapara pembaca yang budiman sekalian.
Sejak akhir-akhir ini semakin kencang gerakan ideology sesetengah pihak mahu Sabah dan Sarawak keluar dari Persekutuan Malaysia dan menubuhkan negara sendiri. Mungkin bagi mereka penyertaan menyertai Malaysia adalh satu keputusan yang salah. Mungkin ya tetapi terdapat juga kemungkinan Sabah dan Sarawak mesti menyertai Malaysia pada 16 September 1963.
1.       Pengaruh Komunis
Komunisme merupakan musuh utama pihak barat. Jika penduduk menyokong idea komunisme sudah pastinya Sabah dan Sarawak tidak akan mencapai kemerdekaan. Barat mahu system demokrasi menjadi budaya seluruh dunia. Lebih-lebih lagi pada waktu itu negara Indonesia mahu membina Indonesia Raya di seluruh kepulauan Nusantara dengan ideology komunis.

2.       Tuntutan Filipina ke atas Sabah
Walaupun pada hari ini Filipina sudah memberhentikan tuntutan itu namun jika tidak kebijaksanaan kerajaan mungkin mereka akan terus menuntut Sabah kerana utara Sabah(timur laut Borneo) telah dihadiahkan kepada Sulatan Sulu oleh Sultan Brunei pada 1658. Kisah itu mungkin telah dan amat lama tatapi Filipina mahukan Sabah kerana factor-faktor yang kita tidak ketahui dengan tepat.

3.       Sabah dan Sarawak musnah pada perang dunia ke-2
Sejarah penjajahan di negeri Sabah dan Sarawak amat panjang. Penduduk tempatan hanya terlibat dengan system ekonomi sara diri. Penjajah pula mengaut kekayaan sumber alam kita dari dulu lagi. Misalnya di Sarawak, Rajah Brooke terpaksa membakar sumber-sumber kewangan Sarawak agar Jepun tidak dapat menggunakan sumber yang ada. Dengan jangka penjajahan yang singkat, Jepun tidak sempat membangunkan sumber tersebut. Brooke pula tidak dan mungkin kedejut mahu menggunakan wang sendiri bagi membangunkan semula Sarawak namun desakan British mahu Sarawak menjadi tanah jajahan mahkota mereka menyebabkan Brooke akur. 

Sebagai jalan keluar bagi mengatasi mesalah tersebut, kita terpaksa bergabung dengan Persekutan Malaysia kerana pada ketika itu Malaya sudah merdeka dan Singapura pula sebuah negara berpendapatan tinggi. Pergabungan dengan pembentukan Malaysia dapat membantu tiga perkara tadi diselesaikan.

Namun yang demikian kita juga dapat mencapai kemerdekaan sendiri tanpa pembentukan Malaysia dan membangunkan negara kita sendiri tetapi pasti amat perlahan dan amat lambat. Jadi jika Sabah dan Sarawak tidak menyertai Malaysia adakah kita Sabah dan Sarawak tidak akan maju?

Monday, August 27, 2012

mari blogging

Monday, August 27, 2012 0

Bloging
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman.
Terima kasih kepada perkembangan pesat teknologi pada masa ini kita dapat bertukar-tukar fikiran melalui tulisan kita di internet. Internet telah menkadi medium yang amat penting dalam dunia tanpa sempadan. Baik untuk mengembangkan fikiran yang baik mahupun yang buruk. Apa yang penting bagi seorang blogger ialah tulisan kita tidak disekat oleh mana-mana pihak. Baik pihak penyedia perkhidmatan mahupun kerajaan. Kita memerluka medium yang benar-benar bebas agar idea dan fikiran kita dapat dikongsi dengan kawan-kawan yang sama ataupun tidak sependapat dengan kita. Kita harus mempelbagaikan bahan bacaan kita. Samada kita mahu menggunakan medium traditional seperti buku, majalah ataupun surat khabar untuk  mendapatkan maklumat ataupun dengan menanfaatkan teknologi moden seperti internet.
Namun yang demikain, tidak semua manusia yang menganggap blogger orang yang baik. Hal ini kerana, blogger sering mengkritik kerajaan mahupun mengutarakan idea mereka yang mereka anggap mereka adalah betul semata-mata.  Sesetengah blogger pula menjadikann blog mereka sebagai medan mencaci sesetengah orang yang mereka tidak atau mereka kurang gemari. Seperti gaya penulisan buku, para blogger selalunya menggunakan nama samaran yang mereka fikir sesuai untuk idea mereka yang mereka kongsikan. Ada blogger yang menggunakan banyak nama samara. Tidak kurang juga yang menggunakan nama benar mereka. Mereka ini lebih yakin akan fikiran mereka.
Walaubagaimanapun, terdapat blogger yang hanya mengutarakan pendapat mereka secara nutral di internet. Mungkin kerana takut atau tidak yakin idea mereka, mereka mengambil langkah berhati-hati agar tidak menyinggung mana- pihak yang membaca hasil buah fikiran mereka. Selalunya mereka ini tidak akan bercakap tentang hal-hal kenegaraan tetapi lebih kepada kehidupan dan tentang hal-hal seharian. Sehingga ada antara kita yang menjadikan blog sebagai diari mereka. Mereka berkongsi aktiviti harian mereka di internet. Diari diri sendri, keluarga malah mereka yang sedang di lamun cinta menjadikan blog sebgai diari mereka.
Tidak kurang juga yang menjadikan blog mereka sebagai laman perkongsian cerita semata-mata. Mereka ini tidak menghasilkan cerita sendiri tetapi menyalin karya atau berita atau artikal orang lain dan mencetak semula di halaman blog mereka. Perkara ini semakin banyak kita temui di internet pada hari ini. Budayacopy and paste semakin berleluasa pada hari ini. Sehingga ada laman web tidak membenarkan kita mengklik mouse kanan kita bagi menlindungi artikel mereka daripada ditiru oleh orang lain.
Terdapat juga blooger tegar yang suka mengerah fikiran mereka dan mengupas sesuatu perkara yang mereka minat. Sesetengahnya pula menghantar artikel mereka tentang apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka. Bergitu juga dengan gaya penulisan mereka. Ada yang menjaga tatabahasa mereka dan tidak kurang juga yang menggunakan bahasa yang beliau suka gunakan. Kadang-kadang saya tidak faham bahasa yang mereka gunakan. Kalau seperti saya orang yang belajar menggunakan bahasa melayu mungkin akan menghadapi masalah untuk faham bahasa melayu Kelantan. Mun kamek kelakar pakey bahasa melayu Sarawak, kamek pun sik brapa tauk gilak. Sebab kamek bukan orang melayu. Tapi mun akeu telabau melanau. Kalai lawieh un lah a faham bahasa keu. Sama seperti bahasa inggeris. Mungkin kita boleh menggunakan bahasa yang simple and easy to understand. But, our audients are not from our region only. They are visiting from all over the globe just to read our articles. Jadi, bahasa juga memainkan peranan yang penting di dalam penulisan kita sebagai blogger.
Kesimpulannya, idea dan pendapat kita sendiri lebih baik daripada kita meniru hasil seni orang lain..cewah..jangan marah bah..

pemimpin

Pemimpin
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Siapa itu pemimpin? Pemimpin adalah mereka yang menjadi ketua kepada sesuatu kumpulan manusia atau yang sama waktu dengannya. Tidak kira sama ada pemimpin itu baik atau tidak, selagi-lagi beliau diterima oleh suara majority, beliau adalah pemimpin atau ketua kepada sesuatu kumpulan. Antara ciri pemimpin adalah seperti yang berikut:
1.        KACAK DAN BERGAYA
Oh..mesti orang akan berfikir tuahku hanya memilih pemimpin yang kacak dan bergaya sahaja. Ya, kita mesti memilih seorang yang kacak dan bergaya untuk menjadi pemimpinn kita. Mahukah anda pemimpin anda seorang yang selekeh? Hanya memakai selipar jepun semasa berucap di atas pentas? Kita mahukan pemimpin yang berketerampilan. Tidak kira tua atau muda, pemimpin kita harus dalam keadaan kacak dan bergaya. Hal ini akan menonjolkan ketrampilan beliau di mata ahli pimpinan beliau.

2.       BERSUARA TEGAS DAN JELAS
Suara yang tegas mampu mempersonakan orang yang mendengar. Dalam sesebua ucapan pemimpin, suara memainkan peranan kedua terpenting selepas raut wajah kita. Jika rambut kusut masai, suara pula lemah seperti orang yang tak makan nasi saja audients pasti tidak berminat untuk mendengar ucapan pemimpin tersebut. Jika pemimpin tersebut pandai menggunakan rupa dan gaya beliau, pasti pendengar akan lebih terpesona mendengar ucapan yang disampaikan. Seperti seorang juruhebah di radio, suara mereka yang lunak dapat menarik minat pendengar mendengar rancangan mereka tanpa perlu melihat wajah mereka di radio. Bergitu juga seorang pemimpin harus mempunyai suara yang jelas supaya pendengar memahami apa yang beliau ingin sampaikan.

3.       RAMAH DAN MESRA
senyum itu adalah satu sedekah
Seorang pemimpin di negara demokrasi amat perlu untuk beramah dan bermesra dengan masyarakat. Jika tidak, rakyat tidak akan kenal siapa pemimpin mereka. Seorang pemimpin tidak seharusnya mengadakan jamuan makan-makan untuk mendekati masyarakat tatapi perlu lebih kretif daripada memberi rakyat makan. Sebagai contoh, seorang pemimpin akan menegur sesiapa sahaja selagi-lagi orang yang beliau tegur itu orang. Bertanya khabar atau cukup sekadar senyum manis bagi menampakan kekacakan dan gaya mutu keunggulan beliau sebagai pemimpin.


Namun, senjata paling penting bagi seorang pemimpin ialah senyum. Ini kerana senyum mu itu adal satu sedekah. 

Janji DiTepati


Janji DItepati

Salam dan damai sejahtera kepada para pembaca yang budiman lagi bijaksana.
Tema nasional bagi sambutan Hari Kemerdekaan Tanah Melayu ialah Janji DiTepati yang kebanyakan rakyat Malaysia berasa amat janggal bunyinya. Sejak tahun-tahun awal kemerdekaan, tema kemerdekaan adalah berkisar tentang dasar dan usaha untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum. Tetapi tidak pada tema tahun ini yang agak kepolitikan berbanding kenegaraan. Lain pula ceritanya di negeri-negeri diperintah oleh pihak pembangkang. Mereka memilih tema yang lebih nasional seperti di Selangor mereka memilih tema Sebangsa, Senegara, Sejiwa berbanding tema Janji DiTepati. Namun ini mungkin kali pertama pihak pembangkang tidak menggunakan tema yang sama seperti persekutuan kerana mungkin agak memihak ke;ada parti yang memerintah.

Janji diTepati lebih kepada usaha kerajaan untuk menyedarkan rakyat agar mereka tahu pembangkang tidak akan menunaikan janji mereka yang hanya tinggal janji. Jika pihak pembangkang mampu menunaikan janji mereka, mereka juga tidak akan teragak-agak untuk menggunakan tema Janji di Tepati. Hal ini kerana, mereka juga menepati janji pilihanraya namun perkara yang sebaliknya yang berlaku. Ini adalah alas an yang lebih kukuh yang mungkin akan digunakan oleh pihak kerajaan untuk menembak pembangkang kerana pembangkang tidak dapat menunaikan janji-janji mereka. Salah satu strategi pihak kerajaan untuk menumbangkan pembangkang di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang bagi meyakinkan rakyat bahawa pihak pembangkang mempunyai hobi berjanji tetapi tidak akan ditepati.

Seperti mana jaji terbaru ketua pembangkang Datuk Seri Anuar Ibrahim bahawa beliau akan meletakan jawatan jika pihak pembangkang kalah lagi dalam piliharaya kali ini. Jelas lah kepada kita mengapa kerajaan beriya-iya benar mahu menggunakan tema janji DiTepati berbanding dengan tema yang lebih patriotic. Lebih-lebih lagi pilihanraya mungkin akan di adakan pada bila-bila masa dari sekarang. Jadi dalam masa yang sama kita pasti akan mendengar kempen secara tidak langsung dari pihak ahli-ahli politik semasa sambutan kemerdekaan ini nanti.

Bagaimana pula nasib kami dai Sabah dan Sarawak? Adakah janji itu ditepati? Kita berserah pada takdir? Janji pemimpin harus ditepati. Tetapi kebanyakan pemimpin akan menggunakan perkataan “kenyataan” kepada janiji mereka. Misalnya di Selangor, kerajaan negeri berjanji mahu memberi air percuma kepada rakyat negeri Selangor tetapi sampai sekarang janji itu belum ditunaikan. Janji mereka ialah jika pakatan rakyat memenangi piliharaya ke 12 maka air percuma bagi rakyat negeri Selangor. Kita mengambil frasa rakyat negeri Selangor, rakyat negeri Selangor merujuk kepada mereka yang lahir dan membesar di negeri Selangor. Namun yang demi pada hari ini di negeri Selangor bukan semua berasal dari negeri Selangor. Maka, kenyataan air percuma bagi rakyat negeri Selangor tidak akan dilaksana kerana Pakatan Rakyat tidak menang pada pilihanraya ke 12 dan di negeri Selangor bukan sahaja  rakyat negeri Selangor bermastautin di Selangor malah dari negeri-negeri lain di seluruh Malaya dan negeri kepulauan Borneo. Malah di negeri Selangor banyak pendatang asing dengan izin dan tidak tinggal di Selangor. Jadi janji itu tidak akan dilaksanakan kerana foktor kependudukan tersebut. 

Friday, August 24, 2012

Selamat Hari Jadi Malaysia

Friday, August 24, 2012 0

Mengapa Singapura keluar dari Malaysia?

Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman.
Topic yang kami mahu berkongsi kepada  para pembaca ialah tentang mengapa Singapura keluar dari Malaysia yang mereka sertai pada 16 September 1963? Tada dalil yang kukuh dinyatakan dalam buku teks sejarah Malaysiayang diguna pakai di Malaysia. Mungkin kerana pengaruh politik yang tebal dalam buku sejarah tersebut menyebabkan beberapa perkara tidak tercatat atau sengaja tidak dicatat. Menurut pembacaan kami tentang Singapura dan sejarah awal kewujudan serta beberapa sejarah Singapura yang serba sedikit mengungkai mengapa Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia.
Menurut pembacaan dan pemahaman kami, Lee Kuan Yew bapa pengasas Singapura mnerupakan salah seorang pengasas Persekutuan Malaysia. Beliau bersama-sama dengan beberapa pemimpin dari Borneo Utara dan Sarawak bersetuju dalam beberapa perkara pembenrtuk Persekutauan Malaysia. Namun yang demikian, Lee Kuan Yew lebih hebat berbanding dengan pemimpin-pemimpin dari kepulauan Borneo. Dalam masa yang sama, pengaruh Lee Kuan Yew juga mampu mengugat kedudukan pemimpin kaum cina di Malaya terutamanya MCA (Malayan Chinese Associations) dan Tuanku Abdul Rahman sendiri. Menjelang pilihanraya Umum di Malaysia, parti pimpinan Lee Kuan Yew di Singapura iaitu PAP (People in Action Party) aktif mengakat martabat kaum cina dan menentang konsep ketuanan Melayu di Malaysia. Dalam pada masa yang sama, Lee Kuan Yew mahu partinya PAP mengantikan MCA yang dilihat telah hilang pengaruhnya oleh kaum cina. Jika Lee Berjaya mengangkat PAP ke Malaya maka peluang untuk partinya menang dan menduduki parlimen dengan jumalah yang lebih besar adalah cerah. Sentiment yang dimainkan oleh Lee pada piliharaya tersebut ialah kaum cina dan Ketuanan Melayu yang menapat sokongan daripada kaum cina.
Tunku Abdul Rahman ketika itu sedang gering dan mendapat rawatan di London. Tunku mendengar khabar yang amat dan boleh mencetuskan rusuhan kaum yang amat besar di Malaysia jika Lee dan PAP masih berdegil mahu memperjuangkan konsep Malaysia for Malaysia yang menentang konsep ketuanan Melayu. Tunku merasakan bahawa cara terbaik untuk menyekatt kemaraan PAP ialah memisahkan Singapura dari Malaysia. Namun yang demikian, bukan setakat itu sahaja Tunku ingin memisahkan Malaysia Singapura. Terdapat sebab lain yang secara peribadi antara Lee dan Tunku:
1.       Hasil 60:40
Singapura di bawah pimpinan ketua menteri Lee Kuan Yew menetapkan Singapura akan memberikan 40% hasil pendapatan Singapura kepada Persekutuan dan mengunakan 60% lagi untuk negeri Singapura. Tunku pula mahukan 60% daripada hasil Singapura yang diangap besar oleh Lee dan Singapura. Memandangkan Singapura adalah sebuah negeri tanpa sumber, hasil yang besar itu patut mereka guna untuk mengembangkan ekonomi mereka.

2.       Ketua Menteri @ Perdana Menteri Singapura?
Kekerapan Lee Kuan Yew mengadakan lawatan rasmi ke luar negara menjadi tanda Tanya kepada Tuanku. Ini kerana, seorang Perdana Menteri yang akan menjalinkan hubungan Luar Negara dan bukan seorang ketua Menteri. Lee juga menyebabkan beberapa negara luar keliru status mereka adakah Lee Kuan Yew ketua menteri Singapura atau Perdana Menteri Singapura.

3.       Perdana Menteri Malaysia
Cita-cita Lee bukan setakat menjadi ketua menteri Singapura malah lebih dari itu. Perdana Menteri Malaysia dipilih dari ketua parti yang memenangi kerusi terbanyak di Parlimen. Jika parti Lee. PAP mengantikan MCA di Malaya, harapan itu bakal menjadi kenyataan. Namun, Tuanku mahu konsep ketuanan Melayu terus kekal dan utuh dengan menjadikan Tuanku dan UMNO terus menjadi parti terbesar di dalam Parlimen.
       
Setelah berfikir secara mendalam dalam keadaan gering, Tuanku mengabil keputusan memisahkan Singapura dari Persekutuan Malaysia. Menurut cerita dari pemimpin UMNO yang berada di London ketika itu, Lee Kuan Yew menitiskan air mata mendengar keputusan daripada Tunku. Hal ini membolehkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Singapura berbanding menjadi Perdana Menteri Malaysia. Walau apa pun yang berlaku, Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia adalah kerugian yang besar kepada Malaysia. Pada masa yang sama, penerimaan Singapura untuk keluar adalah satu langkah besar bagi menjadikan Singapura sebagai negeri Permata kerana walaupun saiznya hanya sebesar titik merah di atas peta, namun Singapura dikenali diseluruh dunia.

Wednesday, August 22, 2012

pilihanraya Malaysia

Wednesday, August 22, 2012 0
damai dan salam sejahtera kepada para pembaca. selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. semoga amal baik mu di terima oleh -Nya. salam merdeka dan selamat harijadi Malaysia.

banyak perayaan yang disambut di Malaysia dan dirayakan bersama-sama sesama kita. amat menakjubkan kerana kebanyakan orang luar mengatakan hanya di Malaysia budaya kunjung-mengunjung menjadi amalan berbanding di tempat lain. baik yang sama fahaman ataupun tidak kita tetap merayakan apa-apa sahaja perayaan bersama-sama. dengan caa yang sama dengan budaya yang sama.

setelah musim perayaan berakhir pastinya akan timbul lagi gosip pilihanraya umum yang ke 13. sekarang tengah cuti bab hari raya. jadi bunyi PRU-13 kurang kedengaran. tiada siapa yang tahu bila pilihanraya akan diadakan. melainkan perdana menteri Malaysia dan ahli-ahlinya. kita sebagai rakyat akan menanti sahaja dan menunaikan tanggngjawab kita iaitu mengundi.

tidak kira siapa yang kita undi ia akan tetap pada benda yang sama iaitu memiloh kerajaan yang baru. samaada kita memilih untuk kekalkan kerajaan sedia ada atau mengubahnya.

namun yang demikian, baik kerajaan yang sedia ada ataupun pembangkang yang akan menang di Sarawak pada PRU-13 nanti situasi akan tetap sama.

Barisan Nasional penyandang kerajaan sekarang dipengerusikan oleh Pehin Sri Abdul Taib bin Mahmud  di peringkat negeri dan Perdana Menteri Datuk sri Mohd Najib Tun Abd razak di peringkat persekutuan. Sarawak menghalang kemasukan parti UMNO ke Sarawak kerana risau keadaan seperti di negeri Sabah berlaku di Sarawak. apabila Sabah jatuh ketangan UMNO dari Malaya, keadan pembanguna di sana menjadi perlahan kerana keputusan terletak di tangan pengerusi UMNO dan pengerusi BN pusat. jika pun Pakatan Rakyat memerintah di Sabah mahupun di Sarawak, keadaan akan tetap sama.

di Sarawak, Pehin Sri bertegas menolak parti UMNO datang ke Sarawak bagi menjaga kepentingan politik di negeri Sarawak. dalam masa yang sama mahu mengekalkan parti asal negeri Sarawak. jika pun tidak UMNO ke Sarawak, pengerusi BN tetap dari Malaya dan keputusan pusat adalah melebihi keputusan negeri. jadi jika pun PR memerintah Sarawak, keadaan akan tetap akan sama. pengerusi PR orang Malaya dan pengerusi negeri Orang Sarawak.

ya, itulah hakikatnya jika kita bergabung dengan parti lain yang kononnya lebih besar dan kuat. tidak semestinya kita kecil dan lemah kita tidak kuat. seperti pada hari ini, parti PBB adalah parti terbesar di Sarawak namun antara terkecil di Malaysia. Jika parti-parti BN di Sarawak tidak bergabung dengan BN dan kita membentuk gabungan sendiri maka, kita akan lebih kuat. harus di ingat semasa pembentukan Malaysai, semua setuju bahawa bahagian kerusi di Parlimen adalah 1/3 bagi Malaya, 1/3 bagi Sabah dan 1/3 bagi Sarawak. jika kita menang 1/3 di Sarawak, maka kita dapat dah ada 1/3 ahli di parlimen. semuanya parti Sarawak. jikapun kita tidak dapat menubuhkan kerajaan pari di Sarawak kita masih boleh menubuhkan kerajaan campuran kerana kita adalah 1/3 daripada Dewan rakyat.

maka, kita harus keluar dari BN dan tubuhkan parti gabungan Sarawak sendiri. itupun jika kita mahu plan pembangunan kita untuk cepat terlaksana. selagi-lagi kita bergabung dengan BN selagi itu lah kita akan mesih dikongkong oleh parti dari Malaya.untuk pengetahuan pembaca, saya bukan ahli mana-mana paerti politik semasa. kerana bagi saya tiada parti yang betul-betul memperjuangkan rakyat. jadi mungkin suatu hari nanti ada parti yang betu-betul memperjuangkan hak kita sebagai Orang Sarawak. God willing. thanks

Thursday, August 16, 2012

sex dan remaja

Thursday, August 16, 2012 0

Sex dan Remaja

Sex merupakan jantina antara lelaki dan perempuan. Sex juga merujuk kepada aktiviti kelamin antara lelaki dan perempuan.  Manakala remaja merujuk kepada mereka yang berusia antara 13 tahun hingga 19 tahun. 
Remaja juga dibahagi kepada beberapa peringkat umur. 13 tahun hingga 15 tahun diketegorikan sebagai umur remaja muda. Kebanyakan pada usia ini, remaja sudah atau sedang dalam peringkat baligh atau hormone badan remaja sedang matang untuk berubah dari kanak-kanak kepada peringkat dewasa. Pada peringkat ini, badan atau tubuh badan remaja akan cepat membesar dan banyak perubahan akan dialami oleh remaja tersebut. Pada peringkat ini juga tarikan antara jantina juga menjadi semakin kuat. maka tidak hairanlah pada usia ini kebanyakan remaja menemui cinta pertama mereka. Mereka yang paling active ialah remaja perempuan. Selalunya kecantikan wanita mula mekar pada usia ini. Manakala bagi remaja lelaki pula mereka lebih cenderung untuk mencari dan mencuba sesuatu yang baru. Mereka pada usia ini lebih active dan suka atau lebih bermain.
Pada usia 16 tahun dan 17 tahun remaja sedang pada peringkat remaja pertengahan.terdpat remaja yang mencapai pertumbuhan maksimun pada usia ini dan tidak kurang juga remaja yang baru mencapai akil baligh. Pada peringkat ini kebanyakan remaja sedang hangat dilamun cinta. Tidak kurang juga yang menumpukan pada pelajaran. Maka tidak hairan jugalah pada usia ini ada remaja yang telah hilang ciuman pertama atau teruna atau dara. Ini kerana, hormone sex manusia pada peringkat umur ini sedang active. Lebih-lebih lagi apabila teknologi canggih telah mendewasakan para remaja dengan pantas. Mereka juga didorong oleh banyak factor seperti, rakan sebaya, keinginan ingin tahu pendedahan kepada media social baik media cetak mahupun elektronik.
Seterusnya usia remaja pada akhir remaja iaitu 18 tahun dan 19 tahun. Pada peringkat ini mereka menuntut kepada kebebesan dan ingin melakukan segalanya tanpa disekat. Maka tidak hairanlah kebanyakan pusat hiburan menjadi tempat mereka untuk menikmati kebebasan.
Sebenarnya, tidak mengira pada peringkat usia apa pun manusia dan sex tidak dapat tidak menarik keingin normal seorang manusia. Namun demikian sex dan remaja semakin dekat dengan masyarakat pada hari ini. Semakin awal sesorang itu menikmati sex maka semakin tinggi keinginan diri mereka untuk menikmati sex. Maka semakin banyak lah kes-kes keruntuhan moral yang akan kita dengar selepas ini.

Wednesday, August 15, 2012

bekerja dari rumah- era internet

Wednesday, August 15, 2012 0


Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca.
Sebelum ini kita berbicara tentang bekerja dari rumah pada era sebelum internet. Kebanyakan suri rumah tangga yang terlibat dengan aktiviti yang agak traditional itu. pada hari ini, internet telah mengubah lanskap. Tidak terhad kepada ibu-ibu yang tinggal seharian di rumah sahaja dapat terlibat dengan pekerjaan dari rumah malah, mereka yang mempunyai pekerjaan professional.

Arkitek/jurutera
Golongan ini tidak semestinya perlu ke pejabat ubtuk menyiapkan sesuatu projek. Tempat yang paling banyak idea adalah di rumah. Home sweet home. Untuk berinteraksi dengan rakan sepejabat, online je dengan skye mahupun yahoo messager!!!. Terdapat juga suri rumah yang tergolong dalam golongan ini. Mereka mempunyai masa untuk suami, anak-anak, rumah tangga malah kerjaya mereka.

Blogger.
Wartawan tidak rasmi. Mereka hanya perlu mencari idea untuk artikel yang mereka mahu berkongsi bersama rakan-rakan diinternet. Jika dahulu blog-blog banyak dimanfaatkan mereka sebagai diari tetapi sekarang lebih dari itu. kebanyak bloger mendapat bahan dari akhbar-akhbar dan mengulas semula cerita itu. manakala trend sekarang ini ialah mendapatkan bahan difacebook dan komen balik dengan blog.

Suri rumah
Zaman moden ini apa-apa pun boleh berlaku. Ibu-ibu boleh mempromosikan kuih-muih di internet. Mendapat tempahan kek dari internet. Tempahan baju. Tempahan menjaga anak dan sebagainya boleh digunakan melalui internet. Secara tidak langsung internet menjadi medium mempromosikan perkhidmatan dan barangan secara dari rumah sahaja.

Ejen hartanah
Ejen hartanah hanya memerlukan air liur sahaja untuk menjual rumah. Kalau ada panggilan dari klien, mereka boleh berjumpa di mana-mana sahaja. Ada yang terus ke rumah. Maka pejabat hanya menjadi tempat menyimpan barangan pejabat sahaja. Ada yang lebih kretif menggunakan ruang dalam rumah sebagai pejabat mereka. Maka masa kerja akan menjadi lebih fleksibel. Bagi mempromosikan perkhidmatan mereka, mereka boleh menggunaka medium internet dari rumah. Siap boleh video call dengan customer. Asalkan senarai bakal pelanggan tidak putus maka kerjaya ejen hartanah dari rumah memang selesa.

Ejen insurans
Kebanyak kerjaya seperti ejen bergantung kepada tahap kerajinan. Semakin rajin kia mencari prospek semakin banyak lah bakal pembeli kita. Jika pembeli polisi insurans kita banyak maka banyak jugalah income kita. Para ejen boleh menggunakan medium percuma seperti facebook untuk mendapatkan bakal pelanggan mereka. Jadi prospek mereka sangat banyak dan tidak terbatas.

Peguam
Sebenarnya banyak lagi golongan professional yang bekerja dari rumah pada hari ini. Mereka menjalankan aktiviti perniagaan dari rumah sahaja. Tidak perlu untuk membayar sewa ruangan pejabat. Mereka boleh berjumpa klien mereka hanya di rumah mahupun terus di makamah. Selalunya golongan ini menggunakan restaurant berjumpa klien mereka. Almaklumlah professional.

Pilih sahaja kerjaya mana yang anda mahu. Jadi cikgu pun boleh dari rumah aper. Kelas tuisyen di rumah sahaja. Semuanya boleh dilakukan dari rumah sahaja. Mahu atau tak mahu je lah. Kadang-kadang kerjaya di internet dapat membri kita banyak peluang yang besar sebenarnya. Saya akan kupas pada artikel yang akan datang.

Terima kasih semua.

edisi ALAMAK

plastik tesco
amboi abg ni..muka splosen jew..kontrol hensem bro..jgn marah haa...
















every night in my dream..erk..nightmare ..
atas kapal titanic yang sangat laju itu cinta abadi bersemi..
mendepa tangan di anjung kapal.
opppsssss...
accident..
burung laut da..jgn marah ha..













berhenit
dia tukang line jalan jew..lau dia orang degree silap tulis mungkin lah isu besar..tapi pak cik ni ok lah...dia lepasan sekolah melayu bukan inggeris..jgn marah haa..














don't judge the book by the cover
amboi cik kak..nampak kusyuk jew baca Holy Koran..tapi..fb kerr??hehehe..jgn marah ha..















kringgggggggggggg!!!!1
amboi..ni kalau tak bangun tak tahu lah..agak2nya  gempa bumi pun tak sedar budak ni..lain kali sebelum niat dulu..baca apa yang patut..set otak nak bangun pukul brapa..jgn marah ha..









Jurusalem
DSAI..maaf ya..anda gagal..nasib baik buku tu bukan Bible atau old testament..jgn marah haaaa..

Saturday, August 11, 2012

Isu minyak

Saturday, August 11, 2012 0


Wealth of Sarawak
Utusan Borneo Khamis 9 Ogos 2012
Salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman.
Sejak dua tiga hari ini atau lebih tepat menjelang pilihanraya ini isu minyak Sarawak mahupun negeri-negeri pengeluar minyak seperti Sabah, Kelantan serta Terengganu bangkit mengutarakan royalty minyak masing-masing. Lebih jelas di Sabah dan Sarawak.  Dua pengeluar minyak terbesar di Malaysia. Namun yang demikian, kedua-dua negeri ini muncul sebagai antara negeri paling mundur di Malaysia. Pendapatan minyak meningkat namun macam tidak dapat dinikmati oleh penduduk di wilayah Borneo ini.
Isu ini lantang dibangkitkan oleh pembangkang pada pilihanraya PRU12 yang lepas. Mereka menjanjikan royalty minyak setinggi 20% kepada Sabah dan Sarawak. Pada minggu lepas, beberapa ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak juga membangkitkan isu royalty minyak. Isu ini mungkin sering kali dibangkitan kemudian senyap bergitu sahaja. Cepat dihangatkan dan cepat juga menjadi sejuk. Mungkin ini ialah permaina politk. Umpama hangat-hangat tahi ayam. Jika royalty minyak ditingkatkan, mungkin lebih banyak pembangunan dapt dilakukan oleh kedua-dua wilayah Borneo ini. Kita berharap agar kita akan dapat memperolehi hak kita sebagai rakyat wilayah Bornoe.
Namun yang demikian, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pula mengatakan bahawa telaga minyak terletak di nun jauh di perairan Malaysia. Perairan Malaysia adalah milik kerajaan persekutuan. Royalty minyak wajar pada kadar yang telah ditetapkan kerana minyak digali oleh syarikat milik kerajaan persekutuan.
Bagi saya, Sarawak sepatutnya memiliki sebuah syarikat petroleum sendiri. Sudah sekian lama shell dan petronas mengorek hasil bumi Sarawak. Pendapatan itu digunakan sepenuhnya oleh persekutuan membangunkan wilayah Malaya. Pada suatu ketika dahulu, harga minyak di Sabah dan Sarawak jauh lebih mahal daripada di Malaya. Bertahun-tahun kita membayar harga yang lebih mahal sedangkan ketika itu kita mempunyai pusat penapisan minyak terbesar di dunia milik LNG bintulu sebelum kedudukan itu diambil oleh negara Arab. Alasan yang digunakan oleh kerajaa persekutuan ketika itu ialah kita juga pengimport minyak untuk kegunaan kita. Minyak import dicampur dengan minyak negara kita. Minyak negara kita mendapat permintaan tinggi di dunia kerana kandungan sulfur yang rendah. Jadi harga minyak kita diapungkan seperti mana harga minyak antarabangsa.
YB-YB Sarawak
Minyak kita dijual atau dieksport manakala kita mengunakan minyak yang diimport yang mempunyai kadar sulfur yang agak tinggi. Adakah minyak yang kita ada tidak mencukupi untuk kegunaan kita? Jika ya adalah wajar kita jual minyak kita dengan harga yang tinggi dan kita membeli petroleum dari negara pengeluar minyak yang lain dan ditapis di negara kita.
Jika, semua petroleum yang dilombong di Sarawak, ditapis di Sarawak dan digunakan di Sarawak bekalan adalah sudah mencukupi. Jika melebihi pun kita dapat mengeksport minyak kita ke Malaya. Pendapatan itu pastinya sudah mencukupi untuk negeri Sarawak. Tetapi yang kita ketahui, minyak kita memang dapat untuk menampung seluruh Malaysia dan untuk dieksport. Pendapatan Petronas dari kerja-kerja cari gali di seluruh dunia sangat berguna untuk pembangunan negara. 
Kita mungkin tidak akan dapat meminta pendapatan minyak Sarawak untuk Sarawak dan Sarawak membayar royalty kepada kerajaan persekutuan tetapi cukuplah kalau royalty kita ditingkatkan. Beri peluang kepada Sarawak yang kadar pengangurannya antara terringgi di Malaysia. Tolonglah kami. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Janji ditepati?


Friday, August 10, 2012

how to work from home?

Friday, August 10, 2012 1

Bekerja dari rumah-era sebelum internet
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman lagi bijaksana. Pada hari ini istilah bekerja dari rumah bukanlah sejenis pekerjaan yang baru. Pekerjaan dari rumah suatu ketika dulu selalunya merujuk kepada pekerjaan suri rumah tangga yang semestinya didominasi oleh para ibu-ibu. Ya lah dah namanya suri rumah, kerja kat rumah lah para ibu ini. Selain itu beberapa pekerjaan traditional juga bermula dari rumah sebelum kedatangan internet lagi. Antaranya ialah:
1.       Membuat/menjual kuih-muih
Tidak memerlukan sangat teknologi canggih utuk membuat kuih-muih dari rumah. Hanya berapa peralatan memasak dan bahan-bahan membuat kuih diperlukan. Selalunya para ibu yang akan membuat kuih pada masa lapang mereka. Setelah selesai membuat kerja rutin sebagai suri rumah, para ibu mungkin kebosanan duduk sahaja di rumah. Jadi masa tersebut digunakan untuk melakukan sesuatu yang berfaedah. Kuih-muih para suri rumah biasanya dijual dari rumah ke rumah. Jadi masa lapang mereka dapatlah digunakan untuk berjumpa kawan-kawan mahupun jiran tetangga sambil menjual kuih. Setidak-tidak pun mereka meletakan kuih mereka di warung-warung kopi sekitar tempat tinggal mereka. Ada yang menghantar ke kantin-kantin sekolah mengikut kuantiti yang mereka buat. Dari rumah sahaja pada masa lapang dapat menjana pendapatan.
2.       Membuat keropok ikan/udang/ubi
Selalunya aktiviti ini melibatkan isteri nelayan dan petani. Mereka mendapat bekalan bahan mentah mungkin secara percuma dari suami mereka. Kadang-kadang ikan atau udang atau ubi ini lebihan dari jualan para suami yang dijadikan isteri sebagai keropok untuk dijual. Selalunya isteri para petani, penternak dan nelayan ni memang tidak pernah nak duduk diam. Ada sahaja aktiviti mereka. Ada yang menolong suami mereka di kebun dan yang lebih extreme ialah pergi ke laut bersama insan yang tersayang. Jualan dari keropok pastinya dapat menampung perbelanjaan harian.
3.       Membuat kek
Sedikit moen dan di luar tradisi. Selalunya pada musim-musim perayaan. Di Sarawak misalnya, aktiviti membuat kek lapis amat laris pada musim perayaan. Tak menang tangan para pembuat kek lapis ni. Sehingga ada suami yang bekerja terpaksa meminta cuti semata-mata membantu isteri memenuhi permintaan. Pada hari ini, ada pengusaha kek lapis telah menebusi pasaran global. Tahniah diucapkan kepada mereka.
4.       Membuat makanan ringan traditional
Antara makanan ringan ialah batang buruk, kerepek mahupun terbaloi. Sebenarnya banyak lagi makanan ringan traditional yang ada di negara kita. Dibuat untuk makanan petang keluarga mahupun dikongsi bersama jiran tetanga (untuk promosi). Setelah mendapat permintaan hasil daripada perkongsian tadi maka terdapat permintaan dari jiran-jiran. Ada permintaan maka ada penawaran. Ada kedua-duanya maka adalah income.
5.       Menjahit baju
Permintaan amat tinggi pada musim perayaan. Lebih-lebih lagi pada hari raya aidilfitri. Kadang-kadang baju tukang jahit sendiri tak terbuat dek kerana permintaan melebihi penawaran. Ada yang menawarkan upah lebih bagi menyiapkan baju raya mereka secepat yang mungkin. Akibatnya, tukang jahit terpaksa bekerja siang malam untuk menyiapkan tempahan. Ish ish ish. Rezeki lah katakan.
6.       Pengasuh
Sebagai aktiviti sampingan. Suri rumah yang tidak mengambil inisiatif seperti yang di atas selalunya mengambil usaha menjaga anak-anak jiran tetangga yang bekerja untuk beliau jaga di rumah. Ada sesetengah ibu bapa risau anak mereka dijaga di pusat-pusat asuhan. Jadi mereka mengambil inisiatif mengupah orang yang mereka kenali untuk menjaga anak mereka.
7.       Menyulam
Kemahiran menyulaman diperlukan bagi kerja ini. Ada sesetengah ibu menonton television sambil menyulam. Terdapat dua keadah menyulam. Secara tangan mahupun menggunakan sewing machine. Selalunya secara tangan lebih lama dan halus seninya. Menggunakan sewing machine pula lebih cepat. Bagi yang sudah mempunyai kemahiran yang tinggi hasil seninya lebih menyerlah lagi dengan menggunakan sewing machine.
8.       Kraftangan
Antaranya ialah seperti alat-alat kegunaan harian seperti tikar, topi traditional bakul dan sebagainya dapat dibuat dari rumah sahaja. Bahan-bahan selalunya dari hasil hutan mahupun plastic yang mudah utuk didapati. Ibu-ibu yang sudah berusia selalunya menjalankan aktiviti ini untuk hiasan mahupun sebagai kegunaan harian.
9.       Kedai runcit
Menggunakan sedikit ruang di rumah untuk digunakan tempat menjual keperluan harian. Selalunya para suri rumah akan membuat aiskrim, menjual gula-gula dan makanan ringan kepada anak-anak jiran yang pastinya akan ada banyak permintaan. Dapatlah untung sedikit.

polis terlanggar orang awam

van Polis bersebelahan Bus lanang yang turut mengorbankan nyawa
 Ogos 9, 2012
Mukah-anggota Polis terlanggar orang awam yang dlam perjalanan balik dari tempat kerja di Jlan Oya-Mukah di sini semalam.(berdekatan Kampung Judan) mangsa mati di tempat kejadian. pegawai Polis ditahan reman bagi membantu siasatan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Mukah unbtuk dibedah siasat. antara teori Pegawai berkenaan terlanggar ialah mengantuk. suasana sedih dan pilu sekitar Hospital Mukah petang semalam. dalam beberapa hari lagi umat Islam akan merayakan Aidilfitri, orang tersayang pergi dalam kemalangan jalan raya. mangsa dikatakan patah tulang kaki dan leher yang menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.
pandangan sisi di pusat mpv Mukah

Tuesday, August 7, 2012

MR TJ dan musim puasa

Tuesday, August 7, 2012 0


Mr. TJ tinggal sementara dengan cikgu Biologinya semasa di tinggatan Lima. Dia tinggal bersama dengan kawan-kawan yang lain. Semasa musim puasa, MR. TJ dan rakan-rakan yang lain juga turut berpuasa walapun kebanyakan mereka ini bukan beragama Islam. Pada hari pertama MR.TJ berpuasa.
(waktu dekat berbuka sekitar jam 1820)
Cikgu:   TJ, kalau jam dah kul 6:30 bagitahu cikgu ya!!
MR TJ: (sambil menekan info di astro untuk melihat waktu) ya cikgu.
Tidak lama kemudian.
MR. TJ: Cikgu!! Dah jam 6:30
Dengan pantas MR. TJ ke dapur lalu mengambil sebijji kurma lalu dimasukan kedalam mulut.
Cikgu: TJ, belum lagi. Tunggu azan baru boleh berbuka.
MR. TJ: alamak, dah dalam mulut ni kurma.
Beberapa detik kemudian azan berkumandang. Thanks be to God.

Datuk Lee Chong Wei


Semangat Malaysia
Khas Untuk rakyat Malaysia
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Saya sempat mengambil beberapa gambar yang diposted oleh kawan-kawan kita di facebook.Segalanya untuk Datuk Lee. Pastinya selepas ini akan lahir seorang atau lebih pahlawan emas negara. Kita jadikan langkah Datuk Lee sebagai batu loncatan untuk menjadi lebih baik dan hebat dari Datuk Lee. Tiada pedang mahupun machine gun untuk kita berjuang demi negara, tiada ucapan yang menyentuh jiwa untuk kita berdebat di medan debat namun, kita punya cara sendiri untuk menunjukkan kesetian kita kepaa negara. Baik di medan sukan, di medan cyber, mahupun di mana sahaja kita berada sebagai seorang rakyat Malaysia yang memegang Mykad mahupun Mykid kita akan bersama bersatu berbakti demi negara. Kita sama-sama baik kerajaan mahupun pembangkang bersatu demi satu bangsa, satu negara, satu Malaysia. Terima kasih, Datuk Lee Chong Wei. Terima kasih semua rakyat Nusantara Malaysia, Brunei, Singapore, Indonesia, Timor Leste.
 p/s Datuk Lee; adik saya cakap anak dia yang akan lahir bulan September ini akan diberi nama Chong Wei. God willing, dia juga akan dikenali sebagai Lee Ching Wei sebab nama keluarga suami dia Lee.
Janga marah haa..
dato' lee dan pembaca yang budiman, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakan video yang memaparkan gambar-gambar dato' dan olimpians yang lain masih tidak dapat diupload.terima kasih

sila klik link ini untuk menonton video tersebut.. terima kasih... 

<

tribute to Malaysian Olympians - The best home videos are here

Monday, August 6, 2012

MR. TJ dan Manager Bank

Monday, August 6, 2012 0

Ada seorang pemuda yang bernama Mr. TJ yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi  Mr. TJ  dah pun bersiap sedia terpacak di kuanter bank untuk menyimpan RM1000′nya. Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Manager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya.

Manager : Setiap hari saya nampak encik akan menyimpan duit sebanyak RM1000 di bank. Apa kerja encik sebenarnya? Macam masyuk jer? MLM ek?

Mr. TJ  : Kalau nak tahu, saya sebenarnya tak da kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.

Manager : (Dalam hati, kerek giler orang nih!!) Owh macam itu rupanya, ini sudah cukup bagus. Tapi encik mungkin belum bertemu dengan orang yang terror macam saya ni. Kalau encik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.

Mr. TJ  : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.

Manager : Okay. Sebutkan apa saja encik nak bertaruh dengan saya.

Mr. TJ  : Macam ni, dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.

Manager : Hahaha, tak logiklah encik. Tapi tak pe, saya setuju.

Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba telurnya. Erm,, ok masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada. Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan MR. TJ.

Manager : encik  minta maaflah yer, telur saya masih lagi ada. Haha (gelak jahat).

MR. TJ : Betul ke? Aku tak percaya, mari sini aku pegang…

Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum  MR. TJ  pun berkata..
MR. TJ : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni.  MR. TJ  pun menghulurkannya.

Manager : Hari ni baru encik tahu siapa yang terror. Sorrylah encik hari ni encik tak dapat pergi bank lagi keh.. keh.. keh…

Tiba-tiba  MR. TJ mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kaunter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada  MR. TJ .

Manager : Mana encik dapat duit sebanyak tu?


MR. TJ : Saya bertaruh dengan kawan saya Guard kat luar tu tadi RM5000.

Manager : Bertaruh apa?

MR. TJ : Bertaruh yang saya dapat pegang telur Manager Bank.

Manager : #$%!!

sekadar cerita, tiada mengena yang masih hidup atau yang sudah ... 

MR TJ


Edisi kapal terbang dan tangga beliau
Mr. adalah seorang pemuda yang amat dikenali dan dihormati dikampungnya. Dia digelar Mr. oleh penduduk kampung kerana bakat kepimpinan yang ada pada dirinya. Namun ada sesuatu yang kurang pada dirinya.
Pada suatu hari, dia dijemput untuk datang ke suatu tempat yang tidak pernah dia pergi. Untuk kesana, dia terpaksa menaiki kapal terbang. sebelum menaiki kapal terbang, Mr. TJ menanggalkan kasutnya seolah-olah dia menaiki sebuah rumah. Sesudah sampai ke tempat yang dituju, Mr. TJ menuruni tangga kapal terbang. Dia mencari-cari kasut yang dia tinggalkan di bawah tadi. Alahai Mr. TJ. Kasut Mr. TJ tertinggal di run away di airport tadi da..
Jangan marah ha..

Dream

aksi Datuk Lee menentang Lin Dan

Sorakan Emas 1 Malaysia
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman.
Pada tanggal 5 Ogos 2012, penantian emas Malaysia pada temasya sukan terbesar dunia seakan-akan berakhir apabila Datuk Lee mendahului permainan pada set ke tiga dengan kelebihan dua mata. Namun segala-galanya berakhir ketika kesilapan agakan beliau menyebabkan mata mudah bagi Lin Dan untuk mendahului satu mata. Pada situasi mata emas olimpik, Lin Dan mahupun Datuk Lee bermain secara berhati-hati kerana satu mata boleh menjadikan perlawanan tamat mahupun diheret kemata penentuan. Sekali lagi, terlebih pukul menyebabkan bulutangkis terkeluar sedikit dari gelanggang Lin Dan dan memberi pingat emas olimpik kedua Lin Dan. Maka, Lin Dan telah mengukir namanya sebagai Lagenda Sukan Badminton dunia dengan memenangi dua pingat emas olimpik berturut-turut dengan menewaskan lawan yang sama.
Perlawanan akhir paling mendebarkan pernah saya tonton selain sukan bola sepak. Dengan setiap kali pemain itu menjarakan diri, mereka berkelebiha dua mata sahaja pada set ke tiga iaitu set penentuan. Lin Dan berada pada kedudukan yang tetap dan pada masa yang betul untuk mendahului Datuk Lee. Datuk lee pula mengejar dan menjarakan diri pada awal saingan. Momentum itu Berjaya diseimbangi oleh Lin Dan. Adagen kejar mengejar menarikan lagi perlawanan dan cukup mendebarkan sehingga pada satu ketika Wembley Arena  seakan-akan senyap dan hanya kedengaran kedua-dua pemain itu saling berbalas pukulan. Cukup mendebarkan dan amat tegang.
Emas bernilai RM1juta akhirnya gagal lagi kita dakap. Walaupun hanya Datuk Lee yang akan dapat emas dan duit RM1 juta itu, kita sebagai rakyat Malaysia pastinya akan rasa bangga kerana yang menang Emas itu adalah orang Malaysia. Foreigners’ akan cakap, “congratulation Malaysians, you are the champion of Olympic in Badminton.” Sekurang-kurangnya lah.  Satu pun jadilah. Macam taufik Hidayat, walaupun beliau menang emas pada Olimpik 2004, beliau tetap pemenang pingat emas pada temasya olimpik di Athens. Samapai bila-bila beliau akan digelar Champion of Badminton, Athens 2004.
Siapa Taufik Hidayat? Warganegara Indonesia. Orang mana Taufik Hidayat? Orang Indonesia? Asal mana taufik Hidayat? Asal Indonesia. Nampak, asal usul Taufik Hidayat adalah dari Indonesia. Semangat Indonesia ada. Tanah tumpah darahnya ada. Mungkin Taufik ada membawa sedikai tanah dari Indonesia untuk membakar semangat beliau. Walaupun zaman kegemilangan Taufik Hidayat mungkin sudah berlalu tetapi semangat ke Indonesiaan itu sangat tebal.
Datuk Lee? Beliau adalah pahlawan moden sejati Malaysia. Seluruh rakyat Malaysia mahu mendengar Lagu Negaraku berkumandang di Tanah bekas penjajah pada sukan Olympic. Semestinya saat itu adalah saat kita menjajah semula bekas penjajah kita pada satu masa dahulu.
Siapa Lin Dan? Warganegara China. Orang mana Lin Dan? Orang China. Asal mana Lin Dan? Asal China. Lin Dan adalah orang China sejati. Di mana-mana orang cina pasti ada. Kemana-mana sahaja mereka pergi semangat ke Chinaan itu tebal. Apatah lagi China mempunyai penyokong walau dimana sahaja mereka pergi. Kontijen mereka besar maka, tidak hairanlah mereka mempunyai penyokong yang besar di London. Walaupun terdapat penonton mengibarkan bendera Brunei Darussalam  itu hanya penyokong kecil di dalam Wembley Arena.
Satu kelemahan pada Datuk Lee. Hanya satu. Bukan tekanan untuk menang pingat emas pertama negara semata-mata tetapi Datuk Lee berasal dari negara China. Mungkin Datuk Lee generasi kedua tinggal di Negara ini. Semangat asal usul itu masih tebal bagi setiap orang cina di mana-mana sahaja di dunia ini. Tidak ada orang cina yang tinggal di Malaysia bercakap bahasa Melayu sesame mereka. Tidak ada orang cina tidak akan ingat dari mana atok nenek mereka datang. Saya berkongsi cerita saya bersama kawan saya kepada pembaca. Amoi saya ini berketurunan Hokkien. Atok dan nenek dia berasal dari tanah besar China. Baru generasi kedua di Malaysia. Pada sukan Olimpik di Beijing 2008, saya Tanya kepada dia, “ ah deng, kamu sokong Lee Chong Wei ka?” Lalu dia jawab,”buat apa sokong Malaysia. Mereka tu lemah, lembek. Tengok dan sokong China lah. Mereka selau menang.” “wah, kamu sekarang orang Malaysia. Patut kamu sokong Malaysia. Kalau kamu sokong China baik kamu balik China sahaja.” Walaupun pada masa tu kami couple, boleh lagi saya cakap macam tu kat dia. Satu je kelemahan orang China di negara kita. Kesetiaan mereka kepada tanah besar China asal usul atok nenek mereka. Orang cina ni sembah nenek moyang mereka. Kebanyakan orang cina di Malaysia masih berhubung dengan keluarga mereka di China. Maksudnya, walaupun mereka telah menjadi rakyat dan warga negara Malaysia, mereka tidak akan lupa di mana asal usul mereka.
Emas pertama negara pada sukan olimpik pastinya datang dari orang Malaysia sendiri. Maksud saya penduduk pribumi kita sendiri. Hanya kita sahaja dapat menjadikan negara kita cemerlang, gemilang dan terbilang. Walauun datuk Lee telah memberi sedaya upaya mempertabatkan Malaysia saya rasa dia ingin orang asal Malaysia yang mempunyai semangat Malaysia, ketuanan Malaysia sahaja yang dapat memperolehi pingat emsa pertama negara. Saya percaya, pingat emas itu akan datang dari seorang penduduk asal Malaysia. Satu-satunya pingat yang belum pernah dimiliki oleh ORANG MALAYSIA.
Terima kasih.

Friday, August 3, 2012

Dinar Iraq vs Dinar Emas v2

Friday, August 3, 2012 0

Damai sejahtera kepada para pembaca budiman.
Sebelum ini kita berbicara tentang Dinar Iraq yang sedang ngetop sekarang. Sekarang kita berkongsi pengetahuan kita tentang nilai yang lebih stabil iaitu Dinar Emas.
                2) Dinar Emas
Dinar emas selalunya terdapat sekeping emas pada wang kertas dinar. Kepingan emas itu yang akan memberi nilai kepada dinar tersebut. Dalam mana-mana wang kertas atu syiling, Nilai muka wang tersebut selalunya lebih tinggi daripada nilai wang itu sendiri. Sebagai contoh, duit syiling bercetak 10sen pada mukanya sebenarnya bernilai lebih tinggi daripada nillai logam yang digunakan. Rasionalnya ini dipraktikan ialah kerana jika nilai logam lebih berbanding dengan nilai muka maka, aktiviti peleburan logam pastinya akan berlaku. Begitu juga halnya dengan nilai Dinar Emas tersebut. Jika harga muka sama dengan emas, mereka akan menanggalkan emas dari kertas itu dan meleburkanya.
Emas tidak sesuai untuk digunakan sebagai alat pertukaran barang kerana beberapa sebab. Antaranya ialah:
i.                     Emas adalah logam yang sempurna. Jika logam emas ditempa maka semestinya nilai muka syiling emas itu akan sama dengan nilai logam emas. Oleh yang demikian, aktiviti peleburan emas akan berlaku. Ini kerana harga emas akan akan meningkat dengan besar berikutan kekurangan syiling emas sebagai tunai dalam pasaran. Pada masa ini, pelebur emas tadi akan menjual emas tadi kepasaran selaras dengan peningkatan harga emas.
ii.                   Emas adalah logam yang berjirim padat. Maka emas adalah berat. Jika sekeping wang kertas biasa bernilai RM100, berat wang tersebut mungkin berapa gram sahaja. Namun, jika emas bernilai RM100 mungkin seberat sekitar lima ke lapan gram.  Tebal poket ya.
iii.                  Emas senang untuk diubah bentuk. Jika kita tercicir emas pastinya penjumpa akan meleburkan emas tersebut. Emas akan melebur pada takat tertentu. Berbanding wang kertas, jika si penjumpa terjumpa wang tersebut, dia akan membelanjakan wang tersebut dan wang itu akan kembali ke dalam pasaran.

Namun yang demikian, emas adalah logam atau harta yang paling sesuai untuk disimpan kerana sifat azali emas itu sendiri:
A.      Emas tidak akan reput mahupun berkarat walau selama mana emas disimpan.
B.      Emas tidak mengalami susut nilai jika kandungan logam emas itu adalah 100% emas atau dinilai sebagai 999. Barangan kemas mempunyai susut nilai.
C.      Emas boleh dileburkan dan dibahagi sama rata kepada para waris tanpa menjejaskan nilai semasa emas.
D.      Emas akan sentiasa bernilai walaupun untuk 100 tahun, 1000 tahun  atau beribu-ratus juta tahun akan datang.

Jika kita melabur utuk menyimpan Dinar Emas berbanding menggunakannya sebagai alat pertukaran barang adalah sabagai merugikan kerana Dinar Emas adalah stabil walaupun sebanyak mana permintaan atau sekurang mana pun penawaran nilai matawang Dinar Emas akan tetap dan stabil

Kesimpulanya, tidak hairanlah pelabur ketika ini berminat menyimpan wang kertas Dinar Iraq berbanding Dinar Emas.
Terima kasih.

Dinar Iraq vs Dinar Emas v1


Damai sejahtera kepada para pembaca. Membaca menambah ilmu pengetahuan.
Antara keywork yang paling mendapat tempat carian tertinggi di internet ialah Dinar Iraq. Ya, Dinar Iraq dan bukan Dinar emas. Mengapa ya?
1)      Dinar Iraq
Dinar Iraq adalah sekeping kertas yang dinilai berdasarkan kepada kadar pertukaran berasakan hukum ekonomi iaitu penawaran dan permintaan. Sesebuah Negara akan mencetak wang mengikut keperluan sesebuah Negara. Namun, tidak semestinya Negara tersebut mencetak wang sesuka hati mereka. Pencetakan berkebihan pula akan menyebabkan matawang tersebut menjadi terlalu banyak dan tidak bernilai. Selain itu, pencetakan wang kertas dan syling adalah mengikut permintaan  ekonomi itu sendiri. Wang kertas, syiling dan deposit semasa diketogerikan sebagai M1. Wang kertas dan syiling adalah wang dalam edaran manakal deposit semasa adalah tabungan kita di dalam bank. Deposit semasa boleh ditunaikan dengan cek.  M2 pula meliputi M1, separa wang(wang hampir). M2 juga merupakan M1, deposit tabungan den deposit tetap di bank-bank perdagangan, sijil deposit boleh niaga(SDB) dan sijil Bank Negara Malaysia (SBNM).  Pencetakan wang adalah terhad agar matawang itu bernilai.
Pada hari ini, permintaan terhadap Dinar Iraq semakin meningkat. Baik pada pasaran terang mahupun gelap. Jika sudah terdapat lebihan permintaaan di pasaran maka, nilai matawang Dinar Iraq harus sudah meningkat. Namun, Dinar Iraq masih ditambat pada nilai yang rendah dek sekatan oleh Amerika Syarikat. Jika diikut kepada keadaan ekonomi, sekarang adalah masa yang sesuai untuk membeli Dinar Iraq.
                Jika sesuatu matawang ditambat maka nilai itu akan kekal ditambat walaupun terdapat pergerakan pada nilai matawang tersebut. Sebagai contoh, semasa Malaysia dilanda krisis kewangan serantau, Ringgit Malaysia ditambat kepada MYR 1= U$D 0.38. Keadaan ini akanmenjadikan Ringgit menjadi “terkurang nilai” ataupun “terlebih nilai”. Walauapapun yang berlaku, nilai Ringgit tidak akan berganjak dari RM3.8=U$D 1. Apabila spekulasi Bank Negara Malaysia ingin mengapungkan nilai Ringgit berbanding Dolar Amerika, pedagang matawang akan membeli Ringgit dalam kuantiti yang besar dengan harga yang ditambat. Walaupun tekanan kepada Ringgit, Ringgit tetap didagangkan pada nilai yang sama. Kuantiti Ringgit berkurangan dalam pasaran kerana Ringgit telah disimpan oleh mereka yang membelinya. Oleh yang demikian, Ringgit telah “terkurang Nilai” kerana permintaan telah melebihi penawaran. Apabila Ringgit diapungkan secara rasmi, pedagang akan menjual semula Ringgit. Antara stategi mereka ialah, menjual Ringgit secara berperingkat. Jika mereka menjual Ringgit sekali gus bukan nak untung namanya. Setelah sekian lama diapungkan, nilai Ringgit masih tidak bergerak jauh dari nilai yang ditambat iaitu MYR1=U$D  0.32. Dalam masa lima tahun hanya terdapat U$D0.04  bagi MYR 1. Adakah situasi ini menggembirakan pelabur matawang? Jika membeli pada jumlah yang besar mungkin ya. Jika membeli pada jumlah yang kecil mungkin tidak. Spekulasi bergerak lagi. Sekarang adalah masa yang sesuai untuk membeli Dolar Amerika kerana Dolar semakin murah. Dalam masa yang sama nilai matawang China juga sedang ditambat. Dengar-dengar kerajaan China juga mahu mengapungkan nilai matawang mereka supaya lebih berdaya saing pada peringkat antarabangsa.
                Untuk terlibat dengan perniagaan spekulasi matawang antarabangsa adalah diketegorikan sebagai amat berisiko tinggi. Hal ini kerana, terdapat ramai jutawan matawang yang pastinya akan membeli matawang yang berpontensi dispekulasikan dengan jumlah yang besar. Lebih menguntungkan jika matawang itu sedang ditambat. Semakin besar pelaburan dia maka semakin besar jugalah pulangan yang beliau akan dapat. Kita akan terlibat dengan pelbagai kemungkinan. Namun yang lebih mengujakan ialah Dinar Iraq berpontensi untuk bergerak pada jajaran yang lebih besar berbanding Ringgit. Bloomberg mengatakan, kekayaan minyak akan memangkin kepada pembangunan Negara Iraq. Ini akan lebih mengujakan pedagang matawang. Speculator akan mempengaruhi pasaran matawang dengan spekulasi yang mengusik jiwa. Perkembangan  sesebuah ekonomi pastinya akan meningkatkan lagi nilai matawang sesebuah ekonomi itu. Sama seperti halnya dengan negara ekonomi baru seperti China dan India. Penambatan matawang berbanding dolar Amerika akan mempercepatkan pembangunan negara mereka. Apabila ekonomi telah berdaya saing dan kuat maka, pengapungan akan merancakkan lagi ekonomi itu. Setiap pergerak matawang selalunya besar dan menjamin keuntungan yang besar juga. Maka, para pelabur akan sentiasa peka akan setiap pergerakan matawang. Spekulasi juga memainkan peranan yang besar kerana tanpa spekulasi sesuatu matawang tidak akan menarik untuk didagangkan.
Kesimpulannya, kita harus mengambil kesempatan ketika kita ada kesempatan.
Terima kasih. 

Thursday, August 2, 2012

Sarawak merdeka

Thursday, August 2, 2012 0

Wealth of Sarawak
Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca yang sedang menbaca.
Respon saya bagi artikal
SEJARAH : KENAPA BRUNEI TIDAK BERSAMA MALAYSIA??? Oleh https://www.facebook.com/Krul.Nazrin.FANPAGE
Pembentukan Persekutauan Malaysia yang dicadangkan oleh British sebelum ini meliput Malayan Union (Tanah Melayu), Singapura, Borneo Utara, Brunei dan  Sarawak atau dalam kata lain meliputi semua tanah jajahan dan negeri naungan British kepada satu sistem pemerintahan. Tunku mendapati sistem ini juga meletakkan Kuala Lumpur sebagai pusat pemerintahan. Sama seperti sekarang. Kesemua negeri-negeri tersebut mempunyai ketua kerajaan masing-masing. Negeri-negeri di Tanah Melayu diperintah oleh Sultan masing-masing. Di Brunei diketuai Sultan Brunei manakala Gabenor British di Singapura, Borneo Utara dan Sarawak. Bagi memudahkan  kekuasaan dan mengekalkan pengaruh British di rantau ini, British mencadangkan kepada negeri-negeri ini dibawah satu pemerintahan berpusat di Kuala Lumpur. Selepas kemerdekaan Tanah Melayu dan pembatalan Malayan Union, Tunku yang pro-barat mengambil inisiatif dari cadangan British bagi membentuk sebuah persekutuan yang akan diberi nama MALAY-SIA yang membawa maksud Tanah(SIA) Melayu(MALAY). Tunku cuba menguasai negeri-negeri tersebut sebelum Indonesia melakukannya. President Indonesia ketika itu mahu membentuk sebuah negara Indonesia Raya yang meliputi seluruh Nusantara dengan Fahaman pro-Komunis. Komunisme adalah musuh utama Barat dan juga musuh Tunku. Jika Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak menyertai Indonesia maka tiadalah lagi istilah Kesultanan Melayu di dunia ini pada hari ini. Indonesia juga membangkitkan isu era penjajahan baru British jika pembentukan Malaysia berlaku. Sewajarnya Malaysia dibentuk ketika itu ialah:
1.       Mempercepatkan kemerdekaan.
Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak akan mencapai kemerdekaan menuntut kemerdekaan dari British.
2.       Pertumbuhan ekonomi
Jika negeri-negeri tersebut membentuk persekutuan Malaysia maka, sumber ekonomi untuk pembangunan menjadi banyak. Tanah Melayu kaya dengan Bijih Timah dan getah, Singapura pula boleh dijadikan  sebagai perlabuhan utama manakala, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak akan membekalkan minyak, gas asli dan hasil bumi lain seperti balak. Sumber yang kukuh akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi terutama bagi negara yang baru ditubuhkan.
3.       Penduduk
Jika pergabungan berlaku maka, jumlah penduduk akan meningkat. Hal ini akan membolehkan peningkatan permintaan domestic bagi barangan dan juga perkhidmatan dengan menggunakan satu matawang yang sama. Populasi pribumi dapat ditingkatkan bagi menyeimbangi  penduduk pendatang terutama dari negara China dan India.
4.       Mengekang komunis
Tentera di kesemua negeri akan dapat dikerah mempertahankan tanah air mereka dari ancaman komunis.

Jika kesemua negeri tersebut bergabung, ada kemungkinan sekarang Malaysia sudah mencapai tahap negara maju dengan sumber ekonomi yang pelbagai. Seperti yang kita lihat pada hari ini, para pemimpin kerajaan pusat lebih mementingkan Tanah Melayu daripada negeri-negeri kepulauan Borneo. Kita seakan-akan betul-betul dipulaukan di kepulauan Borneo.
Sewajarnya negeri-negeri tersebut membentuk sebuah kesatuan negeri-negeri Asia Tengara.
1.       Kemerdekaan
Jika berlaku ia akan seperti sama dengan united Kingdom di Britain. Lebih senang merdeka.
2.       Ekonomi
Setiap negeri diperintah oleh kerajaan masing-masing. Hasil kerajaan negeri dimiliki oleh negeri itu sendiri. Manakala hasil kerajaan kesatuan pula adalah bahagian hasil yang dimenteraikan oleh satu perjanjian dimana hasil itu tidak melebihi hasil kerajan negeri. Seperti Singapura yang hanya mahu memberikan 40% hasil negeri kepada Kerajaan Malaysia manakala 60% milik kerajaan negeri .
3.       Penduduk
Akan masih seperti persekutuan kerana kita masih lagi penduduk dari tempat yang sama. Maka, permintaan domestic tetap akan ada.
4.       Mengekang komunis
Setiap tentera di setiap negeri akan dapat membantu sesama sendiri kerana mereka adalah sebuah kesatuan.
Jika setiap negeri dengan kerajan mereka sendiri tanpa bergabung dengan mana-mana persekutuan atau kesatuan.
1.       Kemerdekaan
Mungkin sedikit lambat. Brunei misalnya hanya bebas dari British pada 1981 manakala Hong Kong pada 1997.
2.       Ekonomi
Tiada kepelbagaian sumber ekonomi. Misalnya Brunei, mereka bergantung kepada minyak sepenuhnya selain sector perlancongan. Singapura mengimport bahan mentah dan menjual semula hasil siap sebagai eksport negara tersebut.
3.       Penduduk
Sarawak dan Sabah membawa penduduk dari luar bagi menampung keperluaan dalam sector pekerjaan. Tidak seperti Singapura, penduduk sudah hampir kepada takat tepu dan tanah untuk menempatkan penduduk menjadi amat terhad dan melonjakkan nilai harta tanah. Jika masih di dalam kesatuan atau persekutuan penduduk dapat berhijrah di dalam kesatuan atau persekutuan sendiri.
4.       Pengaruh komunis
Pengaruh luar akan senang masuk kerana kita bersendirian dan lemah. Maka, tidak akan wujud negeri kesatuan atau persekutuan tetapi akan lahir negera liberal atau repuklik komunis.

Sarawak dalam Malaysia
Sebenarnya pergabungan perlu agar kita menjadi lebih kuat. Kita digalakkan berkongsi. Jika kita ada ini kawan kita ada itu kita akan dapat berkongsi itu dan ini.
Masalahnya di Malaysia, kerajaan Malaysia pada hari ini tidak pernah berubah sejak zaman merdeka lagi. Kita seakan-akan selesa dengan apa yang ada. Kita berada pada zon selesa. Orang Sarawak cakap cukup lah dengan ini. Orang Sabah pula fikir selesa sudah dengan itu gembira sudah dengan ini. Manakala di Semenanjung bermewah dengan perkongsian harta kekayaan tersebut. Malangnya kita. Kerajaan sekarang harus membahagikan kekayaan itu secara seimbang di antara tiga wilayah dan bukannya dengan 13 buah negeri tersebut. Harus diingat kita Sbah dan Sarawak bukan negeri biasa di dalam Malaysia. Kita adalah wilayah yang membentuk persekutuan Malaysia. Damai yoo.

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting