Thursday, July 26, 2012

Perkara 18

Thursday, July 26, 2012 0

Kingdom of Sarawak versi Perkara 18

Damai kepada para pembaca.
Saya masih tidak berpuas hati tentang bagaimana Sarawak seakan-akan dilupakan statusnya sebagai sebuah wilayah yang membentuk Persekutuan Malaysia. Kita Sarawak dikenali sebagai penumpang di dalam Persekutuan Malaysia. Para pucuk pemimpin Kerajaan Pusat lebih mementingkan Tanah Melayu daripada Wilayah Borneo. Kebanyakan orang-orang Malaya yang tidak pernah datang ke Sarawak tidak akan tahu bagaimana keadaan kita di sini. Mereka seolah-olah lupa bahawa tanpa Sabah dan Sarawak Malaysia tidak akan wujud. Semasa saya dalam form four, cikgu saya dari Malaya datang posting ke Sarawak. Dia tinggal bersama dengan guru kelas kami yang berasal dari Tanah Melayu juga. Semasa beliau berada di Kuching menjalani sesi taklimat sebelum dihantar ke sekolah-sekolah, penceramah mereka sempat bertanya kepada cikgu saya ni.
Penceramah      : Cikgu dapat tawaran mengajar di sekolah mana?
Cikgu                    : S.M.K Three Rivers.
Penceranah       :Wah, jauh tu. Tiga batang sungai. Kurang-kurang tiga kali naik turun perahu. Ntah berapa jam ntah.
Cikgu                    :Alamak. First time ni sampai Sarawak.
Nampak. Baru sikit je penceramah tersebut cakap tentang tiga sungai. Tak pasal-pasal cikgu saya dah membayangkan tiga batang sungai yang besar dengan banyak buaya yang kelaparan. Sampai-sampai ja cikgu di rumah sewa guru kelas kami terus dia terfikir yang Lapangan Terbang Mukah berada di belakang S.M.K Three Rivers. Perjalanan yang hanya lebih kurang satu jam menaiki pesawat telah mendaratkan dirinya bersebelahan dengan sekolah yang esok dia akan melaporkan diri untuk bertugas. Hilang sudah tiga batang sungai dengan buaya yang lapar. Alih-alih pergi sekolah pun tidak sampai lima minit. Ni lah cerita cikgu ekonomi saya dari Kedah first impressionnya tentang Sarawak. Banyak sungai.
Selalunya penduduk Tanah Melayu membayangkan Negeri-negeri Borneo mundur adalah salah kerana sebelum Negeri-negeri Borneo membentuk Persekutuan Malaysia kita adalah tiga buah Negara yang berbeza. Selamat hari Jadi Malaysia 16 Septemnber.   

PERKARA 18: GELARAN KETUA NEGARA.

 "Yang di pertua negara"
“ini bererti Borneo Utara dan Sarawak adalah sebuah Negara merdeka dan bukannya negeri biasa.”

(Sumber: SSKM)
Menurut perkara 18, Ketua Negara Persekutuan Malaysia Yang di Pertua Negara atau yang Dipertuan Agong yang dipiih dari kalangan Raja-raja Melayu tetapi tidak dari kalangan Negara-negara Borneo. Sabah dan Sarawak bukan sahaja harus dikenali sebagai sebuah negeri-negeri di dalam Persekutan Malaysia malah sebagai dua buat Negara yang membentuk kepada Persekutuan Malaysia. Selain itu, semasa pemilihan yang di Pertuan Agong, Yang di Pertua Negeri Sabah dan Sarawak tidak layak untuk mengundi bagi memilih Ketua Negara. Jika kita tidak layak untuk mengundi baik tak payah datang semasa proses pemilihan dibuat. Apatah lagi penjawatanan Yang di Pertuan Agong adalah bergilir di kalangan Raja/Sultan/Yang di Pertuan Besar Negeri-Negeri Melayu. Kesimpulannya, Ketua Negara: Persekutuan Tanah Melayu. Ahli-Ahli: Negara Borneo Utara, Negara Sarawak.

MALAYSIA, MALAYA, SABAH, SARAWAK
Malaysia seolah-olah seorang suami kepada tiga orang isteri iaitu Malaya, Sabah dan Sarawak. Ketiga-tiga isteri Malaysia bekerja sama seperti si suami. Malaya mempunya banyak anak manakal Sabah dan Sarawak tidak mempunyai banyak anak. Kesemua pendapatan si isteri si suami yang akan pegang. Kemudian, si suami akan mengagih-agihkan pendapatan tersebut kepada para isteri mengikut keperluan. Oleh kerana isterinya Malaya mempunyai lebih banyak anak maka si suami memberi peruntukan dan perhatian kepadanya. Apatah lagi si suami tinggal dengan isteri pertamanya, Malaya. Manakala isteri Sabah dan Sarawak pula terpisah oleh laut yang luas yang hanya dikungjungi si suami apabila tiba musim mengawan. Kebajikan anak-anaknya di Sabah dan Sarawak sedikit sebanyak terabai dan terbiar. Bagi menyenangkan anak-anak di Sabah dan Sarawak, si bapa menghantar anak-anak si Malaya menolongnya di Sabah dan Sarawak. Almaklumlah nak mendekatkan silaturahim kekeluargaan. Namun apa yang mereka fikir tentang rumah kita? Keadaan kita? Suasana kita?

Tuesday, July 24, 2012

Wealth of Sarawak

Tuesday, July 24, 2012 0

Kingdom of Sarawak
Hai..salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman.
1.    Pada 23 Julai 1963, Sarawak mencapai kemerdekaan daripada Colonial of British setelah menjadi Tanah Jajahan Mahkota British selepas kependudukan Jepun di Sarawak. Ini artikel yang saya baca kat page facebook kawan baik saya.(sumber SSKM) Sebenarnya, saya tak tahu pun Sarawak pernah merdeka sebelum Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Menurut pembacaan saya baik dari buku teks mahupun rujukan lain tiada satu pun artikal yang mengatakan Sarawak merdeka dari Penjajahan British. Setiap tahun pada 16 September, iklan-iklan ucapan tahniah dari pelbagai badan kerajaan, cooperate, swasta mahupun orang perseorangan pasti akan wish “Sarawak Merdeka Dalam Malaysia”, “Sarawak Merdeka Melalui Malaysia” dan yang sama waktu dengannya. Sesungguhnya tidak ada plak wish pada 23 Julai.
2.    Daripada pengetahuan saya, atok-atok, nenek nenek kita orang Sarawak join Malaysia sebab mau kita cepat merdeka. Ini kerana pada Januari 1941, Charles Vyner Brooke Rajah Putih ke-iii Sarawak telah berjanji untuk memberikan Sarawak kepada Orang Sarawak yang memberi makna Kemerdekaan kepada Sarawak. Impian itu seakan-akan semakin menjadi kenyataan apabila Perlembagan 1941 diperkenalkan sempena perayaan 100 Tahun Pengambilan Sarawak. Namun, impian itu pudar apabila pihak tentera Jepun Berjaya menawan Sarawak. Setelah berakhirnya perang dunia ke-ii, Sarawak kembali kepada Rajah Putih Brooke. Namun, dasar bumi hangus yang digunakan oleh Rajah pada perang dunia ke-ii telah menyebabkan Rajah Putih Brooke tersebut kekurangan sumber kewangan untuk membangunkan semula Sarawak. Rajah telah membakar telaga-telaga minyak dan yang sama waktu dengannya dengan harapan agar pihak Jepun tidak dapat menggunakan segala kemudahan yang ada di Sarawak pada ketika itu. Akibat kekurangan dana untuk memulihkan Sarawak, Rajah Putih Brooke telah mengambil keputusan untuk menyerahkan Sarawak kepada pihak British pada bulan December 1945. Pada 8 Februari 1946, Charles Vyner Brooke mengisytiharkan Sarawak telah diserahkan kepada pihak British.
2.i      Oleh yang demikian, Sarawak menjadi tanah jajahan  Mahkota British dan Rajah Putih Brooke berhijrah ke luar Negara. Keputusan itu menyebabkan impian Orang Sarawak untuk memerintah Negara Sendiri tidak menjadi kenyataan. Pada masa yang sama, Negara Indonesia sedang mengembangkan sayapnya keseluruh Asia Tenggara terutama negeri yang serumpun dengannya. Di Tanah Melayu, gerakan memerdekaan Tanah Melayu daripada British semakin memuncak dengan hampir tertubuhnya Malayan Union pada I April 1946. Indonesia mencapai kemerdekaan pada tahun 1949 yang diiktiraf oleh pihak penjajah Belanda. Namun yang demikian golongan nasionalis mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia lebih awal iaitu pada 17 Ogos 1945. Hal ini kerana, Parti Komunis Indonesia cuba untuk membentuk Negara yang besar yang akan dikebali sebagai Indonesia Raya yang meliputi seluruh Nusantara. Pada era itu fahaman komunisme berkembang dengan pesat di seluruh dunia.
 2.ii   Mendengar khabar Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957, President Indonesia ketika itu cuba memperluaskan tanah takluknya ke kepulauan Borneo. Pihak British  telah menyiapkan satu cadangan untuk menyatukan Tanah Melayu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri Kepulauan Borneo kepada satu system pemerintahan. semakin. Dengan sedikit harapan, Tunku Abdul Rahman Ketua Menteri Tanah Melayu ketika itu mencadangkan agar Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Brunei dan Borneo Utara(Sabah) di satukan membentuk sebuah Negara Persekutan yang akan dikenali sebagai MALAYSIA. Pihak British bersetuju dengan cadangan tersebut. Penubuhan MALAYSIA akan mempercepatkan proses kemrdekaan bagi negeri-negeri yang belum merdeka”terutama negeri di Kepulauan Borneo bagi membendung fahaman komunis. Respon dari pihak Republic Komunis Indonesia dari pembentukan Malaysia ialah perang. Mereka menggelar serangan itu sebagai “Ganyang Malaysia”. Sebenarnya, President Republic Indonesia ketika itu berasa kecewa kerana tidak dijemput untuk berbincang tentang penubuhan Malaysia. Ini kerana, President mahu menubuhkan Negara Indonesia Raya yang mengamalkan pemerintahan Kapitalis berbanding Tuanku yang mahu system Demokrasi yang disokong oleh British.
2.iii   Demi untuk mencapai kemerdekaan, pemimpin Sarawak ketika itu mahu menyertai Malaysia. Tidak kurang juga yang mnenbantah. Sudah pasti ketika itu para pemimpin kita mahukan kita keluar dari jajahan Orang Putih secepat yang mungkin. Tarikh awal pembentukan Malaysia diputuskan pada 31 Ogos 1963. Namun, pihak Indonesia masih tidak berpuas hati dengan kaji selidik yang dijalankan terhadap penduduk Kepulauan Borneo, tuntutan Filipina keatas Borneo Utara ( Sabah) dan penarikan diri saat-saat akhir Sultan Brunei menyebabkan tarikh kelahiran Malaysia ditangguhkan. Akhirnya dengan izin Tuhan yang Maha Esa, Malaysia lahir pada 16 September 1963 dan kemerdekaan bagi, Singapura, Sarawak dan Sabah dalam Malaysia. Namun, Singapura keluar dari Persekutuan pada 1965 manakala Brunei mencapai kemerdekaan pada 1984.
3.    Ini adalah skrip cerita tentang bagaimana Sarawak mencapai kemerdekaan. Jadi jika Sarawak telah mencapai kemedekaan pada 23 Julai 1961, mengapa pemimpin ketika itu mahu menyertai Malaysia? Kita merujuk kepada Negara ekonomi terbesar dunia Amerika Syarikat. U.S.A terbentuk dari 13 buah wilayah dan  menjadikan wilayah tersebut kepada 53 buah negeri dan mereka telah menjadi kuasa ekonomi kerana Persekutan yang amat besar. Salah satu wilayah dalam U.S.A ialah California. California jika menjadi sebuah Negara mereka akan menjadi Negara kelapan terkaya di dunia namun memilih untuk bergabung dengan Amerila Syarikat. Jika mereka tidak bergabung pun AS masih lagi kuat dan kaya tetapi dengan kemasukan California maka ekonomi mereka menjadi semakin kuat dan kukuh. Namun apa yang sedang berlaku sekarang? Beban hutang Amerika dan krisis kewangan di Eropah. California salah sebuah wilayah yang paling terjejas dengan krisis hutang Amerika sehingga beberapa Bandar mereka telah diistiharkan sebagai muflis.  Bagaimana halnya dengan Sarawak? Kita kekurangan penduduk tetapi kaya dengan sumber asli. California kaya dengan emasnya, Sarawak kaya dengan hasil buminya. Jika betul caranya, saya rasa cukup hasil bumi kita untuk Sarawak. Namun, Kita lihat Negara yang mengamalkan ekonomi sara diri seperti Republic  Rakyat Laos. Mereka dapat hidup namun ekonomi Negara mereka amat jauh ketinggalan. Bagi saya, ada betulnya tindakan para pemimpin terdahulu setuju dengan pembentukkan Malaysia namun ada satu dua perkara yang perlu di kaji semula agar kita Orang Sarawak tidak kalah di Tanah Sendiri.   

Thursday, July 12, 2012

Miracle of Mukah

Thursday, July 12, 2012 0
   this special son goku and ci ci dialogue is for Adam Hariz BBQ Steamboat.

Wealth of Sarawak


Wealth of Sarawak
Dear readers,
What is in our mind today? The fuel price at our pump will increase or decrease?
No matter what, our price of fuel will be increase. This is because that wealth is not ours anymore.  That is belong to the Petronas that own of Malaysian Federal Government. Sarawak? What left for us? Only 5% of royalty of gas and fuel. Ask our ADUN how much that royalty is. Remember, our price was higher than Malaya before today government decided to standardize the price as an image of 1Malaysia concept.  We are rich; we are wealthy but only on the paper. May be we need to think carefully after this. Sarawak Petroleum Company?  Or the country of freedom Sarawak? 

Wednesday, July 11, 2012

Mukah Miracle

Wednesday, July 11, 2012 0

Tahukah anda ??
Monumen yang seakan-akan menara ini sebenarnya bukan menara. Dulu saya ingat monumen ini sebuah tugu peringatan. Mungkin juga sabab dah macam tugu dah pun. 


Menurut sejarah, monument ini sebenarnya cerobong asap kilang sagu pada abad ke-19. Pada ketika itu, industry sagu berkembang dengan pesat. Namun, pada akhir kurun ke 19 mungkin juga awak kurun ke 20, industry sagu mengalami kemerosotan. Maka kilang sagu tersebut terpaksa di tutup dan meninggalkan hanya cerobong yang menjadi mercu tanda keagungan industri sagu pada satu masa dahulu yang meletakkan bahagian Mukah di peta dunia.
Terletak di tepi sungai Mukah, kilang ini adalah strategic kerana satu-satunya pengakutan yang ada pada masa tersebut ialah pengakutan air. Sekarang, monument itu terletak berdekatan dengan tokong cina, bersebelahan dengan tebingan batang Mukah dan terletak betul-betul di hadapan simpang tiga antara Jalan Panggung ke Jalan Bazaar dan Jalan Boyan, Mukah.  Monumen ini juga berhadapan dengan hotel King Inn. 

Tuesday, July 10, 2012

making money online

Tuesday, July 10, 2012 0

Making Money Online
Dearest brothers and sisters,
Thank you for reading with us. Today I want to share with you how blogger and others internet webmasters survive in the internet. Some of them are full time webmasters and blogging and some of them blogging part time. Some of them really makes money by their web sites while the others just happy if some one following their blog.
So, how they makes money? Yes, by traffic that they brought to their web site. Most of them get paid by Google adsense or from the Pay Per click Provider Company. They attached the ads from Affiliate Company that pays to them the commission. Some of them generate million dollars per year just putting the ads on their websites.   For the example, Facebook Inc. they generate billion of dollars every years. They provide free social network and the same time provide spaces for the advertiser to advertise their products or services via Facebook. Facebook is the most massive traffic in the internet. Those bring Facebook known as the internet hypermarket. With million of potential prospects who loves to have online shopping, Facebook has makes his founder becoming world youngers billionaire ranked by Forbes.
What are the themes and conditions? 1. Displaying the ads in the website.      
                                                                                              2. Visitors clicking the ads.
                                                                                              3. Visitors buying the products from your line. Actually, we love to click everything. Sometimes, the ads that we click are helpful.it is May be useful for other people. Don’t worry to click the ads.
Then, the webmasters received their commission and covering their expanses. That’s make we as webmaster survive for the next month to go. So, support us by clicking the ads. Thank you.

Friday, July 6, 2012

7 & 8 July 2012

Friday, July 6, 2012 0
minggu antara paling gagau gak mukah..lumba moto gak kala dana..karaoke star gak dataran pehin..7 dan 8 julai 2012..datang beramai-ramai walaupun ujan..

WelcOmE

Welcome to my blog. Thanks for visiting and reading my blog of melanau. I am sorry for those who can not understand malay language but i will try to upgrade my blog to the other language.
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting